HADIS RIWAYAT

Bukhari : 1624
Rasul SAW bersabda :
Sesiapa yang membantu janda dan orang miskin, samalah ia bejihad fisabilillah, atau bersolat sepanjang malam dan berpuasa disiang hari.

HR Thabrani :
Nabi SAW bersabda :
Sedeqah itu dapat menghindarkan ahlinya akan kepanasan kubur. Di hari kiamat kelak, seseorang itu hanya bernaung di bawah naungan sedeqahnya.

HR Termizi :
Rasul SAW bersabda :
Sedeqah kepada si miskin, ganjarannya sekadar pahala sedeqah, sedangkan sedeqah kepada kaum keluarga yang miskin terdapat dua pahala, pahala sedeqah dan pahala merapatkan silaturahim.

HR At-Thabrani :
Kemurahan hati dari kemurahan (rezeki) Allah.
BERMURAH hatilah, PASTI Allah bermurah hati denganmu.
(Hadis2 Hukum : ms 146 )

Rasul SAW bersabda :
Mana2 muslim yang memberi makan kepada saudaranya hingga kenyang, memberi minum hingga puas, akan di jauhkan Allah dari api neraka sejauh 7 parit, setiap parit = 500 tahun perjalanan.
(Hadith2 hukum. ms 147 )

Bukhari : 1624
Rasul SAW bersabda :
Sesiapa yang membantu janda dan orang miskin, samalah ia bejihad fisabilillah, atau bersolat sepanjang malam dan berpuasa disiang hari.

HR Thabrani : xx
Dari Ibnu Abbas ra :
Rasulullah SAW bersabda :
Sesiapa yang mencukupkan keperluan atau hajat saudaranya, seolah2 ia beri'tikaf selama 10 tahun.

HQR : Baihaqi
Hadith Qudsi : Firman Allah SWT :
Wahai anak Adam! Pindahkanlah simpanan kepadaKU.
Janganlah habis kerana terbakar, banjir, atau pun dicuri.
AKU akan menggantikannya kembali TUNAI, disaat engkau AMAT2 memerlukannya.

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing atau gambar-gambar. (Riwayat Muslim)

Hadis Aisyah r.a katanya:Kami mempunyai kain langsir yang bergambar burung. Orang yang hendak masuk, tentu akan melihat kain langsir yang bergambar tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: "Gantilah kain langsir ini, kerana setiap kali aku masuk dan melihatnya aku menjadi ingat kepada dunia." (Riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Umar r.a:Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan." (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?"Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath"(Riwayat Muslim) Satu contoh mengenai dengan menantikan solat sesudah melakukan solat adalah selepas solat Maghrib, kita duduk di masjid untuk mendengar ceramah sambil menunggu ketibaan waktu Ishaq atau pun sekiranya tiada ceramah pada masa itu, kita membaca Al-Quran atau berzikir sementara menunggu masuknya waktu ishaq.Satu lagi contoh bagi "menyempurnakan" wuduk adalah tidak membazirkan air semasa mengambil wuduk - gunakan air sekadar yang perlu.Berjalan kaki ke masjid bukan saja menaikkan darjat kita di sisi Tuhan, ia juga adalah baik untuk kesihatan badan kita.

Hadis Abu Hurairah r.a:Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang." (Riwayat Muslim)Memberus dan membersihkan gigi sebelum bersembahyang adalah amalan yang mendapat keredhaan Allah SWT seperti yang disebut di hadith yang berikut:-Dari Abdullah bin Abbas r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu bersiwak untuk membersihkan mulut dan memperoleh keredhaan Tuhan". (al-Bukhari dan al-Baihaqi)Pernah tidak saudara-saudari apabila solat berjemaah di waktu Suboh atau pun Ishaq di masjid-masjid, sdra-sdri mengalami bau yang busuk yang datang dari mulut Muslimin-Muslimat yang berdiri di sebelah sdra-sdri semasa solat itu? Apakah rasa sdra-sdri apabila terbau bauan yang tidak menyenangkan itu? Oleh yang demikian sekiranya kita tidak mau jiran disebelah kita terbau bauan yang busuk yang datang dari mulut kita, beruslah gigi kita sebelum ke masjid dan kalau boleh, berkomor dengan "Listerine" supaya mulut kita terasa segar.Kekhusyukan jiran kita semasa bersolat akan terganggu sekiranya dia terbau sesuatu yang tidak menyenangkan yang datang dari mulut kita dan secara tidak langsung, kita tidak akan mendapat keredhaan Allah SWT dan pahala kita akan dikurangkan dengan sebab yang demikian.Kita biasanya memberus gigi sebelum tidur atau selepas bangun dari tidur. Tetapi sekiranya kita menambah dengan memberus gigi tiap-tiap kali sebelum solat, maka mulut kita akan sentiasa bersih dari kuman-kuman yang boleh membawa berbagai jenis penyakit kepada badan kita.

Comments

Entri Popular