Alhamdulillah, pada 3 Disember 2011 yang lepas majlis perjumpaan yang PH anjurkan telah berlangsung dengan jayanya...PH minta maaf sebab lambat update ceritanya ke dalam blog sebab PH mempunyai tugasan yang banyak....Balik rumah jer terus tidur..Letih sangat-sangat...Tetapi dalam pada masa tu, sempat juga PH menyiapkan video sempena majlis ini...Terima kasih kepada mereka yang hadir...Ada yang datang dari Johor, Perak dan di sekitar Rawang...PH terharu di atas komitmen mereka....Syabas juga PH ucapkan...
Yang paling awal sekali yang datang ke Semenyih ialah Saudara Airul Hafiz dan Cik Aima Deluna...Kemudian diikuti oleh Miss Sheryl Hoh dan Saudara Nic....Sempat juga kami minum di Restoran Sri Leena...
Lepas satu kereta, datang lagi satu kereta...Begitulah seterusnya dari jam 12 tengahari sehingga 9 malam...Nasib baik ada Airul dan Aima...Terima kasih sebab tolong kipaskan ayam...hehehe..Minta maaflah, Time PH nak kipas ayam tu ada jer panggilan telefon yang masuk bertanyakan jalan ke rumah PH...
Menu yang ada pada hari tu ialah ayam BBQ berempah, kek ( ada tiga biji ), ayam krispi, nugget dan jajan...Ayam berempah ni dibawa oleh Kak Elly...
Rumah PH mulai penuh dengan tetamu pada jam 3 petang...Masa ni PH dan MH sedang ligat melayan tetamu yang hadir....Terima kasih juga kakakku iaitu Zuliah sebab tolong masakkan nugget dan ayam krispi...hehehe...Kelihatan MH sedang "memunggah" Si Misha yang sibuk nak bakar ayam sekali...Abang Sepul pun ada tolong kipaskan ayam BBQ sampai berair mata....hehehe
Masa ni, rumah PH penuh dengan hilai tawa dan gurau senda...Apa tidaknya, masing-masing ada topik yang tersendiri...Ada yang bercerita mengenai pengalaman menyelamatkan kucing dan anjing, kerjaya, cerita lucu dan sebagainya...Sambil mengipas ayam di luar, di dalam hati PH amat terharu apabila memerhatikan mereka...Mereka semua berkumpul dan suara kanak-kanak bermain menghiasi rumah....Terasa macam satu ikatan telah terjalin mesra walaupun masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain....Alhamdulillah, matlamat majlis ini telah sampai ke destinasi yang dituju....
Miss Ivy dan Mr Patrick sampai juga akhirnya ke rumah PH....Selama ni asyik main chat ajer...akhirnya bersua juga kita kan...? Puan Shira Ghazali pula datang dengan suaminya, En. Amir dengan diiringi oleh anak buah beliau tapi PH tak ingat pula namanya...PH terlupa nama suami Kak Shahrizah ni....Terima kasih kerana sudi datang dari Kuala Lumpur dan meluangkan masa bersama Hero dan adik-adiknya....
Tak lupa juga kepada Pn Wan Nor Marina dan suami serta kedua orang anaknya...Suka betul tengok PH tengok adik Fariz dengan kakaknya bermain dengan si kembar...
Saudara Muhd Ashraf pula datang dari Perak tetapi beliau tinggal di Sungai Buloh...Ada dua orang mahasiswa dari UPM juga datang ke rumah PH iaitu Cik Norhidayu dan Cik Munirah...Mereka berdua sedang mengambil Master dalam kursus yang PH tak ingat apa namanya...PH doakan semoga kalian berdua sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi....Cik Dania datang bersama dengan Kak Susan...Mereka sampai dalam pukul 6 petang...Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Susan di atas hadiah yang diberikan lebih-lebih lagi kerusi tidur Hero tu...Masyaallah Hero tak nak bangkit dari kerusi tu kecuali masa nak buang air dan makan...hehehehe...
Inilah kerusi tidur yang dihadiahkan oleh Kak Susan...Hero terus lentokkan kepala dia sebaik sahaja diletakkan ke dalam kerusi tu...Dia memang suka sangat-sangat....Terima kasih Kak Susan, semoga Allah jua yang membalas budi baik akak kepada Hero...
Masing-masing yang datang ke rumah PH ada agenda dengan kucing-kucing PH...Akak yang baju pink ni dating dengan Si Motet ( minta maaf yer nama lupa plak ), Abg Sepul dengan Si Leena, Kak Saadiah dengan Si Boboy, Kak Shahrizah dengan Si Cumie manakala anaknya dengan Si Mia ( awek Iyo )...Si Boboy ni dah macam jatuh cinta dengan Kak Saadiah..Dia cakar tangan PH masa nak alihkan dia dari riba Kak Saadiah...Kurang asam betul hehehehe...Takpelah, dia suka Kak Saadiah tu sebab ada aura positif yang kuat dari beliau...Ada rezeki nak masuk tu... ( Amin... )
Ini Si Oren yang serupa mukanya dengan Hero..Tompoknya pun lebih kurang sama...Si Oren ni milik Saudara Muhd Ashraf...Yang seekor lagi tu baka Siam, tapi PH tak ingat pula namanya...
Masa ni Hero sedang digomol oleh peminat yang menyayanginya...Kak Fahizeen, Kak Elly, Kak Saadiah dan Kak Marina masing-masing tergelak tengok Kak Fahizeen buat lawak spontan...PH yang tengah bakar ayam kat luar ni sampai terdengar suara Kak Fahizeen melatah...hehehehe....PH dengar ada yang sampai terjuling biji mata pun ada...betul ke...? hahahahaha
Selain itu, majlis ini juga adalah sempena menyambut ulang tahun kelahiran si kembar PH...Tarikh mereka lahir ialah pada 18 November tapi PH dan sambutan harijadi PH buat sekali dengan majlis ini...Umur mereka sekarang sudah mencecah 4 tahun..Dah besar dah anak ayah ni...Dulu kecik jer, muat-muat masuk dalam bakul kecik...hehehehe....
Inilah kek yang dibawa oleh Kak Elly dengan Kak Fahizeen...Kek Barbie Doll lagi....Yang bahagian gaun ke bawah tu boleh dimakan, tapi yang atas tu kalau nak makan boleh juga tapi jumpa kat ICU la jawabnya...hehehe...
Terima kasih kepada Sheryl Hoh kerana memberi hadiah kepada si kembar....Mereka yang menghulurkan "Ang Pow" harijadi, terima kasih banyak-banyak....PH & MH bawa mereka ke Alamanda Putrajaya belikan mainan dan buku kanak-kanak...( ngam ngam jer duit tu, pandai betul si kembar tu buat anggaran hehehehe )
Ini pula kek yang dibawa oleh Cik Ros...Cik Ros singgah pun sekejap jer, lepas tu dia keluar balik nak jumpa kawan....
Ini pula kek yang dibawa oleh Ivy Loh...nyum nyum tengok warna pun dah tahu sedap... :)..
Kak Sarah dan Abg Sepul membawa sekali kelima-lima ekor kucing peliharaan mereka....Cool jer mereka kat dalam sangkar tu...Si Rambo ni pun suka nak interprem orang nak shoot gambar...
Kucing-kucing PH memang peramah...Pantang nampak geng baru, masing-masing berebut nak bersalaman..Tapi kucing Abang Sepul control cun....pemalu gitu... :)
Mereka adalah di antara kucing yang bernasib baik...Kepada sesiapa yang belum pernah kutip kucing jalanan, apa kata kita adopt kucing-kucing yang berkelana di luar sana...Barulah kita akan merasai nikmat berkasih sayang...Kasih sayang ni bukan dengan manusia jer, tetapi dengan haiwan juga kita boleh memberi dan menerima kasih sayang....Barulah hidup kita ni lebih bermakna....Kepada mereka tak suka kucing tu, takperlah...Memang kita tak boleh paksa mereka...PH pun tak suka dipaksa...Tapi PH harap janganlah diapa-apakan mereka yer...Sampaikan berita yang baik-baik tentang mereka kepada anak-anak kita...Mereka juga berhak mengenal erti kasih sayang terhadap haiwan....Percayalah, kucing-kucing yang kita kutip bawa balik sememangnya akan membawa tuah dengan izin Allah Taala...

Selain dari Hero, Si Cumie juga turut menjadi tumpuan utana tetamu yang hadir..Tak padan dengan tempang, ligatnya bukan main lagi...Keletahnya membuatkan semua tetamu ketawa sampai tak ingat dunia dah, terutama Kak Shahrizah....hehehe
Kak Alla Fonte ( nama FB ) ni pun simple orangnya...Orangnya suka buat lawak...hehehe...( jangan marah ye kak )...Hero pun manja dengan beliau...Terima kasih juga kepada Kak Alla Fonte di atas segala pemberian...Beliau datang dari Kelang..Pergghh jauh tu....Banyak hal yang beliau bincang dengan MH mengenai nasib kucing-kucing terbiar ni...Beliau juga seorang yang amat mengambil berat tentang nasb-nasib mereka..Syabas kak..Excellent :)...
Si Bon-Bon ni pun suka kat Kak Alla Fonte...ke mana dia ada, kat situ Bon-Bon ada....Steady kak :)
Si Leena ni nampak serasi dengan Abg Sepul...Suka PH tengok senario ni...Aman damai terasa...Alangkahbagusnya kalau semua manusia begini...
Inilah Leena di saat pertemuan pertamanya dengan PH...Cerita pilunya ada di sini ( KLIK SINI )
Terima kasih juga kepada Angah kerana sudi datang ke majlis yang PH anjurkan ini...Dengar cerita, Si Bobby tu dah jadi gangster Skudai...hehehehe...Steady lah Angah sebab menjaga Boboy dengan baik....
Malam sebelum pulang, kami sempat mendengar pengalaman dan cerita-cerita lucu dari Kak Susan. mengenai pakciknya...Aduhai kambing dan ayam pun dalam rumah...Sayang sangat sampai tak bagi ayam dan kambing pijak tanah...Siap carry ayam naik basikal kalau pergi jalan-jalan....hehehehe...Walaupun gambar candid yang PH snap ni kelam, Kak Susan tetap Queen...hehehehe..Banyak nasihat dan petua yang berguna telah Kak Susan kongsi dengan kami semua....Tergelak kami sampai senak perut....hehehehe
Alhamdulillah, PH bersyukur sangat-sangat kerana majlis yang PH anjurkan ini berakhir dengan seribu satu memori yang tidak akan PH lupakan sampai bila-bila....Inilah titik tolak untuk kita lebih menghargai apa itu kehidupan...Ukhwah yang terjalin sesama kita sesungguhnya tidak ternilai dengan harta benda dan wang ringgit....
Selepas tetamu yang terakhir pulang ( Muhd Ashraf Mading ), PH bawa si kembar ni pergi ke Restoran Sri Leena untuk makan malam...Kesian pula bila PH ditanya oleh si kembar "Yah, nak makan roti canai Yah...Angah lapar..."
Tapi bila roti canai tu sampai, Si Angah ni tidur tertidur pulak...Kesian anak ayah ni...Letih melayan tetamu agaknya....
Lama juga PH bersembang dengan Saudara Ashraf pada malam tu....Macam-macam perkara yang kami bincangkan...Sedar tak sedar, hampir sejam lebih kami bersembang...Ingat pesan PH tu yer Ashraf....Biasalah tu, kehidupan memang macam tu...Kita ni sabar jer kay...Pedulikan ajer...Yang penting, kita sentiasa berfikiran positif..... :)
Dan kepada mereka yang tak jadi sampai ke rumah PH, tak mengapa...PH faham kerana apa yang kita rancang kadang-kadang tak sama dengan apa yang Allah rancang....
Mengenai sijil penyertaan, PH akan pos ke rumah nanti...PH tak dapat nak bagi masa gathering sebab tak sempat...Kebetulan banyak betul kerja di site Putrajaya ni...
Apa-apapun, Hero dan adik-adiknya sampaikan salam pencinta haiwan buat mereka yang tidak dapat hadir...
Sebagai hadiah buat kenang-kenangan, PH ingin meluahkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan yang telah anda semua berikan selama ini kepada KAKIMOTONG FAN CLUB....Berkat doa dari anda semua tanpa putus-putus, KAKIMOTONG semakin banyak melakar sejarah pencapaiannya yang amat luar biasa....PH amat percaya kepada rezeki masing-masing....Kalau kita berpegang teguh kepada takdir dan sentiasa bersarah kepadaNya, maka ketakutan hidup akan hilang dan rezeki akan datang mencari kita...PH dah pun mengalaminya sendiri dan anda semua telah saksikannya dengan sendiri...Ini semua adalah perjalanan yang ditunjukkan dari Allah....PH dah pecahkan rekod peribadi PH sendiri...
I've Breaked My Personal Best...
Terimalah hadiah istimewa dari PH sebagai kenangan-kenangan....
Tajuk Lagu : Kau Di Hatiku
Penyanyi : Zainal Abidin ( Headwind )
best giler
tahniah PH :)
hehehe...
sori ye PH saya xpat datang.
xde transport aritu.
ada hikmah kot xpergi sebab petang tu saya kena migrain. sakit sampai isnin pagi. :(
Salam, saudaraku PH. Kenapa lagu Kau Di Hatiku tu tak boleh buka ye?? "Video Unavailable".
BTW, content blog PH ni banyak yang menyentuh perasaan..Lagu Sudirman itu pun teramat mengusik jiwa.. Terus terang sy beritahu, setiap kali saya playkan lagu tu dan baca entry, saya terpaksa struggle untuk menahan kolam air mata saya pecah lagi.. Tetapi seringkali juga saya tewas, meluru laju jua manik2 putih jernih tue.. Apa-apa pun kerap sy berperang jg dengan perasaan bila layan blog PH kerana naluri ego kita sbg kaum lelaki akan secara automatik cuba mem-block air mata untuk keluar sedaya-upayanya setiap kali perasaan sayu itu timbul kerana malu lelaki nak nanges, walaupun itu tak sepatutnya berlaku..