KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Bila Dah Semeja Dengan Pihak DBKL....

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

KAKIMOTONG On Twitter

Tuesday, March 6, 2012

Bila Dah Semeja Dengan Pihak DBKL....

Posted by Papa Hero | Tuesday, March 6, 2012 | Category: , , , |

Kalau nak diceritakan mengenai kucing-kucing jalanan ni, seolah-olah tiada kesudahannya....Ramai orang masih beranggapan bahawa banyak hal lain lagi yang lebih penting untuk difikirkan daripada memikirkan hal ehwal kucing dan anjing terbiar yang selalu dipandang hina ini....Akan tetapi, mereka tidak pula serius memikirkan hal-hal penting yang perlu diselesaikan itu...Apa tidaknya, mereka asyik fikir masalah, bukannya nak selesaikan masalah...Sebab itulah masalah tidak akan selesai....Cakap jer banyak, tapi bila diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang PENTING tu semuanya pakat lari....

"Alah, kes-kes orang buang bayi ni pun tak boleh setel, ini plak kes-kes buang kucing..ape lah sangat..."

"Masalah kucing terbiar ni buat apa nak difikirkan sangat....Biar jer kena komplen lepas tu biar derang kena tangkap....Habis cerita..."


Perlu diingat, yang bermasalah bukannya kucing-kucing atau anjing-anjing jalanan, tetapi manusia yang memelihara haiwan ini dengan sambil lewa...

Inilah senario dan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah bersyukur dan selalu memikirkan jalan singkat....Mereka tidak menyedari bahawa kehadiran haiwan-haiwan jalanan ini adalah berpunca dari sikap manusia itu sendiri....Akal mereka singkat tetapi mengaku bijak pandai...Inilah bodoh sombong namanya....


Manusia seperti ini berasakan diri mereka itu 'Tuhan' dan berkuasa....Amat mudah lidah berkata-kata, tetapi amat pahit sekiranya ianya difahami oleh sekalian kucing-kucing dan anjing-anjing yang merempat....Seandainya mereka mempunyai akal dan pandai berkata-kata, nescaya manusia tidak akan mampu mengalahkan mereka di dalam tunjuk perasaan ataupun di medan peperangan...



Mereka-mereka yang buta hatinya sahaja yang akan bersikap sedemikian ( bercakap menggunakan kepala lutut )....Jiran yang suka komplen itu ini pula mengada-ngada...Kalau setakat kucing seekor dua yang berak di kawasan rumah pun terus nak lapor kepada pihak berkuasa....Pihak berkuasa pula akan menghantar skuad untuk menangkap kucing-kucing tersebut, dibawa ke pusat kurungan haiwan dan kemudian menunggu masa untuk dilupuskan begitu sahaja....Pihak berkuasa juga selalu menerima komplen dari orang yang benci haiwan....Orang suka komplen ini memang tidak kenal dek untung....


PH memang sedih apabila melihat kucing-kucing seperti ini merempat...Comel sangat-sangat mereka ni, tetapi selalu sahaja menjadi mangsa diskriminasi oleh manusia yang membenci mereka....Pihak berkuasa sebenarnya tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bertindak di atas maklumat dan prosedur khas....Setiap hari ada kucing jalanan beranak dan dibuang, ini bermakna setiap hari akan ada kucing-kucing jalanan yang baru....hmmmm


Untuk menerapkan nilai-nilai menyayangi haiwan amatlah sukar dan sering menerima pelbagai tentangan...PH amat optimis dalam perkara ini...Perkara ini tidak akan selesai dalam tempoh yang singkat, malah ianya akan memakan masa selama bertahun-tahun....Selagi ada jiran yang ego dan sombong, selagi itulah usaha PH dan rakan-rakan PH ni akan diperhebatkan untuk mengajar mereka-mereka yang sombong ni....Dengan haiwan bolehla kau nak sombong, tapi dengan PH jangan sekali-kali....


Pada hari Isnin 5 Februari 2012, PH dan dua orang rakan dari Malaysia Indepence Animal Rescue iaitu Pn Puspa Rani dan Cik Thanuja Ananthan ( Miss Malaysia 2009 / 2010 ) telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pegawai atasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) di Bangunan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar di Cheras untuk membincangkan beberapa isu mengenai kes-kes haiwan jalanan dan haiwan yang ditangkap....Di antara pegawai yang hadir bermesyuarat ialah Pn Hayati ( Timbalan Pengarah ), Encik Zaidi dan Encik Chandrakanth.....


Banyak isu-isu yang telah berjaya dirungkai bersama dan pihak DBKL telah sudi bekerjasama dengan PH untuk melakukan sesuatu demi melindungi hak-hak haiwan yang terbiar di jalanan ini....Isi-isi mesyuarat amatlah rahsia dan PH tidak boleh beritahu dulu buat masa ini...Akan tetapi, Insyaallah tidak lama lagi akan ada pasukan khas yang ditubuhkan untuk membantu pihak DBKL di dalam menangani masalah-masalah ini serta menjadi salah satu badan yang menguatkuasakan undang-undang dan akta-akta haiwan....Ini termasuklah menangani komplen-komplen yang diterima dari jiran yang tak senang dengan kehadiran haiwan....Kalau anjing-anjing jalanan tu banyak, logiklah kalau nak dibuat aduan...Tapi kalau setakat seekor dua ( itupun anjing yang kurus keding ), bukankah itu sudah menyusahkan pihak berkuasa...?


Selepas habis mesyuarat, PH dan rakan-rakan pergi minum di kafe yang berhampiran...Apa yang menyedihkan, masih ada manusia keji yang membuang anak kucing hadapan tandas awam bangunan DBKL itu sendiri....Sekarang anak-anak comel ini dah berada di rumah PH...


Nota PH :
Macamana pihak berkuasa nak selesaikan masalah kucing dan anjing terbiar kalau rakyatnya sendiri yang buang kucing dan anjing merata-rata setiap hari...? Bagi PH, jawapan penyelesaiannya ialah penguatkuasa undang-undang perlu ditubuhkan segera dan ianya mesti kuat serta tegas...Itulah yang PH dan rakan-rakan sedang usahakan sekarang...Di antara usaha yang PH sedang cuba lakukan ialah menerapkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat yang berbilang kaum betapa pentingnya mempunyai sikap sayangkan haiwan melalui penulisan...Media elektronik dan media cetak amatlah penting untuk tujuan ini, kalau tak siapa yang nak memperdengarkan suara kita...??? Tapi yang buat semak ialah mereka yang dengki mengatakan PH dan rakan-rakan buat semua ini hanya untuk tujuan publisiti murahan....Hmmmm....
Bagi PH, ianya adalah satu pendapat dan kenyataan yang amat bodoh dan dungu lagi menunjukkan keburukan diri sendiri....PH dah buat apa yang PH patut buat sebab dah takde orang lain nak buat dah....Apa mereka nak kata, katalah....Apa yang PH dan rakan-rakan usahakan adalah lebih baik dari tidak berbuat apa-apa langsung....Mengomel ajer tak henti-henti...
Lagi satu, kalau kita nak didik masyarakat, tunjuklah teladan yang baik, bukannya menyemai kebencian....

Doa-doakanlah semoga semuanya berjalan dengan lancar...
Enhanced by Zemanta

Comments
1 Comments

Currently have 1 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. Salam PH, ckp ttg jiran yg xsuke haiwan ni mmg agak mengecewakan sbnrnya.. Dlm 2-3 hari lepas ada sekor stray cat yg baru beranak dok depan umah, tapi budak2 bujang jiran saya ni xsuke sbb katanya kucing tu kencing depan rumah diorg. Plg memedihkan hati ada yg siap nk potong telinga kucing tu apabila kebetulan saya terdengar masa blk keje seolah2 dosa besar sgt kucing tu kencing.Saya selalu bg kucing tu mkn sbb kesian, jadi saya turut kena tempias kemarahan budak2 bujang tu.Diorg tgk saya pon mcm nk carik gaduh walhal benda kecik je rasanya.. Semalam masa kucing tu tgh mkn, kelam kabut ia larikan diri sbb dihalau oleh bdk2 bujang tu. diorg xperasan saya buka pintu rumah, jadi nmpk la pe yg berlaku. Mmg sgt stress hidup dikelilingi org2 yg xberhati perut ni - fikry


Leave a Reply

Related Posts with Thumbnails

Followers

SILENT READER BLOG KAKIMOTONG

Iklan Diklik, RM0.15 Untuk Hero

Entri Wajib Baca

KLIK UNTUK HERO

Iklan Berbayar ( Ruang Iklan Untuk Disewa 700 x 75 )

BannerFans.com