Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero
Entri ini terpaksa aku dedahkan kerana ramai blogger2 tertarik untuk menulis artikel tentang HERO. I'm really appreciate that. Tetapi, apa yang berlaku baru2 ni amatlah dikesalkan. Rasanya tak payahlah aku cerita. Betul tak Kaizen & Maksuhakim??
Ada blogger2 yang tersalah tulis cerita tentang HERO. Implikasinya amat besar sekiranya tersilap tulis.
~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~
Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.
Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.
Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )
Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....
So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..
Inilah video yang aku hasilkan sebelum aku blog ini wujud lagi...
Inilah video yang aku hasilkan sebelum aku blog ini wujud lagi...
Moral of the story :
1 ) Aku bukanlah hero atau wira seperti yang diperkatakan. Aku pun manusia seperti korang gak. Bezanya Allah telah amanahkan aku untuk menjaga HERO.
2 ) Aku sendiri tak tahu siapa yang buat kerja keji ni. Budak tu ada bagi tahu bangsa apa tapi aku diam jer.
3 ) Aku pun tak tahu lelaki tu dari restoran mana apatah lagi kenal.
4 ) Aku hanya jalankan tanggungjawab aku. Bela HERO sampai ke akhir hayat aku atau dia.
5 ) Aku dapat anak sulung kembar seiras tak disangka2. Comel plak tu. Mungkin ini satu anugerah dariNya akibat menjaga HERO.
6 ) Aku dapat isteri yang aku idamkan.
7 ) Tiap kali aku ditimpa kesusahan, pasti ada yang datang menghulurkan bantuan.
8 ) Dulu aku tak pandai berbelog...Facebook pun takde lagi masa tu...kalau ada pun mungkin aku yang tak tahu...video HERO aku da upload kat youtube dah lama dah. Sebelum KAKIMOTONG ni wujud lagi. Tapi takde sape yang ambil tahu pun. Kerja sebagai kontraktor memang takde masa nak berbelog. Pada September 2009 barulah KAKIMOTONG ni wujud, itupun ntahapehapentah. Aku banyak belajar dari KAIZEN.
9 ) Video yang aku buat ( Namun Ku Punya Hati ) bukan untuk komersil. Ianya adalah lahir dari hati aku sendiri yang amat sayangkan HERO dan juga sebagai kenangan antara aku dan HERO.
Selepas ini, sesiapa yang nak menulis artikel tentang HERO, bolehlah direct copy cerita di atas dan jangan cerita lebih2. Cukuplah dengan gambar atau videonya sahaja.
So, anda semua dah tahu asal-usul HERO. Sebagai blogger yang matang, anda tafsirkan sendiri yer...
Babai, jumpa lagi di entri yang lain....
semoga HERO sentiasa sihat :)
ReplyDeletehero is a very brave & strong cat
ReplyDelete:)
bro boy,seb bek la ms mula2 jmp hero dulu xde enset kamera..
ReplyDeletecukup la sy nangis selama ni sbb tgk video hero yg kaki da elok tu..
xsanggup rasa nye nak tgk die dalam keadaan teruk..
sy tau die sgt2 teruk sebab kucing sy penah ade org (giler nak mam*** kot) potong ekor die..
sy paham perasaan bro boy..
sangat bagus penjelasan sebab bila cerita mulut ke mulut nie bahaya..nanti sampai ke pihak 3 4 5 6 dah lain2 dah jadik cerita lain.
ReplyDeleteharap pihak2 berkenaan maklum.
ape2 pun Hero telah menjadi Hero ramai followers blog n fb kamu..juga rezeki kamu semakin murah sekarang.
may Allah bless u and yr family :)
Itu la masalah dan problemnya...alhamdulillah...nasihat dari aku, buat baik dgn haiwan..mereka bernyawa macam kita dan nyawa hanya ada sekali jer...
ReplyDeletekeje murni bro..semoga ALLAH balas jasa ko
ReplyDeletetersentuh jugak bc cerita ni walaupon ringkas, sy dpt bayangkan keadaan HERO pd ketika itu dan susah payah serta kesungguhan saudara menjaga HERO..terima kasih
ReplyDeletediharap selepas ni tak ada org yg nak ambil kesempatan semata utk menaikkan trafic, sebarkanlah cerita yg sebenar
semoga kehidupan HERO dan keluarga penyayang saudara sentiasa diberkati tuhan, amin...
orang yang suka amik kesempatan mmg tak ke mana sbb itu adalah sebahagian dari sifat tamak....aku mmg marah kat mamat tu pagi tadi...tapi, aku dah lupakan...biarlah org nak kata ape..
ReplyDeleteCerita yang memula aku je tauuu en.
ReplyDeleteAduhai, aku tatau nape orang boleh manipulasi kan cerita sebenar. Diorang nak apa pun aku taktahu. Tapi aku baca kau punya entri ni pun dah berair mata aku.
Tapikk cepat-cepat la aku cover en. Kat opis katenye. Jaga market. Tapikk kalau kat rumah, aku dah menitiskan air mata kot.
Hum, takpela, chill je okay.
Asalkan kau dah clear kan benda yang boleh buat orang fikir yang bukan-bukan.
Tak memasal diorang cakap kau racist kang. Haiyaa.
Weh, kau da ciumolot HERO blom tok aku bro?? :D
alhamdulillah
ReplyDeleteberkat ikhlas tolong hero lah tu
bagus bro
moga dijadikan iktibar cerita nih
Am glad you met Hero and gave him a loving home.
ReplyDeletemeowmania to boya: AMIN.
ReplyDeletemeooowww. weoowwww. maww weowwww.. meaowwww. mawww weowww.
ReplyDelete(translation: sayang hero. makan banyak-banyak. hidup lama-lama. ailevyu.)
kih kih kih! gua memang pandai berbahasa kucing. :D
sy syg hero mcm kucing sy sendiri... :(
ReplyDeletealamak papa hero, sy dh add video hero yg lagu sudirman tu kt blog sy, n a link to ur blog tp tk inform awk dulu..sori ek..tp sekarang nk mintak izin nak publish citer camana HERO jd kudung kt blog, bleh tk?
ReplyDeleteAssalamualaikum bro, aku tgk video psl hero dkat oh tidak.
ReplyDeleteaku kagum dgn ko bro. aku doakan ko sentiasa dilimpahi rahmat & rezki dpd Allah. amin...
aku pn ske kucing, aku dpt rs y hero betul2 berterima kasih dan sayang dgn ko psl jaga die.
klu hero boleh bercakap mesti die sangat-sangat berterima kasih pada awk..
ReplyDeletedah tgk semua video die n die sangat manje!!
Ni muke kite lepas baca nih ------>
ReplyDelete(T_____________________________T)
mohon copy untuk disebarkan..terima kasih..semoga sukses dlm hidup..
ReplyDeletesalam bro..
ReplyDeletealhamdulillah Hero telah dijaga baik oleh bro selama ini....
semoga hidup mu dicucuri rahmat n rezeki dr yg-Esa..Amin..
bro..syabas coz sudi jaga HERO..lantak le org nk kata apa..ada baca blog umie n tngok pica HERO masa tu lum tngok video nyer..tapi bila dh tngok video nyer..x semena2 airmata ni bercucuran..Ya Allah..kenapa ada org tergamak aniaya kucing secomel HERO..alhamdulillah..HERO semakin sehat n comel..semoga jasa bro menjaga HERO mendapat sesuatu yg lebih berharga yg diluar jangkaan bro...semoga rezeki bro bertambah murah...amin..
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara.... syukur sgt2 saudara diamanahkan Allah untuk menjaga haiwan kesayangan Nabi Muhammad ni....(saya cemburu dengan saudara =)..).. bulan2 puasa ni baru tahu pasal kisah hero ni.. mula2 adik saya bagitahu, saya igt kejadian ni dkt luar negara... rupenye dalam negara kita...itupun lepas kawan tunjukkan video dkt fb... simpati sgt dgn hero, tapi bila tgk hero dah sihat dan pandai berjalan... lega sikit hati ni.... semoga saudara dan hero lebih tabah menjalani kediupan... perihal orang yang menyiksa hero ni dkt luar sane tu... faham2 lah ye.. balasan akhirat Allah dah sediakan awal2 lagi =).. tunggu je..
ReplyDeletesalam Ramadhan..
cyunk hero.. harap umor dia pnjng..
ReplyDeleteAlhamdulillah....Saya bari dapat link blog ni...dan dah tengok video hero tu dekat sebulan yang lalu...1st tengok anak saya yang age 5 dan 6 tahun mengalir air mata di belakang saya,saya juga hampir mengalir air mata..memang sedih melihat muka hero...Alhamdulillah Allah s.w.t membuka hati anda untuk menyambung nyawa hero 5 tahun yang lalu...Tak dapat nak bayangkan bagaimana kesakitanm yang hero tanggung...Saya mendoakan agar BINATANG yang menzalimi Hero akan mendapat KECELAKAAN yang amat dasyat, Dan pada anda saya Doakan semoga dimurahkan rezeki dunia dan akhirat......
ReplyDeletehai papa hero.....im cat lover mcm papa jugak! honestly...tgk clip video "hero" really touch my heart.....tiap kali tgk..tiap kali tuu laaaa air mate nii mengalir....thanks to you..sbb selamat kan dia....could not imagine...how suffered he is at that time.....semoga ALLAH membalas kebaikan papa....
ReplyDeleteMumun terharu papa hero telah bersusah payah menjaga dan merawat hero walaupun papa hero sibuk dalam urusan seharian tambahan pula beberapa bulan sebelum papa hero kawen dengan mama hero..
ReplyDeleteSemoga keluarga papa hero sentiasa di sisi Allah kerana Allah sygkan hambanya yang penyayang.. Amin..
tacing la bace kisah hero ni..
ReplyDeletebngang btul ngn org yg wat hero jd cmtu..
sy pun syg kucing jgak..huhu..
trime kasih kpd papa hero krn tlh mjaga hero..
mula2 nak baca mcm tak sanggup sbb tau pasti sesuatu yg tersgt2 menyentuh hati.. bila dh baca x tau nak ckp apa tp spt di duga dr awal.. ada airmata & perasaan jd x keruan membayangkan penderitaan hero..
ReplyDeletetiap kali dgr cita paphero...mesti nangis....nak2 time tgk iyo...siannya...kami di sini mendoakan kalian panjang umo n mura rezzeki kerana kalian sangat baik hati.bangga dgn kalian.kami nak jumpe iyo...camne ek..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesaya merayau2 kat internet dan terjumpa blog saudara
MasyaAllah..ada juga insan yg berhati malaikat macam saudara
peristiwa ini sungguh memberi iktibar
ia juga memberi peringatan kpd saya..jika ada manusia lain yg membenci/menganiaya/mensia2 seseorang/sesuatu/seekor haiwan...nantinya Allah akan datangkan manusia lain pula yg lebih menghargai/menjaga/membela orang/haiwan yg telah dizalimi itu
nampak dimuka hero amat manja dan jinak dgn saudara
saya suka tengok bila hero melompat dan berdiri dlm video tu
bertuahnya hero diketemukan dgn saudara
semoga Allah sentiasa mengurnikan Takdir2 Terbaik kpd saudara sekeluarga di dunia dan akhirat, juga kpd semua peminat2 hero juga....
setiap kali sy bace kisah tntg hero, mesti saya nangis. kesian hero. sy ade kucing jugak. :). semoge hero sentiase sehat dan lincah selalu.
ReplyDeleteakhirnya jumpe gak papa hero ni.. puas cari ;) anyway love hero so muchh die sekor kucing yg sangat tabahhhhh ;)
ReplyDeletesalam..alhamdulillah saya n family sgt2 menyayangi binatang,terutamanya kucing..air mata ni xhenti mengalirkan air mata saat melihat ketabahan Hero..semoga anda sentiasa dirahmati olehNya..
ReplyDeletesalam.. saya juga pencinta kucing.. nak sangat2 tengok Hero depan mata.. di manakah lokasi?
ReplyDeletesaya takut kucing.tAPI KESIHAN TENGOK HERO MCM TU.HERO MASIH HIDUP KAH?semoga tuhan membalas jasa dn memurahkn rezeki papa hero.dari brunei
ReplyDeleteBertuah sungguh Hero dpt berjumpa dgn tuan yg baik hati...ya...aku setuju,buat baik dibalas baik...gara2 curi makanan, Hero didera hingga sedemikian...memang D*** SH** itu orang...(geram!!)Mujur PH selamatkan Hero yg nyawa2 ikan time tu ....Catladyjes
ReplyDeletesedihhhh.
ReplyDeleteserius saya nangis bile tengok video tu.
saya takleh bayangkan life dia sekarang macam mane klu saudara tak tolong die.
saya jadi pilu sangat tengok die berjalan dengan kaki yang tinggal 2 je tu.
semoga Allah berkati perjalanan hidup saudara sekeluarga. terima kasih sebab selamatkan nyawa dia. Y.Y
semoga tempat saudara di Syurga...berbakul sy nangis tgk video ni...
ReplyDeleteMak mentua saya.. satu hari dia pi haji.. masa dia buat ibadat haji di mekah tu.. dia nampak atau terbayang2 ka'abah tu seperti kucing.. tp selepas dia balik dari haji.. dia berubah.. dia suka dgn kucing.. dan dia selalu beli ikan lebih.. utk bg kucing2 di rumahnya makan..
ReplyDeletemudah2an. saudara akan mendapat ganjaran di akhirat kelak. kerana atas jasa menjaga binatang kesayangan nabi ni. amin.
DeQdEq baru kenal Hero hari ni...itu pun dari blog Papa Meow...tima kasih juga Papa Hero sbb sudi singgah blog DeQdeq...
ReplyDeletemmg betulkan...bila kita bela kucing ni...rezeki murah dan melimpah ruah...
masa first time tgk video hero, sy terus nangis x henti2... mood terus xde hari tu.... awak ni seorang yg sangat baik! moga ALLAH permudahkan segala urusan awak... Saya ada kutip anak kucing buta tepi jalan... semua org tgk je tapi x tlg... saya bwk balik n ubatkan mata dia... tapi after 1week, die passed away...
ReplyDeletebest lak bce blog niey.. huu.. cte sal kucing.. best..
ReplyDeletei break into tears reading this article.. semoga tuhan mempermudahkan urusan serta niat murni anda...
ReplyDeletesedih sedih sedih..:(
ReplyDeletedh tgk video ni tahun lepas..tp ble ulang tgk lg,airmata ni laju je dia mengalir..kejam sgt org yg bernama manusia tu..
dah lama rupenye..tapi baru bulan lepas saya tengok video..kawan saya memang nanges2 tengok... saya tak suka kucing...serius..sebab sifat die yang manja dan suka gesel2 kat orang tapi rasanya tak tergamak la buat benda ni...seyes kalau semua orang ade hati n perasaan macam awak n isteri dunia ni aman kot...
ReplyDeletesemoga tuhan permudahkan semuanya untuk kamu dan keluarga
ya Allah..
ReplyDeleteserius.
sy nangis tgk kucing tu.
dulu sy suka sgt kt kucing. Tapi sejak baka kucing sy bela tu dah habis, adalah generasi "kucing pencuri" kat umh sy ni. Selalu curi mknn kt dapur.Salu jugak sy mrh2 n ugut nk sembelih *ugut je.xkn buat punye
Tp, bila dah tgk sendiri kisah pasal HERO,sy rasa,sy patut jge elok2 kucing2 tu walaupun sy xsuke..
sangat sedihhh..
ReplyDeletesaya juga pernah kutip kucing yang perutnya berlubang di stesen minyak satu ketika dulu..
tak dapat nak bayangkan bagaimanakah keadaan saya kalau terjumpa hero waktu saudara menjumpainya..mungkin saya pengsan agaknya
sungguh kejam manusia berhati haiwan..
semoga Allah merahmati saudara sekeluarga..
muawhh untuk hero and real hero!
salam semua..boleh tk tuan HERO upload pic br utk HERo..nk sgt tgk pic die,..mesti dh besar kn..sy ni dulu mmg tk minat pasai kucing ni..tp bila adq sy yg last dok punggut kucing2 jalanan..sy jd syg sgt pd kucing..ni dh hampir 3 thn sy bela kucing2 tu..skrg ni ada dlm 20 ekor..tp ada yg dh pandai keluar rmh n tk nk blk dh..
ReplyDeletecumanya skrg ni sy br berkahwin n br pregnant 5bln..suami sy bising hr2,..tp die tk penah phm sy..sy nk bela ank2 sy dr asal 2 ekor je..skrg dh berpuluh ekor dh..so mmg syg sgt2 la kan..sy risau je kalo2 bila sy bersalin nanti..die buang ank2 sy tu..
apa yg bole sy buat yer?
tuan HERO..nk tk kalo kite buka 1 Pusat Haiwan utk kucing2 jalanan..lps tu kite soh sesape yg ade jumpe kucing2 yg cedera ke ape ke..hantar ke pusat kite?musti bes kn..jgn kate kucing cedera, kalo lipas kene kejar ngan ank2 sy pn, sy skn selamatkn lipas tu..tepi rmh sy ni ade kawasan sikit tp tk de budget utk dirikan pondok utk ank2 sy tu..so sumenye dlm rmh..kalo kite bole sediakan tmpt yg selesa utk kucing2 jalanan, SYUKUR ALHAMDULILLAH kn??
ReplyDeletetuan hero dok kt mane yer..sy rase mcm nk jumpa HERO la,,
ReplyDeletesaya pn sgt suka kan kucing jgk.. lepas tgk video hero.. mmg air mata mngalir.. kejam btol org tu..
ReplyDeletesaya dulu pn pnh bwk blk kucing yg patah kaki.. tulang die cm trkeluar.. tp xde duit nk bwk pegi klinik jgak.. lama2 kaki die smbuh sndri.. lepas tu saya nk pindah, mmg xblh bwk die sekali, so saya bg kt jiran jer, xtau la idup lg ke x die..
msa mula2 tgk video tu, trus dlm kepala otak "along" (kucing yg patah kaki tu) sbb rupa hero sebijik mcm along tu, yg beza cuma tmpok blkg hero, along putih smua..
follow u..touching story..lucky hero to have u and he is in safe hand now =)
ReplyDeletesemoga Allah murahkan rezeki abg dan hidup abg akan diberkati...hanya Tuhan saja yg dapat membalas jasa baik abg...sedih sgt bace story abg...sy pun ada Hero...tapi Hero sy dah xde lagi...dpt tgk Hero abg sy cukup bersyukur kerana ada insan berhati mulia mcm abg yg selamatkan dia...sy doakan abg dan Hero bahagia...percayalah ada keberkatan buat abg yg berhati mulia...
ReplyDeleteaku penah ad seekor kucing y lbh kurg mcm ni..putih nama dia..dia still ad 4 kaki tp hnya kaki depan y berfungsi..dia jln mengesot je..kna lnggar aku rasa..aku jmpe kt taman masa tu..mulanya aku ambil dia atas dasar kasihan tp lama2 tu timbul perasaan syg..dia sgt comel n bijak..x penah wt hal..but then, 2 weeks ago dia jatuh sakit..aku ingatkan demam biasa but then dia jd makin teruk..akhirnya, selepas 3 ari sakit dia pergi meningalkan aku sekeluarga..sedihnya ya Allah..smpai skrng aku masih menangis klu ingat dia..aku ingat dia akan berada d sisi aku smpai bila..suara dia masih terngiang2 lg..
ReplyDeleteya allah! kau kaya kan lah aku harta dan iman supaya boleh aku menjaga kebajikan semua kucing2 dan haiwan2 di dunia ini..jadikan lah aku sbg penyelamat bg haiwan tidak berdosa ini di akhir2 zaman ini..
ReplyDeletesy da lme mengikuti kisah hero n sy amat tersentuh..sy juga peminat kucing..sy doakan yg terbaik utk mariahairey n famly sbb menjaga hero..klu blh sy nk jmp hero..
ReplyDeletetengok yg ini pun buat saya nak menangis, inikan pulak kalau gambar awal2 cederanya. dilaknat Allah siapa yg menyeksanya & bertuahlah insan yg merawatnya di dunia & akhirat. hanya Allah yg mampu membalas jasa baikmu.
ReplyDeletelama aku tak jengukblog nie... pa khaba hero skrg???? di harap hero makin sihat hendaknya.... salam kpd PH sekeluarga...
ReplyDeletenanges cikda tgk Iyo. susanye nk menjalani dunia tanpa tangan. tp Iyo tabah. Iyo kuat. cikda bangga ngan papa Iyo yg amik Iyo. even kite x kenal, tp 1 hari nnt cikda harap cikda dapat pgg n belai Iyo. sayang untuk Iyo dr cikda d kejauhan =)
ReplyDeleteaku percaya ramai yg menitis airmata tatkala melihat video klip HERO tu. makhluk Allah yg lemah yg menjadi mangsa kezaliman manusia.
ReplyDeleteHanya Allah saja yg mampu membalas kezaliman manusia zalim itu dan hanya Allah jua yg mampu membalas kaih-sayang yg kalian curahkan terhadap kucing yg lemah itu.
Kucing sebagai haiwan kesayangan Rasulullah pasti ada keistimewaannya yg tersendiri tapi apa yg pasti.. seringkali manusia yg memelihara kucing dgn penuh kasih sayang akan dikurniakan rezeki dari jalan yg tak disangka-sangka.
abg papa hero ni muka mcm pngganas. tp hati dia..fuhh. jmpa mn2 aku pluk 5 saat.
ReplyDeletekucing ni x tabah...Allah jadikan dia untuk ujian semua yang terlibat..tapi tuan dia sekarang yang tabah..aku respek mcmn blh plihara hero,bukan senang..nak pelihara yang normal pun bnyk ragam..tp syabas..pilihan yang dibuat ms 2005 mmg ajaib..hanya orang terpilih je yg buat pilihan untuk rawat hero masa tu..aku sendiri x mampu buat pilihan mcm tu..moga bangsat yg potong kaki hero tu terseksa seblm ajal nya dan mengingati kzalimannya..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSaya kagumi keprihatinan anda terhadap makhluk ciptaan Allah SWT.Semoga manusia2 yg kejam diluar sana dibukakan pintu hatinya dan diberi hidayah utk mengasihani sesama makhluk ciptaan Allah SWT.
harap2 hero sihat la...
ReplyDeletemaybe saya dah terlalu ketinggalan psl HERO ni..sy kagum dengan keperihatinan awk. kalau lah semua nya bersifat perihatin, syg kan haiwan.. sy doakan rezeki awk akan sntiasa berlimpah ruah.. semoga awk diberikan kesihatan yg baik selama2nya utk terus berbakti kpd sesama makhluk..
ReplyDeleteaku br tau pasal hero kt majalah mastika.sedey dgr citer pasal hero.babi punya org yg wat hero mcm tu.tkda akal ke nk wat kt binatang yg sedia tkda akal.tak bankrup pn klu ko bg ikan seekor kt hero tu..sial punya org..org yg wat hero camtu keturunan sial.tapi aku bangga gan hero kerana tabah melawan penderitaan yg dilalui..banjir umh aku bila tgk klip video pasal hero.sedey tgk cara dia berjalan...cayalah hero..hero mmg brave
ReplyDeleteselepas baca kat mastika,terus aku cari blog ko ni.tahniah kerana perasaan kasih syg sesama makhluk tu masih menebal dlm diri ko
ReplyDelete(sayangilah makhlukNya yg dibumi, nescaya kamu akan disayangi oleh makhlukNya yg dilangit)
waktu aku kecik dulu, sblm akhil baligh,serius aku ckp, aku ni mmg zalim kpd binatang,anak itik aku main lambung2, anak kucing aku buat eksperimen letak atas pucuk pisang dan mcm2 lglah.
tp bila dah dewasa, mcm kafarah kpd dosa aku kecik2 tu, aku xblh tgk binatang dianiaya.kalo tgh drive, naik motot,ada binatang melintas, selagi blh elak, aku elak biarpun smpai terbabas,time jln pun, kalo ternampak serangga sekalipun,on the spot ngelak dari dipijak.rasa mcm terbalik lak aku masa kecik2 ngan dewasa.
nasihat aku, jgn aniaya, zalim ngan binatang,diaorg jg makhluk Allah.bglah makanan kalo diaorg mintak, kalo xnak kasi, jgn pukul, jgn sepak.kesian.insyaAllah, rezeki bertambah murah bila kita bantu makhluk Allah ni.dulu aku xminat sgt nak bela kucing,tp aritu ada org camp[ak kucing kt rumah aku, kesian lak, so aku bg lah makanan.
so, kucing tu pun skrg mcm dah official jd famili aku.mmg dia hari2 nak makan dari aku je, dah xpegi tmpt lain dah.
apa yg aku blh rasakan semenjak 2 menjak ni,rezeki aku alhamdulillah wpnb xkaya mana,tp duit sentiasa cukup.kdg2 rasa mcm "eh,ada lg duit dlm wallet, xyahla pegi atm cucuk duit wpn aku pening pkir, rasanya duit aku sptutnya dah xde dlm walet?" (rezeki Allah).
n paling best, he he he, sdg menanti kehadiran cahayamata aku yg pertama (pun rezeki Allah).jgn ingat dpt anak tu satu kemestian bg yg dah kawin, ada yg 15 thn kawin pn masih xde anak coz blm ada rezeki.
keep up the good work bro
salam....saya menangis melihat penderitaan yg
ReplyDeletehero alami...marh pun ada pd org yg memotong kaki hero...hero memang seekor kucing yg kuat tuk terus hidup...mungkin kasih sayang anda mambuat hero ingin meneruskan hidup...kalau boleh ingin saya melawat hero...dimana yer boleh saya melawat kucing yg malang ini...bila tgk keaadaan hero saya teringat kucing saya juga...mereka saya jaga mcm anak saya sendiri dgn memanggil diri saya ibu kepada kucing2 saya itu...
Princess RA(fb)
email:zulra679@yahoo.com
setiap kali tgk video ney....mesti air mata nie akan mengalir....betapa beratnya penderitaan y hero tanggung....semoga manusi y menzalimi hero akan menerima balasan y amat dasyat daripada allah s.w.t... amin...
ReplyDeletesalam en. PH..
ReplyDeletesorry..sy ade publish story pasal entry neh kt blog sy..so sorry..
read ur blog make me "tersentuh" and "insaf"..
bukanlah sy jahat..mmg kt umah byk kucing..juz sy xley jd cm PH jd...wallahua'lam...=(
papepon...mgkn sy boleh ambil iktibar dr cerita2 en. PH..
sy bukanlah kejam..tp kengkadang geram n kucing2 kt umah...nakal sgt..
papepon..enjoy reading ur blog bro~!
=P
salam . sedih betul entry ni . sy bce dalam mastika . kejam betul lah manusia tu .
ReplyDeletesy mik cite ni..
ReplyDeletesalam, air mata saya terbit apabila saya membaca artikel mngenai Hero dlm majalah mastika, saya peminat kucing... astagfirullahalazim, tak sangka ad manusia yg sekejam itu... insyaAllah.. saudara akan mendapat keberkatan dlm hidup... Amin :)
ReplyDeletenux share story neh ye...
ReplyDeletesmoga papahero sentiasa dirahmati olehNya...
sy bru beli majalah mastika utk bce kisah hero...sedih sngt bila kenangkn penderitaan yg hero alami...dia hnya binatang yg x mampu nk zahirkn betapa peritnye kesakitan yg die alami...yg die tau hnya menghrpkn belas kasihan org yg prihatin...terime kasih mnjdi org itu...
ReplyDeletesaya baru beli mastika pasal hero, tgk gambar dia pun dah bergenang air mata saya, belum baca kisah nya lagi.. semoga Allah panjang kan umur HERO dan BRO...
ReplyDeleteaku bru tahu citer pasal hero ni........ tu pun aku bace mastika... lau tak mungkin x taw kot...... aku ingat orang cumer sanggup buang kucing jer.... tp rupa nyer ada manusia berhati binatang.. menitis ayer mater aku.. ni lau aku bg mak aku tgok... kalah tgok drama citer mlayu... paper pown aku tabek ngan pH.... aku pon pecinter binatang... tp x mungkin bley jd cam pH...
ReplyDeleteassalamualaikum wbt..saya dah lama tau pasal hero.tapi baru2 ni,baca dalam mastika,bru tau pasal kewujudan blog hero.klu boleh saya nak jadi macam papa hero..(skrg x boleh la,mak marah angkut kucing balik rumah :'( )
ReplyDeletekisah yang lebih kurang sama. jika papa ada HERO, saya ada TUAH
ReplyDeletesedih :(
ReplyDeleteHERO kucing yg kuat,tabah menghadapi cabaran idop walaupn tangannya di potong..ermm sape larh yg x brhati perut nie sngop gi potong tangan HERO??Tnggu larh dia nnti psti dpt balasan di akhirat..^^
ReplyDeleteSaya sedih dan terharu setelah baca cerita HERO ni... Syukurlah HERO mendapat keluarga yang amat menyayanginya... Saya pun ada bela kucing tp semua dh diambil org... Terpaksa bagi sebab dorg nk sgt2 kucing2 tu... Kucing2 sy dapat tuan baru yg sayangkan mereka.. saya melawat mereka n sy gembira krn mereka dh gemuk n sihat... Setiap hari saya asyik tgk video kenangan mereka bertiga untuk lepaskan rindu kalau xpergi melawat mereka...
ReplyDeleteMenitik juga air mata ni tgk video tu...harap Hero sihat selalu...geram rase nak belai2 je bulu putih dia tu...
ReplyDeletefirst tau pasal Hero tengok video kat youtobe tu.. selalu tengok video hero... saya menangis tengok video hero... sedih2 sangat... terima kasih bro jagakan hero.. kalau saya pun sanggup jaga dia.. saya pun penjaga kucing sewaktu ketika dulu2.. dlm umr 20thn kucing saya semua mati sbb keracunan terkena racun tikus, sakit kemalangan n pendarahan dlman, kena katok dengan kayu smpai mati.. sedihhhhhhhhhhhh tengok kucing dianiaya ni...
ReplyDeletesedihnya baca cte sebenar ttg hero nie..mmg ptt la nama die hero nie..moga panjang umur hero..moga murah rezeki papa n mama hero..
ReplyDeleteALhamdulillah saudara seorang yang sangat mulia. Saya akan doakan saudara dan keluarga sentiasa dilindungi Allah. Hero sangat bertuah kerana ditemukan dengan saudara. Untuk manusia yang kejam terhadap haiwan, 'your time will come'. Macam mana kamu buat dekat haiwan2 tuh, nanti tunggulah azab Allah dekat dunia lagi, pray that Allah will have mercy on you during Judgement Day.
ReplyDeletesalam...alhamdullilah....saya doakan saudara hidup denjgan dirahmati ALLAH..dan dipermudahkan olen-NYA..AMIN..
ReplyDeletemule2 saye tau psl hero ni dlm mastika....lps 2 saye tau psl blog ni...saye rase hero kcg yg kuat...
ReplyDeleteSalam, terharu sgt tgk video hero. Alhamdulillah masih ade org seperti sedara yg sanggup membantu makhluk dlm kesusahan walaupn sekor kucing..he must be really lucky to have d owner like u, n i'm sure hero will be really thankful to u..wish i could meet hero :)
ReplyDeletenasib bek PH xupload gmbr keadaan mula2 hero kne ptong. sedih gile kot. sy tgk kucim kna sepak pn, sy da nangis. skang mmg rmi org kjam yg sngup bnuh binatang kesayangan Rasulullah ni. kesian kt semua kucim atas dunia ni T__T
ReplyDeletesalam papa hero ,,
ReplyDeletemumu sedih bile bace kisah yang terjadi dekat hero ,,
papa hero sama macam ibu mumu ,,
sayang pade kucing ,,
mumu sebenarnye tak berapa suke dekat kucing ,,
tapi bile tengok kisah hero mumu jadi sedih teramat sangat ,,
mumu tak suke tengok bile kawan-2 mumu sepak terajang kucing ,,
kesian kucing tu ,,
mumu sokong ape yang papa hero lakukan ,,
:) May Allah Bless You PAPA HERO ,,
setiap kali saya baca entri ni dan tengok video hero..pasti air mata akan merembes keluar xhenti2..Ya Allah..xsggup rasanya membayangkan penderitaan yg telah ditanggung oleh hero..
ReplyDeletehero the best...................
ReplyDeletecam nk cgt jumpe dgn kucing ni . dala COMEL .
ReplyDeletemmg manusie yang buat tu tak berperikemanusiaan betul . .buang je la otak n akal tu kasi makan anjing .kne badi baru tawu ! HERO . nak jumoe :)
smuge hero sentiase shat slalu.....dpanjngkn umo.....dan kepade siape yg buat HERO jdik cmtu dia akn dpt azab yg brat daripade allah S.W.T di akhirt kelak......
ReplyDeletethe real hero is YOU. ......
ReplyDeletehero the special one...
ReplyDeletebile saye baca artikel papa hero... saya menangis...bile saya tonton video hero... saya menangis....bile saya lihat hero...pun... saya menangis.....sebaldi air mata saya... sebab... saya menangissssss.....huk..huk...saya sedih...saya suka kucing dan saya ade seekor kucing yg manja... name dia (atihhkoyangg)hik..hik.......saya doakan papa hero sekeluarga dirahmati allah kerana menjaga...dan menyayangi hero...amin..
ReplyDeletesaye ada wiwi dan mamat saye, insya Allah saye akan cube yang termampu utk anak2 saye ni ... kesian tak beribu tak berbapa..
ReplyDeletesy tak tahu pun pasal hal ni..sampaila pd hari ini..sy tergerak nak beli majalh mastika..dan ad hal hero di front page..sy baca dan sgt tersentuh dgn ap yg berlaku pd dia dan jasa baik tuan sekeluarga..smuga Allah merahmati anda sekeluarga kerana memelihara binatang kesayangan rasullah...mak sy pesan..jgn buat jht dgn binatang...ustaz ustazah sy pun pesan..tak kisahla binatang tu babi ke..anjing ke..tak sepatutnya kt menyeksa binatang...smuga blog ini dpt memberi keinsafan pd yg menatapnya...insyaallah..
ReplyDeletesaya bangga kerana masih ada yang menyayangi HERo,saya juga membela kucung,saya simpati pada apa yang terjadi pada hero,itu bukan manusia yang lakukan,tp manuasia berhati iblis dan tanpa beas kasihan,adakah dia tidak terfikir jika itu yang berlaku pada dia,SUNGGUH KEJAM DAN HINA ADA MANUSIA YANG SANGGUP BUAT BEGITU PADA BINATANG
ReplyDeleteya allah ya rahman,,
ReplyDeleteselamatkanlah hero dan keluarganya ini
panjangknlah usia mereka dgn keberkatan
murahkanlh rezeki mereka
berkatilah mereka dunia akhirat
amiiin...
salam...
ReplyDeletemak datuk..manusia mana sanggup buat hero cam tu?tu bukan manusia..binatang lagi la..ntah apa ptt pggl org cam tu..saya doakan agar hero dan kuarga tuan sentiasa dalam rahmat ALLAH..haiwan kesayangan Nabi S.
A.W..terima kasih kerana sanggup pikul tggjwb besar ini dan saya yakin jodoh antara tuan dan hero ALLAH dah rancang..semoga ALLAH membalas jasa baik tuan kemudian hari..salam...pendita_dewangga..sabah..sayang hero..peace..
nangis sya baca cite sal hero, tragis sngt.. ada ke manusia mcam tu? x lyak hdup lha orng mcam tu.. smua video hero sya x snggup nk tngok.. gmbr pn x snggup nk ttap.. rsa mcam trsiat hti ni..
ReplyDeletesaya x boleh tahan hanya menangis tgk video tu..mcm mana la lau saya yg jaga..saya pun x mampu...
ReplyDeletesaye nak nangis tgok...dengan lagunye lagi..yaallah...sedenye....huahuahua
ReplyDeleteSalam, saya dan sekeluarga amat sedih apabla membaca artikel tentg HERO, wanie berharap org yg melakukan perbuatn terkutuk akan mendapat balsan yg setimpal dari Allah.Semoga keluarga Hairey dilindungi Allah dunia dan Akhirat.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan Salam Aidiladha. Saudara adalah HERO sejati. Semoga ALLAH mengurniakan rahmat, hidayah, rezeki, anak2 yang soleh dan segala kebaikan kepada saudara sekeluarga, dunia dan akhirat. Semoga Hero sihat selalu dan panjang umur. Semoga saudara dan Hero dapat bersama-sama hingga ke syurga ALLAH SWT. Amin.
ReplyDeleteMemang aku penah tengok video Namun ku Punya hati tuh bertahun yang lepas. Sebab sayangkan kucing, aku sedihlah jugak. Tapi tak sangka pulak kisah dah bertahun-tahun, baru heboh sekrang,Aku pon baru je tengok video yang terbaru. Dah nampak cubby Hero kau. Pandai ko jaga.
ReplyDeleteHarap niat ko untuk berbakti pada kucing terbiar tak tersasar. Moga Allah balas jasa ko sebab sayangi kucing macam Rasulullah:)
jumpa blog ni dalam mastika....terharu dengan usaha papa hero ni. syabas. teruskan usaha anda, semoga sentiasa dirahmati ALLAH.
ReplyDeleteHero adalah salah satu bukti kebesaran-Mu, Ya Allah..terima kasih papa hero :)
ReplyDeletesdihnye...nanges bca cite HERO.
ReplyDeletetuari tgk brita org dera kucing pn...dh lari 1 rumah nanges2...
saya memang sedih tengok kisah hero ni sebab saya pun suka kucing!
ReplyDeletemoga hero bertambah sihat..
assalam bro...apa yang bro buat ni, semuanya akan dibalas dengan setimpal oleh ALLAH yang maha kuasa..tahniah bro..
ReplyDeleteWah sedih yana tgk...yana pun ada kucing...walau pun kucing yana selalu gak ambik makanan yana ....yana tak kisah pun....tak delah sampai menyiksa makhluk allah sampai mcm tu....bayangkan kalau kita manusia yang diperlakukan begitu...mesti ada yang marah...begitu juga haiwan...mereka pun ada perasaan....
ReplyDeleteTahniah buat saudara sbb telah memelihara Hero dengan sebaik mungkin....Insyallah...allah akan membalasnya...Hope Hero juga dalan keadaan sihat selalu...
Hero bertuah kerana dipertemukan dengan insan yang baik dan berhati mulia seperti awak..Dan Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya..Chaiyok Hero!!
ReplyDeleteHy sy bru tbca article mengenai hero dkt mjalah mustika,terus dpt alamat blogspot ni,jst nak share, sy ada seekor kucing dpanggil aswad,,kaki knan tak de,kudung..sy jumpa aswad kat rmh kwn sy terus sy ambil&bela,tahun ne dh msuk 5 tahun aswad tnggal dgn kmi..
ReplyDeleteSebagai seorang yg syg kn kucing,apa yg awk buat sngt2 la mulia,hnya Allah dpt mbls sgla2nya, sy sngt2 bharap agar nasib2 haiwan ne lbih terbela,sy tak sngup nak tengok dan biarkn kucing2 yg tak bertuan mrayau2 d jlanan,mna yg sy dpt bwa blik sy bwak,wlpn mak sy slalu bising,tpi sy tebalkn je tlinga,kucing sy dh msuk 9 ekor..
Moga ramai org akan lebih perihatin akan perihal haiwan ini,kerana haiwan ni mmerlukan perlindungan dari manusia yg zalim,yg belum pnya hati perut,Kucing jua adalah haiwan kesyangan Rasullulah SAW..
love iyO (^^,)!
ReplyDeletesalam utk smua fmly papa hero,
ReplyDeletesy mula2 tgk vid hero dr sorg kwn. masa 2 kt pusat islam(msjd) tmpt sy bljr. mula2 vid lg air mata dh start kluar. xdpt tahan perasaan ne smpai sy bdoa d rmh Allah itu agar mereka yg bbuat kejam pd hero akn mnerima padah d dunia n akhirat... dlm hti ne ada jgk cita2 nk kutip smua kucing2 jalanan bt blk.kalau org lain xsudi bela kucing2 ne biar sy je yg bela... smoga d permudahkn niat sy ne.... insyallah.... hrp papa hero tlng doakn hajat sy ne.
salam papa hero,kali pertama sy melihat dan mendengar video ni air mata sy mengalir xtertahan bile tgk hero sy teringatkan ANGAH...semoga ANGAH berada disyurga ALLAH..sy xmampu nak meluahkan apa2 kat sini,yg mampu air mata sy sebagai ganti luahan hati sy...demi ALLAH sy rindukan ANGAH walau hanya seketika die hadir dalam hidup sy dan isteri itu pun dah cukup bermakna..
ReplyDeleteyana kongsikan cita Hero nie kat churpchurp
ReplyDeletePH...baca kisah Hero nie buat sya teringat plak kt sekor kucing yg sya penah jumpa dulu..... saya ade seekor kucing kat belakang rumah nenek.... saya namakan dia gomera.. gomera nie manja sangat dye saya... saya syg kt dia... tp saya geli bila dye meleser2 kt sya... one day sya acah nk pukul dye... then sya x jumpa dia dah.... saya menyesal sgt... sbb buat mcmtu... smpai skang sya x tau dye kt mana...
ReplyDeleteEven dh bjuta kali baca psl iyo pn....
ReplyDeletemesti nangis setiap kali baca blk....
X dpt nk bayangkn perasaan PH ms tu...
Apatah lg PH yang alami bende ni....
Yg tau melalui pembacaan pn dh sedih.....
ermm terharu ... terima kasih kerana selamatkn kucing tu
ReplyDeleteSalam papa hero.. Hero apa khabar? Saya pasti hero sihat di bawah jagaan papa hero. Saya bangga dgn pengorbanan papa hero yg sentiasa memastikan hero n the gang dlm keadaan sihat n selamat. Jamek mcm mana? Dah sihat? Saya jugak nak minta tipis dari papa hero mengenai penjagaan kucing. Kalau sudi, share la. Tq....
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam takziah.teruskan perjuangan.Allah maha mengetahui jgn jauh dr perintahnya.
ReplyDeleteInnalillaa hero :(
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletebro, aku ada share kisah ko ni dlm blog aku.
kalau ada salah silap, mintak betulkan...
beres...
http://kongsakongsi.blogspot.com/2014/06/kisah-suka-duka-5-binatang-kudung.html