KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Blog KAKIMOTONG Dan Hero Di Majalah Mastika

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Tuesday, October 11, 2011

Blog KAKIMOTONG Dan Hero Di Majalah Mastika

Posted by Papa Hero | Tuesday, October 11, 2011 | Category: , , , |

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih ada insan yang sudi melihat perjuangan PH selama ini....Tanggal 10 Oktober 2011, Kakimotong Dot Com melakar satu demi satu sejarahnya yang tersendiri....Kali ini, blog PH dan kisah Hero telah menjadi perhatian sebuah majalah yang telah lama bertapak di sanubari rakyat Malaysia iaitu Majalah Mastika....Sesungguhnya, PH telah menemui satu hidayah dan panduan di mana usaha PH selama ini untuk menulis dengan gaya yang variasi tidak sia-sia....PH berpegang pada satu pepatah Inggeris :
"To make your dream come true, just visualised it and keep it passioned...Don't ever and ever stop, don't despair and just do it....Miracle will come true if YOU BELIEVE"...
Terima kasih buat Saudara Nazirul, wartawan yang bertanggungjawab di dalam cerita Hero dan blog Kakimotong pada keluaran Mastika November 2011...Tak lupa juga kepada Pengarang Mastika, Encik Sahidan Jaafar....Terima kasih atas kata-kata hikmah dan nasihat dari Tuan...Sememangnya Majalah Mastika juga adalah salah satu faktor utama yang membuatkan PH menjadi penulis....PH tak kisah pun dengan apa saja bahan cerita yang dimuatkan di dalamnya, apa yang PH kisahkan ialah ilmu setiap penggunaan ayat dan aura RAHIM KAJAI... :)
Ramai orang memandang tetapi tidak melihat...Rugi sungguh kalau kita menolak ilmu yang sangat bermakna ini walaupun cerita santai atau mistik sekalipun...Tapi yang hairannya, kalau majalah yang menayangkan gambar atau cerita mengenai wanita seksi laju jer baca ( yang lelaki la kan...? hehehe )....Janganlah memilih buku dan ilmu...Rugi sangat-sangat...

Blog Kakimotong dan Hero ~ Mastika November 2011

Dalam entri ini, PH nak ceritakan apa yang berlaku di sebalik tabir cerita Hero sebelum keluar dalam majalah...Saudara Nazirul telah bertamu di rumah PH pada 12 September 2011...Oh ye, baru PH perasan....Dalam bulan September dan Oktober, ramai betul tetamu yang datang ke rumah PH...Ada yang nak tengok Hero, ada yang nak tengok si kembar dan ada juga yang nak ambil kucing yang PH kutip untuk dipelihara sebagai 'anak angkat' mereka...
Sebagai mukadimah, Hero telah bersalaman dengan Saudara Nazirul dengan gayanya yang tersendiri...Suka PH tengok situasi masa tu....


Bagi mereka yang pernah 'bersalaman' dengan Iyo pasti akan rasa sangat bertuah..Ianya bukan senang dan bukan semua orang yang dapat melalui situasi sebegini...


Ini adalah sedutan videonya...Apa macam...? Comel tak 'tangan' Iyo...


Lepas bersembang-sembang, sesi temuramah pun bermula....Kalau nak tahu apa isi ceritanya, belilah majalah Mastika bulan November 2011 yaa...
Rupa-rupanya, bukanlah mudah untuk menjadi wartawan...kepantasan dan ketajaman minda amat diperlukan oleh seorang wartawan dan penulis supaya cerita yang disampaikan oleh si pencerita tidak lari dari topik yang sebenar...Nanti jalan ceritanya jadi lain pula...Memang mencabar kerjaya ni...
Sesi 'photoshoot'  juga dijalankan selepas temuramah oleh Saudara Nazirul...


Kemudian, pada 20 September 2011 rumah PH sekali lagi dikunjungi oleh Saudara Nazirul, tetapi kali ini diiringi oleh Saudara Fauzi, jurugambar profesional dari Utusan Malaysia...Tengok gajetnya pun PH dah seriau....Orang macam PH belum layak lagi memegang gajet sebegitu...Banyak lagi benda yang PH perlu dalami....Kerjaya sebagai jurugambar pada zaman sekarang tidak lagi seperti dulu...Ianya memerlukan minat dan kena rajin serta berfikiran positif, barulah aura gambar tu dapat dirasai oleh si pelihatnya....
Terima kasih Saudara Fauzi dan Saudara Nazirul di atas hasil usaha tangan anda berdua...


P/S :
PH telah dilamar oleh Pengarang Mastika, Encik Sahidan Jaafar untuk menjadi penulis dalam Majalah Mastika...PH juga dijemput untuk hadir ke pejabat Mastika...Ketika menerima berita ini, PH tak tahu nak kata apa....Perasaan bercampur baur...Rasa macam tak percaya dengan apa yang PH dengar...Dalam bahasa kasarnya, PH jadi 'Blur'..
Secara tak langsung, ini membuatkan PH teringat saat masa mula-mula PH menulis blog dulu..PH memang tak pandai menulis cerita langsung..PH juga teringat bagaimana PH 'mencuri' bait-bait ayat serta perkataan-perkataan yang baru dalam sebuah buku catitan kecil yang selalu PH bawa ke mana-mana...PH menulis semula ayat-ayat yang PH rasa menarik dari akhbar-akhbar di restoran-restoran, majalah, sarikata cerita di televisyen, iklan-iklan, ceramah-ceramah agama mahupun khutbah Jumaat....Kalau tak bawa buku catitan, PH rakam pakai handphone...Begitulah cara PH tingkatkan kualiti gaya penulisan PH....Biasanya kalau mana-mana artikel,  ruangan 'P/S' ni kesimpulannya pendek jer, tapi PH tukarkannya menjadi panjang berjela kerana hasil kajian peribadi PH, para pembaca lebih FOKUS di bahagian ini....
Apa-apapun, segalanya tak mungkin menjadi kenyataan sekiranya tanpa sokongan dari anda semua kepada PH....Ini adalah kejayaan peribadi PH dan kejayaan anda juga....PH amat mengharapkan agar sokongan ini berterusan....Semoga kita bersama-sama dapat memartabatkan lagi golongan pencinta haiwan....

Lambang kepada kejayaan bukanlah pada kekayaan, tetapi pada perubahan yang berjaya kita lakukan....
PH telah berjaya mengubah ramai orang...PH telah berjaya mengubah banyak persepsi terhadap anjing...Ramai yang mengalir air mata apabila membaca penulisan PH...Sebelum mereka semua mengalirkan air mata,  PH terlebih dahulu mengalaminya...kerana semua ayat yang anda baca dalam blog ini datang dari hati PH yang paling dalam...Ada sesetengah entri blog ini ditulis dengan iringan air mata PH sendiri...MH adalah saksinya...

Rahsia untuk berjaya dalam penulisan : 
Menulislah dengan hati, bukan dengan perasaan...Jangan malu menangis...


Comments
34 Comments

Currently have 34 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. salam PH...tahniah atas apa yg telah dicapai...rindu kat HERo...smpikn salam yus pad famili , hero & ank2 bulus yg lain ye...smoga apa jua yg dilakukan akn diberkati ALLAh...smoga murah rezki...chayok2...

  2. tahniah bro!
    mastika tuuuuu.... :)

  3. Salam PH..saya mesti beli dan tak akan lepas kan pluang ni! Alhamdulillah ..Allah sentiasa memberi rezeki dengan mereka yang membuat kebaikan.

  4. tahniah papa hero!
    saya sokong PH sebab saya juga sayangkan kucing!
    baru lepas beli dan baca Mastika latest ni..
    terus buka blog PH..

  5. The biggest congratulations buat Hero + PH & MH...
    Memang benar, PH dan blog KakiMotong ini banyak memberi kesedaran kepada orang yg macam CikPea untuk lebih memahami terutama isi hati makhluk Allah, kucing..
    Memang sebelum ini pun kita dah sayang haiwan (dlm konteks ini kucing)., tapi melalui blog ini persepsi terhadap kucing dan curahan kasih sayang kepada kucing itu adalah lebih mendalam dan lebih terkesan di hati...
    PH dan Hero menjadi inspirasi kepada CikPea sebenarnya untuk lebih "agresif" membantu kucing yang dibuang dan dianiaya...
    Buktinya, kerana teringat kisah Hero inilah, CikPea kuatkan semangat membawa kucing yg cedera dilanggar, pulang ke rumah (last weekend) yang CikPea jumpa semasa sedang makan di sebuah restoran.. Walaupun mulanya tak yakin saya dapat membantu kucing tersebut, tapi saya kuatkan semangat bila teringat kisah PH dan Hero.. sebab, sebelum ni biasanya kucing yg datang atau CikPea adopt adalah kucing sihat tanpa apa2 kecederaan.. itu yg bila berdepan dgn kucing cedera ni jadi panik juga macamana nak bantu.. Alhamdullilah., so far everything goes well in hands.
    Memang PH dan Hero adalah inspirasi kasih sayang sesama makhluk Allah.
    Tahniah sekali lagi PH +MH dan HERO!..

  6. tumpang bangga & gembira dgn blog PH!!! Nak kena beli mastika this month

  7. tak pernah beli mastika.

    kali ni nak beli sebab ada cerita hero

  8. Tahniah PH sekeluarga..dan teruskan perjuangan anda..
    Dari kak Elly Shuhaili

  9. dah baca.. mmg sedih kisah2 kucing yg dzalimi! tahniah PH! teruskan kempen "jangan seksa kami!" sama2 kita hapuskan kekejaman terhadap binatang terutama kucing.

  10. teruja, happy & x tergambar perasaan tu bila dgr khabar ni. Seolah2 kita lak yg dpt semua tu.. Walau tak pernah berjumpa dgn hero @ family PH tp rasa mcm hero tu dekat & rapat sgt dgn saya hanya membaca kisahnya di blog ni.

  11. salam...
    sy dh beli dh mastika tue...
    best bc kesah Hero.... terharu...

  12. Mesti beli!Hero dah femes sekarang ni..eheheh..^^

  13. Saya dah dapatkan keluaran Mastika yang memaparkan kisah Hero dan kucing2 yang dizalimi...Sedih sgt baca kisah Hero n kucing2 yang dizalimi tanpa perikemanusiaan..Kucing pun ada perasaan gak...huhuhu...

  14. Tahniah PH. tapi mana videonya?

  15. Baru beli Mastika!
    Hero sangat comel!
    Memang kejam sape yg aniaya dia sampai mcm tu..
    Terima kasih sbb bagi hidup baru kat Hero. Jap lagi nk nonton video Hero!

  16. i'm happy for u n ur family PH.
    moga lepas ni nasib kucing2 terbiar n anjing jalanan terbela. :)

  17. PH..saya da bce da..ase br tgk gmbr da menitis air mate..belum lagi bace...bce je trus teresak2 saya menangis..mohon share di blog saye ek..tengs..

  18. dh bli bru td....bc promote kt kosmo....mmg sdih....:(...kejam btul lh kisah seksa kucing...mnusia cm 2 ptut d ajr ttg ksih syg...xda prsaan.....hrp mreka d bri hidayah oleh ALLAH S.W.T

  19. actually sy adalah 1 antre 10000 y sgt sygkan kucing smp di thp obses sgt ngn kucing. mlm td sy sggah di 7 eleven tok beli brg, pastu sy tnmpk buku mstika kluaran nov pye kt rak megazne kt 7e uwh, fes thing y wat sy trus cpai mastika tu, ble sy tnmpk pic kucing d muka hdapan mastika tu, mula sy x pasan lg kaki dye tu, pas sy tgok btol2 n selak 1 persatu m/surat uwh... bru sy nmpk ade sket perbezaan d kakinye.. mse 2, ya allah.... hanye tuhan je y tao betapa sebaknye sy tgok keadaan hero tu.. sy xdpt thn airmata sy... kejamnye mnusia y wat cmtu kt dye... spe kte bnatang xde perasaan?? sy dah hmpir 20 thn sejak kcik lg mbesar ngn kucing tao..walaupun hayat seseekor kucing tu x lme n sering bertukar gnti kucing yg sy bela.. tp sy memahami naluri bnatang uwhhh..klu kite ajar n layan dye ngn baik n iklas.. insyaalah.. baik la jdi nye kucing tu.. tp sy memg xdpt time a org y potong kaki hero ni, ya allah... betapa deritanye dye.. cbe tgn kite kne potong idup2 cmtu... cmne? ni kan lg kucing..astargfirulllahhh....Ya allah, tunjukkan lahh...

  20. tingin asenye nk dtg tgok HERO ni.. agak2 bleh ke x tao huhu... tingin nk peluk2 cium meow ni..

  21. salam bro;)

    baru saja baca kisah bro & hero dalam mastika. mmg sedih smpi berair mata dbuatnya. kisah bro lebih kurang sm mcm kisah sy dah kucing saya yang bernama TUAH. walaupun skrg sy tidak bpeluang mbela kucing, tp sy adalah pcinta kucing. maybe suatu hari nanti...insyaAllah. btw, akan sy kisahkan TUAH dalam entry sy akan dtg.

  22. Cane nak benti nangis ni? =.='

    Semoga Allah balas kebaikan PH. tatau nk ckp apa. siyes. terima kasih sbb slamatkan kucing2 jalanan. siyes speechless..nk ckp apa...sy..terima kasih PH. Terima Kasih sbb menyayangi haiwan.

    Sobs...SObs.. ='(

  23. Insyaallah kiranya kita baik sesama makhluk Allah, murah rezeki kita ....

  24. jz read it. HERO malang krn dipotong kaki, tp sgt bertuah krn ditemukan dgn saudara. xtau mcm mn dia bole survive lps kena potong kaki tu. kuasa Tuhan. Alhamdulillah . (:

  25. saya sayang kucik... kucing yg sy adopt. jmp kt kota baru.. syg kucik..

  26. BABY n ADI'S SISTER says:

    BABY n ADI'S SISTER
    sya pminat mstika dri sya kecik lg.. mastika ni diperkenalkan oleh mama sya yg juga pminat mastika.. dlm almri buku mmg pnuh ngan mjalah mstika..
    dlu time sya bca mjalah mastika,ad je yg nk myebok..spe lg klu bkn BABY n ADI.. abis di koyak2nyer bku 2.. ajak bergurau la 2..tp agak2 la nk bgurau time owg dok 'study'..
    tp skrg hanya sya sowg je yg bca..sbb "dorg" da xde.. miss BABY n ADI..

  27. Salam Hairey @ Papa Hero.

    Hormat diraja sy berikan kpd anda diatas usaha suci anda, menyelamatkan haiwan terbiar especially kucing. Walaupun sy tak dapat nak membela kucing, tp sy sendiri tak sampai hati nak mendera; waima melihat kucinglapar pun rasa nak menangis. baru2 ni kat belakang rumahada seekor kucing kelaparan.... tak sampai hati tgk dia mengiau.... at last, nasi goreng sarapan pagi saya kongsi ngan sicomel tu.... at last kucing tu dijagaoleh salah seorang jiran yang prihatin.

    bro, teruskan usaha murni kau ni. kalau PH rasa nak buat kempen banteraskezaliman terhadap haiwan, aku org pertama akan sokong. kalau setakat nak berkonvoi motosikal menyampaikan mesej anti kezaliman terhadap haiwan, aku akan cuba bantu sedaya upaya kerana aku mmg aktif dalam xtvt bermotosikal.

    what ever it is, teruskan usaha murni PH dalam membela nasib sicomel terbiar. kalau tak dapat ganjaran didunia, insyaallah, di akhirat lah sebesar ganjaran dan semulia tempat untuk kau PH. Amin....

  28. rezeki anak2 dan keluarga PH :). alhamdulillah

  29. asslam papa hero. saya nabila, saya dah bli dah mastika... sgguh sdh sya d wat nyew... ksian hero.. sy ckp mrh dgn mnusia jaham 2. semoga dia d laknati 2hn.. dia akan dpt pmblasan yang stimpal dengan perbuatan nyew... amin... sggh trharu sya bila melhat hero melompat.. tk percya sya bila sya tengok hero sungguh pandai melompat.. kuasa than, biarpun tiada kaki d dpan tpi lincah melompat... tlong kiss 2k sya kpada hero.. tq.. semoga papa hero dapat ganjaran d akhirat kelak... amin.. asslam...

  30. Tahniah PH...smoga dgn usaha PH ni mndpt perhatian dunia....& memberi kesedaran kpd manusia agr lbh prihatin & berperikemanusiaan trhadap binatang2x ni...

  31. as salam PH, MH, comel Si Kembar , Hero dan tawan2nya

    sekarang saya membela 3 ekor kucing dan saya hanyalah tinggal di flat sahaja.
    1- kecik - kucing jalanan KKU (kucing kurang upaya) yang berjalan terdengkot-dengkot disebabkan parkison
    2- belang - kucing kedai makan yg dulunya selalu kelaparan
    3- ocen - juga kucing kedai makan yg mengalami asma dan kami sekeluarga menyediakan 'katil magic' khas utknya kerana ocen perlukan bantal utk dia baring & tidur dgn selesa

    semua diatas terjadi adalah dari pengaruh AURA papa hero dan papa meow yg telah byk memberi inspirasi kepada kita semua agar lebih prihatin kepada kucing2 dan anjing2 jalanan.

    tidak pernah terimaginasi dlm fikiran saya utk membela kucing2 jalanan tersebut lebih2 lagi bila saya hanya tinggal di tingkat 2 sebuah flat.

    tetapi semua itu Allah izinkan diatas asbab selepas membaca kisah hero dlm blog kakimotong

    terima kasih PH!

  32. tahniah buat PH....mase mule2 saya bace crita hero ni, saya menangis x sudah.....sedih sangat....tiap2 bulan, saya takkan lepaskan peluang beli mastika utk follow crita PH....sebab saya pun pecinta kucing....dulu saya pernah bela seekor kucing dari kecil sampai dia pergi meninggalkan kami....kemudian saya da x sanggup untuk bela kucing lagi....baru tadi saya baca mastika keluaran mac, saya menangis lagi....terharu dengar kisah si bear dan si boboy.....semoga Allah memberi rahmat dan lebih di murahkan rezki buat PH, family & kucing belaan =)

  33. X tau nk ckp ap....sebak d dada mliht seekor kucing yg x brdosa dperlakukan sbgni...hrp2 si pelakunya trima blsan stmpl....love u hero...


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails