Sekalung Terima Kasih Kepada Nasi Lemak Kopi O Dari Kakimotong Dot Com

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Secara peribadinya, PH rasa sangat gembira kerana sekali lagi PH diberi ruang untuk hadir ke Sri Pentas di Bandar Utama untuk rakaman secara langsung Slot Meow Si Kucing di dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9...Beberapa hari sebelum rakaman di studio dilakukan, PH telah menerima SMS dari Saudara Hasnol yang menyatakan hasrat untuk membuat rakaman di rumah PH...

Jam 8 pagi PH, MH dan Hero ( Iyo ) PH pun tiba di Sri Pentas...Suasana pagi itu sangat lengang...Cuma kelihatan beberapa krew sedang menyiapkan set untuk rakaman slot rancangan lain...Kemudian PH pun berjumpa Saudara Hasnol, selaku di antara kakitangan Media Prima yang bertanggungjawab di dalam slot rancangan kali ini...



Maka, Saudara Hasnol dan Cik Farrah pun melaksanakan tugas dengan sebaiknya dua hari sebelum itu...


Siapa sangka buah cempedak jadi nangka...Pada pagi itu PH telah bertemu dengan seorang jutawan yang juga merupakan mentor kejayaan bagi PH iaitu Dr. Rozmey...Beliau sangat teruja dapat bertemu dengan Hero....Tanpa disangka beliau juga turut mengikuti kisah Hero melalui media elektronik...Dr. Rozmey juga adalah seorang yang sangat sayangkan kucing...Beliau sendiri ada memelihara 20 ekor kucing dan ada di antaranya adalah kucing terbiar....Siapa sangka Dr. Rozmey pun adalah merupakan seorang aktivis haiwan kan...??


Semasa PH melangkah masuk ke dalam Studio C, kelihatan Abang AG dan Fizo Omar sedang berkomunikasi dengan krew yang terlibat....



Rupa-rupanya slot untuk Dr. Rozmey juga tersenarai di dalam slot Nasi Lemak Kopi O ni...Agenda pada pagi itu ialah mempromosikan produk-produk kesihatan yang beliau terajui...Dikhabarkan bahawa beliau akan menyumbang RM20 juta untuk membangunkan semula Gaza, Palestin...Wow..!!! Tidak terkata PH pada masa itu...Semoga Allah jualah yang membalas jasa baik beliau dan PH mendoakan agar perniagaan beliau maju jaya....


Kemudian, rancangan diteruskan dengan kemunculan sebuah band yang dinamakan Salam Musik...Band ini menampilkan irama muzik yang lain dari yang lain...Di sini adalah laman web mereka ( KLIK SINI )..Steady juga irama muzik yang diperjuangkan oleh mereka...Semoga band Salam Musik 'success' dan maju jaya...


Kemudian tibalah giliran PH pula untuk naik ke set rakaman...Ketika iklan sedang ke udara, sempat juga PH berbual dengan Fizo dan Abang AG mengenai nasib kucing-kucing terbiar di Malaysia ini...Siapa sangka mereka juga mempunyai perasaan sayang kepada haiwan terutamanya kucing dan berharap agar satu perubahan dapat dilakukan di Malaysia agar hak haiwan terbiar dibela....Sempat juga Abang AG melawak kerana beliau 'segan' dengan kucing...."Aku kalau kena acu pistol aku ok lagi tapi kalau dengan kucing aku surrender...Aku 'segan' sikit..." Begitulah lebih kurang dialog Abang AG yang membuatkan Fizo dan PH ketawa....



Kelihatan Saudara Hasnol ( baju T berwarna hitam ) sedang memastikan agar 'progress' berjalan dengan lancar....


Maka bermulalah siri temubual terhadap PH...Hero pun steady masa rakaman tu..Tak banyak ragam...Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT juga....


Masa rakaman ini sedang berlangsung, bulu Hero kelihatan meremang sedikit dek kerana sejuk...Kalau bahagian belakang dia tinggi, itu bermakna dia mahu dipegang...Boleh tahan juga gedik dia masa tu....


Sehingga akhir rakaman, semuanya berjalan lancar....Banyak isu yang dikupas di dalam slot ini....Video-video kekejaman yang berlaku terhadap kucing di luar negara juga telah disiarkan sebagai peringatan kepada kita akan penderitaan terhadap haiwan tersebut yang seringkali menjadi mangsa kerakusan manusia...Kegiatan ini sememangnya perlu dibanteras sama sekali di Malaysia kerana ianya sangat tidak sesuai dengan budaya Timur...PH juga ada menyatakan bahawa sekiranya kita ternampak ada kekejaman terhadap haiwan telah berlaku di hadapan mata kita, laporan polis boleh dilakukan di mana ianya akan disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat kepada haiwan...


Alhamdulillah, PH berasa sangat gembira sekali kerana telah dijemput untuk menjadi tetamu undangan di dalam slot kegemaran ramai iaitu Nasi Lemak Kopi O di TV9...Layanan dari krew Media Prima yang terbabit juga sangat mesra...


Beginilah keadaan Abam Iyo yang terbungkang lepas balik dari shooting...Penatlah tu...Penat dan kenyang....hehehehe...



Bagi kalian yang terlepas untuk menonton slot ini, bolehlah menontonnya di Tonton.my dengan KLIK SINI tapi kena daftar dulu yer ( Log In )...

Nota PH :

Satu lagi kejayaan peribadi dan kemenangan telah PH lakar dan ianya juga adalah kejayaan bersama untuk sekalian para pencinta haiwan secara amnya....Media telah mula mengupas isu-isu haiwan yang seringkali menjadi mangsa kekejaman manusia untuk dijadikan sebagai peringatan dan iktibar kepada kita semua...

Meskipun PH menerima pelbagai halangan, namun PH serahkan segala-galanya kepada Allah SWT....Yang penting, nyawa-nyawa haiwan terbela nasibnya....

Rezeki datang dari Allah SWT jua
Untuk mengajak insan lain untuk menaiki bahtera kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah...Ianya seringkali disalaherti oleh mereka yang berfikiran negatif...Tetapi tidak mengapalah...Kalau nak diikutkan, PH dah tak larat lagi tetapi entah mengapa PH masih melakukannya....PH tidak akan sekali-kali menyimpang dari matlamat kerana ini adalah janji PH terhadap diri sendiri...


PH bukan mencari perbezaan, tetapi PH hanya mencari persamaan....Kepada mereka yang seringkali membawa pulang dan menyelamatkan kucing dan anjing secara sendirian, kalian juga adalah merupakan sebahagian dari aktivis haiwan di Malaysia...

Berikut adalah video Slot Meow Si Kucing di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9



Steady Semua...!!!!

Comments

Entri Popular