Salam Terakhir Dari Hero Buat Semua - Abam Iyo Dalam Kenangan
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, setelah sekian lama PH tak update blog ni namun pada hari ini PH telah memperoleh semula kekuatan untuk menatap blog yang tidak seberapa ini...Setiap kali buka blog, PH terpaksa menahan air mata dari bergenang...Ye lah, gambar Abam Iyo jelas terpampang di 'header'...Teringat pula saat PH menimang susuk tubuhnya yang gendut tu...Sememangnya itulah di antara saat manis PH bersama dengan Hero, seekor kucing yang teramat istimewa di dalam kehidupan PH ( mungkin kalian juga )...
Hmmm...Tetapi agak pelik juga apabila selepas kematian Abam Iyo, ada juga pihak yang mengaku pencinta haiwan yang cuba mengambil kesempatan untuk tujuan yang tidak baik...Tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan pada PH pun...Biarlah mereka dengan sikap egois mereka...Kita yang positif ni perlu meneruskan hidup dan mengorak langkah bersama-sama semangat yang Abam Iyo tinggalkan untuk kita....
Seperti yang telah sedia maklum, Hero telah pergi meninggalkan kita semua akibat penyakit Leukemia ( FLV ) di mana tiada penawarnya sehingga kini...Menurut Dr. Zul, virus FLV ini adalah virus 'common'...Ia biasanya akan dihidapi oleh kebanyakan kucing-kucing jalanan...Ianya akan lebih proaktif apabila jangka hayat seseekor kucing itu meningkat...
PH dah tiada air mata untuk ditangiskan lagi...Abam Iyo pergi pada 24 November 2013, iaitu sebulan lebih selepas pemergian arwah bonda PH ( KLIK SINI )...Allahuakbar...!!! Terasa berat betul dugaan yang PH hadapi pada kali ini...PH telah kehilangan kedua-duanya di dalam masa yang amat singkat...
Berita mengenai pemergian Hero juga telah mendapat liputan beberapa buah akhbar nasional...PH ditemubual melalui talian telefon...PH pun tak tahu dari mana mereka dapat nombor telefon PH...
PH pun tidak sangka berita kematian Hero telah dimuatkan di dalam Majalah Mastika edisi Januari 2014...
Berita mengenai kisah Hero tersebar luas semenjak ianya ditulis oleh Saudara Nazirul Afiq untuk keluaran Majalah Mastika edisi November 2011...Baru-baru ini PH melawat Penolong Pengarang Majalah Mastika iaitu Encik Sahidan Jaafar...Menurut beliau, majalah Mastika untuk edisi bulan itu telah SOLD OUT...Tiada baki lagi yang tinggal...
Sebelum itu, Dr. Zul telah pun mengesyaki Hero telah dijangkiti 'deadly virus'...Darah terpaksa diambil dari lehernya untuk tujuan diagnosis...Begitu mudah sekali urusan beliau ketika mengambil darah...Sebelum ini, nak bagi Hero makan ubat pil pun susah...Ketika itu, Hero seolah-olah merelakan dirinya diperlakukan apa sahaja...Dia kelihatan sudah pasrah...
Kemungkinan besar Hero menghidap Leukemia tahap 4, iaitu tahap kritikal...Agak menghairankan bagi Dr. Zul kerana pada tahap ini biasanya kucing akan hilang selera makan, tetapi berbeza dengan keadaan Hero...Dia makan dengan lahap sekali sehingga habis 2 paket wetfood...PH sedih mendengar khabar dari Dr. Zul...Hero seolah-olah tidak mahu PH risau tentang keadaannya, sebab itulah dia makan banyak walaupun tiada selera...Barangkali Hero tidak mahu melihat PH sedih...
Sementara menunggu keputusan ujian darah, Hero ditempatkan di sangkar di ruang tamu klinik...
Setelah keputusan ujian darah diperolehi melalui 'Test Kit', Hero disahkan menghidap penyakit Leukemia yang tiada ubatnya sehingga kini...Ketika itu, hati PH menjadi remuk...PH kini menjangkakan hayatnya tidak lama lalu PH membawa Hero ke bahagian belakang klinik dan memeluknya erat-erat sambil menangis...Ketika itu, ramai pelanggan datang ke klinik beliau....Dr. Zul mencadangkan agar Hero dibawa ke UPM pada keesokkan harinya bagi menjalani ujian darah kedua melalui makmal...
Tetapi pada malam itu Hero terpaksa dimasukkan ke wad dan keadaannya sudah menjadi sangat lemah...Matanya sudah kering dan tidak bersinar...Tubuhnya susut mendadak...Ketika ini, PH menggigil ketika mengusap dahinya...PH sempat mengucupnya beberapa kali...PH tahu keadaannya sudah terlalu kritikal...Tiada apa yang PH boleh lakukan lagi selain dari berdoa kepada Allah agar Hero segera sembuh...Hero tiada respon apabila PH memanggil namanya...
Hero kena drip ( masuk air )...Sedih PH melihatkan nasib yang menimpanya...
PH menerima berita kematian Hero dari Dr. Zul pada jam 7.30 pagi esoknya...Ketika itu, PH tak tahu nak buat apa...Mahu sahaja menangis, tetapi tiada air mata yang bergenang...Kami sugul pada hari itu...
Tetapi, ketika PH menghidupkan enjin kereta menuju ke klinik untuk mengambil jasad Hero, PH sudah mula sedu...MH juga begitu...Si kembar pula asyik bertanya :
"Iyo dah mati ke yah...??? Cian Iyo...Sayang kat dia byk2..."
Kata-kata si kembar membuatkan PH bertambah hiba...Belum pun kering air mata kerana menangisi pemergian arwah bonda PH, kini satu lagi kehilangan besar yang perlu PH tempuh...Semakin hampir sampai ke klinik, semakin banyak air mata PH keluar berjurai-jurai...Setibanya di klinik, Dr. Zul terlebih dahulu mengingatkan PH supaya bersabar...Beliau juga kelihatan sangat sedih...
Apabila PH masuk ke Consultation Room, kaki PH berasa lemah sekali...Air mata sudah tidak tertahan tumpah dari kelopak mata...PH memeluk Hero yang sudah tidak bernyawa seerat-eratnya...PH kucup dan cium mukanya semahu-mahunya...PH sangat sayangkan dia...Hiba menjadi lebih bertimpa-timpa apabila jasad Hero masih lembut walaupun beberapa jam sudah mati...Dr. Zul berkata ini adalah satu keajaiban pada jasad Hero...Beliau belum pernah lagi menjumpai kes sebegini...
PH dan MH sama-sama menangis di bilik tersebut...Si kembar hanya sugul tetapi tidak menangis...Mereka masih mentah untuk memahami semua perkara yang telah berlaku...
PH tidak sedar bila gambar ini dirakam...Entah berapa banyak air mata menitis jatuh ke muka Hero...Keadaan PH menimang jasadnya yang tidak bernyawa sama seperti keadaan PH menimang Hero semasa dia masih hidup kerana jasadnya tidak keras langsung...PH sangat 'down' ketika ini...Tambahan lagi ketika ini ada pula individu yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan untuk cuba membuat provokasi dan melemparkan fitnah terhadap PH dan Hero...Dari 'down', tiba-tiba PH menjadi marah yang teramat sangat...PH sedar yang PH perlu bangkit menentang orang-orang yang jahat ini...Barangkali, sebab itulah Hero pergi awal...Dia sedih kerana selalu mendengar luahan PH kepadanya tentang mereka yang busuk hati...Sudah 4 tahun Hero melihat 'Papa'nya mendiamkan diri dari difitnah dan dicaci...Sudah sekian lama Hero mendengar 'Papa'nya bercerita tentang mereka....Sudah lama 'Papa'nya teruk dikhianati oleh teman-teman, tetapi Papa diamkan ajer...Tapi kali ini, Hero mahu PH lawan mereka-mereka semua...Tanpa disedari, pemergian Hero telah memberi semangat juang yang baru kepada PH...
Abam Jojo juga sedih melihat jasad kaku Hero sehingga dia mengeluarkan bunyi wisel ( lolongan kecil ) sebagai tanda sedih...Anjing pun kenal erti setiakawan...
Pada siang hari tu, Uncle Angah telah menelefon PH dengan nada yang sedih memohon agar jangan dikebumikan Hero dulu kerana beliau ingin melihat jasad Hero buat kali terakhir...Ketika itu, beliau dan Nizam sedang menghadiri kursus di Melaka...Pada malam harinya, mereka berdua pun tiba di Semenyih...Kami sempat menikmati makan malam bersama di Restoran Al-Rizwath...
Uncle Angah sebak apabila terpandang jasad Hero yang sudah tidak bernyawa itu sehingga terpaksa ditenangkan oleh Nizam...Jasad Hero yang sudah tidak bernyawa itu masih lembut dan tidak mengeras walaupun sudah lebih dari 12 jam dia mati...Subhanallah...PH pun pertama kali mengalami situasi ini...Hero kelihatan seperti sedang tidur...
Ketika ini, kami tidak bercakap sepatah apa pun...Hanya air mata yang menjadi bait isi hati yang hiba...PH tidak sangka pemergian Hero telah meninggalkan impak yang sangat kuat sehinggakan seluruh rakyat Malaysia turut merasai kesedihannya...
Pada 1 Disember 2014, PH telah dijemput untuk menghadiri sesi rakaman Nasi Lemak Kopi O di TV9 buat kali kedua...Kalau tidak silap PH, topik pada pagi itu ialah Hero Dalam Kenangan...PH tiba di Sri Pentas, Bandar Utama seawal jam 7.30 pagi...
Sementara menanti giliran untuk ke udara, PH sempat berbual mesra dan bergelak ketawa dengan Abang Luqman dan Faizal Ismail ( FBI )...PH dah 'set'kan di minda supaya kawal emosi dan Alhamdulillah PH dapat mengawalnya...
"OK..!! We will On Air in Five, Four, Three, Two, One...."
Produser mula memberi isyarat ke udara...Ketika ini emosi PH masih stabil sehinggalah mereka menayangkan sedikit sedutan video Hero ketika masih ada hayatnya...Pada minit pertama, PH masih boleh kawal emosi sehinggalah ditayangkan ke satu babak yang menunjukkan 'slideshow' PH sedang mendukung dan menimang Hero...Ketika babak itu ditayang, PH berasa Hero seolah-olah berada di sisi...Kemudian terasa ada satu tendangan padu yang menyentap dada ini sehingga menyebabkan PH tidak tertahan lagi untuk mengalirkan air mata...Tambahan lagi, ada beberapa babak momen manis Hero ditayangkan bersama Abam AG dan Abam Fizo Omar di dalam NLKO pada episod yang lalu ( KLIK SINI )...
Akhirnya, PH tewas juga...PH gagal mengawal emosi....Namun begitu, PH masih mampu tahan lagi sebak yang semakin mencengkam dada ini untuk memulakan sesi bicara...
Tetapi, ianya tidak lama...Selepas beberapa minit sesi bicara bermula, PH sudah tidak boleh menahan sebak lagi...PH menangis semahu-mahunya...Puas PH berselawat dan beristighfar untuk memujuk hati, tetapi terasa emosi hiba ini semakin mencengkam...Abang Luq sudah mula sebak dan sekali sekala menyeka air matanya...Faizal Ismail juga turut sebak...Namun adakalanya PH mampu mengawal emosi semula dan dada PH menjadi lapang sedikit...Barangkali berkat beristighfar agaknya...
Di satu babak penceritaan, PH terpaksa ketepikan rasa malu untuk mengalirkan air mata seorang lelaki kerana rasa hiba sudah tidak tertahan lagi apabila PH ditanyakan mengenai kenangan-kenangan manis bersama Hero ketika ada hayatnya dulu...Kalau boleh, PH tidak mahu menangis langsung tetapi apakan daya...Hero adalah ibarat anak PH sendiri...
Suasana di luar studio yang sebelumnya hingar bingar tiba-tiba menjadi sunyi sepi...Kru-kru yang sedang berehat dan bergelak ketawa di luar semuanya masuk semula ke dalam studio...Kesemua tiga orang jurukamera dan beberapa orang kru mula mengelap air mata beberapa kali ( lelaki kesemuanya )...Hanya kedengaran suara PH dan pengacara sahaja pada ketika itu...Suasana hiba amat dirasai sehingga PH dapat merasakan bilik studio itu pun turut menangisi pemergian Hero...Betapa kuatnya aura Hero...
Alhamdulillah, kini semuanya telah selesai walaupun masih dihimpit perasaan yang tidak keruan...PH telah menerima ucapan takziah dari seluruh warga NLKO termasuk Abang Luq dan FBI selepas sesi rakaman selesai...PH langsung tidak boleh nak senyum ketika ini...
Sebaik sahaja selesai rakaman NLKO, PH seorang diri ( ditemani oleh MH ) terus pergi ke Pusat Kurungan Haiwan DBKL untuk mengeluarkan kucing-kucing yang ditangkap...Pada hari itu, sebanyak 23 ekor kucing malang telah berjaya diberikan semula hak kebebasan mereka untuk hidup...
Kebanyakan kucing-kucing ditangkap ini adalah merupakan kucing serahan dari pemilik kucing yang dah tak mahu menjaga mereka lagi dan ada juga kucing yang dibuang di bawah flat dan di pasar-pasar basah...PH cukup marah dengan orang-orang yang suka melepaskan masalah yang 'diciptanya' sendiri ke atas bahu orang lain...Orang yang membuang kucing ini juga kebanyakannya adalah orang yang membela kucing juga...Mereka-mereka ini juga PH sifatkan sebagai pembunuh senyap...Ingatlah, setiap perbuatan pasti akan ada balasannya...Sekiranya kucing-kucing yang dibuang itu mati akibat sakit atau dilanggar kenderaan, tanggunglah akibatnya di akhirat nanti takut-takut kalau kucing-kucing malang tersebut 'menuntut' semula nyawa mereka...
Kini yang tinggal hanyalah sebuah memori yang tidak mungkin PH lupakan sampai bila-bila...Hero adalah kucing yang sangat istimewa...PH bersyukur kerana dipertemukan dengannya walaupun ditimpa pelbagai ujian yang berat dari mereka yang tidak sudah-sudah mencemuh kami berdua...PH hanya lakukan segala kerja menyelamat secara berseorangan sehinggalah wujudnya NGO Pertubuhan Aktivis Haiwan - HERO ( KLIK SINI )...Ramai yang berpendapat bahawa PH adalah insan terpilih untuk membawa semangat Hero bagi sama-sama memupuk dan menyemai semangat sayangkan haiwan kepada masyarakat secara amnya...Samada pendapat itu benar atau tidak, PH yakin itu semua adalah rahsia Allah SWT...Bagi PH, ada ramai lagi insan-insan hebat di luar sana yang jauh lebih bagus dari PH dari aspek kehaiwanan...Semua orang mempunyai peluang yang sama, cuma yang membezakannya ialah cara perlaksanaan...
Sebagai imbasan kembali, ketika tahun 2012 sedang melabuhkan tirainya PH pernah memuatnaik gambar Selamat Datang 2013 yang bertemakan gambar Hero di laman Facebook Kakimotong Fan Club...PH tidak sangka tahun itu adalah tahun terakhir Hero tinggal bersama PH...Hero mati pada 24 November 2013, iaitu satu tarikh keramat yang tidak mungkin akan PH lupakan buat selama-lamanya...
Tiada lagi najis Hero untuk dikutip...Tiada lagi air kencing Hero untuk dilap...Tiada lagi jilatan sayang ke kepala PH...Tiada lagi susuk tubuh comel yang boleh PH timang...Tiada lagi wajah tenang yang boleh dikucup setiap hari...Hero pergi selepas sebulan pemergian arwah bonda PH...
Kadangkala, PH tersebut nama Iyo ketika sedang memberi kucing-kucing PH yang lain makan...
"Owh...Terlupa pulak Iyo dah takde..."
PH melihat kucing-kucing PH yang lain makan dengan lahap sambil tersenyum tawar kerana kelibat Hero telah tiada lagi...PH sangat rindu padanya...
Kadangkala, PH tersebut nama Iyo ketika sedang memberi kucing-kucing PH yang lain makan...
"Owh...Terlupa pulak Iyo dah takde..."
PH melihat kucing-kucing PH yang lain makan dengan lahap sambil tersenyum tawar kerana kelibat Hero telah tiada lagi...PH sangat rindu padanya...
Kini Hero telah bersemadi di pusara yang tidak bernisan...Sebelum mengebumikan Hero, PH terlebih dahulu merujuk kepada Pakcik Ipin, iaitu seorang nazir masjid di Semenyih yang amat dihormati...Jasad Hero perlu ditanam di tempat yang sesuai di mana tiada gangguan pada lokasinya...Menurut beliau, walau macamana sayang sekalipun kita kepada seseekor haiwan itu, seelok-eloknya kubur mereka usah diletakkan nisan atau ditanam sebarang jenis bunga di atasnya kerana dikhuatiri ianya mungkin menyamai kubur manusia ataupun mendatangkan fitnah dari manusia lain yang melihatnya...Haiwan tetap haiwan, tidak boleh disamakan dengan manusia...Haiwan akan terlepas dari seksa dan fitnah kubur kerana mereka tiada dosa, tidak seperti manusia yang amat berlainan darjat mereka...Memadailah dengan mengingati di mana lokasi yang kita kebumikan haiwan tersebut, usah terlalu mengikut emosi...Boleh baca Al Fatihah tetapi biarlah ditujukan kepada diri sendiri supaya ketenangan dapat hadir dalam diri dan supaya mengingatkan kita kepada Allah SWT, yakni Pencipta haiwan yang kita sayangi...Haiwan mempunyai tempatnya yang tersendiri di alam barzakh, tidak perlu khuatir...Mendengar akan penjelasan tersebut, PH akur dan menurut apa yang disarankan...
Buat julung kalinya PH siarkan, inilah pusara Hero di mana dia dikebumikan dengan entah berapa titis air mata dan sedu PH semasa mencangkulnya...Batang cangkul yang digenggam terasa amat berat sekali...Sekarang pusara Hero sudah ditumbuhi dengan rumput-rumput kecil...Bersih tempatnya...
Nota PH :
Berakhir sudah episod seekor kucing yang sangat PH sayang...Dari sudut yang tersurat, Hero adalah kucing biasa sahaja...Tetapi bagi mereka yang mempunyai mata hati, Hero sebenarnya telah banyak berjasa kepada kita semua...
Hero
adalah lambang ketabahan dan lambang kasih sayang utk kita teladani
bersama...Hero juga telah banyak mengajar PH erti keikhlasan hati seseorang
manusia dan semangat setiakawan di dalam sama-sama membela nasib 'adik-adiknya' yang
memerlukan...Sejak sekian lama PH telah menerima pelbagai dugaan yang datang dari manusia itu sendiri dan Hero adalah di antara sumber
kekuatan serta inspirasi momentum ketabahan untuk PH menempuh pelbagai ujian yang sangat
berat...
Hero
jugalah yang selalu mendengar keluhan di kala ditimpa kesusahan kerana PH
selalu 'bercerita' kepadanya tentang kesulitan yang PH alami sekeluarga...
Tetapi,
kini Hero telah kembali kepada Penciptanya tanpa disangka-sangka...Hero telah
meninggalkan kita semua dengan satu kesan yang sangat mendalam....Kesan itu
pula sukar utk diungkapkan dengan kata-kata melainkan dengan air mata belaka...
Walaupun Hero telah pergi, tetapi PH yakin beribu Hero lagi yang akan muncul
selepas ini demi memartabatkan pencinta haiwan di Malaysia...Sama-samalah kita
dukung semangat Hero dengan penuh keikhlasan demi menuju keredhaan
Illahi...Jagalah hubungan sesama kita, hindari hasad dengki dan janganlah
membeza-bezakan diri kita dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai peluang
yang sama...
Kepada
Hero,
"Terima
kasih di atas segala 'tunjuk ajar' yang Iyo berikan...Ayah terlalu sedih ketika
Iyo pergi meninggalkan ayah, bahkan tatkala menaip entri ini airmata ayah
masih lagi bergenang walaupun Iyo telah lama pergi meninggalkan ayah dan ibu...
Ayah dan
Ibu berjanji akan terus menjaga adik-adik Iyo yang kurang bernasib baik di luar
sana...Ayah minta maaf di atas segala kekurangan di sepanjang Iyo tinggal dgn
ayah dan ibu..."
Jika tidak
kerana Hero, kita semua tidak akan berhimpun di sini dan blog Kakimotong pun tidak akan wujud...
*******************************************
"Wahai susuk tubuh comel yang sangat ayah sayangi..., Bersemadilah dengan aman di sana...Selamat Tinggal Sayang...Ayah akan merinduimu sampai bila2..."
PH pun dah tak tahu nak tulis apa lagi sebab dada ini telah sekian lama terasa sangat berat...Cuma, untuk mengakhiri entri ini, PH siarkan sekali klip rakaman video Nasi Lemak Kopi O yang dibawa secara langsung dari Sri Pentas, Bandar Utama pada 1 Disember 2013 yang lalu...Sila PLAY video atau KLIK SINI ( link )
Sebagai kemuncak di atas pemergian Hero, PH dedikasikan video ini untuk Hero yang paling disayangi sebagai penutup tirai bagi segala kenangan yang tercipta antara PH dengannya setelah 8 tahun hidup bersama...Video ini juga disiapkan dengan linangan air mata dan sedu yang tiada hentinya walaupun sudah lama Hero meninggalkan kita...Sehingga kini, PH juga masih terasa seperti Hero berada di sisi...
Maafkan PH sekiranya video ini membuat anda menangis seperti anak kecil...Sila PLAY video atau KLIK SINI ( link )
Maafkan PH andainya video ini membuatkan kalian menangis...Apabila kita berbicara mengenai kebajikan haiwan, kita sebenarnya sedang berbicara tentang air mata dan silaturrahim sesama kita...
Terima kasih kerana sudi membaca...
Terima kasih kerana sudi membaca...
Moga Allah merahmati PH sklrga...Hero telah d tdkdirkan mjdi medium ats nama k.syg manusia n hewan..kita x akn lupakan dia smpai bila2
ReplyDeleteAir mata ini jatuh lg..... moga semangat iyo akn terus bersama kte dlm berbagi kasih n berkongsi rezeki dgn bulus2 semua......
ReplyDeleteTerima kasih kepada PH kerana mjaga Hero dgn baik selama hayatnya. Hanya Allah saja yg dpt mbalas jasa PH sekeluarga..
ReplyDeleteHero adalah lambang dan ikon kucing jalanan yg tlg berjaya membuka mata masyarakat spy sama membasmi kezaliman terhadap haiwan yg tidak berdosa.
Setiap Pencinta Haiwan pasti merasai kehilangan Hero.
Tetapi Hero akan tetap hidup dlm jiwa setiap insan yg myayangi nya..
Bila baca kisah HERO ni, saya teringat kucing saya yg saya sayang sangat ,akhirnya dia pergi menghadap penciptanya. Sedihnya saya sebab saya tak mampu nak bawa dia g klinik swasta ketika itu, waktu tu hari cuti. Klinik kerajaan tak buka. Hmm.
ReplyDeleteSemoga kisah HERO ni menjaga tauladan kepada masyarakat zaman sekarang supaya tidak menzalimi kucing yg tidak berdosa.
Semoga PH tabah menghadapi dugaan & dimurahkan rezeki. :D
Mmg terkesan sgt..hibanya menusuk jiwa..kasih yg abadi hanya Allah yg tahu...
ReplyDeleteSedihnya... sebak hati saya baca. Setiap kali saya baca pasal hero dan yang lain2 hati saya meruntun2 sedih sgt2. Semoga ALLAH tabahkan hati awak utk teruskan perjuangan murni ni. Ingatlah sentiasa tak semua org akan suka apa yg kita buat,tambah pulak benda baik ada saja halangannya.Tapi awak ingat la mcm mana ramai pun org yg menentang awk,lgi ramai lg org yg menyokong di belakang awak.Jadi jgn putus asa and keep it up a good work :)
ReplyDelete....turut sebak semoga terus tabah dan semoga akan wujud byk lagi 'PH danMH dlm diri masyarakat
ReplyDeleteasalamualaikum . terlebih dahulu wan nak ucap kan terima kasih kat PH dan MH di atas keperhatinan terhadap hero dan kucing di luar sana. ape yg wan nak kata kan jujur wan turut simpati dakala mendegar tntang kematian hero . biar pun wan thu munkin lewat tp wan tetap merasai kesedihan permegian hero .. ape2 pun wan doa kan PH dan MH mendapat kerhedahan dari allah swt di atas jiwa dan kasih sayang terhadap haiwan2 . HERO i love u
ReplyDeleteHallo. Not only in malaysia, cat lovers in Indonesia know Hero. Her is very cute and strong cat. I don't know how many eye drops fall from my eyes right now.. I love Hero since a first time I knew even I never meet him before. I wish Hero will make everyone realize that animals need to care and need love too. Sorry for my english.. Good bye Hero.
ReplyDeleteya allah hanya allah aje yg dpt membalas baik hero selama dia bersama dgn kita... semoga allah akn menjaga nye dia di alam lain
ReplyDeleteMenangis pulo aq pacak lait ni
ReplyDeleteSaya sangat terharu dan mengugah hati. Subhanallah maha suci Allah dengan segala ciptaanNya. Semoga di akhirat kelak Allah SWT membalas semua yang awak lakukan untuk dia dan mudah mudahan bertemu lagi disana. Wassalam
ReplyDelete