PH dan Hero Di TV AlHijrah

Alhamdulillah, selangkah demi selangkah PH telah tempuh...Akhirnya, segala usaha yang PH lakukan selama ini terbayar walaupun secebis...Bukanlah meminta balasan, tetapi rezeki datang tanpa disangka-sangka, takkan nak tolak, kan...? Pada hari Jumaat yang lepas ( 23 Mac 2012 ) PH telah dihubungi oleh Saudara Bukhari yang merupakan seorang wartawan dari TV AlHijrah...Entah dari mana beliau dapat nombor telefon PH pun tak pasti...Maka, titik tolak dari itu pertemuan pun dirangka kerana mereka ingin membuat siri rencana mengenai PH dan kucing-kucing yang PH kutip untuk menghiasi salah satu slot rancangan mereka iaitu Isu Akidah....Pertemuan dan rakaman tersebut dilakukan pada Isnin 26 Mac 2012...



Sebelum itu, PH terpaksa menunda lewat setengah jam penggambaran kerana PH terpaksa pergi ke klinik Dr Zul untuk melawat Si Tina ( Klik Sini )...Penat betul malam tu...Selepas selesai berurusan dengan Dr Zul, PH bergegas pulang ke rumah untuk mengambl wartawan AlHijrah yang sudah sedia menunggu di Semenyih Sentral..MH dan si kembar pun ada sekali masa PH melawat Tina pada hari itu.... 

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...PH memberi laluan kepada mereka untuk membuat sebarang persiapan peralatan sementara PH berehat dulu...


Sementara persiapan sedang dilakukan, Hero mekap-mekap dirinya dulu...


Saudara Bukhari juga tidak keberatan untuk memberi Abang Wan dan Abang Aye untuk menyiapkan set...


Dengan kepenatan, PH pun memulakan penggambaran...Ianya hanya mengambil masa dalam 10 minit...


Banyak juga soalan-soalan yang ditanya oleh wartawan....PH jawab satu persatu, dan adakalanya tersasul juga....terasa penat betul kepala ni...


Selepas itu, jurukamera mula mengambil video rakaman kucing-kucing PH yang lain...Peramah betul si comel PH ni...


Si Zac ni pulak menunjukkan gelagat yang mencuit hati sehingga membuatkan wartawan AlHijrah ketawa....hehehehe


PH diberita bahawa slot ini akan ke udara pada 4 April 2012 jam 10 malam....Jumpa anda di sana nanti yer...
Steady Semua...~~~

Nota PH :
Alhamdulillah, rezeki datang lagi tanpa disangka-sangka....

Dikemaskini 10 April 2012 :

Berikut adalah salinan video ori rakaman slot Isu Akidah yang disiarkan di TV Alhijrah pada Rabu 4 April 2012...



Terima kasih Saudara Bukhari ( wartawan Alhijrah )


Comments

Entri Popular