Hero Di Dalam Utusan Malaysia
Alhamdulillah, media massa dan media cetak kini telah memperdengarkan suara-suara dan luahan isi hati pencinta haiwan....Setelah melalui pelbagai platform, KAKIMOTONG kini melangkah setapak lagi ke hadapan di mana pada tarikh 13 November 2011, kisah Hero sekali lagi menjadi perhatian...Kali ini, kisahnya disiarkan di dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia...Kisah dan teladan Hero ini diulas dengan lebih global lagi di mana ianya turut menyentuh isu-isu peradaban manusia terhadap haiwan....Bagi penulis Ku Seman Ku Hussain ( penulis artikel ini ), kisah manusia berbunuhan sesama sendiri sudah menjadi kebiasaan di dunia yang fana ini tetapi kisah Hero ini adalah suatu tamparan yang hebat terhadap perlakuan manusia terhadap haiwan...Bacalah artikel ini dengan minda yang terbuka, sesungguhnya ketahuilah bahawa sesuatu perkara baik akan menjadi baik sekiranya ianya dilakukan dengan baik...
Oleh : Ku Seman Ku Hussain
Utusan Malaysia 3 November 2011
Apabila pertama kali menonton di Youtube seekor kucing cantik tetapi hilang dua kaki depan kerana dipotong manusia, suara hati berkata, “Zalimnya manusia.”
Tetapi apabila berulang kali menonton selepas membaca pendedahan dibuat oleh majalah Mastika (terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd) Edisi November 2011, hati berkata pula, “Syukur kerana masih ada manusia yang berhati manusia.”
Klip video berdurasi 4 minit 21 saat yang ditonton 252,957 kali hingga semalam itu membawa kita melihat melampaui kucing yang dipotong kaki depannya kerana mencuri ikan. Banyak perkara boleh dilihat dan dianalisis antaranya perihal nilai kemanusiaan, keikhlasan manusia dan peranan media baru menyebarluaskan pekerti manusia yang baik dan tidak baik kepada umum.
Selepas dipaparkan secara terperinci dalam Mastika, kisah tragis kucing putih yang berkaki dua ini meraih simpati. Melihat keletah yang manja tetapi penuh sengsara angkara manusia, kisah ini menceritakan perihal manusia dan binatang dalam keadaan sama dan juga yang tidak sama.
Manusia selalu tidak adil kepada binatang apabila menyamakan manusia berperangai buruk sebagai sama dengan binatang. Ini seolah-olah binatang berperangai buruk dan tidak ada “perikemanusiaan”. Benarkah hanya manusia yang berperangai baik dan ada perikemanusiaan?
Kalau dilihat keserabutan sosial yang berlaku di sekeliling kita, banyak perangai buruk yang dilakukan oleh manusia, tidak dilakukan oleh binatang. Misalnya binatang menyayangi anak yang dilahirkan tetapi ada manusia yang membuang anaknya sendiri.
Ternyata kemanusiaan sudah banyak dihakis oleh nilai-nilai baru yang kononnya lebih maju dan moden. Nilai kebendaan mengambil tempat nilai kemanusiaan. Penanda aras manusia kini diukur berapa banyak kekayaan dimiliki bukan berapa tinggi nilai pekerti.
Walaupun begitu masih ada manusia yang kaya dengan nilai kemanusiaan. Perlakuan yang bertentangan dengan nilai itu cepat mendapat tindak balas. Bukan sahaja bersimpati dengan bayi yang dibuang dan dibiarkan mati dengan penuh seksa, malah bersimpati kepada binatang yang dizalimi.
Buktinya klip video dalam Youtube itu mencetuskan kesedaran. Di mana-mana sahaja orang bercakap mengenai kucing yang malang ini. Bukan sekadar menonton tetapi kisah kucing dipotong kaki ini mengalirkan rasa simpati terhadap binatang. Ini tamparan kepada manusia yang sepatutnya lebih berperikemanusiaan berbanding binatang. Tetapi binatang tidak ada kuasa politik untuk membantah kekejaman manusia. Tidak boleh menganjurkan tunjuk perasaan kerana hukuman yang tidak adil ini.
kezaliman
Sebenarnya kezaliman manusia berkuasa terhadap yang tidak berkuasa bukan perkara baru. Malah sejak zaman purba lagi kecenderungan menzalimi begini sebagai penanda aras kuasa sudah banyak berlaku. Ketika ini pun kita banyak disajikan dengan kekejaman manusia terhadap manusia, hingga satu peringkat kita sudah hilang deria untuk berasa sedih dan terharu. Kita dibentuk oleh persekitaran sejagat bahawa kezaliman adalah tatacara baru dunia hari ini. Maka tidak ada suatu yang luar biasa apabila berlalu kezaliman begini.
Kita disajikan dengan kisah manusia yang membakar, memotong dan melupuskan tubuh manusia lain hanya kerana duit. Begitu juga kisah kezaliman Israel yang membunuh lebih 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 18 September 1982. Itu belum lagi pembersihan etnik tentera Serbia terhadap rakyat Bosnia hingga mengorbankan berjuta-juta nyawa. Semua kezaliman manusia terhadap manusia ini membuatkan kita semakin hilang deria.
Tetapi apabila seekor kucing yang dipotong dua kakinya menjadi bahan percakapan, setidak-tidaknya ini menandakan kita masih punyai rasa kemanusiaan biar pun semakin menipis. Setidak-tidaknya kita kembali bercakap tentang wajar dan tidak wajarnya kezaliman itu kepada binatang atau manusia. Kalau kerana seekor ikan, kucing itu hilang dua kakinya, apa pula balasan kepada manusia mencuri, menggelapkan, mengubah wang dan pelbagai lagi istilah yang membawa erti menganiaya manusia lain?
Ada pula yang berkata, kucing itu mencuri ikan kerana kelaparan. Manusia mengambil harta milik manusia lain bukan kerana lapar tetapi untuk hidup bergaya dan memperagakan kemewahan. Siapa yang patut dihukum lebih berat antara kucing yang lapar dan manusia begini?
Pada masa yang sama klip video itu juga membolehkan kita melihat keikhlasan seorang anak muda bernama Hairey berusia 32 tahun dari Semenyeh, Selangor. Dia menyelamatkan kucing itu di tepi jalan selepas dua kakinya dipotong. Membawa pulang ke rumah dan mengubati hingga sembuh. Selalunya dalam keadaan begini banyak manusia yang mahu mencari nama, semua bentuk pertolongan mesti dipertontonkan kepada umum. Kalau hendak beri bantuan, mereka akan memanggil wartawan untuk membuat liputan dan keesokannya terpampanglah “pertolongan” itu di dada akhbar.
Tetapi Hairey menolong kucing itu dengan ikhlas, dia tidak beritahu sesiapa kecuali keluarganya mengenai tragedi tahun 2005 itu. Dia tidak menonjolkan diri seperti yang selalu kita lihat. Hairey menyiarkan klip videonya Jun 2010 dan Mastika memberi liputan November 2011. Itu pun bukan kerana Hairey menjaja kisahnya kepada Mastika tetapi Mastika yang berusaha mencarinya. Kisah kucing ini membawa kita membaca pelbagai perihal manusia, antara kejujuran dan kepura-puraan. Antara perikemanusiaan dan kebinatangan. Akhirnya keikhlasan terpancar juga, klip video amatur itu buktinya.
Artikel asal KLIK SINI
Artikel asal KLIK SINI
P/S :
PH tak tahu langsung pada hari ini cerita PH akan keluar di dada akhbar...Kredit untuk Cik Waniez kerana memberitahu PH...
Artikel di akhbar Utusan Malaysia 3 November 2011 |
PH mendapat maklumat bahawa tak lama lagi kisah Hero akan dibawa ke Parlimen sebagai satu contoh pengajaran dan mungkin akan ada garis panduan baru untuk mengubah akta dan kekejaman si penjenayah haiwan...Alhamdulillah...
Dapatkan Majalah Mastika keluaran Disember 2011 kerana penulisan sulung PH dah pun keluar...Satu lagi kejayaan yang manis buat PH :)
woohhh!! tahniahhh!! :) x sabar nak pergi cari mastika disember ni
ReplyDeletestiap kali tgk hero ni, msti nngis.. :(
ReplyDeletePH ! pagi tadi masa makan beli Mingguan . pastu Faizul tengok dia kata "Eh ada Papa Hero laa yang tengok ni" hehehehe .
ReplyDeleteTAHNIAH....
ReplyDeleteKena beli mastika ni...Tahniah PH dah jadi penulis Mastika..Teruskan perjuangan PH N MH
ReplyDeleteCayang Hero....walaupun x pernah jumpa..
tahniah PH...besar maknanyer tu bg pencinta2 haiwan...:)
ReplyDeleteCongrats PH.. semoga kisah Hero akan jadi teladan buat semua dan membawa satu perubahan dalam memperketatkan lagi akta jenayah terhadap haiwan di Malaysia.
ReplyDeletesaya pon rasa sebak dan terharu...
ReplyDeletesegunung tahniah kpd PAPA HERO..yg ikhlas sheril
ReplyDeleteTahniah Hero dan Ph kuar kat paper. Saya silent reader. slalu ikuti blog Ph.Saya simpan artikel tu buat kenang-kenangan terutamnya berkaiatan rasa kemanusiaan yg semakin hilang...Hero comey sesangat..Cayang hero w/pun x penah jumpa..Hope someday leh jumpa Hero....
ReplyDeletetahniah bro....lu mmg best....gua support lu...teruskan usaha murni lu bro....u are really a hero bro!!!!!
ReplyDeletelama saya follow blog nie sejak awal lagi
ReplyDeletebanyak suka duku hero n PH sekeluarga yg terpapar dlm blog kakimotong nie saya da ikut
apa yang mampu sy cakap sekarang
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
Allah Maha Besar
DIA sudah mengatur kehidupan hambaNYA secantik2nya
Syukur syukur syukur
Rezeki PH sekeluarga melimpah ruah sekarang
Inilah balasan d atas keikhlasan PH sekeluarga memelihara haiwan kesayangan Rasulullah ini.
biar kisah hero ni di hebah2kan sehingga ke parlimen. Biar manusia yg menzalimi Hero tengok, lihat & dengar tentang hero (tu pun kalau dia masih hidup. manalah tau dah mati kena panah petir ker, kan??) Biar dia rasa betapa kejamnya dia. Biar dia tahu betapa kejinya dia.. Biar dia di hantui rasa bersalah sepanjang hidup dia.. sebab itulah balasan setimpal di dunia ni untuk dia yang menzalimi haiwan mcm hero. Teringin sekali nak tengok orang yang potong kaki hero. Adakah dia masih ada rupa manusia.. atau dah berupa syaitan.
ReplyDeletex sabar nak dapatkan mastika bln disember....
ReplyDeleteassalamualaikum PH...bestnya hero mmg dah jadi hero sebenarnya skg kn...syg Hero a.k.a Lyo....nak tunggu Mastika keluaran Disember...:)
ReplyDeletetahniah Hero and family!!!!
ReplyDeletei have the article :)
boleh gunting dan tampal dlm scrap book :)