Tips Penjagaan Anak Kucing (Siri Pertama)

Haa..baru2 ni aku ada beli Whiskas untuk Hero ( hasil dari wang sumbangan salah seorang rakan Facebook aku ). Kat dalam pek tu ada buku kecik yang mengandungi info2 tentang penjagaan kucing...aku rasa, elok aku share kat sini..aku malas arr nak scan buku tu, byk gak page dia...so, aku salin balik jer...

PENJAGAAN SI COMEL ANDA

Memelihara seekor kucing merupakan pengalaman yang mampu memberikan anda keseronokan dan teman yang bertahun lamanya. Dalam ertikata lain, perasaan memelihara seekor kucing adalah sperti menjadi ibubapa. Ianya satu tugas yang berat dengan ganjaran yang tak ternilai apabila anda memerhatikan anak kucing bermain, belajar dan membesar.

PERSEDIAAN UNTUK ANAK KUCING ANDA

Rumah anda haruslah bersedia untuk kehadiran anak kucing sebelum anda membawanya pulang. Si comel anda memerlukan :

1 ) Tempat yang selesa dan selamat untuk tidur.
2 ) Tempat tidur yang selesa.
3 ) 2 mangkuk yang tidak mudah pecah untuk makanan dan minuman.
4 ) Bekalan makanan kucing.
5 ) Dulang najis sekiranya kucing anda dibela di dalam rumah.
6 ) Kolar bersaiz kecil.
7 ) Beberapa alat permainan.
8 ) Nama - dipilih sebelum Si Comel anda tiba dan sebut ketika anda memberinya makan, menepuk-nepuk, bermain-main dan menghias Si Comel.

Buat permulaan, pastikan isirumah senyap dan hadkan pelawat.Kanak-kanak harus diingatkan bahawa Si Comel perlu berehat dan menyesuaikan diri tanpa ada gangguan. Dalam sedikit masa dan suasana yang selesa, naluri ingin tahu dan bermain Si Comel akan menjamin kegembiraan berjam-jam lamanya. ( aku rasa, umur akan lebih panjang..Insyaallah ).

Kurung Si Comel dalam rumah untuk berminggu-minggu yang pertama bagi menyesuaikan diri dengan rutin pemakanan dan tidur. Binatang peliharaan lain hendaklah diperkenalkan secara perlahan-lahan kepada Si Comel dengan pengawasan. Bagi mengelakkan perasaan cemburu, jangan lupa untuk memberikan perhatian kepada binatang peliharaan yang lain ( jangan ingat binatang ni tak merajuk...)

PERALATAN TEMPAT TIDUR

Si Comel perlu berasa selamat dan terjamin terutama ketika mereka mula-mula sampai ke rumah. Tempat tidur yang selesa memberikan kesan yang mendalam untuk membuatkannya rasa selamat. Tempat tidur khas kucing ,bakul atau kotak kadbod dilapik dengan selimut atau tuala lama ( janganla lama sangat ) sesuai untuk dijadikan tempat tidur. Asalkan ianya hangat, selesa dan mudah dibersihkan ( pandai bela, pandaila basuh yer..). Walau apapun pilihan anda, pastikan ianya mudah dicapai dan jauh dari tempat yang berangin ( janganla letak kat bawah peti ais plak yer ).

LATIHAN KE TANDAS

Kucing adalah merupakan haiwan yang pembersih dan latihan ke tandas pada awalnya adalah satu perkara yang mudah. Walaupun lama-kelamaan anda mahu Si Comel membuang najis diluar rumah, anda disarankan untuk menyediakan dulang najis untuk minggu-minggu pertama sementara ianya membiasakan diri dengan keadaan. Seperti juga manusia, kucing suka berahsia tentang tabiat mereka di tandas ( apa rahsia korang kat tandas??? ha ha ha ). Jadi, letakkan dulang najis mereka di tempat yang lebih peribadi dan jauh dari tempat yang mereka makan. Jangan lupa untuk membuang tinggalan daripada dulang selepas urusan mereka selesai. Anda juga boleh alaskan helaian kertas surat khabar di bawah dulang untuk menyerap tumpahan.Utama sekali. jangan hukum Si Comel jika dia membuangnajis di luar dulang. Sikap berjaga-jaga adalah lebih baik danletaklah kucing anda di dalam dulang najis jika ada tanda-tanda ianya ingin 'melepas'.

LATIHAN

Bagi melatih kucing anda memberi tindak balas terhadap nama yang diberikan, panggil nama Si Comel semasa sesi anda bermain, membelai, memberi makan atau bercakap dengannya. Sebelum Si Comel anda dibawa balik, tentukan tingkah laku manakah yang tidak boleh diterima seperti memanjat di dapur atau tidur di katil kita. Cara yang berkesan untuk mendisiplinkan Si Comel ialah menggunakan suara yang kuat dan kasar ( janganla buat kat laki /boyfriend korang plak ). Langkah pencegahan ini harus dilakukan pada saat tingkah laku yang tidak disukai berlaku.Jangan pula lupa untuk memberikan pujian dan ganjaran ketika Si Comel melakukan perkara yang kita sukai. Mengejar atau memukul kucing tidak mendatangkan apa-apa kecuali menjadikan pemilik naik angin atau Si Comel akan menyendiri.

Ok lah, aku dah ngantuk...mata dah juling...bersambung ke siri yang kedua nanti yer...

Selamat Beramal...!!

Comments

  1. bagusla tips ni..tapi aku bele landax ngan musang jer..x de kucing..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Koi kurang minat nok membele kucing ni weh.Bulu dia tanggal sokmo..

    ReplyDelete
  3. waahhh.. siap ada buku tips. bagus nih.. huhu..

    paling susah nk handle bila ada kucing cemburu ni. kdg2 berlarutan lama tu yg slalu gaduh2.

    ReplyDelete
  4. berguna sgt tips ni, kebetulan tgh menjaga anak kcg yg dibuang org

    thanks for sharing :)

    p/s: si BABY sgt jeles dgn pendatang baru ni hehee

    ReplyDelete
  5. aah, kucin kita pown ada sekor yg kuat sgt jeleznyer...
    skit2 mrjuk...susah plak 2 nk pjuk..
    hihi..anyways, thanks wat entry ni...sgt bergna...hehe

    ReplyDelete
  6. tgn dan kaki sy abis bercalar balar... bila dh tak tahan, sy kuatkan suara... tp kucing saya ni x mkn saman... cmne nak buat?

    http://diariputrilindunganbulan.blogspot.com/2010/07/kasih-si-kuning-part-15-biodata-kimmy.html

    http://diariputrilindunganbulan.blogspot.com/2010/08/kasih-si-kuning-part-17-kena-jumpa-ngan.html

    ReplyDelete
  7. rajinnya salin balik...tp info terbaekk...

    ReplyDelete
  8. wahhhhh....bagusss ni ^^
    makasih yaa...

    ReplyDelete
  9. kesian sgt kat hero...tgok video tuh smpi nanges...terharu sgt..balik ni nk pelok ciom all my cats..thx sbb selamat kan hero..semoga hero mendoakan keberkatan hidup anda dunia akhirat...amin;)

    ReplyDelete
  10. sedih gila tgk hero.mcm nk nangis rsnya.

    ReplyDelete
  11. anak kucing saya namanya lulu.....asalnya stray cat..x ..x perlu diajar sbb dia mmg sendiri melepas dlm toilet...so sng la sbb just kena bersihkn toilet je kan...tp yg x bestnya dia gurau kasar...nak mencakar menggigit je lau time nk bergurau tu...mslhnya x thn dgn cakaran dia tu...calar balar 1 bdn ni ha..

    ReplyDelete
  12. BABY n ADI'S SISTER...October 23, 2011 at 12:35 PM

    BABY n ADI's sister...
    walaupon sy ad alahan pd bulu2 kucing..tp sayang sy pada mreka xpernah kurang.. pantang jmpe kucing2 kat tepi jln ke msti sy nk pegang n peluk mereka ..mereka terlalu istimewa di hati sy..

    ReplyDelete
  13. ske kucen..tp mslhny si yibi 2 jeles beno dgn canteq..sabo je la.

    ReplyDelete
  14. hai,saya seorang pecinta kucing juga. saya sungguh terharu mendengar kisah kucing yg brnama hero, sungguh menyayat hati. saya brharp ini dijadikan teladan buat manusia sejagat zaman moden ini. Rafidah Rasman, 19 tahun. Kuching, SARAWAK.

    ReplyDelete
  15. kucing sy pussy msa first day je berak lam toilet..lpas dari ari tu pussy terus berak luar rumah..x perlu sedia dulang pon..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular