Salam Terakhir Dari Arwah Si Comel Buat Semua...
Pada 4 Jun 2011, PH berada di sisi Si Comel sehingga nafasnya yang terakhir pada jam 8.52 pagi...Dengan sedu-sedan, PH mengusap-usap kepalanya sebagai tanda terpaksa merelakan pemergiannya dalam keadaan yang PH tidak bersedia...Ajal dan maut memang tiada tangguhan...Sesungguhnya, kejadian yang menimpa Si Comel amat meninggalkan kesan di hati PH...
Pemergiannya amat terseksa...Si Comel mati perlahan-lahan....Si Comel balik ke rumah dalam keadaan yang amat menyedihkan...Air liurnya meleleh dan mulutnya berbau busuk...
Jalan pun terhuyung-hayang lalu terus menghempaskan dirinya ke lantai akibat kesakitan dalaman yang ditanggungnya....PH betul-betul cemas pada Subuh hari itu...Tapi nampaknya, PH dah terlambat...Keadaannya terlalu tenat....
Berdasarkan pengalaman PH yang terdahulu, PH syak yang Si Comel ni termakan atau terminum benda-benda yang beracun...
Seterusnya Si Comel bertukar-tukar tempat untuk dijadikan tempat pembaringannya...Kali ini, dia memilih bawah meja komputer sebagai tempat untuk melepaskan nafasnya...Ternyata dia memang tak mahu PH lihat keadaannya sedemikian rupa...
Ruangan di mana Si Comel selalu berguling dengan Iyo juga dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan nafasnya yang semakin pendek...PH nak temani Si Comel sehingga nafasnya yang terakhir....Nak telefon vet pun, PH rasa dah terlambat...PH periksa matanya...Bola matanya hanya bergerak 10% sahaja apabila diacah dan disuluh dengan cahaya...Telinganya jatuh, air liurnya meleleh, ekornya tak bergerak dan gusinya pucat...
Si Rangga lari apabila melihat keadaan Si Comel...
Iyo kelihatan tidak bermaya hari itu....Apabila PH meletak Iyo di hadapan Si Comel sebagai tatapan untuk kali terakhir, bulu Iyo meremang amat luar biasa...Dia lari dan melompat sekuat hati untuk menjauhkan diri dari Si Comel...Ketika itu nafasnya dah semakin pendek dan dadanya berombak...Mungkin Iyo dah nampak malaikat yang sedang menjalankan tugasnya mencabut nyawa...
Ketika ini, jam menunjukkan lebih kurang pukul 8.50 pagi, 2 minit sebelum Si Comel menghembuskan nafasnya...PH terlupa nak tunjukkan Si Comel kepada Blacky...Sedang PH menunggu nafas Si Comel habis, tiba-tiba Si Blacky berlari ke arah Si Comel...Hanya dia yang mencium lama kepala Si Comel...Si Blacky sempat menjilat kepala dan telinganya buat kali terakhir....Selepas itu, Si Blacky pun lari menjauhi Si Comel....
PH merakam setiap saat nafas Si Comel sehinggalah nafasnya habis...PH tak nak upload sebab terlalu seksa keadaannya...Biarlah video itu menjadi kenangan PH bersama Si Comel...Ketika itu, PH memang menangis semahu-mahunya...MH juga begitu....PH mengusap-usap kepalanya dan berkata : " Kesian 'anak' ayah ni...Jangan tahan-tahan, Comel pergilah yer....Ayah sayang Si Comel sampai bila-bila..."
Sebaik sahaja PH cakap macam tu, akhirnya saat yang yang ditunggu telahpun tiba...Si Comel mengangkat kepalanya dan menjerit sekuat hati dan akhirnya nafasnya habis....Kelihatan Si Comel menggenggam kukunya dan kelihatan seperti menggenggam penumbuk....Seksa betul PH tengok dia pergi....
Air mata mencurah-curah mengiringi pemergiannya....Fikiran PH betul-betul terganggu....Marah pun ada, geram pun ada....Tetapi, PH redhakan ajer....
PH memilih tempat di bawah pokok sebagai tempat persemadian anak angkat kesayangan PH ni...
Hampir 10 minit PH mengusap-usap kepala Si Comel ketika dia diletakkan di dalam lubang kuburnya.....PH nak tengok wajahnya puas-puas sebelum menimbusnya....Kenangan lalu terus menghantui jiwa PH ( KLIK SINI )
Akhirnya, selesai sudah tanggungjawab PH yang terakhir kepada Si Comel...PH cuba mencari punca kematiannya....
Apabila PH meninjau sekitar kawasan rumah PH, PH dapati ada air basuhan meleleh dari rumah jiran sebelah...PH syak bahawa Si Comel terminum air basuhan ini..Ianya mungkin mengandungi cecair peluntur...Tapi, ini hanyalah pandangan PH sahaja sebab PH tak ada bukti yang kukuh...
P/S :
Iyo telah kehilangan seorang adik yang amat mengambil berat tentang dirinya...
Si Comel adalah sahabat Iyo yang paling rapat...Iyo pun kemurungan sehari dua ni...
Bayangkanlah, kucing yang tiada dosa pun seksa ketika nak mati, apatah lagi kita yang bergelar manusia yang selalu lalai...Apa yang PH takut, Si Comel berdoa kepada Allah agar biarlah dia yang menanggung dosa PH...Sebab itulah agaknya susah sangat nak tengok nafasnya habis...
Selamat Tinggal Comelku sayang..Doakanlah kami sentiasa menerima keberkatan dariNya dan diperluaskan rezeki kami semua....Semoga tenanglah kau di sana...Ayah tetap ingat Comel sampai bila-bila..
Bagi mereka yang pernah datang ke rumah PH, PH pasti anda juga pasti terasa akan kehilangannya sebab anda dah lihat sendiri keakrabannya dengan Iyo
Pemergian Si Comel menguatkan lagi teori bahawa kucing jantan yang mempunyai tiga warna umurnya tak panjang...Tapi segala-galanya adalah ketentuan Allah SWT
Selamat Tinggal Comelku sayang..Doakanlah kami sentiasa menerima keberkatan dariNya dan diperluaskan rezeki kami semua....Semoga tenanglah kau di sana...Ayah tetap ingat Comel sampai bila-bila..
Bagi mereka yang pernah datang ke rumah PH, PH pasti anda juga pasti terasa akan kehilangannya sebab anda dah lihat sendiri keakrabannya dengan Iyo
Pemergian Si Comel menguatkan lagi teori bahawa kucing jantan yang mempunyai tiga warna umurnya tak panjang...Tapi segala-galanya adalah ketentuan Allah SWT
sedih lak baca kisah si comel dah takde. hope yang lain tu sehat2 saja..
ReplyDeleteRIP (T____T)
ReplyDeletesedey :(....
ReplyDeletesedeynyer
ReplyDeletesalam PH... redhakan pemergiannya.. mengalir air mata baca saat2 terakhir comel sbb i pun ada kucing yg i bela dr baru lahir... klu dia demam i yg paling susah hati..
ReplyDeletemeruntun hati baca entry ni.. keadaan pasti tak sma dgn ketiadaan si comel.. saya nangis baca entry ni...
ReplyDeletePH & MH...tabahkan hati...jgn sedih, Tuhan sajalah yg tau betapa peritnya hati kita bila kucing kesynagn kita "pergi"...time kucing2 CH nazak, hanya air mata & doa yg mengiring pemergian mereka......Melihat keadaan Comel adalah sama dgn kes kematian kucing2 CH dulu..termasuk simpton "pergi" dgn keadaan yg seksa, bergerak/mengiau lemah, sukar bernafas..Perasaan perit setiap ekor kucing CH takkan dilupa...
ReplyDeleteR-I-P, Comel...may ur soul be blessed & live happily in The Rainbow Bridge..T__T
betul2 menyentuh perasaan.. sy biasa hadapi situasi ni. ada di antara kucing jalanan yg pernah adik sy bawak balik.. masih kecik.. mati atas riba saya. masa tu Tuhan saja yg tahu. saya sempat jaga dia juga dlm 1 bulan kalau tak silap sebelum dia mati.walau berkali2 lalui situasi melihat si comel menghembuskan nafas terakhir tp takde satu pun buat sy tidak tersentuh. Yg pasti mesti menangis
ReplyDeletesedih!
ReplyDeleteSedih baca entri ni... Teringat kenangan dengan kucing2 saya yang dah tak ada. Dalam thn ni saya kehilangan 5 ekor kucing. # yang pertama dalam masa 15 hari, setiap 5 hari seekor mati, ada yg kena langgar, dan sakit...Semuanya ditangisi...Yang paling sedih bila Dorami, kucing bunting jalanan yag saya bawa balik, jaga dia dlm sebula lebih jugalah. Tegah tunggu lagi sehari dua nak bersalin sebab dah sarat sangat2. pagi tu, bila keluar ja dari pagar rumah terkejut tengok dia terbaring di depan rumah jiran. Masih hidup tapi nazak, lidah terjelir, mata terbeliak,keluar kencing dan air liur...Tiada sebarang luka, hanya satu guris di atas hidungnya. mungkin terhantuk kepala dan ada pendarahan dalaman. Masa tu hanya Allah yang tahu betapa sayunya hati saya. saya dan anak2 menjerit panggil suami keluar dan kami semua nampak sebelum nafasnya berakhir kakinya tersentap sedikit. Saya bergegas ke vet dengan tangisan yang lebat. Harapan untuk selamatkan bayinya masih ada...Namun menurut kata Dr, anak2nya sudah tidak bergerak lagi. semuanya tak dapat diselamatkan...Kami sekeluarga amat sedih dan beberapa hari jadi murung... Perangainya sangat sopan dan manja. kalau nampak kami makan dia akan datang dekat tapi tak gelojoh, bunyi manja minta makan dan tunggu diam saja sampai kita bagi. Saya akan kenang dorami sampai bila2..sebab saat saya menulis komen inipun masih ada air mata yang menitis...
ReplyDeletesalam PH & famili...
ReplyDeleteyg pergi tetap pergi dh ketentuan ilahi...yg hidup perlukan perhatian kita....
damaila kamu disana COMEL...
tq semua...mmg sedih sgt kalau kucing peliharaan kita pergi buat selama2nya...mereka dah mcm keluarga kita sendiri
ReplyDeletesemoga Comel aman di sana...
ReplyDelete:(
Menitik air mata ketika membaca saat2 terakhir sebelum pemergian Comel yg cerdik dan hensem.. Semoga dia tenang di sana dan PH dan MH dapat pengganti yg sama dgn comel..
ReplyDeleteSedih nya...harap PH dan MH tabah...Kacang pon tak sanggup meratapi pemergian si Eori..saat² dia nak pergi tu...nampak seksa sangat²..semoga comel aman di sana...Amin...
ReplyDeletehttp://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/2010/12/eori-story-part-3-final.html
kisah si comel sebijik gile dgn kisah kucing sy PH. kucing sy Memel mati sebab racun jugak. Bedarah2. Mmg sedih sgt tgok keadaan dea. Sekse sgt memel wktu tu. Dea cube nk lari masuk dlm bilik sy tmpat dea slalu tdoe dgn sy, tp ibu tak bg sbb mase tu memel dah nazak sgt2 tahan sket smpai terkencing dea. bnyk sgt drh dea. n lastly, memel pergi jgak tgglkan seribu kenangan y susah sgt nk lupe. memel kucing lain dri laen. b4 tdoe dea msti isap ekor dea mcm isap susu mak dea. skang memel da takde rumah jd sunyi sgt. i miss you so much memel !!
ReplyDeletesdeh sangat...banyak kali tengok kucing nazak..memang seksa..huuuu...
ReplyDelete3x bc entry nih stil mngalir kn air mata.. :'((
ReplyDeleteberapa umurnya kira2 sebelum dikubur?
ReplyDeletePH, berapa umurnya sebelum dikubur?
ReplyDeletei cried...sedihnye baca kisah ni PH..
ReplyDeletesya mnangis bca cta ni..tringkat kat arwah mnyet sya dulu huhuh
ReplyDeleteT^T.................... Sedih!
ReplyDeletesaya MENANGIS!!..:(
ReplyDeletehttp://hassida-tiramisu.blogspot.com
saya pun menangis jgk , teringat dlu2 mse bela kucing , mse kucing mati sye korek lubang tanam bwah pokok pisang kt blakang rumah . sungguh sadis . teringat plak kt kucing yg brnama comeiya dgn mok . :( skrang dah tak bela kucing da , takpe nnty sye dah ade rumah sendiri sye bela kucing byk2 . :)
ReplyDeletenak share sikit. pada 2009, kucing saya, Lawa penah gak alami benda mcm ni.masa tu lawa balik rumah lewat malam. masa tu keadaan lawa lagi teruk.air liur meleleh2, buih2 pon ada, gusi dah kebiru-biruan, mengiaw tapi tak kedengaran. memang risau gila masa tu lagi2 mak ayah belum balik dari kerja. saya ngan 3 adik yg lain mmg panik pastu adik call mak. mak masa tu tgh otw balik. mak sampai2 je terus bawak pegi vet. vet baru bukak tu mmg bagus, doktor bagi masuk walaupon dah tutup lampu semua. tapi doktor bagi air je sbb kekurangan facilities. doktor ckp bawak terus vet upm besoknya. besoknya lepas pukul 7 mak ngan lawa bertolak dari bangi. tengahhari tu mak balik sorang2. dia ckp lawa kena stay dlm wad. doktor suspek lawa keracunan. kitorang datang gak jenguk lawa. muka lawa lesu, selalu muntah, badan pon tak cukup kuat nak duduk tegak. masa tu doktor tak jamin lawa boleh hidup. kalau boleh pon tahan 2 bulan je. kitorang mmg sebak gila dgn berita tu. mmg rasa nk mengangis je depan doktor tu. tapi alhamdulillah lawa masih tabah lepas seminggu dlm wad. doktor sahkan lawa menghidap gastrik & leukemia. doktor ckp kene dialisis setiap bulan tak silap. tapi alhamdulillah stakat ni lawa sihat walafiat walaupon tak pernah dialisis. kitorang bersyukur sangat lawa masih tabah sampai skrg. dah 7 tahun kitorang jaga lawa jadi kitorang takkan biarkan lawa pergi sia2 mcm adik dia mati dibaham anjing liar(adik dia tempang kaki belakang.so mungkin tak sempat larikan diri). kitorang akan buat yg terbaik utk lawa walaupon kos perubatan menelan kos hampir rm1k. saya sayang Lawa :')
ReplyDeletesy ade ank kucing yg paralyzed 2 kaki blkg die..kesian die..sy amek die dan adeknye dkt opis lm sy..ade org buang mungkn sebb cacat..kesian die..ml2 guard opis sy hntr kt padg so org yg nmpk ble la amek kalo nk..sy pon berhjt nk amek tp sy x de trnsprt ms tu g n blk kije naek star n lrt..1 petang ms da nk blk tu hujn lebt sgt,sy kelam kabt pg padang nk tgk adek beradek tu..kesian kelam kabut menyork dlm kotk yg dh bash..sy nekd masok blk opis amek kotak pstu g pdg mskkn ank2 kucin tu lam kotak..bsah lenjun sy ms tu..hehe..sy nekad bwk kotak yg ade ank kucing tu nek star..nasib baek x rmi org..akhrnye dpt jugk sy bwk adek bradek kucing tu blk rumh..tp syg..yg cacat kaki blkg tu(sy namakan si putih n adek si hitam)smpt hidup n merasai ksh syg manusia hnye untuk beberpe buln shj..si mutih skt..organ dalamn die rosk n x membesr..for ur guys info,si mutih x ble kawal kencing n beraknya,jd kne pakai pampers..doktr pon x ble nk wt pe lg..jd die ckp "lets put her to sleep supaye die x menderita lg..."ms si mutih mati sy ngs trok sgt..sy anggp die cm adek sy..sy mndikan n tukarkn pampers si mutih bl blk kije...terigt ms die idup,die pon men kejar2 gak ngn adek brdek die..laju lari cm lipas kudung..memanjat pon teror gak..hehe..x padan ngan kaki lumpuh..thank u Allah krn menemukn sy ngn si mutih krn pertemuan itulh si mutih mampu merasai nikmat kehidupan n kash syg dr manusia wlupun hanye untk beberape bulan shje....syanggggg si mutih....huhuhu...
ReplyDeletesaya pun akan menangis kalau teringat kucing yang saya jaga mati depan mata saya.. anak kucing ni saya panggil Naomi.. masa lahir dier mmg tak sempurna.. tak boleh berjalan sebab kaki dier lumpuh.. tapi sy geram ngan mak Naomi,Baby.. bukan dier nak jaga anak dier.. selalu juga ditinggalkan kalu Baby alihkan kakak ngn abg Naomi..jadi sy pun amik keputusan jaga Naomi sendiri.. saya bagi die minum susu, bagi makan sikit.. tapi mungkin salah saya jugak sebab bg mkn terlalu awal kat anak kucing tu..huhu.. Kalau die berak, saya je yang bersihkan najis yang melekat kt bontot Naomi..sebab adik beradik saya tau sayang je..nak menjaga malas sekali..tapi bila dah sampai waktu Naomi nak pergi tu nmpk die mmg dah nazak..saya bg air pun die xnk minum.. sy hnye pndg je muka die and die pun pndg muke sy.. pndgn mata die tu mcm ckp die berterima kasih kt sy sbb jaga die spnjg die hidup.. and die tak nak sy tgok die pergi..pas sy letak die dlm kotak tmpt die tdor, die still pndg sy.. saya tinggalkn die kjap jer sbb sy mngis n xnk tunjuk kt Naomi.. tbe2 die dah pergi.. tp mse tu sy dah redha.. mgkin lebih baik dier pergi dari terus terseksa di dunia.. tapi sampai skrg sy xkn lupa pndangan mata Naomi.. setiap kali teringat mesti air saya mengalir..nasib baik sy ade simpanan gmbr Naomi.. bile rindu sy akan tatap gmbr tu..smp bila2 pun Naomi tetap akn sy ingat... RIP Naomi..:'(
ReplyDeletesedey dgr citer si comel...aku pn penah rasa tengok kucing aku kena tarik nyawanye..begitu azab..smpi seminggu aku tak lalu mkn teringat cara permergian kucing aku yg begitu tragis...tp ape nk wat yg pergi ttp pergi yg hidup mesti di teruskan
ReplyDeletehmm tringt arwah kucing-kucingku tersayang...dh bnyk meningglkan dri nie...huhu...
ReplyDeletesayangilah binatang kerana walaubagaimana nakal atau liarnya mereka,ingtlah bahawa mereka tidak berakal seperti kita dan mereka sentia mentasbihkan ALLAH s.w.t
ReplyDeletesedihnya... teringt kucing-kucing sy yg mati.. semuanya sy tnam dlm kwsan rmh sy... hrap smue kucing PH shat2...
ReplyDeletecomel sgt.tp syg dy dah pergi.
ReplyDelete18/1/11 kucing sy chiki tlh pergi buat slamanya dan mengalami masaalah yg sama air liur meleleh, x mau mkn & minum, lidah dah pucat/putih. vet kata 50/50 dan masa tu Allah sj yg tau hati sy pilu namun dia seekor kucing yg kuat cuba melawan sakitnya tp takdir jg yg menentukan. jam 12.30 pg dia tlah pergi dgn keadaan yg kakinya jegang, mulut nganga dan sdikit kencing. sy x dpt menahan air mata & menangis melihat keadaannya, mknan yg dtelan pun trasa pahit ketika itu namun sy redha jika itu ktentuan Ilahi tp x dpt d nafikan betapa remuknya hati apabila tringatkan kenakalan & kemanjaannya. 2 bln slepas tu sy trpaksa serahkan 2 ekor lg kucing sy kpd kwn (kwn sy) sb pndah tmpat yg x sesuai utk bela kucing. dah 7 bln sy x dgr berita ttg 2 ekor kucing tu, harap2 mrk bahagia dgn tuan baru dan sihat2lah hndaknya. sehingga ke ari ni airmata sy tetap bergenang apabila tringatkan kesemua kucing sy. terasa malas nk bela sb bila jd camni pedihnya hati amat terasa.
ReplyDeletemengalir lg air mata sy ni..da tiga ari sy buka blog kaki motong,tiga ari gak air mata sy mgalir xhenti2.. mse tdo pon termimpi2 cite kucing2 ni.. amat mmilukan..
ReplyDeletesy paling sensitif klu dikaitkan dengan kucing..
tetiba sy teringatkn pada BABY n ADI...
semoga "ADIK2KU" tenang di sna..
Salam tahniah PH kerana dapat menjaga semua kucing dgn baik.Apa yang saya lalui bersama semua kucing2 sejak saya kecil hingga kini amat berharga.Berkat buat kebajikan walau membela kucing ada hikmahnya pada kita. Semuga manusia tidak menganiaya sesama manusia ataupun pada haiwan.Teruskan usaha anda.
ReplyDeletedulu mase kcik,sy ade sekor kucing,nameny awie...mcm comel juge,die pnh keracunan...mcm comel juge...mulut ny x leh bukak,smpi meleleh2 air liurny...bg minum...die nk minum,tp mulutny x ley bukak,dn lidahny xleh kuarkn..mase tue kami sekeluarga ingt yg awie nk mati dh...tp tkdir Allah,awie sehat dgn sndiriny 2,3 ari pastu,..x g vet pn...tp mmg kurus awieny...lame juge awie dgn family kami...hmpir 5 thun...tp last2 awie mati sbb kne lggar dgn bas sekolah....sedih sgt mase tue...awie suke mkn sardin...dn pndai cium mak sy ble mak blik kije....yg sy dgr,bas yg lggar awie xciden pas tu...xtau la btul ke x...mak sy yg ckp cmtue...awie...antara kucing plg bijak kami pernah miliki....
ReplyDeletesaye prnh lalui bende yg same jugak...kcg 2 dah tnt sgt sampai xtau nak wat mcm mane...sok pg die mati menangis giler la gak...sbb dah jage kcg 2 dari kecik lg...
ReplyDeletesian comel....buat PH & MH sabar je la... dah memang ajal dia ...allah dah tentukan...sian jugak pada si HERO pasal dah ilang kwn baiknya...
ReplyDeletesedihnya.....
ReplyDeleteSubhanallah, lagi 1 kisah menyayat perasaan dlm blog nie.. Sy yg tak bela kucing pun terasa sedihnya bc entry nie, apatah lagi PH yang menulisnya. Skrg sy fahamlah, konfem manik2 jernih air mata suci PH jatuh mencurah2 bagaikan air terjun tanpa dpt ditahan-tahan walau sekeras mana pun ego dan hati kita sbg lelaki. Anyway I faham, cuma minta PH kuatkan semangat & buck up, life goes on.. Kucing yang dah pergi tu ketentuan-Nya, kita yg masih ada ni perlu meneruskan tugas kita sbg khalifah di dunia Allah Taala yg png pancaroba nie.. Wassalam..
ReplyDeletesedihnya cerita ni....meleleh air mata saya baca....huhuhuhu....T_T
ReplyDeleteSayu hati bile tgk keadaa comel.. saya ada 10 ekor kalo xsilap & dah lebih 10 tahun family saya bela kucing2 ni, tp kebnyakannya diorang kalo nak 'pergi' memang xpernah depan tuan diorang... Tau2 dah jumpa kt blakang pokok kelapa sawit atau blakang stor... paling saya sedih masa kucing saya yang saya kutip kat dalam waste oil masa saya kerja mekanik dulu, abah saya jumpa dia mati kat dalam parit depan rumah dalam keadaan yang amat menyedihkan... Xtau la ape punca kematian... tp saya syak barua2 yang xreti nak bawak slow kt kawasan kmpung, langgar kucing saya trus terpelanting masuk dlm parit... terasa jgak bile die dah xde... kekadang dia tidur seblah saya, bile dia dh lapar atau nak buat 'bisnes' die main2 kaki saya trus bangun... memang sedih la dia dh xde...
ReplyDeletesdey la bce cter psl c comel ni....
ReplyDeleteaku mmg sgt ske & sygkn kucing...
so bl ape yg mlibatkn kucing psti
aku sgt trase......
juel ejay @ span petak kuning(^_^)
Sedihnya baca pasal kisah comel ni...
ReplyDeleteMgk sbbtu setiap kali kucing ni sakit dan nk mati,kucing akan pergi jauh dari tuannya supaya tuannya tak nampak kesakitan yg kucing tu rasa
salam,
ReplyDeletesalah satu ikhtiar kalau kucing keracunan, cuba bagi air kelapa. pakai picagari kalau tak boleh nak jilat..saya pernah cuba untuk kucing yang keracunan..sampai dah lembik badannya..alhamdulillah..cepat sembuh..cubalah. dengan izinNya jua..
semua ni ketentuan Allah SWT,, kucing saya MR LILO mirip sangat dgn comel tp lilo xde ekor kontot,, saya sayang sgt kt lilo,, sedih bile tgk wajah yg mirip lilo amat terseksa saat kepergiannya,, moga Allah SWT memberi ketenangan kepada Comel
ReplyDeleteSebelum kucing saya mati, punggung dan kemaluan dia bnyak keluarkan darah... sampai memancut-mancut... sampai skrang saya tak tau apa punca kucing sy jadi mcm tu.. padahal selama ni, dia sihat ja.. tiba2 ari tu dia jd cmtu pastu trus mati... PH rasa apa punca dia????
ReplyDeleteAssalamualaikum ..saya yusri ..saya membuat kajian tentang kucing..boleh x saya memohon keizinan untuk menemu ramah encik dengan kucing2 semua termasuk hero? boleh saya tahu di mana alamatnya?
ReplyDeletealohi,kucing saya pon pernah lalui perkara seperti comel.masa tu magrhib saya cari la alohi
ReplyDeletesekali keluar jek.dia terbaring dengan air liur
meleleh, sapa x terkejut la.....pastu esok saje saya tanam ngan adik (siap bace surah yassin)
saya pon sebak la tapi malu la nangis depan adik.....harap sume kucing mati dapat menghantui orang bersalah....hihihihihi....
Sedih bila baca entry ni...sbb kucing saya pun mati hari ni. Nama dia Nini. Saya ambik dia masa dia merayau2 kat tepi longkang. Comel sgt. Masa tu dia kecik lagi, badan dia tak sampai sejengkal masa tu, dah tapi pandai main2 dan manja. Nini suka sgt ikut kaki org...sampai kena pasangkan loceng kat leher dia sbb takut terpijak. Aktif lari sana sini..kejar kakak angkat dia Pipi yang sgt gumuk..kalau main dgn Pipi mcm ultraman lawan raksaksa je..yg kecik akan kejar yg besar satu rumah... Tapi dlm 2 minggu ni nampak nini kurus sikit.Sy ingat sbb dia terlampau byk berlari. Minggu lepas dia nampak mcm lelah...nafas dia tercungap2 masa raya haji. Nak bwk vet, tutup.
ReplyDeleteSo hari isnin bawak dia...dr kata dia dah kritikal tapi akan mencuba..dr kata penyakitnya ialah selsema kucing..dia tak selsema tapi mcm batuk2...so dia warded 1 mlm. Hari selasa saya call doktor, doktor kata datang la tgk sbb dia dah tak nak makan. Sy dtg tgk dia terus dia mengiau...saya suap dia makan..dia jilat tgn saya..then saya cakap nak bwk balik nini.. Sy still menaruh hrpn nini akan sihat...tapi start smlm dia tak nak makan gak..bernafas tercungap2... dan pagi ni dia mati..mmg kesian tgk dia nak pergi..saya nangis sambil usap dia..saya cakap " Nini, jgn tinggal mummy...nini bangun la..." berpuluh2 kali saya cakap camtu... akhirnya dia pergi..saya letak dlm kotak dan saya letak loceng dia kat leher dia (saya tanggalkan sblm ni sbb takut ganggu dia bernafas)Sy cium dia dan cakap " mummy sayang nini...doakan mummy yer..smga kita akan jumpa lagi nanti..." Nini sgt istimewa sbb dia terlalu manja dgn saya..masa dia sakit, pelan2 dia dtg baring sblh saya masa saya tgh tido... masa dia sihat dia pandai selit2 celah pintu untuk masuk bilik saya. walaupun nini adalah seekor kucing namun dia merupakan sebahagian hidup saya...semasa post ini ditulis air mata saya tak henti keluar.. Rasa mcm serik nak bela kucing bila mengenangkan saat2 dia nak abis nyawa tadi..kesian sgt2..sampai saya cakap kat mak saya "mak,tolong la..." sambil nangis2. Nini, mummy sayang Nini..
~ Mummy Nini~
* Maaflah komen saya panjang...lebih kepada cerita pasal diri sendiri...kerana saya memahami dan melalui apa yg papahero alami...
hati akak tersentuh...kesian dia...
ReplyDeleteakak juga banyak dosa ngan kucing...masa belum berakal dulu,masa darah tgh muda dulu...sekarang akak betul2 insaf..harap Allah ampunkan dosa2 akak
kucing syda pun mati macam si comel..mulut berbau n tak larat..juga 3 warna..sedih sgt sebab dialah peneman setia syda di rumah..tido pun skali..terkilan jugak xsempat balik tgk dia sebelum ajal dia
ReplyDeletePH x balutkan badan comel dulu ke masa nk kuburkannya....sy sllnya balut ngn kain dulu,kalau xde kain lg,guna newspaper je...siannya kn..sy pn banyak pelihara kucing,belakang rmh la tmpat sll kuburkan kucing2 sy yg dh mati..mcm perkuburan kucing la pulak blakang rumah sy...huhu..
ReplyDeleteSedihnya, betul2 macam kucing adik, nama pun sama: Comel, warna seakan-akan, mulut busuk/buruk tiba2, akhirnya Comel pergi entah ke mana, mungkin tak mahu kami sedih, setelah 4-5 tahun bersama kami sekeluarga, siap bawa pindah dari Temerloh ke Kuantan.sedih.titik.
ReplyDeletebiasanya kalau kucing saya tak sempat nak bawa ke klinik, saya akan cuba paksa/suapkan kucing tu dengan air garam supaya dia muntahkan balik apa yg dia minum/mkn. Itu rawatan sementara kalau umur dia pjg dia akan sembuh. insyallah..
ReplyDeletesy pn byk kenangan ngan kucing.liza yg suka beranak,pernah beranak ats sy ms sy tdo.ingtkn sy bmimpi..sdr2 bunyi ank kucing mengeow.anaknya syadan yg bijak mati sbb sakit tua.sompek pn mati tua.abu mati sbb sakit ape ntah..berak2..tompok si kucing yg sy ambik kat skolah,ltk dlm beg skolah bw blk rumah..dia berak dlm beg skolah sy tau..nakal..suka main2 ngan abu..tp lps 1 mggu abu mninggal,tompok mninggal ats bdn sy ms tdo..sy rs sbb dia rindukan abu..semua kucing2 tu tdo ngan sy.tiap2 mlm.air mata jantanku menitis2 bila tgk,dgr cite kucing mati ni..arghhh...
ReplyDeletesedih sangat baca cerita ney...saya pun dah banyak bela kucing dan juga banyak yang telah mati...mmg sedih bila diorg dah xda..kucing ney ibarat keluarga saya sendiri dah..
ReplyDelete:( sedeyh sgt2~ sy x blh bygkan kalau nemo sy tinggalkan sy dlm keadaan mcm tue~
ReplyDelete