KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Hachiko - Anjing Legenda Jepun Yang Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Mati

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Thursday, November 25, 2010

Hachiko - Anjing Legenda Jepun Yang Setia Menunggu Tuannya Yang Telah Mati

Posted by Papa Hero | Thursday, November 25, 2010 | Category: , , |

Sempena bulan November ni, entri PH kali ini mengisahkan seekor anjing legenda Jepun, Hachiko...berjuta-juta manusia telah menangisi kematian tragik anjing ini......ceritanya ramai orang yang dah tahu....banyak juga diabadikan di dalam blog2 dan website....ceritanya hanya satu tetapi gaya penceritaan ada bermacam-macam... keberkesanan cerita yang disampaikan kepada pembacanya adalah bergantung kepada pengolahan semula si tukang penulis blog...Cara pengolahan semula yang berkesan akan menyebabkan si pembaca blog akan merasai peristiwa ini seolah-olah baru berlaku semalam....


Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko'  yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak". 
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di  kota Tokyo. Dan pada  tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula...Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan...


21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...


Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )

Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.  
  
Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam 

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.


Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.




Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai  PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


Kisah Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem....Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.....


Kesimpulan :

Apakah perasaan yang tersirat di hati Hachiko sebenarnya...? Berapa tebalkah kesetiaan Hachiko terhadap tuannya...? Berdasarkan apa yang PH faham, Hachiko tak pernah pedulikan benda lain selain dari tuannya...PH percaya matlamat hidup Hachiko semenjak di saat mula-mula dipelihara oleh Profesor Ueno hanya satu iaitu :

"BERBAKTI PADA TUANNYA SELAGI BERNYAWA..." 

MasyaAllah...!!! Mulia sungguh hati haiwan ini.... 

Bayangkanlah, selama 10 tahun Hachiko menjadi penunggu di stesen keretapi tu....dan dia mati di situ juga...PH yakin semasa disaat-saat akhir nyawanya, dia dikelilingi oleh orang2 awam dan diiringi dengan tangisan sedu-sedan....kesemuanya sayangkan Hachiko....

Video dokumentari Hachiko boleh ditonton di sini ( KLIK SINI )

P/S :

Kalaulah Hachiko ni boleh berkata-kata sebelum dia mati, Hachiko mesti pesan kat Kobayashi :

" Hachi nak pergi jauh ni...Kalau Tuan Ueno balik nanti, tolong pesan kat dia, Hachi sihat ajer....jangan risaukan Hachi yer...!! Jangan bagitau kubur Hachi di mana....nanti dia sedih..."

Wallahualam...!!!
Enhanced by Zemanta

Comments
41 Comments

Currently have 41 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. sedih. time tgk citer nih pun sedih sangat2.

    haiwan yang tak dikurniakan akal pun tau menilai maksud sebenar kesetiaan :)

  2. sedihnye.. setia betul Hachi menunggu tuannya tanpa mengetahui bahawa tuannya telah lama meninggal.. setia sungguh..

  3. sedih btul kisah ni.. penah tgk movie pendek pasal anjing ni.. menangis2 aku..

  4. bro... gua nak nangis dengar crita pasal hachiko ni.. tak rock sey..

  5. setia betol hachi
    sanggup bertahun-tahun menunggu tuannya di tempat yang sama.

  6. Klw manusia lewat 10 minit pun dah naik angin...Kesabaran dan ketabahan haiwan jauh, jauh lebih tinggi dr manusia...Nak pelok Hachiko kuat2, sambil berbisik " ajarkanku ketabahanmu..."

  7. sifat kesitiaan dan ketabahan yg unggul dr makhluk yg hanya bergelar haiwan, subhanallah...

    sungguhpon teringin sgt nak tgk citer Hachiko ni, sy keraskan hati spya jgn menonton bimbang kesedihan akan terbawa berhari-hari

    rest in peace Hachiko...

  8. Saja join cabaran BenAshaari. Tolong promot Iyo sekali :)

    Saya Suka Blog Awak La! http://furdunesia.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html dan http://www.benashaari.com/2010/11/segmen-saya-suka-blog-awak-la.html

  9. MasyaAllah...sedih betoi baca ni...meleleh sudah air mata 'jantan' ku ini...huhuhuhu....
    Hachiko sangat setia pada tuannya...so proud of him dan ini lah ciptaan yang Esa...^^'

  10. tersedu2 bce kisah ni...oh man..
    sy sgt emosi orgnye..
    ape pun, RIP Hachiko..
    superb dog!

  11. salam. sy dh tgok citenye. sgt sedih..terlalu sedih. haiwan pun tahu hargai tuannya..tgok cite ni buat sy btmbh syg kt haiwan2...

    Kuasa Allah, perasaan kasih syg tu tidak hanya sesama manusia..moga jd pengajaran utk kite. mcm mane kite curahkan kasih syg pd haiwan..mereka juga akn sygkan kita...mendoakan untk kita.

  12. fiq tengok citer ni sampai nanges2 =(

  13. ahah ..
    sy ada movie ni ..
    sdeyh sgt2 ..

  14. huwaaaa..pe r papa ni cite sedey2..isk isk isk..

  15. haiwan sgt setia pada manusia..tp manusia....? =''(

  16. salam PH,
    *lap air mata jap...* sy x tgk lg video pasal nih tp baca story pasal dia nih jer dah buat sy sedih.

    begitu setianya seekor anjing yg tiada akal fikiran dengan tuan berbanding seorang manusia yg berakal tp sanggup menikam dr belakang org yg pernah berbakti pada seseorang.

    sgt sedih bila membayangkan nasib kucing/anjing2 di luar sana yg x bertuan.
    dan sy imagine agak2 kucen sy setia cam tuh x kat sy satu hari nnt *hope xde kejadian melarikan diri slps nih... :(

  17. sy tengok trailer ceita jepun pasal anjing yg slamatkan bapa & anak tuannya dlm gempa bumi kat jepun [nama anjing tu Mari ke], kat kawasan gunung-ganang yg sukar dimasuki bila berlaku gempa bumi, masa nak slamatkan bapa & anak tuannya ni, tentera tu terpaksa tinggalkan anjing tu dgn anak2nya walapun si cucu meraung2 menangis tanak anjing bapanya tu ditinggalkan tapi sbb takleh bawak [kapasiti helikopter dah overload kot] dorang terpaksa tinggalkan.

    smpi ni ari bila teringat pun mesti menangis bagai nak gila sbb scene tu sedih sgt2. menghantui hidup sy selama beberapa ketika.

    anyway, bila dijumpai anjing tu dah kurus gila sbb dia bertahan nak bagi anak2nya menyusu. bapa tuannya yg lumpuh pulak menangis bila jumpa balik anjing tu [selepas beberapa ketika gempa bumi tu dah berlalu meke balik ke tapak umah meke yg ranap tu] sbb tak sangka anjing tu masih hidup dan dia rasa terhutang budi sgt2, disebabkan anjing tu sanggup bersusah-payah meredah umah yg dah ranap tuk bagi dia semangat tuk berusaha mengeluarkan dirinya & diri cucunya...

    adoih dh brp bnyk menangis nih! sedih gila!

  18. boleh try tengok pasal Mari & anak2nya kat sini http://www.lovehkfilm.com/panasia/mari_three_puppies.html

  19. aby tgk citer nih berkali2 kOwtt..berkali2 gak r aby nangess....sOb3!

  20. saya pas nonton filemnya blom sampai adegan meninggalnya hachiko udah nangis, sudah terbayang gimana sedihnya ni film..

  21. menitis air mate weh bace artikel nih...

  22. sedihhh..... :-(

  23. sedih baca kisah nie..menitis airmataku..tonton pulak story Hachiko ni..airmataku turun macam ujan lebat mencurah membasahi bumi..bengkak2 mataku..kesetiaan Hachiko menanti kepulangan tuan nya meruntun ke sanubariku..betapa seekor haiwan amat menghargai sebuah perhubungan..manusia lh yg kena menilai & mengambil ikhtibar darinya..

  24. adehh..sy nangis baca entry nie...:(

    http://hassida-tiramisu.blogspot.com

  25. nak minta kongsi...

    http://hassida-tiramisu.blogspot.com

  26. pelik kenapa jarang org mlayu kita mnceritakan kbaikan anjing...malah asyik mngeji anjing tu...lupakah kita smua pada kisah qitmir...

  27. Santapan Istimewa Mencari Halal Restaurant/Cafe yang Unik: http://bit.ly/nUZ3DR

  28. sgt sedih cerita ni...saya dh tgk....

  29. saya nangis tgk cte ni T.T'

  30. sdih btol cte nie .setia kepade tuannye yang 1 .:)

  31. saadiah M Derus says:

    Sy mmng trharu sangat2 mmbaca kisah Hachiko kerana kesetiaan trhadap tuannya hingga ke hujung nyawa sungguh menyentuh perasaan sy. Sy cuba mndapatkan filem Hachiko kerana kagum dgn taat setianya. Sy akan menangis bila menonton filem2 yg melibatkan kesetiaan & pengorbanan anjing trhadap manusia kerana ia mmberi pengajaran kepada kita betapa tinggi nilai kesetiaan, kasih sayang & pengorbanan anjing malah ia mmang merupakan haiwan yg bijak & taat.

  32. walaupun dah tengok movie cerita ni.. tapi bila baca balik kisah sebenar air mata ni tetap menitis.. tak dapat bayangkan macamane perasaan hachi kalau tau tuan dia dah mati lama...

  33. chumiet5@yahoo.com says:

    Takleh tahan la tgk citer....

  34. Nangis saya. berapa helai tisu dah ni. dah tgk full movie versi mat salleh. Yg jepun punye belum g

  35. yaallah betapa setianya hachiko pda tuannya...sedih sya lihat video 2

  36. ayat terakhir tu sangat sedih ='(

  37. Mngalir jg air mata ni walaupun dah cuba utk tdk mnangis..sedih....

  38. Mgalir air mata.. Sedih betul...

  39. orang yg anggap anjing haiwan hina ,ayat untuk maki hamun sebenarnya tidak berilmu dan rendah akal


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails