Kakimotong Dot Com Kini Berganding Bahu Dengan Petster
Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, selepas Majalah Mastika secara rasminya PH telah diundang untuk menjadi penulis dan kolumnis di dalam majalah pencinta haiwan nombor satu di Malaysia iaitu Majalah Petster...Sehingga entri ini ditaip, PH telah menulis dua artikel untuk dikongsikan bersama iaitu bagi edisi bulan Januari dan Februari ( 2013 )...Ini juga bermakna blog Kakimotong Dot Com akan berganding bahu dengan mereka di dalam menyebarkan risalah-risalah pencinta haiwan...
PH telah diberikan ruang menulis melalui segmen Papa Hero's Fur Corner...Perkongsian penulisan PH di dalam segmen ini lebih tertumpu kepada kesedaran dan pelajaran untuk sama-sama kita renungkan tentang nasib malang yang menimpa kebanyakan haiwan jalanan...Sinopsis penulisan PH pada edisi yang pertama ( Januari 2013 ), PH telah menekankan tentang tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak mereka...Salah satunya ialah mengajar mereka agar menyayangi haiwan sekiranya mereka ingin melahirkan modal insan yang lebih berkualiti.....Para ibubapa perlu selalu membuat 'repeatition' kepada anak-anak dengan menyampaikan khabar-khabar gembira mengenai haiwan, bukannya dengan menyampaikan omokan yang negatif mengenai haiwan....
Sinopsis pada penulisan PH yang kedua pula ( Februari 2013 ) ialah menekankan kisah mengenai nasib kucing jalanan yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan juga perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak berkuasa walaupun mereka mempunyai autoriti untuk menangkap dan melupuskan mereka....
Ini adalah muka hadapan Majalah Petster bagi keluaran Februari 2013....Kalian semua boleh mendapatkan senaskhah majalah ini secara PERCUMA di petshop yang berhampiran...Kalau nak baca secara online ( E-Magazine ), boleh baca dan download melalui link laman web ini ( KLIK SINI )...Lepas tu tekan Ctrl 'S' kalau nak download...
Pada setiap bulan juga, penulisan PH di dalam Bahasa Melayu boleh dibaca melalui blog rasmi Majalah Petster iaitu afortressoffur.blogspot.com ( KLIK SINI )...Blog ini dikendalikan oleh seorang pencinta haiwan yang sangat kreatif iaitu Saudara Shawn Tanis....Setiap kali PH berjumpa dengan beliau, pasti kami akan ketawa sehingga kadangkala berderai-derai air mata dek kerana kisah lucu yang beliau cerita...Tidak lupa jutaan terima kasih dari Kakimotong Dot Com kepada pihak Petster ( KLIK SINI )
KLIK SINI |
Nota PH :
Alhamdulillah, secara peribadi PH tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan gembira kepada Ilahi kerana Dia telah bersama dengan kita di dalam meneruskan perjuangan yang penuh liku ini...Rezeki itu datang di dalam pelbagai bentuk dan rupa asalkan kita sentiasa berfikiran positif....Setiap orang mempunyai cara yang berlainan di dalam menegakkan matlamat perjuangan...Justeru itu, hormat-menghormati ke atas usaha orang lain amatlah dituntut di dalam hidup kita...Percayalah kepada qada dan qadar dan juga rezeki masing-masing...Jangan sekali-kali kita menindas orang lain hanya untuk berada di atas sekiranya kita inginkan yang terbaik buat nasib haiwan jalanan....Apa yang kita perlu lakukan ialah berani menempuh setiap dugaan yang mendatang di dalam hidup kita demi memperdengarkan rintihan haiwan jalanan yang seringkali menjadi mangsa keadaan akibat kerakusan manusia itu sendiri...
Tidak mengira berbilang bangsa dan agama, kejayaan ini adalah kejayaan buat kita semua....Walaupn ianya mungkin kejayaan kecil bagi sesetengah orang, tetapi ia tetap kejayaan....Sekurang-kurangnya, ada pihak media yang sudi memperdengarkan rintihan haiwan yang terbiar....
Carilah persamaan, bukannya mencari perbezaan...In Shaa Allah dengan berlandaskan kalimah Lillahi Taala semoga usaha dan suara kita akan didengari oleh pihak yang berwajib....Yang penting, kita mulakan langkah pertama dengan istiqamah....Semoga nasib haiwan terbiar lebih terbela di tahun 2013 ini...
Melalu haiwan, ukhwah jga blh trbina..subhanallah Allahuakbar semuanya rahsia rahsia Dia
ReplyDeletetahniah ph..semoga nasid kucing dan anjing terbiar akan lbh terbela selepas ni...
ReplyDelete