Kalau Bela Kucing, Apa Yang Best...???

Kalau PH ditanya apa yang best kalau bela kucing ni...??? Hmmm...Ada banyak jawapan sebenarnya...Soalan ni berbentuk subjektif dan tiada jawapan yang salah, semuanya betul...Lain orang, lain jawapannya...Kalau soalan ini ditanya kepada 1000 orang, maka 1000 jawapanlah yang kita perolehi...Kalau ditanya kepada sejuta orang, pandai-pandailah kira sendiri....hehehe...
Bagi PH, bela kucing ni memang best...Kalau nak ditanya setakat mana bestnya tu, PH akan cakap "Best Sangat-Sangat"...Apa benda yang best tu..?? Teruskan membaca yer...


Kalau sehari tak belai kucing, terasa begitu kosong hidup PH...Tak tahulah kenapa...Yang pasti, segala keugasaran di hati boleh hilang dan berlalu begitu sahaja walaupun hanya sementara...Saat-saat sebegini amatlah berharga buat PH...Mereka boleh menjadi terapi minda dan fikiran yang sedang bercelaru...Membela mereka adalah ibarat membela anak juga...Segala keperluan mereka PH tidak abaikan...PH tidak menolak pendapat bahawa kos adalah halangan utama bagi sesetengah orang untuk memelihara kucing...Maksudnya, ada segelintir orang yang ingin memberikan yang terbaik untuk kucing-kucing mereka tetapi tidak terdaya...


Kucing yang ada di rumah PH ni datang dan dan pergi....Banyak di antara mereka telah pun tinggal bersama-sama tuan yang baru...Apabila banyak kucing di rumah, memang ianya banyak menguji kesabaran, terutama dari segi kos dan kebersihan...PH & MH sukakan cabaran itu kerana ianya secara tidak langsung dapat melatih kita menjadi seorang yang penyabar...Sebagai suami isteri, PH & MH juga memang tidak terlepas dari dugaan berumahtangga...Tetapi Alhamdulillah segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik...Pada bulan Ogos ini, maka genaplah 7 tahun kami berumahtangga...( doakan kami )


Kucing-kucing yang ada di rumah PH ni banyak mengajar PH erti kehidupan...Mereka mengajar PH untuk lebih menghargai nyawa....Mereka adalah di antara guru di dalam kehidupan kita....PH pun dulu beri kucing makan makanan yang dibeli di pasaraya-pasaraya...Secara perlahan, PH juga belajar selok-belok cara untuk memelihara kucing dengan betul...PH sudah mula berjimat cermat agar dapat membeli makanan premium untuk mereka...Mula-mula macam tak boleh tapi bila dah buat sekali terus jadi...Bela kucing ini boleh dikatakan sebagai hobi yang hebat di mana ianya mendatangkan manfaat yang amat banyak....Yang paling best, sebarang perbuatan baik ke atas mereka bakal memudahkan perjalanan kita di akhirat kelak...


Kalau nak tahu lebih banyak lagi apa yang bestnya pasal bela kucing ni, silalah tonton video ni yer...


Nota PH :
Video di atas ni adalah sebagai pengganti diri PH yang tidak dapat hadir untuk memberikan ucapan terbuka 
( Open Talk ) di Karnival Yo! Fest di Kuantan pada 20 May yang lepas...Ada sedikit kesilapan di dalam proses suntingan video ini..Ada babak yang berulang dua kali...
Bagi mereka yang tidak sukakan kucing, itu tidak mengapa...Hal kecik jer tu...Janji jangan diapa-apakan mereka...

Comments

  1. Alhamdulillah, mudah2an rezeki dn berkat rumahtgga tu lbh baik..sbp slalunya org ckp bela kucing ni byk tuah..yala,tuah bek dn xbek..:) sya klu bab2 bela kucing ni, x lain x bukan, sume comel..hgga yg buchuk2 tu pn dikatakan comel..tp sya bsyukur sgt2 dpt mnyayangi kucg seadanya, x mcm org yg x suka kucg..kucg ni comel dr plbagai aspek, trutamnya gaya dn corak dia..tp sya ni xksah, sbp sya syg stiap kucing yg ada..:) (x tmasuk kucing besar tu lah kn..)

    ReplyDelete
  2. tiap kali sya tgk video dna gambar hero, air mata sya trus mnitis..xsangka..ada mnusia yg sgup buat cmtu skali..khadiran hero psti mbawa mkna buat PH..krana Hero dtakdirkan utk btemu dgn PH..smoga sgala usaha mdapat kberkatan dr Nya..amin..sya sntsa skong PH..terima kasih, PH..sya yakin Hero stsa mngatakannya kpd PH..:')

    http://hunnyquenikscrea8tivelyfstylez.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kak zana pun suka sgt kucing tp takde peluang membela skrg ni kerana keadaan tak mengizinkan. Kakzana berpeluang bermanja dgn kucing2 di restoran, kucing jiran yg melepak depan rumah dan bila balik Kajang, ramai kucing kakak disana.
    Seronok belai kucing ni, hilang stress bila berbual dgn dia. Seolah dia faham perasaan kita.

    ReplyDelete
  4. apa yg bestnya bela kucing byk sgt PH..!!!

    1-kucing ni manja
    2-kucing ni setia kt tuannya
    3-kucing ni pembawa rezeki
    4-kucing ni haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W
    5-lagipun kucing ni senang nak dibela panggil je chuk chuk chuk eeeiii dia datang juga meow meow meow ngan tuannya..!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular