Bagi PH, Kesimpulannya Mereka Adalah.....

 Assalamualaikum semua dan Salam sejahtera..Hmmmm...Lama PH tak update blog...PH sekarang ni sedang sibuk dengan projek baru di Putrajaya...Kulit pun dah jadi belang-belang dek panahan cahaya matahari yang terik dan cuaca yang tak menentu sekarang...Banyak cerita-cerita mengenai kucing dan anjing jalanan yang PH dah 'missed' untuk dikongsi bersama dengan kalian semua....Terasa agak kecewa sedikit, tapi tak mengapalah...

Berikut adalah serpihan-serpihan kisah haiwan jalanan yang PH nak berkongsi dengan kalian semua...Ini adalah Otai Taman Warisan Putrajaya...Masa nak makan tengah hari, kucing ni elok jer bersantai di tengah-tengah 'walkway'....PH snap gambar dia dekat-dekat pun dia buat tak tahu jer...Ramai juga orang sekeliling yang memerhatikan gelagat PH dengan kucing, tapi...PH buat tak reti jer...hehehe...Jadi, bagi PH kesimpulannya ini adalah kucing peliharaan 'Outdoor' yang amat bernasib baik...


Ni pula kucing milik seorang peniaga alatan sukan...Miau-Miau namanya...Menurut pemilik kucing ini yang berbangsa Cina, Miau-Miau ni dah dimandulkan sejak kecil dan tidak pernah lagi 'missed' untuk mendapatkan vaksin...Wah...!! Prihatin betul pemilik Si Miau-Miau ni...Di hadapan kedainya juga ada diletakkan 'kibbles' untuk makanan kucing-kucing jalanan yang lain...Jadi, bagi PH kesimpulannya ini adalah kucing peliharaan 'Indoor' yang amat bernasib baik...


Ini Si Rambo...Minta maaf sebab lambat update kisahnya...Ni adalah foto si Rambo yang terbaru..Ada banyak lagi foto-foto dan videonya yang PH simpan...Insyaallah bila internet di ofis baru PH dah OK, nanti PH upload banyak-banyak....Gambar Iyo pun ada banyak...Jadi, bagi PH kesimpulannya ini adalah kucing peliharaan 'Indoor' yang amat bernasib baik...Sekurang-kurangnya rindu PH dan MH terhadap arwah Si Comel terubat juga walaupun hanya sedikit..Jadi, bagi PH Si Rambo ini adalah anak kucing yang amat bernasib baik...


Kucing ini menggigil kelaparan..suaranya terketar-terketar...Hmmm...kalau nak difikirkan, memang tak selesai masalah haiwan terbiar seumur hidup dunia ini selagi tiada langkah preventif dari pucuk pimpinan dilakukan secara bersepadu....Jadi, bagi PH kesimpulannya mereka-mereka ini akan tetap terbiar dan menunggu masa mati di jalan raya...


Yang ni namanya Helen....Kesian betul dia ni, nyaris digilis oleh sebuah kereta yang dipandu laju di sebuah kawasan deretan rumah kedai...Kalau pemandu tu tak nampak PH yang menyergah keretanya, tak tahulah apa yang terjadi pada Si Helen ni...


Pada malamnya, kebetulan PH melalui tempat yang sama di mana Helen dijumpai petang hari tu...Helen masih di sana sedang mencarik-carik baju usang sebagai permainannya...Kesian betul PH lihatkan nasibnya...PH dan MH mencari-cari di kawasan sekitar kalau-kalau terjumpa adik-beradiknya yang lain...Namun, ternyata Helen sahaja yang memang 'tinggal di sini'...Ibu anjing juga tidak kelihatan di kawasan ini...


MH sempat membelikan wet food untuk Helen...Nak menitis air mata kami melihatkan nasibnya...Kecil-kecil lagi dah tak beribu....Pada pemerhatian PH, Helen ini mungkin dibuang berdasarkan jantinanya adalah betina...PH teringat kata seorang jiran PH yang berbangsa Cina, tak ramai yang sukakan anjing betina....Mungkin sebab itu Helen ini dibuang kerana di kalangan adik-beradiknya, hanya dia seekor sahaja yang betina....


PH pernah update status di wall Facebook Kakimotong Fan Club 
"Antara anak kucing jalanan dengan anak anjing jalanan, bagi PH anak anjing jalanan yang PH kesiankan sekali...sebabnya, kalau anak kucing, ramai juga yang nak kutip, tapi kalau anak anjing ( puppy ), sering menjadi mangsa budak2 nakal...tak ramai pula yang nak kutip"
Sehari selepas PH update status ini, PH terjumpa pula Si Helen...Memang tidak ada seorang pun yang mempedulikan keadaannya...Sedih PH tengok dia...Kalau kucing, ada juga orang yang nak kutip...

PH amat mengharapkan kalau ada sesiapa yang baik hati untuk mengadopsi Si Helen ini...Boleh pm inbox PH dan set appointment untuk mengambilnya di area rumah PH...Si Helen ni masih di deretan rumah kedai tempat asalnya...Kalau nak, nanti PH akan uruskan.....Buat masa ni, PH ada minta tolong uncle kedai makan ni jenguk-jengukkan dia...

Jadi, bagi PH kesimpulannya Si Helen ini adalah puppy terbuang yang amat kurang bernasib baik....


Mereka-mereka yang berada di rumah PH juga semuanya  adalah kucing jalanan..., termasuklah Hero...Apa yang kita lakukan kepada mereka selama ini sudah tentunya datang dari perasaan sayang dan kasih yang amat mendalam dari hati kita...Amat rugilah mereka yang membenci haiwan, kerana bagi PH orang yang membenci haiwan adalah orang yang tidak bersyukur diciptakan olehNya sebagai manusia...
Jadi, bagi PH Iyo and the gang adalah penyeri PH sekeluarga dan Blog Kakimotong...


Buat masa ini, PH tidak dapat mengemaskini blog mahupun wall KMFC seperti selalu kerana terlalu banyak pelan-pelan bangunan dan tugas yang perlu dipikul di Putrajaya ni...


Sementelah itu, jom kita semarakkan lagi semangat cintakan haiwan terutama kepada anak-anak kita yang masih kecil...Generasi kita dah agak terlewat untuk memperbetulkan permasalahan haiwan-haiwan jalanan ini...Sekiranya anak-anak kecil kita dididik menyayangi haiwan di alaf ini, maka merekalah yang akan menjalankan tugasan preventif untuk mengekang populasi haiwan terbiar di alaf hadapan di samping menguasakan undang-undang jenayah dera terhadap haiwan..


P/S :
PH minta tolong kalian semua carikan adopter untuk Si Helen...Umurnya dalam lingkungan 2 bulan....Dia masih bayi lagi...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. yup kesian tgk anjing dan kucing jalanan.. er jgn lupa juga manusia di jalanan. nasib mereka yg terbuang

    ReplyDelete
  2. Susah nak jumpa engineer yg sgt baek ati dgn haiwan ni, peace brother! Mudah-mudahan murah rezeki di masa bulan ramadhan. Semoga Helen mendapat tuan yg baik dan penyayang.

    P.S: sorry x mampu nak carikkan tuan utk helen, almaklum dudok dkt east malaysia ni huhu

    ReplyDelete
  3. trinunWfleci Denise Young link
    desczadawdeaths

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular