25 Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan Dari Dilupuskan

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Sebenarnya dah lama dah PH nak update entri ni tetapi dek kerana masa yang begitu mencemburui, terbantut pula untuk PH melaksanakannya...Sejak kebelakangan ini, banyak betul hal yang terjadi...Alhamdulillah rata-rata kesemuanya telah berjaya PH atasi dengan kudrat kurniaan dari Allah SWT...

Nampaknya, matlamat Team HERO untuk mensasarkan 0% kucing-kucing dari ditangkap oleh pihak berkuasa masih lagi belum berjaya...Nak-nak pula dah menjelang raya baru-baru ni...Banyak betul kucing yang 'tak diperlukan' telah dibuang oleh pemiliknya yang langsung tidak berperikemanusiaan...Senang jer mereka meletakkan masalah ke atas bahu orang lain...

Pada 24 Ogos yang lepas, PH dan Uncle Angah seperti biasa menjalankan rutin mingguan iaitu mengeluarkan kucing-kucing yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mereka telah menerima aduan dari orang awam...Bertindak di atas akta Pihak Berkuasa Tempatan yang termaktub, mahu atau tidak pihak berkuasa perlu melaksanakan tangkapan...Sekiranya haiwan yang ditangkap tidak dituntut dalam masa 7 hari, maka mereka semua akan dilupuskan ( dibunuh ) di bawah Akta KacauGanggu...Dalam kes ini, siapa yang kejam...??? Pihak berkuasa ataupun pemilik kucing yang membuang kucing...??? Bagi PH, pemilik kucing yang membuang kucing adalah orang yang paling kejam...Mereka adalah ibarat pembunuh senyap...Orang-orang sebeginilah yang menyebabkan banyak kucing dan anjing mati disuntik maut oleh pihak berkuasa yang hanya menurut perintah...Mahu atau tidak, kita semua perlu menerima berita ini dengan sepahit-pahitnya...


Kadangkala susah PH nak cakap...Kalau nak cakap, PH pula yang dikatakan sesuka hati nak sound2 orang...Cubalah pergi sendiri ke tempat kurungan haiwan tu...Malas PH nak cakap lagi dah...Manusia memang begitu...Selalu sahaja mencari salah orang lain walhal salah sendiri tak nampak...


Untuk misi kali ini pula ( Batch 39 ), sebanyak 15 ekor kucing dari 25 ekor telah diserahkan sendiri oleh pemiliknya kepada pihak berkuasa dengan alasan yang paling glamour iaitu dah tak larat nak jaga...Untuk makluman semua, kucing yang sihat walaupun divaksin berkali-kali sangat berisiko besar untuk dijangkiti wabak penyakit berbahaya yang terdapat di dalam sangkar di pusat kurungan apabila mereka ditempatkan di sana...Mereka akan mati secara perlahan-lahan akibat wabak penyakit tersebut...


Rasanya sudah beratus kali PH telah ingatkan di dalam blog dan di Facebook tentang perkara ini, tetapi nampaknya masih belum ada kesedaran yang mampan...Tapi tidak mengapa...Manusia memang begitu...Makin dilarang makin dibuat...Team HERO tidak akan berputus asa untuk mencari jalan bagi menyedarkan umat manusia di Malaysia ni tentang nasib kucing-kucing yang dibuang...Mereka-mereka ni tahu apa akan terjadi kepada kucing selepas dibuang, tetapi sengaja buat-buat tidak tahu...


Ada yang kata : "Alah Team HERO ni...!!! Entah-entah kucing ni bukan orang buang...Dia memang dah lama kat sana...Janganlah asyik tuduh2 orang asyik buang kucing ajerr..."

Untuk pengetahuan Dik Non, kucing-kucing jalanan ni tak turun dari langit...Mereka juga tak keluar dari perut muka bumi...Kalau takde orang buang, masakan ada kucing berkeliaran kat kawasan tu...?? kalau takde orang buang kucing bunting, mana boleh ada kucing membiak sebegitu cepat...?? 


PH ni bukannya apa...Dah hampir setahun Team HERO telah mengeluarkan sebegitu banyak kucing dari pusat kurungan haiwan ini...Nampaknya tiada nampak tanda-tanda penurunan dari segi angka tangkapan kucing...Jumlahnya tidak menurun, bahkan semakin naik pula...Bohonglah kalau PH katakan bahawa Team HERO tidak kecewa dengan angka statistik sebegini...Uncle Angah juga berasa sangat kecewa...Namun apa yang boleh kami lakukan...?? 


Team HERO tidak dianggotai oleh golongan berada...Kami menggunakan apa yang ada di hadapan mata sahaja...Bak kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna...Team HERO juga tidak lari dari tohmahan oleh sesetengah pihak yang sengaja mencari salah...Barangkali mereka tidak suka kucing-kucing ini diselamatkan agaknya...


Ramai orang beranggapan kalau ada tempat yang luas, senang jer boleh 'campakkan' kucing kat situ dan membiarkan mereka bebas...Untuk makluman semua, ianya tidak semudah itu...Walaupun mereka telah dibebaskan di sesebuah tempat, perkembangan mereka perlu diikuti dari masa ke semasa...Tidak kira siang...


Mahupun pada malam hari...Mereka perlukan belaian kasih sayang dan penjagaan yang baik, itupun kalau kita benar-benar mahukan mereka mendapatkannya...Tiada istilah buat kerja sambil lewa di dalam menjaga kebajikan kucing-kucing jalanan ini...


Kucing-kucing kecil ini baru nak mengenal dunia, tetapi 'kemerdekaan' mereka telah dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...Semasa di jalanan, mereka mungkin bukan milik sesiapa tetapi persoalannya ibunya milik siapa...??

Kucing-kucing kecil di bawah ini telah diserahkan sendiri oleh pemiliknya kepada pihak berkuasa sebab dah tak larat nak jaga...Patutkah perkara sebegini berlaku...??? Di mana letaknya akal dan fikiran mereka...??? Tahukah bahawa sekiranya tidak dituntut, mereka akan dilupuskan...??


Memang mudah kita berkata : "Kejamnyaaa...!!!" ataupun "Kesiaannn...."..Tetapi, hanya itukah yang kita boleh lakukan...???


Setiap orang memiliki kapasiti kemampuannya yang tersendiri...Justeru itu, eloklah dipelihara kucing mengikut kemampuan...Kembirikan kucing-kucing di rumah dulu, barulah boleh fikir kucing yang lain...Jaga makhluk-makhluk di dalam rumah kita dulu, barulah kita fikir makhluk yang di luar rumah...


Alhamdulillah..Setakat ini kucing-kucing yang diselamatkan dari dilupuskan telah mendapat kembali hak kebebasan mereka...PH dan Uncle Angah telah lakukan apa yang kami mampu setakat ini...Yang lapar diberi makan...Yang sakit diberi makan ubat...Yang mati dikebumikan...Yang menggedik kami urut-urut badan mereka...


Didiklah anak-kita agar menyayangi haiwan...Ianya tidak susah melainkan kita yang berkata susah...Kalau kucing kotor, tangan kita tu boleh dicuci...Kucing tidak najis seperti anjing...Kita semuanya tahu jalan penyelesaiannya...Cuma nak melaksanakan tu mungkin susah sedikit...( sebenarnya tak susah pun yer dop?? )...


PH paling kasihan melihat kucing-kucing kecil yang telah kehilangan ibu lalu ditangkap oleh pihak berkuasa...Masa mereka baru dibuang oleh pemiliknya mereka masih ada ibu, tapi bila dah kena tangkap ibunya telah terpisah dalam kandang yang berlainan sebab dah bercampur aduk dengan kucing-kucing yang lain...Ada anak kucing yang mati di dalam kandang pusat kurungan akibat dibaham oleh kucing lain kerana lapar...Ada yang mati akibat terlalu takut...Bila mereka mati, siapa yang tanggung dosa-dosa tu...???


Kucing-kucing DBKL ni sangat berlainan dari kucing-kucing jalanan yang biasa...Panjang kalau PH nak tulis kat dalam entri ni...Kadang-kadang tak sanggup rasanya nak diceritakan sebab kalau dicerita nanti ada jer orang yang nak cari salah...


Apa-apapun, Team HERO tetap dengan matlamat asal iaitu mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan...Bantulah kami untuk membantu mereka yer...Bantulah kami untuk mengekang aktiviti pembuangan kucing di merata-rata tempat ini...


Beginilah keletah budak-budak DBKL Batch yang ke 39 ni...Tersenyum PH sorang-sorang tatkala melihat mereka mendapat kembali hak kebebasan mereka...



Nota Team HERO :

Kami dah siarkan banyak kesan buruk akibat membuang kucing....Janganlah diulangi kesilapan besar itu sekali lagi yer...Bela kucing biarlah mengikut kadar kemampuan diri sendiri sahaja...

Kami dimaklumkan bahawa ada pihak lain juga telah mengambil keluar kucing-kucing dari pusat kurungan ini...Alhamdulillah dan syabas buat mereka...In Shaa Allah mungkin esok atau lusa PH dan Uncle Angah nak pergi pusat kurungan haiwan lagi...Dengar khabarnya kali ini ada hampir 40 ekor yang telah ditangkap...Semuanya kucing yang baru dibuang kerana tempat yang diadu baru sahaja dilaksanakan operasi tangkapan kucing pada minggu lepas di tempat yang sama...

Ada kucing baru turun dari langit lagi ke ni...??? huhuhuhu

Terima kasih kerana sudi membaca....

Comments

  1. Saya amat teruja dengan usaha murni PH..saya, isteri saya juga dua orang kawan dari kaum Tionghua telah mengambil langkah yang sama sejak tahun 2002..kami di Kota Bharu, Kelantan...

    ReplyDelete
  2. Semoga usaha murni PH diberkati dan dipermudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular