Kunci Kepada Pintu Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Waduh waduh...susah betul nak curi-curi masa nak update blog sekarang ni...Time PH nak update ada jer halangan...Terpaksa 'Save' ke dalam 'Draft' dulu..Tapi bila time nak update balik dah lupa dah ayat apa nak taip...huhuhuhu...

Assalamualaikum semua dan apa khabar...?? Rasanya dah hampir sebulan PH tak menemui kalian semua di dalam blog yang tak berapa nak 'glam' ni...hehehehe...Tapi kat Facebook Kakimotong Fan Club hari-hari kita jumpa kan...?? Oklah, untuk menghiasi ruang lingkup entri pada kali ini, PH pun sebenarnya tak tahu nak taip apa dah...Apa yang PH nak citer semuanya dah dikemaskini ke dalam Faceberok PH hehehehe....Cuma, mungkin PH boleh ceritakan sedikit mengenai tanggungjawab sosial yang telah 'success' PH laksanakan baru-baru...

Pada tanggal 23 Ogos 2013, PH telah menjadi salah seorang panel di dalam membincangkan isu topik haiwan terbiar yang dilaksanakan oleh pelajar Uitm Lendu Melaka...PH telah diberikan tentatif program menerusi emel dari Saudari Ema Ibrahim di mana beliau adalah di antara individu yang menganjurkan progra khas ini...Selain dari PH, Ustaz Asri dan Puan Marziana juga dijemput sama...Puan Marziana adalah salah seorang pengamal undang-undang yakni peguam...Beliau juga adalah salah seorang pensyarah di institusi pengajian ini...Alhamdulillah program itu berlangsung dengan jayanya...


Pada 11 September 2013, PH telah dijemput ke Sri Pentas untuk menghiasi ruangan slot Malaysia Hari Ini yang disiarkan secara langsung di TV3...PH telah menerima satu SMS dari penerbit rancangan tersebut beberapa hari sebelum itu...Kalau tak silap PH topik yang dibawakan pada pagi itu ialah Masa Depan Nasib Haiwan-Haiwan Yang Teraniaya dan kisah mengenai Abam Iyo...Alhamdulillah, dengan izin dari Allah SWT rancangan tersebut telah berlangsung dengan jayanya...Kepada kalian yang terlepas menontonnya, boleh menontonnya di Tonton.com.my dan cari kata kunci MHI 11 September 2013...Tapi kena daftar Log In dulu yer...



Dua hari selepas MHI,  PH dijemput pula untuk menghiasi ruangan 'Talk Show Mai Secawan' anjuran pelajar jurusan videografi Uitm Shah Alam...Tema rancangan tersebut lebih kurang macam Nasi Lemak Kopi O TV9...PH telah di'approached' oleh Saudara Hazmi dan rakan sepasukannya...Rakaman berlangsung di Dewan Sri Budiman Uitm Shah Alam...Ini adalah merupakan projek tugasan akhir semester bagi pelajar-pelajar jurusan tersebut...



'Cat Ninja' Team HERO iaitu Uncle Angah juga telah menemani PH sehingga selesai proses rakaman berlangsung...Walaupun sibuk dengan tugas, beliau tetap steady...( Terima kasih Angah... )




Rancangan Mai Secawan juga turut dihiasi oleh artis tempatan iaitu Kumpulan Pretty Ugly...PH minat sangat dengan lagu Diari Seorang Lelaki dendangan mereka tu...Teruja apabila dapat melihat mereka bermain muzik lagu tersebut secara LIVE...

"Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja..Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu...huhuhuhu"



Raizan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Neves sedang diwawancara oleh hos rancangan iaitu Saudari Aniz Mohd Azmi ( LINK ). dan Saudara Fiffi Dylan ( LINK )..



Alhamdulillah, program Mai Secawan anjuran pelajar Uitm Shah Alam telah berakhir dengan jayanya...Dapat juga PH dan Uncle Angah bergambar dengan anggota kumpulan Pretty Ugly...Nanti PH akan upload video rakamannya di Facebook yer...

Lagi gambar boleh dilihat di sini ( LINK )


Kesimpulan dari penulisan PH di atas, itulah sebahagian dari bingkisan hidup yang PH lalui baru-baru ini...Mengambil bahagian di dalam tanggungjawab sosial sememangnya merupakan sesuatu yang tidak boleh diambil enteng...Kita ni hidup bermasyarakat, lantaran itu setiap seorang dari kita sebenarnya membawa sebuah perjuangan demi kebaikan makhluk-makhluk dan insan yang lain...Apabila tanggungjawab itu selesai, kita perlu kembali ke norma kehidupan yang hakiki semula...Berangan-angan tu bukan tak boleh, tapi jangan jadi macam Mat Jenin...Peranan terhadap masyarakat, keluarga dan diri sendiri perlu difokus semula agar selari dengan tuntutan agama dan masyarakat...Janganlah kita asyik berangan mahu itu dan mahu ini di depan mata tanpa berusaha, tetapi sebaliknya bekerja keraslah untuk mendapatkan apa yang kita inginkan...


Bermula dengan menanam sikap ingin mengambil tahu sesuatu ilmu dari orang lain maka PH amalkan dan lakukannya sendiri sesudah itu...Ianya memang susah pada mulanya tetapi setelah melalui pelbagai kesilapan, maka kesemuanya diatasi...Lihatlah ke telapak tangan kita dan bayangkan apa yang boleh kita lakukan di atas muka bumi ini dengan telapak tangan tersebut...Genggamlah ia seerat-eratnya ibarat menggenggam sebuah semangat yang tidak mungkin akan terpadam baranya....Percayalah pada kemampuan diri sendiri, ia pasti akan berhasil...Kesusahan yang bakal atau sedang kita tempuh bukanlah untuk selama-selamanya...Bak kata pujangga, tangan halus yang menghayun buaian sebenarnya mampu menggoncangkan dunia...


Dan lihatlah wajah-wajah makhluk yang nasibnya lebih daif dari kita...Bersyukurlah kerana kita semua diciptakan sebagai seorang manusia yang berakal dan sempurna sifatnya...Tidak menjadi kesalahan jika kita tidak menyukai mereka, tetapi usahlah diperlakukan mereka dengan kejam...Santunilah mereka dengan sebaiknya agar hidup kita dilimpahi rezeki yang tidak disangka-sangka...



Sekeras manapun hati kita, ianya tidak akan membantu kita apabila kita menghadapi sakaratul maut nanti...Kalau kita rasa kita ni keras, ketahuilah bahawa Allah itu lebih keras seksaannya...Jadilah kita seorang yang lemah lembut, selari dengan sifat-sifat Rasulullah SAW...Allah dan rasulNya sangat menyukai orang yang lembut hatinya...Syaitan pula amat menyukai seseorang yang hatinya keras macam batu...



Jauh di lubuk hati, PH masih sedih melihat tingkahlaku manusia yang telah tertutup pintu hatinya untuk menerima kelembutan...Kekerasan bukanlah cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah, baik masalah sesama manusia ataupun kepada haiwan...Di dalam dunia kehaiwanan ini, kita perlu bijak mengatur langkah di dalam menyelesaikan permasalahan yang melanda...Cuba buat dulu, barulah kita tahu keupayaan kita apabila menyelamatkan haiwan jalanan....Kalau tak boleh juga, mintalah bantuan dari rakan-rakan kita yang berkemampuan...Yang penting, BUAT DULU...huhuhu



Abam Iyo gendut selalu pesan kat PH supaya tolong sampaikan pesannya kepada kalian semua agar menjaga kebajikan kawan-kawannya di luar sana...Kalau tengah makan kat restoran tu, bagi makan secebis ikan pun jadilah ( kalau tak mampu nak bawa balik... )..Ataupun setidak-tidaknya doakanlah semoga nasib mereka terbela nanti...


Kalau kita berani mengambil tanggungjawab, In Shaa Allah segala-galanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT...Pasti akan ada nanti rezeki yang datang di dalam hidup kita TANPA DISANGKA-SANGKA...


Nota PH :

Terima kasih kerana sudi membaca...Lepas ni tak tahu bila lagi nak update blog...huhuhu

Comments

  1. Dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain & makhluk lain. Itu hak mereka yang kadang2 kita rampas.. Jadi berkongsilah rezeki sesama makhluk. takde manusia yang jadi papa kedana sebab bagi haiwan2 makan. Yang ramai jadi papa kedana sebab judi jer... Jadi jangan takut untuk membuat sedekah pada haiwan2. Insya Allah.. Tuhan akan limpah kurnia rezeki untuk kita berkongsi sesama makhluk

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular