KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Si Marius, Anak Zirafah Berusia 2 Tahun Ditembak Mati Di Zoo Copenhagen

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Tuesday, February 11, 2014

Si Marius, Anak Zirafah Berusia 2 Tahun Ditembak Mati Di Zoo Copenhagen

Posted by Papa Hero | Tuesday, February 11, 2014 | Category: , , , |

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Semalam adalah hari hilang mood bagi PH..Apa tidaknya, darah PH tiba-tiba mendidih apabila melihat kekejaman yang telah 'dihalalkan' di sebuah zoo di luar negara...

Air mata PH bergenang apabila seekor anak zirafah berusia 2 tahun yang diberi nama Marius telah ditembak mati oleh petugas zoo di Copenhagen, Denmark pada 9 Februari 2014 jam 9.20 pagi ( waktu tempatan ) di atas alasan yang cukup tidak logik iaitu untuk membendung pembiakan zirafah yang tidak terkawal...Selepas membaca sebuah artikel berbahasa Inggeris mengenai khabar sedih ini, PH menongkat dahi dengan tangan sambil tunduk ke meja...Darah PH menyirap dengan tiba-tiba...PH sangat sedih akan nasib yang menimpa Si Marius...Dia baru ingin mengenali dunia ini, tetapi nyawanya diragut dengan begitu kejam sekali...Apatah lagi dia berada di dalam keadaan sihat ketika nyawanya disentap oleh manusia keji...



PH bertambah marah apabila mendapat tahu bahawa pihak zoo Copenhagen ini telah menolak pelawaan dari seorang billionair untuk membeli Si Marius ini ( dengan niat untuk menyelamatkannya dari dibunuh )...Apakah zoo kini tidak menjadi tempat yang selamat lagi untuk spesis hidupan liar yang semakin diancam kepupusan ini...?? Apakah motif di sebalik pembunuhan kejam ini...??

Dengan tiada rasa bersalah, para petugas Zoo Copenhagen ini pula telah mencincang jasad Si Marius yang tidak bernyawa ini di hadapan orang awam termasuk kanak-kanak dengan alasan bertujuan untuk pendidikan sains...Masya Allah..!!!! THIS TOTALLY UNACCEPTABLE...!!!! Videonya ada di Youtube...PH malas nak tengok...



Dada PH turut dicengkam dengan kenyataan dari sebuah artikel blog luar negara yang bertulis :

"The body of the giraffe, which was killed in a bid to prevent in breeding, will be chopped up and fed to carnivores at the zoo..."


Tindakan kejam ini telah mendapat tentangan dan kecaman dari jutaan aktivis haiwan di seluruh dunia...

PH dengan ini ingin menyatakan pendirian bahawa tindakan yang telah di'halalkan' oleh Pengarah Zoo Copenhagen ini adalah satu tindakan yang kejam, keji dan terkutuk di mana ia Zoo Copenhagen sepatutnya dijadikan tempat perlindungan bagi spesis haiwan seperti Si Marius...Atau setidak-tidaknya mereka boleh menjual Si Marius kepada billionair yang mempelawa untuk membelinya bagi mengelakkan Si Marius dibunuh...Pihak pengurusan Zoo Copenhagen juga wajar menerima tindakan yang selari dengan undang-undang serta akta yang termaktub di dalam perlembagaan di negara mereka...Tindakan terkutuk ini juga perlu dibanteras sekeras-kerasnya...

Nota PH :

PH hiba apabila melihat nasib Si Marius ini...Adakah ini dipanggil MERCY KILLING...??? Baik pada haiwan liar atau domestik, perkataan MERCY KILLING tetap PH bantah habis-habisan...Tiada istilah belas ehsan di dalam setiap pembunuhan yang sengaja...Si Marius adalah di antara ribuan spesis hidupan liar yang menjadi mangsa kebodohan manusia...

Betapa ramai produser-produser filem animasi di luar negara telah berusaha bersungguh-sungguh mencipta pelbagai watak kartun haiwan untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak...PH amat tersentuh apabila si kembar Along dan Angah secara tidak sengaja ternampak PH sedang membuka gambar Si Marius yang sudah tidak bernyawa ini...PH sedih apabila ditanya oleh Along :

"Ni Melman kan Yah...??? Kenapa dia mati...?? Orang tu bunuh ke...?? Kenapa dia bunuh Melman..?? Melman kan baik...??"


Buat pertama kalinya, PH tidak dapat menjawab soalan dari seorang kanak-kanak kecil...Apakah jawapan yang sesuai untuk PH berikan kepada mereka...??

Cerita penuh boleh dibaca di blog asal ( Link ) dan di Page Facebook Pertubuhan Aktivis Haiwan ( Link )

Comments
9 Comments

Currently have 9 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. Pembunuhan gini halal..penyemvelihan cara islam utk makan ditentang habis2 pulak. Pelik betul umat manusia ni..

  2. Dlm dunia Barat apa saja yg mereks buat semuanya betul..
    Cuba kalau yg mbunuh itu org Afrika atau org Asli alamatnya mereka akan dicap zalim dsb..
    Mungkin bg mereka hnya mereka yg berakal..yg blh memikirkan buruk baik stiap tindakan manakala pihak lain sume x guna akal..
    Tahniah Zoo Copenhagen... zoo "terrrbaik" di alaf baru..

  3. nak tengok video dia tapi cancel sbb tak sampai hati. sedih. :(

  4. ya Allah ...citer macam ni la yg buatkan mood saya down sesangat..rasa benci membuak2 dalam jiwa..nak je g tembak kepala orang yg mereka sayangi pulak...biar dia tahu rasa sakitnya hati saya ni..sedih sangat...sian zirafah tu..sampai sungguh hati mereka....hanya Tuhan saja yg dapat membalas perbuatan kejam mereka ni...

  5. Ph i need ur help this is very important for cats lover n sy harap ap yg sy katakn ini dpat disiarkn seorg wanita cats lover to tlah diugut oleh seorg lelaki kerana cuba mnyelamatkn seekor kucing yg ditambat seperti seekor lembu hingga mngakibatkn kcing tersebut hampir tercekik..bkn sekli mlh ini kali kedua beliu cuba mnyelamtkn ank kcing yg ditmbat seprti ini..seblum itu beliau tlah berjya mnyelamatkn 2 ekor ank kcing yg dtmbat sprti ini "owner" ini mlakukn skli lg mnambat ank kcing mlh siap mngugut supaya wnita ini tdak msuk cmpor urusn dye dgn ank kcing itu..kami xtahu ap yg jd dgn ank kcing tu sbb owner dye da bwk blik ke ap kmi xtaw so pleezzz kmi mhon jsa baik Ph n sy xtaw lg nk mngadu kat mne harap blh ambik tndakan..

  6. Manusia berhati syaitan dajal.... subhanallah..

  7. Noncent country ... fuck them

  8. Alasan yang tak munasabah dan tak boleh menerima ... benci betul laaa


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails