49 Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan dan Kisah Si Belang, Kucing DBKL Yang Terpaksa Dikerat kakinya

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdulillah rezeki masa yang ada pada hari ini dapat juga PH update blog ni...Pada tanggal 30 March 2014 yang lepas, PH dan Uncle Angah telah berjaya mengeluarkan sebanyak 49 ekor kucing dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL...Satu angka yang sangat banyak pada kali ini...Entah bila agaknya nak surut...Ini adalah pengambilan kucing Batch yang ke-70 ( tanpa gagal )...Pihak DBKL pun dah pening kepala sebab terlalu banyak aduan dari orang awam mengenai kehadiran mereka di premis-premis dan tempat tinggal...Masih ramai di kalangan masyarakat yang masih tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan masing-masing...PH seringkali melihat komen-komen yang mendakwa kucing-kucing jalanan itu tidak bertuan, sebab tu dia bergelandangan di jalanan...PH nak tanya satu jer, kucing-kucing di jalanan ni turun dari langit ke...?? Atau keluar dari perut muka bumi...?? Kalau boleh jawab, PH akan belanja Meat Ball Spaghetti Secret Recipy...

Moral of the story, jangan biasakan diri memikirkan sesuatu yang tersurat sahaja...Fikir sekali perkara asas yang boleh menyokong kenyataan kita...Kalau tak nanti buat malu diri sendiri jer...yer dop..?? Jangan mara aa...Nanti kena jual kat pasar malam nak...??



Pada pagi itu kami berdua bekerja keras mengeluarkan kesemua kucing yang ada..Tapi malangnya pada ketika itu sangkar yang kami bawa tidak mencukupi..Terpaksa pula kami pinjam sangkar milik DBKL...Alhamdulillah mereka pun beri kerjasama yang baik...Dua sangkar kami terima tapi kena pulang balik tau kata salah seorang staf di situ...Dun wuri, nanti kami akan pulangkan...


Kesemua kandang yang penuh sesak dengan kucing yang ditangkap telah berjaya dipunggah dengan penuh susah payah ke dalam sangkar yang kami bawa...


Ada tiga kandang kesemuanya ( dulu ada empat kandang )...Lega rasanya hati apabila melihat kandang kucing telah berjaya DIKOSONGKAN...


Masih ada lagi kucing serahan yang telah diserahkan oleh pemilik yang tidak menyayangi mereka lagi ke pusat kurungan haiwan ini untuk dilupuskan...Kesian ( kat pemilik kucing tu... ) Dia dah hilang fokus dan sel-sel otak di lutut telah mula berhubung dengan tapak kaki...Tu yang buat keputusan tak senonoh tu...Kalau kita nak pelihara kucing, jagalah baik-baik...Laburkan sedikit wang untuk kembirikan mereka, itu lebih baik dari menanggung dosa kering macam ni...Kucing yang masuk ke dalam kandang ini berisiko besar dijangkiti penyakit berbahaya dan sukar untuk diubati...Pihak DBKL pun ada buat program kembiri...Alahai murah jer pon...Adehhh...


Kereta PH dan kereta Uncle Angah dah sendat macam tin sardin...Tapi kami okay jer...Dah biasa dah...Tatkala PH sedang sibuk memunggah kucing ke dalam kereta, PH menerima satu mesej melalui Facebook dari seseorang yang meminta PH ambil kesemua 11 ekor kucingnya kerana dah tak larat nak jaga...Ini adalah di antara ribuan Personal Message yang PH terima di dalam Facebook...

Oh yer...Dah alang-alang PH update entri kali ini, PH nak sentuh satu isu...PH terasa sedikit terkilan kerana PH mendapati seolah-olah trend 'membuang kucing peliharaan' yang sudah tidak diperlukan lagi melalui Facebook sudah kian berleluasa...PH rasa, kalian pasti akan menghentak-hentakkan kepala kat meja atau dinding kalau membaca sepuluh dari ribuan Personal Message yang PH terima...Makin kita educate untuk mengambil tanggungjawab, makin lain pula jadinya...Mungkin ianya dilihat lebih 'beretika' kot...Serba salah PH dan Uncle Angah dibuatnya...Tapi kalau ada kes-kes seumpamanya tetapi jenis yang kritikal barangkali boleh juga dibantu...Tapi kalau nak let go sampai berbelas atau berpuluh ekor kucing sendiri dalam masa yang singkat dengan alasan yang tidak munasabah, PH rasa mereka-mereka ini ada masalah kepimpinan di dalam diri...Tapi kalau kucing-kucing Parsi takde pula orang yang nak iklankan untuk let go...Apa cerita ni...?? Adehhh....

PH lebih galakkan kalau ada orang yang mengiklankan kucing-kucing yang diselamatkan di tepian jalan...Itukan lebih baik...Nanti kalau asyik publish iklan kucing yang orang tak nak, iklan untuk kucing terbiar pula yang terbantut...Okay lah...Bab tu nanti PH akan rungkaikan di dalam entri yang lain yer...Malas PH nak bercerita panjang lebar pasal hal ni sebab macam mencurah air ke daun keladi...Syabas kepada mereka yang sudah pun mula berubah...Terbabas buat mereka yang berfikiran masih di takuk lama...

Jangan risau...Kereta PH ni ada Air-Cond

Di satu sudut yang lain pula, dalam banyak-banyak kucing DBKL yang kami selamatkan hari tu ada seekor kucing yang dijumpai oleh Uncle Angah ( semasa memunggah kucing dalam kandang DBKL ) mengalami kecederaan kaki yang sangat serius...PH pun menggeleng kepala melihatkan keadaannya...Sebaik sahaja kesemua kucing telah berjaya 'Check In' ke Cat Village, kucing jantan yang cedera teruk itu PH bawa pulang ke rumah...

Selang beberapa hari kemudian, PH membawanya dengan Dr. Zul bagi mendapatkan rawatan...


Inilah kecederaan kaki kucing yang PH maksudkan tadi...Menurut Dr. Zul, kaki kucing ini mungkin telah cacat sejak kecil lagi ataupun pernah ditimpa kemalangan...Ini yang menyebabkan struktur tulang kakinya tidak normal...


Akan tetapi, bengkak dan kesan luka ini adalah sesuatu yang baru...Kemungkinan besar kakinya tercedera semasa berada di dalam kandang DBKL...Kesan melecet kelihatan sangat jelas sehingga menampakkan tulang...Bau daging busuk menyumpit-nyumpit lubang hidung...Kakinya terkena jangkitan kuman yang sangat teruk sehingga menyebabkan keputusan untuk memotong kakinya terpaksa diambil...Jika tidak, nyawanya boleh terancam...Bahagian yang cedera ni kalau dinisbahkan kepada tangan kita, kesan luka teruk ini adalah di bahagian belakang tapak tangan kita...Sakit, kan...???


Suhu badannya diambil..Alhamdulillah kucing ini tidak demam...Kucing ini dinamakan Si Belang dan dia terpaksa dimasukkan ke wad bagi menstabilkan dulu keadaan dirinya sebelum dibedah...Dalam hati PH, siapa punya kucing la agaknya ni...Kesian dia...


Alhamdulillah, selang beberapa hari kemudian pembedahan mengamputasi kakinya telah berjaya dilaksanakan oleh Dr. Zul dan pasukan perubatannya...Berat badannya juga bertambah sebanyak 300gram...


Sehingga entri ini ditaip, Si Belang masih berada di rumah PH...Keadaan kesihatannya sangat memuaskan...Walaupun jadual PH & MH sangat padat setiap hari, namun segala-galanya dapat diatasi dengan berkat sabar dan istiqamah...Pahitnya memang terasa, tetapi kalau kita sabar ianya akan menjadi perkara yang paling manis di belakang hari...Masalahnya, tak ramai orang kita yang nak sabar...Tu yang melambak kucing kat kandang DBKL tu...Lepas tu nak marah DBKL pulak sebab asyik tangkap kucing jer...Tak bolehlah macam tu yer...Fokus pada si pembuang kucing, jangan fokus pada si penangkap kucing...DBKL pun sudah mula menghentikan aktiviti pelupusan kucing sejak sekian lama ( selepas bekerjasama dengan Team HERO )...Orang yang buang kucing ni pun rata-ratanya adalah orang yang bela kucing juga...Tak suka kucing bukan salah sesiapa kerana itu adalah hak peribadi, tetapi bab meracun kucing adalah Mental Disorder iaitu sel-sel otak di lutut sudah mula berhubung dengan tapak kaki....






Kalau tak boleh tengok video ni, KLIK SINI ( Link )

 Nota PH :

Doa-doakan semoga Si Belang ni tabah menghadapi ujian ini...Dia pun macam kita juga, menghirup udara free dan mempunyai hak untuk hidup...Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang lain...Belalah kucing dengan ikhlas dan sabar...Jangan asyik fikir benda-benda negatif jer sebab setiap perbuatan yang kita lakukan di atas dunia ini sudah pasti akan ada balasan yang setimpal...

Sejak dari tahun 2009 lagi PH dah tunjukkan banyak testimoni untuk dicontohi...Kalau PH boleh buat, PH rasa kalian pun mesti boleh buat lebih hebat dari PH...Tak bolehlah asyik nak harapkan PH ajer yer sebab kalau tak nanti dapur tak berasap pulak...Anak-anak  kembar PH pun nak sekolah...hehehehe....

Rahsianya ialah 3S :

1 ) Sabar
2 ) Sanggup
3 ) Sacrifise ( pengorbanan )

Nombor satu dan dua mungkin ramai yang boleh buat, tetapi tak ramai yang boleh buat nombor tiga...Apa kata kita sama-sama 'pecah tradisi'...Berkorban apa sahaja walaupun mengenai isu kebajikan terhadap haiwan...Just lakukan sahaja tanpa ada diskriminasi...Jangan mengharapkan balasan...Jangan fikirkan penilaian manusia-manusia lain terhadap perbuatan baik kita, tetapi fikirkanlah penilaian Allah SWT terhadap diri kita...Jaga silaturrahim sesama kita, In Shaa Allah pasti akan jadi...

Kalau tak boleh lakukan secara sendirian, lakukan secara berkumpulan dengan syarat menghormati kumpulan-kumpulan yang lain juga...

|
|
|
|
V

SIFAR TANGKAPAN KUCING OLEH MANA-MANA PIHAK BERKUASA

Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis...

Steady Semua...

Comments

  1. Syukur Alhamdulillah kucing2 tu berjaya diselamatkan. Betul semua kata2 dan nasihat PH tu. Mmg ada manusia yg tidak bertanggung jawab membuang kucing kerana dah tak larat nak bela. Itu sbb makin byk kucing2 dijalanan. Semua itu gara2 manusia yg hilang akal dan otak letak kat lutut.
    Semoga Allah swt membalas segala jasa baik PH, MH, Uncle Angah dll.Wassalam

    ReplyDelete
  2. kucing parsi kalau tuan dia tak nak mesti iklan nak jual jer.. bela sekadar suka2 memang sampai satu tahap dah bosan & rasa terbeban dorang akan campak jer kalau takde orang nak berbanding bela dengan perasaan kasih sayang & simpati.. kita akan rasa kehilangan bila salah seekor takde apatah lagi nak buang kita mesti tak sampai hati. Tu beza pencinta haiwan dengan buat haiwan sebagai hobi.Benda2 ni takkan ada akhirnya.. sebab manusia macam tu takkan pernah pupus dari muka bumi sampai kiamat

    ReplyDelete
  3. PH, saya dari Indonesia. Hampir semua artikel PH saya baca, saya suka semua artikel PH. PH punya banyak kucing yer? Kucingnya terlihat akur betul, saya ingin PH sharing bagaimana cara PH membuat kucing PH tidak bertengkar juga bagaimana PH memberi mereka makan. Apa kucing-kucing di cat village tidak saling berkelahi? Sya ingin punya tempat penampungan kucing seperti PH tapi saya khawatir mereka luka.

    ReplyDelete
  4. huhu. aku rse nk nangis padahal aku laki. bab2 kucing anjing mmg aku xleh. dulu pnah bergaduh dkt uni sbb tgk ada budak pukul kucing. jd aku sound la ckp 'wey, celaka. binatang yg xleh melawan bleh la ko pukul, kalo nk tunjuk kuat pun ape kate kita bertumbuk, pukul kucing bkn die bleh melawan'... ending die gaduh.. tp btol ape yg aku kata, sian kucing tu..

    ReplyDelete
  5. Tumpang tanya dekat mana boleh nak dapatkan or beli kucing yek? Sedang mencari kedai2 yg menjual kucing..

    ReplyDelete
  6. PH adalah seorg insan yg sungguh baik & mulia hati krn sggp bela & jg kucing2 tersebut termasuk hero. Sy amat kagum. Sy juga mempunyai kucing hampir 30 ekor dimana sy hanya ddk di umah flt. Mulanya dtg ibunya dr bwh flt ikut sy blk. Sy beri mkn. Mulanya lps mkn dia pergi suatu hari dia dtg dia x nk pergi. Pada masa itu kucing itu tggu masa nk melahirkn. Sy bela hgga kucing itu melahirkn 4 ekor ank kucing yg sgt comel 2 ekor betina & 2 ekor jantan yg diberi nama Lala, Kiki, Bobby & Chomot.... dr 4 ekor inilah ia semakin bertmbh2 shgga skrg. Ramai yg x suka tp sy & kelurga x pernah peduli.... sy mempunyai seekor ank kucing yg mana kena buasir.... mcm mana perlu sy buat utk merawat... nk bwk ke klinik kosnya amat tggi. Blh PH bg pendapat... sy kesian lihatnya.

    ReplyDelete
  7. kasihan sekali lihat kaki kucing itu, sepertinya sudah mengalami infeksi yang cukup lama

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular