Kisah Si Jerry, Kucing Kurap Di Tepian Kaki Lima
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca yang Budiman...
Alhamdulillah hari ni sempat juga PH curi-curi masa untuk update blog ni...Sekarang ni masa terasa cepat betul masa berlalu...Cadangnya dari minggu lepas lagi nak update blog tapi oleh kerana terlalu banyak komitmen, PH rasa masa tu macam sekejap jer dah sampai ke hari ini...Last-last satu apa pun tak update...Hahahaha....
Memang inilah krisis dalaman yang sering berlaku terhadap blogger...Matlamat kena jelas dan disiplin diri perlu ada...Tapi bab tu nantilah kita sembang yer...Sekarang ni PH nak cerita al kisah seekor kucing malang yang nampak macam dah hilang pedoman dah...
Pagi tadi PH terpaksa datang lewat sikit ke tempat kerja...Apa tidaknya, tapak kasut sekolah Si Along tertanggal pulak dah...Menangis dia pagi tu...Terpaksa temankan ibunya ( MH ) pergi kedai kasut beli kasut baru...Dah adat anak kembar, kalau nak beli barang kena beli dabel ( double )...Kalau tak mau muncung Si Angah tu nanti menangis tak berhenti...Semuanya kena sama rata dan sama adil...Biasalah tu, bebudak, kan...??
Masa tu PH tunggu kat dalam kereta...MH dan si kembar keluar ke kedai kasut BATA sebelah Mydin Mart Semenyih...Tak sampai lima minit lepas tu, MH berpatah balik ke kereta dan meminta PH tolong tengokkan seekor kucing malang di tepi kaki lima...Apa lagi, sebaik sahaja dengar khabar dari MH terus PH keluar dari kereta menuju ke tempat yang MH kata tadi...Dari jauh PH dah nampak kucing yang MH kata tadi...Duduk diam jer sambil perhati gelagat si kembar...Dia pun pelik tengok apa agaknya si kembar bebelkan tu...
Kesian kucing ni...PH perhatikan gelagatnya dalam seminit dua untuk melihat tahap kecergasannya...Dia nampak lemah, sayu dan jelas kelihatan ada kurap yang teruk di wajahnya...Tetapi nasibnya baik kerana tidak dijangkiti selesema...
PH pun secara perlahan-lahan menghampirinya....PH tidak mahu dia lari...PH mesti bawa pulang kucing malang ini...PH memanggilnya berulang kali dan akhirnya dia menoleh ke arah PH sambil mengiau sayu...PH suka tengok gaya duduknya...Ekornya disilang ke depan...Nampak sopan gitu...Kucing ini telah pun menunjukkan 'isyarat ekor' yang dia ingin 'berkawan' dengan manusia tetapi tak seorang manusia pun yang memahami...
Sekali lagi PH menghampirinya secara perlahan-lahan...Alhamdulillah dia tak lari...Malah dia sangat manja...PH dapat rasa bahawa kucing ini dulu pernah bertuan...Kasihan, keadaannya sudah tidak terurus...Ekornya masih bersilang ke depan tanda dia ingin didekati...PH dapat rasakan semangatnya untuk hidup sudah pudar...
Kemudian PH mengusap kepalanya dan berundur ke belakang beberapa langkah sambil memanggilnya dengan suara yang lantang...Tujuannya ialah untuk menyedarkannya dari lamunan dan menaikkan semula semangatnya...Kucing ini terus bangkit dan mengiau dengan begitu kuat sekali, tidak seperti sebelumnya...PH selalu buat teknik ini dan Alhamdulillah setakat ini banyak yang menjadi...Biasanya kucing akan 'terkejut' dan terus ikut kita...
Kebanyakan orang biasanya terus mengangkat kucing-kucing sebegini lalu dimasukkan ke dalam carrier atau kereta...Bagi PH, seelok-eloknya semangatnya perlu dipulihkan dulu di tempat di mana kita menjumpai mereka agar mereka tahu yang kita ni bersungguh-sungguh nak bantu mereka...Kita kena bagi mereka percaya kat kita dulu...Tak banyak kucing jalan mempercayai manusia bulat-bulat...Sebab itulah banyak terjadi kes kucing meronta-ronta dan terlepas bila dimasukkan ke dalam kereta...Mereka masih belum percaya kat kita sepenuhnya...
Masa dia berjalan, barulah PH tahu yang kucing ini tempang kaki depannya...Kesian...Sebab tu PH tidak suka terus menerus angkut mana-mana kucing jalanan sebelum mengetahui keadaan sebenar atau kesakitan sebenar yang mereka alami...Manalah tahu kot-kot ada tulang belulangnya yang patah...yer dop...??
Jom tengok video ni...Kalau tak boleh tengok kat sini, sila klik sini ( LINK )
Perlahan-lahan PH masukkannya ke dalam kereta..Sementara itu MH dan si kembar masih lagi berada di dalam kedai uruskan hal kasut si kembar...MH setelkan hal anak, PH setelkan hal kucing...Begitulah juga sebaliknya...Bila dah masuk ke dalam kereta barulah nampak banyak kurapnya...
Lepas tu tak semena-mena dia terus melingkar dan melelapkan mata...Alahai kesian betul...Dah berapa lama dia tak cukup tidur agaknya yer...Baunya memang busuk, tapi PH 'halalkan jer..'..Kusyen kotor boleh dicuci...Apedehal...???
Lepas tu MH dan si kembar pun masuk ke dalam kereta...Si kembar senyum sampai ke telinga..Maklumlah, kasut baru...!!!! Beg sekolah pun baru ala-ala Frozen gitu...Hehehehe ( KLIK SINI )...
MH mengangkat kucing ini perlahan-lahan sebab dia nak duduk kat kusyen lalu diribanya semula kucing itu...Kucing tu pun duduk diam jer...Sambil-sambil memandu tu PH tepuk-tepuk peha PH sambil memanggil-manggilnya ( sajer jer... )..Tup tup terus dia bingkas bangun dan terus berbaring melingkar di riba PH...Alahai terasa diri ini begitu berharga betul....hehehehe
Terus dia tidur ke riba PH di sepanjang pemanduan ke rumah sampai terdengar bunyi dia berdengkur...Tak sampai beberapa minit baring kat riba PH terus tertidur...Dalam masa dia tidur tu, kami sepakat menamakannya Si Jerry...
Inilah yang akan berlaku sekiranya seseekor kucing itu memberikan SEPENUH KEPERCAYAAN kepada kita...Setiap hembusan nafasnya diiringi dengan doa-doa kesejahteraan buat kita..Siapalah tahu, kan...???
Nota PH :
In Shaa Allah PH dan MH akan cuba jaga Si Jerry ni baik-baik yer...PH tak mahu janjikan bulan dan bintang...Cukuplah sekadar apa yang termampu untuk kucing-kucing jalanan sebegini...Kalau kita menjanjikan bulan dan bintang, dikhuatiri ianya menjadi riak...Bila kita riak, nanti orang tak suka tapi kita pulak ingat orang suka kita...Tu namanya syok sendiri...PH selalu berdoa agar minta dijauhi sifat-sifat yang dibenci ini...
Buatlah sekadar yang kita mampu...Bukannya apa...Ada banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu kita laksanakan...
Buat baik berpada-pada...
Mulianya hati PH n MH. May God bless you
ReplyDeleteAda jgk hmba allah ug berhati mulis
ReplyDeleteSupport u PH dn MH
ReplyDeletecongrats ph..
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga PH dan MH sihat sejahtera dan mewah rezeki :)
ReplyDeleteBenar..kita akan dapat merasakan 1 kepuasan dan kenikmatan dunia bila kita berbuat macam ni.. betul kan PH? :)
ReplyDeleteSedih pulak kisah si jerry ni.klau betul dia pernah bertuan dn tuan dia buang dia,msti dia sedih kan..Alhamdulillah,ade PH dan MH msa tu.sy dlu pun ade ambik ank kucing dr dlm longkang cimb bank.berkurap,tp msh lincah.Alhamdulillah budak tu sihat walafiat skrg..dia pulak jd raja dlm rumah ni pdhal ade senior2 lain dlm rumah ni.lincah sgt,suka cr gaduh.Alhamdulillah penceria suasana.
ReplyDeleteYou have a very kind heart... I am so happy reading this... thank you! God bless you and your family...
ReplyDeletesalam. semoga Allah murahkan rezeki PH & MH dan mudahkan semua urusan. update pasal jerry ya. hope jerry kembali sihat & happy dgn family baru insyaallah
ReplyDelete