Rezeki Gulai Asam Pedas dan Gulai Tempoyak Ikan Jenahak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman

Hari ni jadual PH padat dengan inspection...Pagi tadi tetuan projek perumahan iaitu Sime Darby Properties datang ke site untuk membuat assessment ataupun tinjauan khas...Sebagai tetuan projek, mereka sememangnya tegas di dalam perihal kualiti dan mutu pembinaan...Sebagai M&E Clerk Of Work, PH perlu menjadi mata dan telinga mereka bagi memastikan setiap pemasangan material di dalam projek ini mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan...

Dari seawal jam 9.30 pagi sehinggalah ke dinihari kami semua melakukan site walk di keseluruhan tapak projek...Kerja-kerja peninjauan terpaksa dihentikan seketika untuk makan tengahari...Kami semua pergi makan tengahari bersama-sama...Kami makan di Kampung Melayu Subang, sebelah surau Nururrahmah...

Baru jer PH duduk di sebuah meja kedai makan, dari jauh PH ternampak ada dua ekor anak kucing terperosok di bawah meja...PH perhatikan sahaja gerak geri mereka...Kedua-duanya kelihatan sangat kurus dan tidak terurus...Sekali sekala dia keluar dari perimeter meja tersebut dan hampir-hampir dipijak oleh pelanggan yang tidak nampak kelibat mereka...PH memang tak boleh lihat anak kucing terbiar macam ni...Kesian...

Tapi yang menjadi masalahnya ialah PH tumpang kereta orang...Dalam hati PH tertanya-tanya 'Macamana pulak aku nak bawak kucing ni...'

Dengan penuh rasa merendah diri dan buat muka seposen, PH tanya dengan Addie, seorang juru ukur ( Surveyor ) :

PH : Addie..Aku nak ambik kucing tu laa... ( sambil menunjukkan jari ke arah kucing )

Addie : Yang mana satu...?? Yang dua ekor tu ker..??

PH : Aah...Tapi boleh tak aku tumpangkan naik kat kereta kau...??? ( Proton Waja )

Addie : Ape lak tak bolehnya...Bawak la naik kete aku...



Lantas PH bangun dan bertanyakan kepada pemilik kedai makan berkenaan tentang ibu anak kucing ini...Pemilik kedai ini memberitahu ibunya dah lama tidak kelihatan dan anak kucing ini tiada siapa yang punya...Mendengar sahaja khabar tersebut terus PH meminta kotak darinya...Pemilik kedai makan itu mengarahkan pekerjanya supaya mengambil kotak di bahagian belakang kedai...


PH pun try la tengok kat bahagian belakang kedai makan tu...Memang ada banyak kotak tetapi kebanyakkannya sudah dibuka dan lembik...Tapi akhirnya dapat juga pekerja tersebut mencarikan kotak yang sesuai untuk PH...Kotak tu pun agak lembik dan senang terbuka...Terpaksa PH tindih dengan kotak telur sebab budak tecit ni boleh melompat keluar..


Setelah memastikan kotak tersebut selamat, kemudian PH bawa ia ke meja PH...Selepas itu PH pergi ke kaunter untuk mengambil nasi putih dan ikan cencaru bakar bersama dengan sup kosong...Itu jer yang PH mampu...Maklum lerr...Lepas raya ni kena la berjimat-jimat sikit...Belanja banyak keluar masa raya hari tu...huhuhu


Lepas PH kembali semula ke meja, masa tu mereka yang turut serta makan tengahari sudah hampir selesai makan...Tiba-tiba PH lihat hidangan di atas meja PH ada lauk asam pedas dan gulai tempoyak ikan jenahak...PH tak order pun...Tau-tau jer ada kat atas meja...hehehehe...Dalam hati PH cakap 'Ni rezeki ni....'...PH memang minat dengan Encik Tempoyak...Bila PH tanya siapa yang order ni...?? Ada suara menjawab :' Makan ajer lerrr...'

Tak sampai hati PH nak upload gambar gulai tempoyak tu sebab nanti ada orang kata PH ni 'kejam'...Satu mangkuk tu PH bedal sorang-sorang...hehehehe...PH order air limau ais, tapi limau ais orang tu hantar sampai dua gelas...Bila PH tanya yang satu ni siapa punya..?? Masing-masing cakap bukan mereka yang order...Apalagi, PH pun sental kedua-duanya sekali...Masa tu orang lain semuanya dah nak habis makan...PH baru nak start makan... 


Tengahari tadi PH makan sampai kenyang...Syukur Alhamdulillah...Anak kucing tadi pun dah selamat PH bawa ke site...Nanti sampai rumah confirm MH akan grooming dan bedak mereka cantik-cantik...Tapi kesian...Mereka selesema teruk dan cirit birit...PH tak pasti samada umur mereka panjang atau tidak...Tapi takperlah, sekurang-kurangnya mereka tidak cirit birit kat kedai makan....Faham-faham jer la yer...Bukan semua orang suka kucing...


Ini adalah sedutan video yang sempat PH rakam sementara menunggu pekerja kedai makan tersebut mengambil kotak...Kalau tak boleh tengok kat sini, sila klik sini ( LINK )



Nota PH :

Hari ini PH dapat merasakan PH telah memperolehi rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah SWT...Tak sangka dapat makan sedap hari ni...Mula-mula nampak macam mustahil untuk membawa anak kucing tu pulang, tetapi apabila PH merendah diri untuk meminta bantuan, PH dapat merasakan segala-galanya telah dipermudahkan olehNya...Allah tahu isi hati kita...

PH agak risau tentang kesihatan anak kucing ini sebab nampak macam teruk juga ciritnya...PH tidak menjanjikan bulan dan bintang untuk mereka, namun PH dan MH akan cuba yang sebaik mungkin untuk membantu mereka berdua...

Doakan....


Sesibuk mana kehidupan seharian kita, kadangkala ada satu ujian yang Allah beri di depan mata kita...Terpulanglah samada kita mahu mengambil tanggungjawab tersebut ataupun tidak...Orang yang membantu kita pun ada bahagian pahalanya...Begitu juga kalau kita memberikan bantuan kepada orang lain...

Tapi, kalau ada di kalangan rakan-rakan kita yang mengambil tanggungjawab usahlah ada sifat hasad dengki pulak yer...Muhasabah diri adalah lebih baik...Mereka telah melakukannya sedangkan kita bila lagi...???

Wallahualam...

Terima kasih kerana sudi membaca

Comments

  1. Memang rezeki mereka ada kat umah PH & MH.. dalam hidup kita ni kadang2 makhluk lain menumpang rezeki kita & kadang2 kita menumpang rezeki makhluk lain. Dalam rezeki setiap makhluk ciptaan Allah ada rezeki makhluk lain bersamanya... Bersedekah tidak pernah buat orang jadi papa kedana.. Insya Allah saya akan terus menyokong perjuangan kaki motong.. kalau tak mampu derma duit, saya bg sokongan moral kalau x mampu bg sokongan moral saya doakan dari kejauhan..

    ReplyDelete
  2. Terim kasih ph. Terima kasih addie sbb bagi ph tumpangkan kucing tu. Semoga kalian murah rezeki... Dipanjangkan umur... Dipermudahkan urusan dan di beri pahala oleNya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum PH

    Semoga allah memurahkan rezeki PH dunia dan akhirat atas ehsan PH kpd makhluk allah yg kecik mahupun besar.

    Biar banyak mana dugaan yg PH tanggung di dunia insyallah arwah hero dan adik beradik nya yg lain yg penah di jaga, belai dan di didik PH akan menjadi saksi di hadapan azza wa jalla.

    Sy pengemar kucing namun itu sy tak mampu melakukan apa yg PH lakukan...

    Tp sebagai sokongan utk PH dan anak anak ingin sy menyumbangkan RM 100.00 tiap bulan selama setahun utk PH dan anak2!

    Di minta agar PH sudi kiranya utk meniggalkan no akaun PH

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular