Isu Antara Kembirikan Kucing dan Komen Dari Ostad-Ostad Jadian
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah...Hari ni dapat juga PH update blog setelah dibelenggu dengan kekangan masa yang tidak sudah-sudah...Sebenarnya malam tadi pun PH baru selesaikan tugas di Cat Village jenguk-jenguk budak DBKL di samping membuat beberapa pengubahsuaian tempat kucing di sana...Memang kalau buat kerja-kerja kebun tiada kesudahannya..Mereka yang selalu berkebun pasti faham...
Hari ni PH nak sentuh sikit pasal ostad-ostad jadian...Haaa...!!! Mereka ni ada di mana-mana dan pada setiap masa...Perangai mereka selalunya menyentuh beberapa fakta yang kadangkala mendatangkan kecelaruan kepada para pembaca...Ini lebih teruk lagi apabila fakta yang cuba disampaikan oleh mereka tidak betul...Isinya kosong, tiada hujah tiada fakta..Hanya kopipes belaka....Bila kita nak betulkan, mulalah buat perangai budak-budak...PH selalu perhatikan ostad-ostad jadian ni tiba-tiba jadi ramai terutamanya dalam isu kembirikan haiwan peliharaan dan halal haram makhluk yang bernama anjing...
Status di atas ni adalah salah satu contoh...PH terbaca di dalam ruangan komen di Facebook Kakimotong Fan Club...Sekiranya kita membaca sekali imbas, ianya memang 'benar' seperti apa yang cuba disampaikan...Tetapi, bagi PH ada banyak ketirisan di dalam hujah di atas ni....Yang tak baiknya yang PH nampak hanya ada satu iaitu menyekat keinginan seks kucing...Kesan negatif akibat tidak memandulkan kucing pula ada berapa...?? Jom kita sama-sama selidik....Tapi PH akan mengutarakan hujah berdasarkan pengalaman PH sendiri...
Perangai sesetengah manusia ni kadang-kadang tak semenggah...Sayang kucing ada musim, tidak sepenuh hati...Nampak anak kucing sakit kat tepi jalan, dibawanya balik dan dijaga sehingga sihat...Bila di'check2', jantinanya betina...Yang seekor ni pulak bila di'check2' jantinanya jantan...Kucing betina ni pulak apabila dewasa karakternya mula berubah...Apabila tiba musim mengawan, maka dia mula mencari kucing jantan...Bulunya mengeluarkan sejenis bau untuk menarik perhatian kucing jantan...Kucing jantan ni pulak akan kencing merata-rata sebagai penanda kawasan jajahannya...
Ini adalah hukum fitrah kucing yang Allah SWT telah tetapkan...Mereka mengawan apabila tiba musim-musim tertentu, begitu juga dengan anjing...Mereka tidak berakal seperti manusia...Manusia boleh melakukan hubungan intim setiap hari tetapi dikawal atas kebijaksanaan akal di dalam membataskan tingkah laku mengikut syariat...Allah itu Maha Bijaksana...Dia mengatur serba serbinya cukup untuk keperluan dan kesesuaian sekalian makhluk di atas muka bumi ini...
Di dalam isu pemandulan kucing atau anjing, PH lihat hujah yang sering digunakan oleh ostad-ostad jadian ni ialah ; Mereka juga seperti manusia, bernafsu dan berkeinginan untuk melakukan seks...'Akan tetapi, sebagai manusia yang berakal kitalah khalifah yang perlu mengambil tanggungjawab di dalam mengawal segala perihal yang berlaku di atas muka bumi...Bukan hanya tengok jer kucing-kucing ni 'buat projek'...
Kita lihat sahaja di jalanan, di kedai-kedai makan mahupun di pasar-pasar...Tidak kurang dari 10 ekor pasti akan ada kelihatan berkeliaran kucing di sana sini...Persoalan yang PH nak timbulkan sekarang ialah dari mana datangnya kucing-kucing ini...??? Adakah ia keluar dari perut muka bumi ataupun turun dari langit...??? Sebagai seorang yang waras akal fikiran, jawapannya adalah sama sekali TIDAK...Bagi PH, mereka semua datang dari satu pasangan induk iaitu sepasang kucing jantan dan kucing betina ataupun dibuang bulat-bulat ke jalanan...Dari mana pula datangnya pasangan kucing induk ini...?? Jawapannya hanya ada dua iaitu dibuang oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab ataupun terlepas dari rumah dan kemudian tersesat lalu menjadi kucing yang tidak bertuan...Maka, mereka semua dilabel sebagai makhluk perosak oleh sesetengah manusia yang tidak sukakan kucing...
Satu lagi persoalan, apa sebabnya mereka dibuang oleh pemilik..?? Jawapannya ialah setiap manusia mempunyai kekangan dan had...Tidak mungkin seseorang manusia boleh melakukan kesemuanya yakni melakukan sesuatu perkara diluar kemampuan mereka,,,Ramai manusia bersifat sayangkan kucing secara bermusim...Tidak ramai yang istiqamah...Biasanya orang-orang yang istiqamah inilah yang mempunyai ehsan terhadap si somel yang menjadi mangsa kekejaman ini...Malah, ada yang mengambil kesempatan di atas kesempitan mereka iaitu menjadikan mereka seperti 'tong sampah'...Orang-orang sebegini biasanya 'diperlukan' oleh orang nak buang kucing sebab dah tak larat nak jaga banyak-banyak...Tetapi, PH akui ada sesetengah individu yang istiqamah memelihara kucing yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik atau masalah-masalah besar yang lain...Maka, jalan penyelesaian yang paling bijak perlu diambil supaya kebajikan si comel terpelihara...Jadi, terpulanglah atas budi bicara masing-masing...Tak salah kalau kita bantu orang-orang yang mempunyai masalah sebegini...Cuma, jagalah silaturrahim agar berpanjangan sehingga ke akhir hayat...PH sangat suka dengan komen dari Pn. Rohaini ni...
Ekonomi sekarang semakin rancak...Siapa yang terlambat pasti akan tercicir di belakang...Setiap manusia perlu bekerja untuk menyara keluarga...Dengan keadaan jalanraya yang sesak, ditambah lagi dengan suhu cuaca yang panas dan hujan lebat yag tidak menentu ini sedikit banyak boleh menjejaskan kesabaran seseorang apabila pulang ke rumah selepas waktu bekerja...Apabila tiba musim kucing mengawan, biasanya kucing jantan akan berubah tingkah laku seperti menjadi agresif, kencing dan berak di merata-rata tempat dan mengiau dengan kuat...Kepala siapa yang tidak sakit apabila balik dari kerja penat lepas tu rumah penuh dengan najis dan air kencing kucing di merata tempat...Keadaan ini bertambah buruk apabila seseorang itu memelihara kucing dengan jumlah yang banyak...Suami isteri boleh bertengkar akibat stress...Anak-anak menjadi takut da rumah tangga akhir porak peranda...Maka jalan penyelesaian mudah mereka ialah membuang kesemua kucing di dalam rumah termasuklah ibu kucing dengan bayinya sekali tanpa berfikir panjang...
Ada yang dibuang ke pasar, di tepi jalan dan di kedai-kedai makan...Ada kucing yang tidak bernasib baik dibungkus ke dalam guni lalu dicampak ke tempat yang tidak sepatutnya...Ostad-ostad jadian mungkin belum pernah mengalami situasi sebegini di mana kucing dijumpai diikat dalam karung guni dalam keadaan berlumuran air kencing dan bulu bersalut najis...
Kucing-kucing rumah yang dibuang akhirnya menjadi 'musafir jalanan' dan mungkin juga kehadiran mereka tidak disenangi oleh penduduk setempat...Maka, laporan terhadap pihak berkuasa dibuat lalu mereka semua ditangkap dan ditempatkan ke dalam kandang yang kecil dan sempit...Di sinilah keadaannya di mana kucing yang sihat menjadi sakit, yang gemuk menjadi kurus dan yang hidup akhirnya mati...Sekiranya mereka semua tidak dituntut dalam masa 7 hari maka mereka semua akan 'ditidurkan' di bawah Akta KacauGanggu Pihak Berkuasa Tempatan 1971...Tetapi, masih ramai yang fokus kepada si penangkap kucing berbanding dengan si pembuang atau penyerah kucing ni...Sesungguhnya mereka tidak mengetahui...
Beginilah wajah si comel yang menunggu hukuman mati |
PH telah melihat sekalian banyak kucing yang ditangkap pihak berkuasa mati sakit akibat jangkitan virus berbahaya...Kucing yang sihat dicampur dengan kucing yang berpenyakit...PH juga tidak boleh salahkan pihak berkuasa kerana jumlahnya terlalu banyak...Habis tu, siapa pula PH nak salahkan...???Bermacam-macam rupa kucing mati telah PH saksikan sendiri, cuma malas PH nak war-warkan kepada umum...Bukan apa, PH tidak mahu ada pihak tersinggung pula dan nanti ada pula pihak yang menganggap PH ni cuba meraih simpati...Owh Come On...!!!
Namun, sampai bila harus PH pendamkan perkara ini...??? Lagi satu, semakin PH cuba 'educate' masyarakat melalui penulisan di blog mahupun Facebook, semakin banyak pula kucing rumah telah diserahkan kepada pihak berkuasa walhal mereka hanya tangkap kucing beberapa ekor sahaja...Selama 2 tahun PH mengeluarkan kucing-kucing dari kandang pihak berkuasa tanpa gagal, tidak nampak sedikit pun penurunan angka kucing serahan malah semakin bertambah...Sepatutnya ostad-ostad jadian ni pergi lihat sendiri kesengsaraan kucing dan bayi kucing di dalam pusat kurungan haiwan...Ini adalah lebih baik dari memberikan hujah yang tiada asas dan etahapehape...Pihak berkuasa juga sudah pening hal ini tiada jalan penyelesaian...Kandang kucing pula semakin hari semakin penuh...Ada tak sesiapa yang pernah memikirkan soal ini selain dari PH sendiri...???
Lagi satu hal pula banyak kucing-kucing pihak berkuasa yang berjaya PH keluarkan telah di'snip'kan telinga mereka sebagai tanda mereka telah dimandulkan...Biasanya kucing sebegini adalah kucing jalanan di mana mereka ditangkap dan dimandulkan oleh sesetengah pihak dan kemudian dilepaskan semula ke habitat asalnya iaitu di jalanan supaya mereka tidak boleh membiak lagi...Namun seperkara yang perlu diingat bagi PH perkara ini tidak menyelesaikan masalah...Berpuluh kucing yang di'snip'kan telinganya telah ditangkap akibat diadu kepada pihak berkuasa ( oleh orang awam ) dan kemudian menanti hukuman mati di hujung jarum suntikan...Dah lah kena mandulkan, lepas tu dilepaskan semula kemudian kena tangkap secara paksa lagi, di masukkan ke dalam raga ayam, stress dan kemudian disuntik mati...PH tak kata mandulkan kucing jalanan ini tidak baik, cuma bagi PH ianya masih tidak menyelesaikan masalah...Hari ini kita mandulkan 50 ekor kucing jalanan, kemudian esok harinya ada orang buang seekor kucing jantan dan seekor kucing betina yang belum dimandulkan...Itu baru seorang, kalau dalam seminggu 3-4 orang buang kucing macam mana tu...?? Nampak seperti mencurah air ke daun keladi sahaja...Masa, tenaga dan wang terbuang begitu sahaja...Kemudian akhirnya mereka mungkin mati dilanggar kereta ataupun dijangkiti wabak penyakit berbahaya walaupun telah divaksin....Itu yang banyak published kat Facebook kucing berulat bagai...Kalau betul-betul nak menyelesaikan masalah ini, panjang ceritanya....Ia memerlukan tekanan bersepadu dari pihak bawahan sehinggalah ke peringkat akar umbi...Nampak macam mustahil, namun PH percaya walaupun setiap orang tidak mungkin boleh melakukan kesemuanya tetapi setiap orang masih boleh melakukan sesuatu...
Beginilah sikap manusia masa kini...Konon prihatin dengan kucing tetapi akhirnya diri sendiri sakit kepala apabila kucing beranak pinak...Dilepaskan sewenang-wenangnya di tepian jalanan dan mengharapkan ada orang akan ambil mereka...PH dah muak dengan perangai orang-orang sebegini...Dan PH paling muak apabila membaca komen-komen dari ostad-ostad jadian ni...Sesungguhnya mereka semua hanya hebat berbicara di alam maya...PH berani jamin mereka semua boleh menangis dengan hanya menjaga 5 ekor kucing-kucing yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa...Ia tidak sama dengan menjaga kucing-kucing yang dikutip secara terus dari jalanan...Tidak ada orang yang akan memilih jalan derita melainkan orang tersebut benar-benar istiqamah dan ikhlas di dalam setiap perbuatan yang dilakukan ( kerana Allah SWT )...
Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan fatwa JAKIM mengenai pengkasian haiwan...Bagi PH, dalam hal ini serahkan sahaja pada yang pakar...Apabila ahli ulama telah membuat kesimpulan, maka kita yang ilmu tidak seberapa ni ikutlah mereka sebagai rujukan...Apa yang PH cuba sampaikan di dalam entri ini adalah di antara permaslahah ummah seperti yang mungkin dimaksudkan oleh JAKIM...
Dari segi sains, memandulkan kucing boleh memanjangkan usia mereka yakni mereka bertambah sihat dan ada banyak lagi kesan-kesan positif...Kalau nak tahu lebih lanjut, rajin-rajinlah berjumpa dengan doktor veterinar...Jangan asyik Google ajer...Ustaz-ustaz kata kalau kita berguru dengan buku sama seperti kita berguru dengan Syaitan...
PH cukup bahagia apabila terlihat gambar di bawah ini...Betapa tingginya nilai keehsanan di dalam diri individu ni...Kucing tu entah siapa yang punya agaknya...Lebih baik tak payah pikir sebab nanti menyakitkan hati...Sebabnya PH khuatir orang-orang seperti individu di bawah ini menjadi 'tong sampah' dari orang yang suka bela kucing lepas tu buang ( bela bermusim )...Orang yang baik selalunya menjadi mangsa orang yang tidak baik...
Nota PH :
Isu kembiri ni nampak macam tiada pengakhiran...Soal ostad-ostad jadian ni, pesan PH jangan sewenang-wenangnya menyampaikan info jika tidak tahu hujung pangkalnya...Kepada rakan-rakan pencinta haiwan pula, kalau terbaca komen-komen dari ostad jadian janganlah menegur sampai ke tahap menghina...Mak ayah tak suka, Rasulullah marah dan Allah pun benci...kan..??
Kepada kalian yang dah sedar betapa pentingnya kembirikan kucing kesayangan, teruskanlah niat tersebut tanpa ragu-ragu...Allah tahu isi hati kita...Kucing boleh menghilangkan stress dan kemarahan kita...Kucing ialah haiwan kesayangan Rasulullah SAW...Mereka juga boleh menjadi saham kita di akhirat kelak...Namun jika bilangannya tidak terkawal ianya boleh memudaratkan kita dari segi kebersihan, kesihatan dan ekonomi...Silap haribulan ia juga boleh jadi tiket kita ke neraka akibat cuai menjaga kebajikan mereka ( Nauzubillah )...
Lakukanlah takat yang termampu dan bersederhana, itulah yang lebih baik...Banyak lagi perkara penting di dalam hidup yang kita perlu kejar sebelum kita mati...
Bukankah kita semua ada 'life', yer dop....??
Orang yang tak buat apa2 memang suka berkata2 jer.. biarkan. ostad2 camtu kebanyakkan lebih rela kucing2 jalanan di bunuh dari di kembiri. Mereka mendesak orang buat tapi mereka hanya melihat sambil menunjuk tu tak boleh ni tak boleh ikut hukum sendiri. Ostad2 camtu takkan pernah pupus sampai bila2 jadi anggaplah mereka macam angin lalu.. datang menyapa kemudian berlalu. Kalau amik pot memang menyakitkan hati... tanya2 ostad2 tu berapa ekor kucing kat rumah dia bela??
ReplyDelete