Kisah Anjing Comel Malang Yang Berjaya Diselamatkan Dari Dilanggar Kenderaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman
Pada 24 September yang lepas, seperti biasa PH memandu pulang dari tempat kerja melalui Pekan Semenyih...PH pulang ke rumah dulu untuk mengambil MH dan si kembar sebelum keluar semula untuk makan malam di restoran kegemaran kami...Sedang melalui satu selekoh di kedai Hardware Ann Giap, PH ternampak ada seekor anak anjing sedang berlari-lari tak keruan di seberang jalan tetapi berlawanan arus dengan arah pemanduan PH...PH mula tidak sedap hati risau takut anak anjing ini dilanggar kenderaan yang lalu lalang...PH mula masuk ke simpang berdekatan lalu membuat pusingan U untuk mengejar anjing tadi...Selepas membuat pusingan U, PH terus memecut ke arah anjing tersebut tetapi malangnya anjing itu telah melintas jalan dan kemudian berpatah balik menongkah arus semula arah pemanduan PH yang mula-mula tadi...Seingat PH ada tiga kereta hampir sahaja melanggar anjing ini...MH dah menjerit-jerit bila tengok ada sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu laju betul-betul tidak sampai satu kaki dari anjing tersebut...
PH terpaksa membuat pusingan U sekali lagi di simpang empat lampu isyarat dan terus memecut untuk mengejar anjing tadi...Tetapi, anjing tadi telah menyeberangi semula ke jalan seberang dan berlari menongkah arus semula....
"Ni tak boleh jadi ni...Maya tolong jaga kereta jap abang nak kejar anjing tu..."
PH tiba-tiba mula naik geram pulak...PH terus berlari pantas mengejar anjing tersebut sebaik sahaja pintu kereta dibuka...Keadaan menjadi semakin kaget apabila anjing itu mula berlari di tengah-tengah jalan betul-betul di hadapan kedai Hardware Ann Giap...Dari jauh PH melambai-lambaikan tangan dan meminta pemandu kereta berhenti tetapi tidak diendahkan kerana jarak kereta tersebut dengan PH sudah terlalu dekat...PH memberanikan diri untuk berdiri di tengah jalan sambil melambai-lambaikan kedua-dua belah tangan...Kereta tersebut mula berhenti sambil membunyikan hon sebagai tanda protes dan marah dengan tindakan PH yang mungkin mengganggu perjalanannya...PH pedulikan tu semua dan berlari semula ke arah anjing itu yang berada lebih kurang dua meter di hadapan PH dan satu meter dari bumper kereta yang berhenti tadi...
Sebaik sahaja PH mara ke depan, anjing tersebut melarikan diri semula meluru ke jalan sebelah arah yang bertentangan...Masa tu pulak ada sebuah kereta Honda Civic sedang dipandu laju kerana baru melepasi lampu isyarat hijau...Sekali lagi PH terpaksa berdiri di tengah jalan dan mengangkat tangan menyuruh pemandu tersebut berhenti...Sambil melambai tangan tu sambil PH berlari secara mengundur...Akan tetapi, amaran PH tidak dipedulikan dan PH terpaksa mengelak kereta tersebut dan berdiri di tengah-tengah garisan putih...PH melihat anjing itu sudah sayup jauh berlari meninggalkan lokasi di mana PH berdiri tadi...Keadaan menjadi semakin genting apabila anjing tersebut mula melintas di jambatan besi berdekatan dengan Restoran Sate Jamil...PH terus berlari selaju-lajunya mengejar anjing tersebut di tengah-tengah garisan putih...Dari jauh PH terdengar MH menjerit meminta PH supaya berhati-hati...Malam yang gelap menyukarkan pemandu untuk melihat PH yang berbaju dan berseluar hitam...
PH berlari pecut tidak mempedulikan orang awam yang memerhati dari tepi jalan...Nasib PH agak baik kerana anjing tersebut mula memperlahankan lariannya mungkin kerana sudah penat...Tetapi apabila PH dah mula berjaya mendekatinya dia berlari dengan laju semula...Dalam hati PH terdetik :
"Ni kalau bukan anjing ni yang mati kena langgar, silap2 aku pulak yang kena langgar...Aku kena cepat nih..."
Kat situ memang banyak sangat kenderaan berat lalu lalang...Akhirnya PH terpaksa membuat keputusan drastik iaitu PH terpaksa membentes kaki belakangnya ketika mengejarnya dari arah belakang...Anjing itu tergolek di bahagian awal jambatan besi tadi dan PH terus menerkamnya lalu menggenggam tengkuknya...PH terjatuh berguling bersama-sama dengan anjing tadi menuju ke jalan sebelah yang berbukit...Antara sedar dan tidak, PH terdengar bunyi brek kecemasan yang kedengaran betul-betul di hadapan kepala PH yang ketika itu dah terlentang di tengah jalan akibat hilang keseimbangan...Bila PH bangkit, ternampak tulisan besar nombor plat kereta di depan mata PH...Kereta tersebut sempat memberhentikan kereta secara mengejut...PH tahu PH telah nyaris dilanggar kereta tersebut...Orang ramai mula berkerumun keluar dari restoran untuk melihat apa yang berlaku...Masa tu anjing tersebut telah selamat berada dalam dakapan PH dengan bunyi salakan yang sangat kuat akibat ketakutan...PH merangkak ke tepi jalan sambil mendakap anjing tersebut yang sedang menggigil...PH dimarahi dengan bunyi hon kereta tadi...PH buat tak tahu je lah...
PH mengalami kecederaan kecil sahaja iaitu luka dan bengkak di bahagian kedua-dua belah lutut dan siku selain dari sengal-sengal bahagian belakang...Kemudian PH berjalan kaki sambil mendukung anak anjing itu menuju semula ke kereta yang terletak 200 meter dari tempat PH tergolek tadi...Anak anjing ini PH letakkan di dalam bonet kereta belakang yang dialas dengan kertas surat khabar dan plastik...
Sesungguhnya Allah itu Maha Penolong...Pada malam itu juga PH berjaya mendapat bantuan dari seorang rakan untuk menempatkan anjing ini buat sementara waktu di rumahnya memandangkan rumah beliau adalah rumah kampung yang ada sedikit tanah dan bangsal ayam...PH terus memandu ke rumah kawan PH tu....
Masa di dalam perjalanan pulang dari rumah kawan PH tu pula, ada seekor ular sawa sepanjang hampir dua meter melintang di tengah-tengah jalan...PH mendekatkan kereta perlahan-lahan ke arah ular sawa tersebut bertujuan untuk menakut-nakutkannya tetapi ular tersebut tidak berganjak langsung...PH pula tak sampai hati nak langgar...Dia bukan ada salah apa pun kat PH...Jadi PH ambil keputusan untuk menangkapnya...PH capai payung dan mulakan kerja untuk menangkapnya...PH tak sedar aktiviti PH ini dirakam oleh MH...
Nasib baiklah PH ada sediakan tong kosong di dalam bonet kereta...Tong tersebut PH gunakan untuk mengangkut air setiap hari ke Cat Village...PH serkup ular tu dengan baju jaket PH dan kemudian memasukkannya ke dalam tong tersebut...PH tutup tong tersebut dengan mengikat plastik sampah dan meletakkannya ke dalam bonet kereta...PH tak bercadang untuk melepaskan ke kawasan itu juga kerana banyak penempatan orang kampung di situ takut nanti ular tersebut mungkin menjadi ancaman penduduk setempat...Akhirnya PH lepaskan ular itu di sebuah kawasan belukar jauh dari kawasan kampung rumah kawan PH tu...PH lepaskan dengan baju jaket PH sekali...
Pada malam keesokan harinya PH telah berjaya membawa anjing ini ke Cat Village...Terus PH beri makan ayam golek yang dikongsi dengan Abam Jojo Kepsi and the gang...Lahap juga dia makan...Pada siang keesokan harinya pula, PH nampak anjing ini main kejar-kejar dengan Si Bobop...Habis mulut dia basah terkena air tanah sebab gesel-gesel kat lopak air...PH gembira melihat dia gembira...PH dapati kedua-dua belah mata anjing ini ada katarak nipis...Kemungkinan besar anjing ini rabun...PH tidak pasti samada anjing ini terlepas atau dibuang oleh pemiliknya...Yang penting, anjing ini telah selamat...MH namakannya Si Richie...Jantinanya jantan...Sehingga entri ini ditaip, Si Richie elok tinggal di Cat Village...Saiz dia sama besar jer dengan budak-budak DBKL tu...Dia nampak gembira di sana...Kalau tak silap, anjing ini berbaka Pekingese...betulkan kalau PH tersilap yer...
Nota PH :
Dalam hati PH, terdetik pula kat hati :
'Banyak betul perkara terjadi semalam...Datang secara mengejut pulak tu...'
PH sangat setuju dengan kata pujangga di bawah ni...
In Shaa Allah ada masa nanti PH update lagi...Terima kasih kerana sudi membaca...
Salam papa hero. Cat village ni kat mane ye? Bole bagi full address? Kalau nak adopt ape prosedurnye?
ReplyDeletesebak dan sedih bila membacanya
ReplyDelete