Episod Derita Si Shania..PH dipertemukan dengannya adakah kerana kebetulan atau aturan dari Allah SWT...??

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Semua....

Dah lama betul PH tak update blog...Rasanya dah sebulan lebih...Tapi Alhamdulillah dalam kesuntukan masa sempat juga PH update blog untuk entri kali ini...

Untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, PH nak ceritakan tentang kisah ketidaktentuan yang sering berlaku dalam hidup kita seharian...Banyak perkara yang tidak dijangka sering berlaku di depan mata...Cuma ianya bergantung kepada bekalan di hati kita bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut ataupun hanya membiarkannya sahaja tanpa ada apa-apa penyelesaian...

Pada 18 November yang lepas, PH pergi berjumpa dengan doktor gigi...Ada appointment jam 2.30 petang...Gigi geraham PH ada kaviti...Masa mula-mula PH baring kat kerusi pesakit gigi tu, terasa hilang 'gangster' kejap...Hahahaha....Dengar jer bunyi mesin gerudi gigi tu kecut perut PH...Masa doktor tengah drill gigi PH, terkejung-kejung PH dibuatnya...Last-last PH tak tahan ngilu terus mintak doktor bius gigi...

Lepas enjek, doktor tepuk-tepuk pipi lepas tu tanya "Kebas tak...???"

PH menggeleng kepala sebab tak kebas lagi...Tak boleh nak bercakap sebab dalam mulut ada tiub penyedut air liur tu...Masa tu air liur penuh kat dalam mulut...Kang kalau PH bercakap satgi tersembur air liur kena muka doktor tu pulak caner...??? Tak pasal-pasal kena maki kang...

Dalam dua minit juga doktor tu tunggu lepas tu tanya PH lagi..

"Gusi dengan lidah tu ada rasa kebas tak...??"

PH cakap kebas sikit jer...Apalagi, doktor pun teruskan kerja dia menggerudi gigi PH...Rupa-rupanya ubat bius tu belum berkesan lagi..PH terkejung-kejung lagi sebab ngilu...Doktor pun terus ajer gerudi...Hmmm...Tahan aje lerrr....

Dalam 10 minit gitu, kerja-kerja menampal dah pun siap...Tapi masa tu baru terasa gusi tu kebas...MH cakap "Ape la abang ni...!!! Gigi dah siap baru rasa kebas...Hahahahaha...."

Apa nak buat dah nasib...Urat gigi PH ni kental sangat agaknya....



Lepas selesai semua, PH, MH dan si kembar pun beredar dari situ dan terus memandu di Kampung Baru Cina, Semenyih...PH lalu di sebuah kawasan pasar...Tapi tiba-tiba mata PH tertumpu ke satu susuk tubuh yang besar terbaring di tepian jalan...Ramai orang dan banyak kereta lalu lalang di kawasan iu tetapi tiada seorang pun yang mengendahkan susuk tubuh itu...Ia adalah seekor anjing yang sedang menggelupur terbaring di atas jalan tar dalam keadaan cuaca yang panas terik...PH berhenti dan memerhatikan gerak geri anjing tersebut...PH nampak anjing ini terkapai-kapai nak banun tapi tak boleh...Kejap baring, kejap bangun...Nampak gayanya, anjing ini seperti di dalam kesusahan...Terus PH memberhentikan kereta di tepi jalan...Lantas PH buka but kereta dan mengambil beg plastik...Kebiasaannya PH akan menggunakan sarung tangan tetapi terlupa pula sarung tangan pakai buang tu dah habis terlupa nak beli...Ini gambar yang PH rakam dari dalam kereta....



Kemudian PH pergi ke arah anjing tersebut untuk melihat keadaannya dengan lebih dekat...Sebaik sahaja PH berada di hadapannya, terus anjing tu baring tak bermaya...Dari mata sayunya jelas kelihatan dia sedang meraih simpati...Anjing ini busuk dan banyak kutu...Dari jauh pun boleh nampak kutu dia sedang 'menari-nari'...Perkataan pertama yang keluar dari mulut PH ialah "AllahuAkbar...!!!"

Ini video detik permulaan PH menemui anjing ini...Atau klik sini ( LINK )



Anjing ini benar-benar memerlukan bantuan...



Seperti biasa, langkah pertama PH ialah memastikan sejauh mana agresifnya dia...Dengan rasa gusi yang masih kebas akibat kena bius tadi, PH datang dari arah belakang dan mengusap-usap belakang kepalanya secara perlahan-lahan...Anjing takkan boleh gigit kalau kita datang dari arah belakang...Lagi satu, kalau anjing tidak menoleh kalau kita datang dari arah belakang, itu petanda responnya baik...Dan berhati-hatilah kalau dia juga menoleh ke arah kita yang datang dari belakang...Itu petanda dia sedang bersiap sedia ke atas sebarang kemungkinan...Tapi respon dia kat PH adalah baik...Perlahan-lahan PH cakap kepada anjing tersebut....

"Good Boy...!!! Good Boy...!!! Ayah datang nak tolong awak....Meh ayah tengok kat mana yang sakit...Good Boy...!!! Good Boy...."

Berulang-ulang kali PH ulangi ayat tersebut....Tak kira dalam apa kes pun, PH mesti guna ayat yang sama...Videonya boleh ditonton di bawah ni...Kalau tak boleh tengok, klik sini ( LINK )...




Masa PH sedang memujuk anjing ni, barulah orang ramai berkerumun...PH pun tak fahamlah...Lepas tu ada pulak seorang tua mendekati PH dan bertanya :

"Encik, hati-hati nanti ini anjing gigit you...."

"Ini anjing sakit, dia takkan gigit punya...."

Ketika itu PH takde alat yang boleh mengusung anjing ni...Nak dukung tak boleh sebab badan dia panjang dan berat sangat walaupun kurus kering...Lagipun masa tu PH tak pasti tahap mana kecederaan yang dialaminya...PH takut dia patah tulang...Tak boleh angkat suka-suka sebab nanti dikhuatiri akan memudaratkan lagi kecederaannya...PH tidak berputus asa...PH selongkar kat dalam kawasan pasar tu dan akhirnya PH menjumpai sebuah kotak yang sederhana besar...PH gunakan kotak itu sebagai pengusung...Gelagat PH hanya diperhati sahaja oleh orang awam tanpa seorang pun yang tampil menghulurkan bantuan...Tetapi setelah melihat PH terkial-kial seorang diri menarik anjing tersebut ke atas kotak, barulah datang dua orang lelaki membantu PH...

"You tolong saya angkat anjing ni masuk ke dalam kereta..."

Tanpa banyak soal, kedua orang lelaki tersebut bertungkus lumus mengangkat anjing ini masuk ke dalam kereta PH...Masa tu MH dah siap alaskan but kereta dengan plastik sampah....

Foto dari Instagram PH @haireypapahero

Selepas pemeriksaan awal di klinik haiwan, anjing ini didapati kurang nutrien dalam tubuh dan dehidrasi...Tulangnya ok tetapi sarafnya belum dapat dipastikan lagi kerana ia perlu di X-Ray...PH belum ada kemampuan lagi untuk melakukan X-Ray, jadi PH gunakan apa yang ada dulu bagi menyelamatkan nyawa anjing ini...PH tempatkan dia di Cat Village, sama tempat dengan Abam Jojo and the gang...PH namakannya Si Shania....

Foto dari Instagram PH @haireypapahero
Untuk permulaan, PH bagi dia makan wetfood dulu...Wetfood tu Abam Jojo punya, nasib baik dia tak perasan,...Kalau tak mau merajuk dia kat PH...huhuhu...Kalian lihatlah sendiri video ni dan tengok cara dia makan...Kalau tak boleh tengok kat sini, boleh tengok kat sini ( LINK )



Dan PH tahu benda yang pertama sekali yang dia perlukan ialah AYAM.....PH rebus lepas tu bagi dia makan...Masya Allah tak sangka rupa-rupanya selera makan dia macam gajah...Kesian masa PH tengok dia makan tu...Entah dah berapa hari dia tak makan agaknya...


Inilah wajah Si Shania lepas makan ayam rebus...Terbungkang kekenyangan siap kentut lagi...Perut dia masuk angin la tu...PH perlu menaikkan berat badannya semula...Setiap hari PH akan mengurut kakinya dengan minyak urut dan mengetuk-ketuk tulang belakangnya dengan batang berus plastik...Boleh baca status PH di FB di sini ( LINK )


Nota PH :

 18 November itu sememangnya hari yang penuh dengan ketidaktentuan...Hari itu adalah harijadi anak kembar PH...Namun mereka tak kisah pun PH terpaksa membatalkan hasrat untuk membawa mereka bersiar-siar ke KLCC...Si kembar siap kata "Takperlah kita pergi hari Sabtu pun boleh pergi kan Ayah...??? Kesian anjing tu yah..."

PH pandang muka MH sambil tersenyum bangga...Si kembar sudah tahu bahagian mana yang patut didulukan, iaitu nyawa walaupun nyawa seekor anjing...


Terfikir pula PH pada hari PH menjumpai Shania tu...Kenapa mesti tarikh 18 November PH ada appointment dengan doktor gigi...?? Apa yang akan berlaku terhadap Shania sekiranya PH tidak berjumpa dengan doktor gigi tu...??? Adakah ini aturan Allah SWT ataupun hanya kebetulan...???

Mungkin Allah SWT ingin menguji PH dengan menghantar Shania...Apa-apa pun, PH hanya buat apa yang perlu dibuat sahaja...Balasan pahala atau sebaliknya biarlah Allah SWT sahaja yang menilai...PH upload kisah Shania di laman sosial hanya sekadar testimoni bagi memupuk semangat cintakan haiwan dan membangkitkan rasa tanggungjawab di dalam perihal menjaga kebajikan haiwan terbiar...Inilah medium yang terbaik kerana media massa tidak mempedulikan kisah-kisah haiwan teraniaya ni...Ini adalah FAKTA pahit yang harus kita terima...

Anjing memang najis berat, tetapi ia juga adalah makhluk ciptaan Allah...Mereka semua adalah ujian buat kita bagi mengukur setakat mana keehsanan kita sebagai seorang khalifah...

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima...

Well, Time is up and I need to go home now...I have a lot of work to do for family and the voiceless creature at Cat Village until midnight...Please pray for the ease of trouble for me... 

and #pray4shania

Comments

Entri Popular