Beginikah Kesudahan Nasib Anak Kucing Yang Digilis Kenderaan?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah hari ni dapat juga PH update sikit blog ni memandangkan di masa-masa yang sudah jadual PH sangat padat hampir setiap hari...Siangnya sibuk dengan site project, pada waktu malamnya pula dengan kerja-kerja di CV tengok-tengok budak bulus...
Untuk dijadikan cerita dalam entri kali ini, PH nak share satu kisah tentang satu bangkai anak kucing yang dijumpai oleh MH sebaik sahaja keluar dari kereta...Masa tu PH baru sahaja park kereta kat depan Bank Islam Semenyih...MH ternampak bangkai anak kucing tu sejurus sahaja keluar dari kereta...
PH sedih sangat-sangat melihat rupa pengakhiran si comel yang tidak berdosa ni...Masih jelas kelihatan rupa wajahnya yang mana ia sudah cukup untuk membayangkan kesakitan yang dialami...PH membuat kesimpulan bahawa anak kucing ini mungkin masuk ke bawah enjin kereta ataupun sedang berteduh di bawah tayar lalu digilis oleh kereta tanpa disedari oleh pemandu kereta tersebut...Kemudian mayatnya yang telah lumat itu dijumpai oleh orang awam yang terlihat bangkainya dan meletakkannya di tepi pembahagi jalan...Hmmmm...
Bagi PH la kan ( secara peribadi ), rasanya tak salah kalau diangkat bangkai kucing tersebut ke dalam plastik sementara ia masih belum membusuk lalu kebumikannya di tempat lain..Atau kalau tak nak kebumikannya, setidak2nya ikatlah kemas-kemas bungkusan plastik itu dan masukkannya ke dalam tong sampah kat atas pembahagi jalan tu...Nanti bila dah membusuk dikhuatiri akan timbul masalah ketidakselesaan orang awam atau sebagainya...Masa PH angkat bangkai kucing yang dah mereput ni, baunya usah dikata...Tapi takperlah, demi menjaga hak mereka PH buat juga...Esok lusa kalau PH mati belum tahu macamana kan...?? huhuhuhu
Ini video yang MH rakam tanpa PH sedari...Lepas PH ikat plastik tu kemas-kemas dan ketat-ketat, PH masukkannya ke dalam but kereta...Kemudian kami pun sekeluarga meneruskan agenda untuk makan meehoon sup kat pasar malam Taman Pelangi Semenyih kat Tesco tu...Bila menjelang malam, PH masuk ke dalam kereta Alhamdulillah tiada bau busuk langsung dari bangkai kucing tu...
Update anak kucing malang dilenyek kereta semalam...Anak kucing ni mungkin masuk ke bawah enjin kereta ataupun tidur...
Posted by Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB on Sunday, June 7, 2015
Alhamdulillah malam tu juga PH kebumikan mayat si comel ni...Masih jelas kelihatan raut wajahnya yang sangat comel tu...
Lepas selesai tugas PH keluar pergi The Store Semenyih untuk membeli makanan buat Abam Jojo Kepsi and the gang kat The Store Semenyih...Belum pun sempat PH nak masuk pintu entrance tu, tetiber dengar pulak dah bunyi anak kucing mengiau-ngiau ketakutan...Puas PH tertonggeng-tonggeng mencari-cari kat bawah kereta dari mana pulak datangnya suara comel tu...Hmmm...Patutla tak nampak, kaler itam rupanya....Adehhhh....
Baru jer habis satu hal kucing, ada lagi datang satu lagi hal...Kesian punya pasal PH pun angkut bawak balik ke CV...Terpaksalah berpatah balik kereta untuk letak si comel ni..Kesian masa PH jumpa dia tu...Badan kurus lepas tu menggigil...Entah berapa hari dia tak makan agaknya...Cuba kalau kita tak makan dua tiga hari...Tak berlaga-laga ke lutut tu...??
Lepas tu PH pun terus jumpa Abam Jojo bagi dia makan, dog walking dan buat apa yang patut kat si gendut tu...Si hitam ni PH tinggalkan dulu di dalam kereta...
Selepas selesai memberikan hak Abam Jojo, PH pun letak si hitam ni ke CV bagi dia makan...Kesian...Dia makan dalam ketakutan...Menggigil badannya sambil mulutnya berbunyi-bunyi tanda lapar...
Hari dah menjelang larut malam, tapi masih ada tugas lagi belum diselesaikan...Tapi PH tak kisah asalkan si comel ni dapat makan...Hati rasa puas...PH tidak mampu menjadi seorang perwira kepada manusia kerana PH tiada kepakaran di dalam bidang itu...Namun PH cuba sedaya upaya untuk menjadi pelindung kepada mereka dengan memberikan hak mereka yang sepatutnya...Dan nilai inilah yang PH cuba terapkan kepada masyarakat secara amnya agar sama-sama berbakti kepada makhluk lain juga mengikut kemampuan masing-masing...
Lihat sendiri bagaimana laparnya dia...Kesian...PH bagi dia nama Si Atam...
Update anak kucing The Store Semenyih yang dijumpai malam semalam...Ingat lg tak pasal si comel legam ni yg PH jumpa dia sedang kelaparan semalam...???Beginilah keadaannya bila diberi makan kat CV....Menggigil lapar...huhuhu...Nota PH : PH bagi nama dia Si Atam...Blog : http://kakimotong.blogspot.comInstagram : @haireypapahero
Posted by Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB on Monday, June 8, 2015
Nota PH :
PH bukanlah nak paksa sesiapa pun kalau jumpa mana-mana kucing mati tu pergi ambik tanam..Takde paksaan pun...Terpulanglah kepada kemampuan masing-masing...Namun PH yakin setiap apa yang kita lakukan tu pasti akan ada natijahnya samada baik atau buruk, semuanya bergantung kepada nawaitu / niat kita...Jangan kita buat perkara baik hanya semata-mata untuk mendapatkan pahala sahaja...Kalau boleh buat ajer jangan cakap apa-apa..Soal ganjaran dosa pahala tu Allah punya kerja usah kita masuk campur...Soalnya sekarang ialah sejauh mana keehsanan kita apabila diuji oleh Allah SWT...
Apabila kita mampu membuat kebaikan tetapi kita sengaja buat-buat tak mampu, ada balasan yang bakal kita dapat nanti...Esok lusa kita mati pun tak tau macamana rupa, kan...??? Entah ada orang nak mandikan mayat kita entahkan tidak siapa tahu...??
Hanya mereka yang mempunyai keehsanan terhadap haiwan sahaja yang akan faham mesej yang PH cuba sampaikan dalam entri ni...
Tepuk dada, tanya encik meow -------.>> Kau ni berak dah cebok ke belom...???
Wassalam....
gak tahan saya lihat anak kucing yang diligilis kendaranaan nni gan....
ReplyDelete