Ibu dan anak anjing berjaya diselamatkan dari dimakan

Alhamdulillah...Dah lama betul PH berehat dari blog...Banyak update cerita ceriti di FB Kakimotong Fan Club jer....Sebenarnya blog Kakimotong ni tak boleh bukak sebab ada orang merepot entahape2....Mungkin sebab dengki kot...Entah la, bukannya ada gambar tak senonoh pun kat dalam ni...Fitnah pun takde...hmm bese ler manusia ni...Ade ler tu yang tak puas hati....

Untuk dijadikan kisah pada entri kali ini, PH ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai kisah ibu dan anak anjing yang terselamat dari dimakan oleh segelintir manusia durjana, juga merupakan pendatang asing...Samada mereka mempunyai permit atau tidak, itu tidak dapat dipastikan..


Kisah bermula apabila PH menerima satu mesej dari seorang sahabat PH di Sabah yang juga merupakan seorang aktivis haiwan tegar iaitu Prince Khaleed....NGO yang dianggotainya sering menerima aduan dari penduduk setempat terdapat kes-kes memakan anjing yang semakin berleluasa...Dikatakan individu yang melakukannya terdiri dari suku kaum dari Timor Indonesia...Kejadian berlaku di sebuah daerah di Sabah...



Ibu dan anak anjing yang berada di kawasan penempatan mereka telah berjaya diselamatkan oleh NGO HEART ~ HElping Animal Rescue Team pada 25 Ogos 2015....


Inilah wajah individu yang dikatakan aktif menangkap dan memakan anjing....



Gambar di bawah menunjukkan para penyelamat telah berjaya memindahkan anjing-anjing ini ke pusat perlindungan...


Nota PH : 

Inilah akibatnya apabila penguatkuasaan undang2 menjadi lemah...PH tak tahulah agensi mana yang patut menjalankan penguatkuasaan undang2 haiwan kat Sabah ni...Semua nak harap ehsan rakyat dan NGO sedangkan perbuatan ini adalah kekejaman yang nyata....Bila dapat aduan sebegini semua nak mengelak....Kalau nak ambik kes pun banyak pulak songeh....Tak malu betul....

Mengenai kemasukan jutaan warga asing ke Malaysia, PH sebenarnya berasa sangat bimbang....Apa yang PH nak kata ni takde kena mengena pun dengan isu politik semasa...Sebagai rakyat, PH berhak bersuara demi keamanan dan keharmonian sejagat....Bila lambakan pendatang terlalu ramai, ianya banyak mengundang perkara2 negatif....Perangai 'peghak' di kampung mereka akan bersemi di tanahair yang suci ini....Di antara kelaku 'peghak' mereka ialah budaya memakan anjing dengan kucing....

Budaya memakan haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan peliharaan kesayangan adalah sangat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia lebih2 lagi agama Islam adalah agama rasmi negara ini...Ianys jelas mendatangkan kegelisahan dan kemarahan melampau rakyat....Budaya memakan haiwan kesayangan Nabi ini ( kucing ) juga adalah sesuatu yang jelas HARAM hukumnya kerana ianya memang tidak halal untuk dimakan...Sekiranya ia berleluasa di sesebuah negara Islam dan tiada tindakan drastik diambil, maka tanggunglah dosanya nanti oleh para pemimpin dan rakyat juga tidak terkecuali menerima natijah buruknya...Namun apa yang PH lihat, pemimpin2 di Malaysia memandang sepi perkara mungkar ini....Hanya rakyat sahaja yang bertindak mengikut kemampuan yang sangat terbatas....Perbuatan memakan anjing dan kucing mungkin sinonim dengan gaya hidup mereka, tetapi ianya sangat tidak sesuai untuk dituai di sini...

Comments

  1. tengok muka pun sorang2 berpuaka. spesis dari pendalaman macam ni memang makan pelik2. Dulu kat tempat sy kerja kt kedah memang sampai kena warning dgn bos pekerja asing mymar yang suka makan kucing. Bos saya pulak jenis pencinta haiwan jugak. Tu kilang dia penuh kucing & anjing.. handle dorang ni depan kita je dorang buat macam takut tp belakang still dorang buat

    ReplyDelete
  2. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    branding agency in malaysia
    web design company selangor

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular