Setelah Tiga Tahun PH Menyepi Dari Menulis Blog
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua...
Alhamdulillah syukur masih bernafas sehingga ke hari ini......Lama sungguh tak update blog...Last PH update ialah pada 9 November 2015...Sayangnya, cerita pemergian Hero pun tak sempat PH nak update kat blog Kakimotong ni...Sayang seribu kali sayang...Terima kasih kepada Saudara Rahman Azhar yg bertungkus lumus membaiki semula blog ini yg telah dihinggap Malware...
Namun dalam tempoh 3 tahun blog ini tidak berusik, terlalu banyak kisah yang telah berlaku...Ada yang sedih, ada yang pedih, dan ada yang gembira...Yang sedihnya terlalu banyak untuk dicerita namun tidaklah sampai PH nak mengadu domba di FB kesemuanya...PH cuba telan sebaik yang mungkin untuk meneruskan hidup...Nanti PH akan muatkan segala2nya di dalam buku yang sedang PH usahakan untuk dikongsi kepada kalian semua bahawa menjaga dan memelihara kucing dan menjaga anjing2 jalanan sesungguhnya penuh dengan air mata...
Selain dari itu, ajal Hero akibat Leukemia ( Feline Leukemia Virus ) telah tiba selepas sebulan arwah ibu PH meninggal dunia di usia 58 tahun...Sesungguhnya pandangan PH pada ketika itu terasa gelap, sunyi dan dada tidak berhenti sebak...Terasa seperti dunia ini tidak adil...Bila dipandang dinding terasa seperti boleh kelihatan apa objek yang ada di belakangnya...Pandangan mata menjadi padu kerana tidak percaya akan apa yang sedang berlaku...
Mujurlah masih ada insan tersayang yang galak memberi sokongan...Memujuk hati agar berhenti menangis...Bila dilihat semula keadaan sekeliling, masih ramai lagi yang memerlukan PH...Kucing-kucing jalanan masih banyak lagi yang perlu dirawat dan diberi makan...Anak-anak masih bersekolah...Masa itu PH sedar bahawa hidup perlu diteruskan...
Haters juga mengambil peluang ini untuk meneruskan agenda busuk mereka...Bermacam-macam tohmahan telah dilemparkan kepada PH dengan menggunakan Hero sebagai subjek...Kesempatan ini diambil semahu2nya bagi menjatuhkan momentum dan moral PH...Juga untuk meraih follower yang sebulu dengan mereka...
PH lantakkan ajer mereka di situ...Pemergian Hero telah membuatkan PH mengenal erti sebenar setiakawan...Juga mengajar PH supaya berhati2 di dalam memilih kawan kerana dalam sekelip mata mereka akan menjadi lawan...Beberapa kali ditikam belakang oleh sahabat2 yang dipercayai, namun PH tahan semahu2nya...Kalau diikutkan hati mahu sahaja PH tembak mereka2 semua supaya mati sahaja...Tetapi, apakah itu akan berjaya menyelesaikan masalah...??
Namun Allah tu adalah sebaik2 perancang...Selang sebulan selepas Hero pergi, PH dijemput oleh NLKO TV9 buat kali kedua...Kali ini kisahnya mengenai berkongsi pengalaman selama menjaga Hero sampai dia pergi...Pada mulanya, slot PH akan ke udara di awal rancangan iaitu selama 10 minit, tetapi dilewatkan sehingga ke slot yang terakhir kerana trafik penonton semakin meningkat ke angka di luar jangkaan...Slot terakhir PH ke udara menganjak sehingga 35 minit...Ketika itu, follower Page FB Kakimotong telah meningkat sehingga berpuluh2 ribu orang tanpa PH sangka...Maka ini sekaligus menenggelamkan segala andaian2 negatif kepada PH dan Hero yang dicanang2kan...PH juga memperoleh kawan2 dari berbilang bangsa dan agama...
Tekanan di tempat kerja juga semakin hebat...Sebagai orang penting dan memegang jawatan penting dalam construction site, PH tidak berhenti2 memerah otak memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah teknikal kontraktor, meeting dan M&E Coordination...Namun pada masa yang sama, PH telah cuba sedaya upaya supaya tidak culas dalam menjaga kebajikan kucing2 jalanan yg ditempatkan di sebuah shelter yg PH jaga...Alhamdulillah di sepanjang tempoh itu PH memperoleh kesihatan yang baik..Itu yang paling penting...Siang bekerja, malam jaga shelter atau lebih dikenali sebagai Cat Village ( CV )...
Sudah beberapa tahun PH tidak cukup tidur, hanya 3 hingga 4 jam sehari....Siang kerja di site, sementara malam pula membuat kerja2 pembersihan shelter dan rawatan terhadap kucing2 jalanan yang sakit...Syukurlah MH memahami dan sanggup berkongsi kepayahan tatkala menjaga kerenah2 anak2 bulus ni...Ketika itu ada lebih kurang 60 - 100 ekor kucing2 yang telah berjaya diselamatkan dari dilupuskan oleh pihak berkuasa dan kemudian ditempatkan di shelter yang PH sewa tanahnya yang terletak jauh di dalam hutan...Kedapatan juga 6 ekor anjing...4 darinya sihat dan 2 ekor sakit...Yang sakit ialah Shania dan Richie manakala yang sihat ialah Jojo, Abob, Anet dan Boboy...Kesemuanya adalah anjing jalanan yang PH selamatkan...Yang sihat bertindak sebagai penjaga di CV....
Shania dijumpai di sebuah pasar basah di sebuah penempatan kampung cina di Pekan Semenyih...Keadaannya sangat teruk...Lumpuh sepenuhnya, berkurap teruk dan lapar teruk...Menjaga Shania adalah detik2 yang sangat sukar dilupakan...Kerana Shania juga PH hampir cuba dihalau oleh orang2 kampung kerana selalu berurusan dengan anjing dipandang hina serta bernajis...Namun PH berkeras hati dan hampir sahaja bergaduh fizikal dengan mereka...Semenjak kejadian itu mereka tidak lagi mengganggu PH namun PH diberi amaran supaya tidak bersikap kurang ajar....Ermmmm....
PH teruskan sahaja usaha menyelamatkan Shania...Banyak wang habis untuknya ( wang poket sendiri ) sehingga kadang2 PH nak makan pun tak cukup duit...hahahaha....Hampir dua bulan menjaga Shania, akhirnya PH terpaksa akur...Shania mati juga akhirnya...Dan PH tanam jasadnya di kawasan berdekatan...Keadaan jasadnya sudah tidak berkurap dan kulitnya tidak berkerak lagi kerana hari2 PH berus badan dia dengan medical soap...
Setiap malam selepas balik dari kerja, selesaikan dulu hal makan minum anak2 dan kemudian bergegas meredah hutan dan semak samun untuk membuat tugas2 yang sepatutnya...Kerja2 membersihkan kawasan shelter, memasak ayam dan nasi dan kadang2 terpaksa memesin rumput di waktu malam...Biasanya kerja2 di hutan bermula dari jam seawal 12 malam dan berlangsung sehingga jam 4 atau 5.30 pagi...Tanah yang berbukit2 diratakan...Sejumlah wang dikeluarkan untuk membeli simen untuk render beberapa bahagian tanah dan jubin lantai supaya tidak becak apabila hujan...Hari2 memikul genset untuk membekalkan power supply lampu untuk membuat kerja2 malam di tengah2 hutan...Kemudian tidur sekejap dan jam 7.30 pagi bergerak ke tempat kerja semula dari Semenyih ke Bukit Jelutong Shah Alam...Begitulah kehidupan PH selama bertahun2...
Kalau setakat terjumpa ular tedung hitam dan ular sawa memang dah selalu sangat...Selain itu ada juga terjumpa haiwan2 dan serangga lain seperti babi, landak, babun, kera, burung hantu, lipan bara, lintah dan tidak kurang juga kemunculan jin dan makhluk halus....Jin datang berupa manusia tua yang muncul di tengah2 hutan berpakaian hitam...Dia meminta lighter dari PH, membakar rokok dan kemudian berlalu pergi lepas tu hilang dari pandangan...Syaitan berupa wanita tua menumpang di belakang seat kereta...PH perasan menerusi cermin pandang belakang ( rear mirror )...Namun itu semua berlaku semasa PH mula2 meredah kawasan itu...Lama kelamaan PH sudah biasa dan syukur gangguan sudah berkurangan...MH dan anak2 juga kadangkala ikut PH sampai ke subuh sebab ada kerja2 yang memerlukan dua orang...Anak2 tidur di dalam kereta...
Kerja2 merebus ayam dilakukan sementara merawat haiwan2 yang sakit dan mengemas...Kucing2 Sporo dikuarantin di rumah, tidak di CV...Kucing2 yang mati ditanam...Ini memang tidak dapat dielakkan kerana majoriti kucing yang diselamatkan dari pusat kurungan haiwan pihak berkuasa telah dijangkiti deadly virus...Nisbahnya dalam 10 ekor kucing maka 3 ekor sahaja yang akan hidup dalam masa dua minggu selepas dikeluarkan...Virus berjangkit melalui kaki mereka yg memijak sangkar berkuman, makanan dan najis...Namun sekurang2nya mereka telah memperoleh kebebasan untuk hidup...Kereta sarat dengan sangkar2 yang memuatkan kucing2 yang dikeluarkan...Apabila PH upload kisah2 mereka, rata2 netizen memuji2 melambung akan usaha PH...Namun pada masa yang sama, begitu ramai orang hantar mesej kepada PH untuk menyerahkan kucing2 yang dah tak larat nak dijaga...
Sudah acapkali PH cuba terapkan kepada masyarakat melalui penulisan blog dan page iaitu betapa pentingnya kembirikan haiwan2 peliharaan...Lihatlah apa yang PH siarkan semua ini....Kucing2 ini semuanya bertuan dan kemudian dibuang apabila tuannya tidak mampu jaga lantas mendatangkan kacauganggu kepada masyarakat...Mereka haiwan, tidak berakal lalu dibuang najis merata2 terutama di kawasan pasar dan restoran seterusnya menggalakkan penyebaran kuman dan wabak penyakit...Apabila aduan dibuat kepada pihak berkuasa, maka mereka semua ini akan ditangkap dan akan dibunuh apabila tiada tuntutan dibuat ke atasnya...Pelupusan haiwan2 jalanan ini sudah termaktub dalam akta PBT...Mengapa terlalu salahkan mereka sedangkan diri sendiri yang punya angkara...??? Begitulah lebih kurangnya bentuk penulisan yang sering PH luahkan...Tidak kurang juga yang mengecam PH apabila timbulkan isu kembirikan kucing...Namun ostad2 dan ostajah ini tewas apabila PH longgokkan gambar2 kucing jalanan ini kepada mereka...Ada di antara mereka yang meminta maaf kerana tidak mengetahui betapa pentingnya kembirikan kucing dan anjing...
Terlalu banyak kisah kalau PH nak ceritakan di sini...Alhamdulillah kesemua rintangan dapat dihadapi dengan penuh sabar...PH sekarang sudah bersara dari dunia pekerjaan dan sudah tidak terikat dengan majikan...Kebebasan masa sudah diperolehi dan ini sedikit sebanyak dapat menambahbaik masa kehidupan PH seharian...CV juga kini sudah berpindah ke tempat baru yang lebih teratur...Segala kesulitan di tempat baru ini agak mudah diselesaikan kerana sudah terbiasa dengan kesusahan lampau yang lebih dahsyat...Hampir setiap hari PH akan mencari wang dengan menjadi pemuzik jalanan bagi menampung keperluan mereka...Namun sehingga kini masih ada individu yang ingin menghantar kucing2 mereka kepada PH kerana tidak larat nak jaga....Jika tidak diambil, maka diugutnya akan dibuang mereka ke pasar...
Lihatlah...!!! Majoriti kucing2 jalanan yang kita lihat hari ini adalah datangnya dari orang yang 'sayangkan' kucing juga...Ini semua adalah orang2 yang FAKE....!!! Tetapi mereka jugalah orang hebat di FB apabila mengecam manusia lain yang dikaitkan dengan kekejaman haiwan...Maka orang2 FAKE ini sememangnya ramai di sekeliling kita....Orang nak jadi rescuer, dia pun nak jadi rescuer....Ini adalah sesuatu budaya yang sangat tidak sihat...Nak jadi rescuer kena dari hati, bukan untuk meraih pujian semata2...Kena sanggup berkorban apa jua keadaan dan ketika hanya untuk makhluk yang tidak berakal....Kalau dalam benak masih ada perkataan "Kucing jer kot....Biar je laaa gitu...Esok2 ade la orang tolong tu nanti...." tolonglah berhenti mengaku diri itu rescuer...
Setidak2nya, ambil dan selamatkan dulu kucing2 yang memerlukan bantuan...Kalau banyak fikir memang takkan jadi kerja...Ramai rakan2 rescuer genuine di FB yang sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan kaum...Biasanya benda2 macam ni sering berlaku di kala kita tak bersedia...Itulah cabaran kita...
Yang menjadi khabar gembiranya, PH kini telah memperolehi rezeki yang tidak disangka2 oleh Allah SWT iaitu tambahan dua orang lagi cahaya mata lelaki iaitu Adam Iskandar dan Adam Mukhriz...Follower2 lama PH sudah pun maklum dan kenal dengan kakak kembar iaitu Nur Adliana Yazrin ( Along ) dan Nur Adriana Yazmin ( Angah )...PH juga telah bersara awal dari dunia pekerjaan...PH kini sedang mengusahakan sebuah kedai kecil yang menyediakan khidmat servis dan membaiki instrumen muzik terutamanya gitar dan bass...Nama kedai tersebut ialah Papa Hero Corner Guitar atau sinonim dengan nama ringkas PHC Guitars ( LINK )...
PH juga telah menjadi pemuzik jalanan ( buskers ) sepenuh masa untuk mencari dana bagi menampung keperluan kucing2 jalanan yg diselamatkan...
Selain dari itu, PH telah menerima beberapa undangan di beberapa buah universiti di beberapa negeri bagi memberi ceramah dan taklimat tentang kesedaran dan keehsanan terhadap kucing2 jalanan....Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput PH...Maaflah PH dah lupa nama2 penganjur tersebut...
Hidup PH kini hanya bertumpu pada tumbesaran anak2, perusahaan kedai gitar dan mencari keredhaan Ilahi sehingga ke penghujung usia....Barulah terasa hidup ini terasa sangat singkat sebenarnya...Rugilah kalau kita sentiasa hidup dalam keadaan amarah, bersyak wasangka dan prejudis terhadap kaum dan mereka yang tidak seagama dengan kita...
Semenjak PHC Guitars wujud, PH telah menerima kawan2 baru yang sehobi dengan PH...Pelanggan2 yang datang ke kedai PH pun terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa...
Di sekitar Semenyih ni, PH selalu dipanggil untuk membuat persembahan muzik terutamanya di karnival2 oleh peniaga tempatan...
Pada malam harinya bermulalah misi untuk membaiki gitar2 pelanggan...Sebelum memulakannya PH akan pergi setelkan hal2 CV dulu...Jika PH tak busking siang, PH repair gitar...
Ringkasan entri, percayalah bahawa apabila kita dilanda kesusahan, ditikam belakang oleh kawan dan sebagainya, ada hikmah di sebaliknya...Yang penting kita cekal dan jangan sakitkan hati orang lain...Buat jer apa benda sekalipun asalkan ianya betul...
Hidup jangan dengki pada rezeki orang lain kerana Allah dah tetapkan rezeki untuk kita semua...
Di satu sudut yang lain pula, akaun FB PH iaitu Mohd Hairey bin Yahya pun telah dinyahaktifkan ( disabled )...Jadi akaun baru FB PH sekarang ialah Mohd Hairey bin Yahya II...Sayang betul banyak gambar dan cerita hilang...Baiklah PH berhenti setakat ini sahaja dahulu...Kepada sahabat2 sang penggitar yang ramai add PH di FB, rajin2la tegur...Ini senyap ajer macam tak best lah....Jangan ambik hati...PH cakap ajer...Semoga berjumpa lagi di lain entri yaaa....

Kekadang terpaksa berhenti busking sekejap sebab ternampak anak kucing...
Hidup PH kini hanya bertumpu pada tumbesaran anak2, perusahaan kedai gitar dan mencari keredhaan Ilahi sehingga ke penghujung usia....Barulah terasa hidup ini terasa sangat singkat sebenarnya...Rugilah kalau kita sentiasa hidup dalam keadaan amarah, bersyak wasangka dan prejudis terhadap kaum dan mereka yang tidak seagama dengan kita...
Semenjak PHC Guitars wujud, PH telah menerima kawan2 baru yang sehobi dengan PH...Pelanggan2 yang datang ke kedai PH pun terdiri dari pelbagai peringkat umur dan bangsa...
Di sekitar Semenyih ni, PH selalu dipanggil untuk membuat persembahan muzik terutamanya di karnival2 oleh peniaga tempatan...
Pada malam harinya bermulalah misi untuk membaiki gitar2 pelanggan...Sebelum memulakannya PH akan pergi setelkan hal2 CV dulu...Jika PH tak busking siang, PH repair gitar...
Hidup jangan dengki pada rezeki orang lain kerana Allah dah tetapkan rezeki untuk kita semua...
Di satu sudut yang lain pula, akaun FB PH iaitu Mohd Hairey bin Yahya pun telah dinyahaktifkan ( disabled )...Jadi akaun baru FB PH sekarang ialah Mohd Hairey bin Yahya II...Sayang betul banyak gambar dan cerita hilang...Baiklah PH berhenti setakat ini sahaja dahulu...Kepada sahabat2 sang penggitar yang ramai add PH di FB, rajin2la tegur...Ini senyap ajer macam tak best lah....Jangan ambik hati...PH cakap ajer...Semoga berjumpa lagi di lain entri yaaa....
Saya tak mampu buat seperti anda! Teruskan usaha murni anda. Anda terbaik! Saya doakan semoga dipermudahkan urusan anda sekeluarga..
ReplyDeleteAll the best for you PH...
ReplyDeleteSemoga rahmat Allah tercurah kepada PH sekeluarga.
ReplyDeleteSalut saya sama om, semoga rezeki om lancar,panjang umur dan sehat selalu yaa. Agar selalu bisa membantu kucing dan anjing jalanan yang membutuhkan pertolongan om.
ReplyDeleteSalam singgah dan follow :)
ReplyDeleteSedihbbetul sampai menangis tengok Hero dah x de
ReplyDelete#RipHero
Salam dr Kalimantan-Indonesia
Situs Judi QQ Online Terpercaya DuetQQ merupakan agen judi online menjanjikan permainan paling fairplay dan partner Terpercaya PKV games. Info : http://www.jswz8.com/?617018
ReplyDeleteSitus Poker Online Terpopuler
ReplyDeleteBandarQQ
Situs Poker Online Terpopuler
ReplyDeleteSitus Poker Online
BandarQ Online
ReplyDeleteJudi Online
Poker Online
ReplyDeleteDewa Poker
pada kesempatan kali ini kami akan memberikan anda rekomendasi salah satu situs judi poker online terbaik.
ReplyDeletesitus poker online
poker online
https://dropmyads.com/author/duetqqsite/
ketika anda bermain dalam link http://188.114.230.41 anda harus bermain dalam permainan bandar99 dimana anda bisa menjadi yang terbaik dan luar biasa ketika bermain.
ReplyDelete