Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai...

Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai anda kerana SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya kenapa, dia memberitahu karana, "AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU" awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempersona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai "bidadari" bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih menarik dan cantik daripada anda diluar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan, anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.

Lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya "buaya" yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia hanya menyempitkan penilaiaannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung (Buktinya artis atau model).

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah yang menilai wanita secara tersendiri.

Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lainnya tidak cantik. Kopi itu pahit jika berdiri sendiri., tapi kopi akan menjadi enak kalau digandingkan dengan gula dan susu.

Comments

  1. insaf insaaafffff :D

    http://nomborsebelas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. memang jadi ikhtibar dan renungan nieh.. sib baik tak cantik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular