Mereka Yang Ku Sayangi.... :)

Assalamualaikum semua...Pada malam pertama Ramadhan yang mubarak ini PH ambil kesempatan untuk update juga blog yang agak lama ditinggalkan...Akhir-akhir ini, PH banyak fokus pada kerja dan bisnes yang PH sedang usahakan..Alhamdulillah, setakat ini kesemuanya berjalan dengan lancar...Cerita anak2 bulus PH macam biasa..tapi ada banyak juga kisah-kisah baru yang PH nak kongsikan dengan anda semua..Ada kisah sedih, dan ada kisah gembira...
Si Rambo,Raka dan Blacky sedang membesar dengan bahagia...Semenjak pemergian Pak Tam yang tak pulang-pulang ( baru2 ni PH ternampak dia lepak kat rumah jiran cina selang 4 rumah ), Blacky lah yang menjadi penjaga budak-budak ni selain Hero...

Kasih sayang memang sudah sebati dengan setiap haiwan..Tak kira peringkat umur, mereka tetap berkawan...Setiap kali PH timang Si Rambo, PH teringat kat Arwah Si Comel ( KLIK SINI )...


Si Baby yang PH bawa pulang ke rumah tak lama dulu rupa-rupanya sedang mengandung...Tapi, malangnya bayi yang dikandungnya keluar awal sebelum waktunya...Dua ekor bayi kucing yang dilahirkan adalah pramatang....Sekarang ni, yang menghabiskan susu Si Baby ialah Si Rambo...Gigi pun tak tumbuh habis lagi..Memang nampak gayanya dia amat rindukan susu ibu kandungnya..Nasib baik i Baby ni tak kisah...


Masa PH baru sampai ke rumah selepas berjumpa dengan klien, lantai rumah dipenuhi titisan darah...Kucing yang pertama MH & PH cari ialah Iyo...Memang pucat muka masing-masing...Alhamdulillah, Iyo sedang tidur terbungkang kat dapur..nampak tak de apa2 pun dia tu...gendut jer tengok dia...Tapi, apa yang berlaku memang diluar jangkaan PH..


Si Baby telah melahirkan anak pramatang....


Nasib baik tak terpijak..nampak warnanya seiras dengan karpet buluh tu...


Nampak macam kering, tapi bila PH pegang ada darah yang masih belum kering...Matanya tertutup rapat dan tiada bulu langsung...Terus terang PH beritahu kat sini yang PH memang tiada pengalaman sebegini..Tapi, ketika itu kedua-dua bayi ini macam dah nyawa-nyawa ikan...Agak mustahil untuk PH selamatkan...PH pasrah jer...


Ketika PH alihkan ke bakul khas, anak-anak kecil ini bergerak seminit sekali...tak bermaya langsung.. Si Baby pula macam tak tahu nak buat apa dengan anak-anaknya...seperti yang dijangka, selang setengah jam selepas itu, kedua-dua anak kecil ini tak bergerak...Nyawanya tak panjang...PH dah tanam dah pun...


Beginilah keadaan anak-anak kecil ini masa PH baru terjumpa mereka...Kesian betul...


Si Hero pun rapat dengan dengan Baby...Hero semakin sihat tapi beratnya dah agak susut sikit..MH kawal pemakanannya takut-takut bertambah gendut..


Iyo takut lalat...kalau nampak lalat terus dia loncat-loncat....


Loncat atas sofa konon-konon lalat tu tak boleh nampak dia...adehhh...Iyo ni, selalu buat papa gelak...


Tentang kesihatan Si Baby, alhamdulillah dia tak apa-apa...risau juga PH dibuatnya...


Sekali-sekala, PH akan lepaskan Iyo kat car porch rumah..


PH rasa puas sangat2 dapat bantu budak-budak ni...tak tahulah kenapa...rasa kesal sangat-sangat kalau terdengar berita-berita orang membunuh atau menyeksa mereka...



 P/S :
Yang herannya, dengan Si Blacky yang macho tu pun mereka nak menetek...adehhh...

Comments

  1. bahagia nya hidup diorg kat rumah PH & MH...:)

    ReplyDelete
  2. klo kucing lhirkan pramatang...
    sedia kotak n kain utk ibu n ank cz drg kesejukan..
    putri dah byk kli jd bidan kucing (p/s:kcg kat umah je heheh) ^^

    ReplyDelete
  3. AvenleVninuColumbia Sherry Adkins link
    laikingpharbung

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular