Hero, Seekor Kucing Legenda Kekejaman Yang Masih Hidup

Dah lama PH tak update cerita pasal kucing sendiri....Rutin harian PH sejak akhir-akhir ini semakin ketat...Banyak inspection, daily report dan drawing yang perlu PH siapkan...Selain dari itu, PH juga ada membuat kerja-kerja freelance untuk menambahkan pendapatan....Yang terbaru ni ialah projek membuat rumah kucing yang bernilai RM25k milik seorang rakan Facebook PH ( KLIK SINI )....Dalam pada itu, tanggungjawab kepada seisi rumah tangga juga tidak dilupakan...Kerja tu kerja juga, tapi tanggungjawab kepada keluarga tetap menjadi keutamaan....




Kadangkala, untuk mendapatkan sesuatu yang kita nak, kita terpaksa korbankan sesuatu...Sebab itulah blog Kakimotong ini terpaksa PH tangguhkan untuk update cerita-cerita terbaru...Masa yang diperuntukkan 24 jam sehari PH telah gunakan sebaiknya untuk meningkatkan taraf hidup....Zaman sekarang ni memang zaman yang mencabar...Kita akan ketinggalan jauh kalau duduk diam termenung tanpa berbuat apa-apa...Sesungguhnya, rugilah kepada mereka yang membazirkan masa...

Alhamdulillah, sehingga saat ini PH masih mampu tersenyum melihat keletah-kelatah kucing PH...Bermacam-macam perangai yang ada....Saat yang selalu membuat PH tersenyum ialah ketika memberi mereka makan....Terima kasih juga kepada MH kerana selalu membantu di dalam menguruskan hal-hal seharian....Bukan senang nak jadi surirumah...Kerja tak berhenti sampai ke malam tu....hehehehe


Malam semalam ( 24 Februari 2012 ) rumah PH dikunjungi oleh lima sahabat dari UNISEL...Mereka ialah Saudari Aiza, Saudari Sue, Saudari Andek, saudara Asri dan Saudara Yahya....Mereka datang ke rumah PH adalah untuk menyiapkan tugasan yang di beri oleh pensyarah dan tenaga pengajar mereka....


Kelihatan di dalam gambar ialah Saudari Andek sedang membuat Photoshoot untuk Hero dan juga kucing-kucing PH yang lain...Tema tugasan yang mereka nak buat ialah menyemai semangat cintakan haiwan...Syabas kepada kamu semua kerana berani mengutarakan topik ini...Sesungguhnya kalian semua juga secara tidak langsung telah memartabatkan lagi pencinta haiwan....


Iyo...!!! Iyo...!!!...Kedengaran beberapa kali namanya dipanggil, Iyo terus berdiri...malam semalam moodnya memang baik sangat....Hero telah memberi kerjasama yang amat baik....hehehehehe


Sepanjang di rumah PH, kami semua sama-sama berkongsi cerita mengenai haiwan khususnya kucing....


Hero senyum jer pada malam tu...hehehehe


Selepas jam 11 malam, pelajar-pelajar UNISEL tadi pun pulang dan serentak dengan itu, rumah PH dikunjungi pula oleh Kak Zetty ( Facebook Petzilla CatStore ) dan suaminya Saudara Rozaimi....Mereka datang dari Pulau Pinang....


Akhirnya, tercapai juga impian Kak Zetty iaitu memeluk Si Hector...Pastu muntut Hector kena babab...hehehehehe...


Terima kasih juga PH nak ucapkan kepada Kak Zetty di atas segala sumbangan dan pemberian....Semoga Allah jualah yang membalas jasa baik Kak Zetty....


Tong Blackwood memang menjadi igauan anak-anak angkat PH walaupun dah ianya dah kosong ( tapi yang dalam gambar ni berisi yer )....Kucing memang macam tu. dia tahu time bila kita nak bagi dia makan....Baru jer niat nak bagi makan, masing-masing dah siap-siap beratur depan tong...


Comel jer kalau tengok mereka bergurau dan bermain-main....

Sumber gambar dari rakan Kakimotong Fan Club

Alhamdulillah, dari saat mula-mula PH wujudkan blog dan page Kakimotong di internet, banyak perubahan yang telah PH nampak...Ramai yang telah mula sedar akan betapa pengnya memiliki sifat sayangkan haiwan....Banyak mesej dan emel yang PH terima mengatakan bahawa mereka telah mula mengutip kucing, memberi kucing dan anjing yang terbiar makan dan sebagainya....Ini menunjukkan bahawa aras penunjuk kesedaran telah pun meningkat....Ramai di antara mereka berkongsi kisah bagaimana mereka membantu haiwan-haiwan jalanan ini di page Kakimotong Fan Club...


Berikut adalah di antara petikan cerita dan tips dari rakan Facebook Kakimotong Fan Club :

‎..sebuah kisah ringkas kucingku yg bermata satu ;)

Ummu Solehah Muhammad's Photos

‎1&2 —Petek da baby
4&5 —Petek selepas kena gigit kerengga (T_T) Mula² matanya bengkak dan bernanah. Akhirnya bola mata Petek terkeluar dan membusuk. Dia kritikal masa ni. Dengan sangat terpaksa saya cabut bola mata Petek. Sedih sangat tapi saya rasa tulah cara untuk mengurangkan infaction kuman pada mata Petek. Seminggu lepas tu, luka mata Petek mula mengering.
6 —Petek asyik tak sehat. Mata, hidung, mulut asik beringus. Akhirnya sepupu dan adik saya beri minum ubat selsema pada Petek
7 —Kini, PETEK HEROOOOOIN! Pendekar mata satu yang lincah! Alhamdulillah ^_^

banyak2 tempat kat sini jugak dia nak tido...
Peringatan sebelum memulakan perjalanan check dulu bawah keta takut2 le ada kucing

Dan yang paling terbaru, misi menyelamatkan kucing dan anjing telah berlangsung dengan janyanya di Pusat Kurungan Haiwan DBKL baru-baru ini...Operasi bersepadu ini diterajui oleh Pusat Jagaan Kucing ( Omiey Home ) yang diketuai oleh Saudari Melissa dan Malaysian Independence Animal Rescue ( M.I.A.R ) yang diketuai oleh Puan Puspa Rani....Operasi ini juga turut disertai oleh beberapa NGO dan beberapa orang sukarelawan termasuk beberapa rakan dari Kakimotong Fan Club....Pada hari Isnin ( 27 Februari 2012 ) PH pula akan menyertai misi seterusnya di tempat yang sama....

"Klik Sini" untuk gambar lanjut

Nota PH :


Peristiwa hitam yang berlaku kepada Hero 7 tahun lalu telah banyak membuka mata banyak pihak...Bagi PH, Hero adalah pencetus fenomena ini...Hero adalah di antara legenda kekejaman yang masih hidup ( living legend )...Sama ada anda ingin menafikannya atau tidak, itu terpulang kepada diri sendiri...Tetapi sebelum PH berjumpa dengan Hero, PH belum pernah ternampak lagi kes-kes kekejaman terhadap haiwan disiarkan di media elektronik apatah lagi akta pindaan undang-undang haiwan dibentangkan di Parlimen....Kini, semuanya telah tersiar dan dibentangkan...PH mendapat maklumat dari sumber mengatakan kisah Hero telah disebut-sebut di Parlimen pada tahun lepas ketika pindaan akta haiwan dipinda...Sama ada benar atau tidak, PH kurang pasti....Mungkin PH yang terlepas untuk menontonnya di kaca televisyen atau membacanya di akhbar-akhbar...
Justeru itu, PH ingin menggunakan sisa-sisa masa yang tinggal bersama-sama dengan Hero sebaik mungkin sebelum salah seorang dari kami berpisah buat selama-lamanya....Blog inilah yang bakal menjadi kenangan kepada anda semua sekiranya salah seorang dari kami pergi ke alam barzakh....
PH dah hampir sampai ke matlamat yang dituju, iaitu memartabatkan pencinta haiwan agar dipandang tinggi oleh sekalian manusia yang tidak pernah bersyukur dijadikan sebagai seorang manusia....Akal ada, tapi tidak digunakan sebaik-baiknya....
Dan satu lagi, PH adalah orang yang bertuah kerana dipertemukan dengan Hero...

Enhanced by Zemanta

Comments

Entri Popular