Kisah Si Gojes, Seekor Anak Anjing Yang Hampir Dipukul Dengan Kayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca yang budiman...Alhamdulillah, banyak tugas hakiki telah berjaya PH selesaikan dengan penuh cabaran..Lantaran itu jugalah, blog Kakimotong ini tergendala dalam seminggu lebih juga...Maaflah sekiranya ada para pembaca yang tertunggu-tunggu cerita terbaru dari PH...Sebenarnya, banyak benda yang PH nak ceritakan tidak dapat PH nak siarkan di sini di atas sebab kecemburuan masa yang tidak pernah sudah....Namun begitu, banyak juga PH telah ceritakan serba sedikit tentang perkembangan terbaru mengenai kes-kes haiwan jalanan di Facebook Kakimotong Fan Club...

Okaylah, PH ringkaskan serba sedikit tentang apa yang telah berlaku baru-baru ini...Di rumah PH kini hanya tinggal 3 ekor kucing jalanan yang masih PH cari tuan yang penyayang untuk pelihara mereka...Kucing tersebut ialah :

1 ) Si Nemo ( jantan ) - PH jumpa di koridor deretan rumah kedai...Bila PH panggil dia datang dan terus menghulurkan 'salaman' kepada PH sambil berdiri...Warnanya seiras Abam Iyo...

2 ) Si Naina ( betina ) - PH jumpa dia di Restoran Jamek Maju di Semenyih kerana dia berlindung di kaki PH setelah digomol oleh seekor kucing jantan yang sangat besar...Muka dan telinganya penuh dengan kurap...

3 ) Si Oren ( betina ) - MH terjumpanya di Restoran jamek Maju di Semenyih setelah dipjak oleh seorang kanak-kanak..Ibubapa kanak-kanak tersebut hanya berdiam diri membiarkan anaknya memijak Si Oren...

Untuk makluman, kesemua lima ekor kucing di Pangsapuri Putra Harmoni Presint 9, Putrajaya yang PH 'foster' tempohari telah pun berjaya menemui tuan yang baru ( KLIK SINI )

Untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, PH nak ceritakan sedikit tentang seekor anak anjing yang diberi nama Si Gojes...Kisahnya sangatlah meruntun hati PH kerana kekejaman yang hampir berlaku terhadapnya telah berlaku di hadapan mata PH sendiri...Si Gojes hampir dipukul oleh seorang individu hanya kerana dia menghidu ikan yang dibeli oleh individu tersebut...Di tengah-tengah panas terik, PH tahu yang Si Gojes ni sedang mencari sesuap makanan untuk mengalas perutnya...Dari keadaan fizikalnya yang berkurap teruk, nampak gayanya dia telah kehilangan ibu yang tersayang...Oleh kerana seorang bertudung dan seorang berkopiah, nak tegur salah, tak tegur pun salah...PH hanya mampu melakukannya dengan berbentuk tindakan iaitu segera mengambil Si Gojes dan meletakkannya di dalam kereta untuk perlindungan sementara...Badannya menggigil yang teramat sangat akibat kebuluran dan dahaga...


Sebelum PH sempat masukkan ke dalam kereta, ada seorang lelaki menegur PH...Begini bunyinya :

"Dik..!!! Tolong letak anjing tu jauh sikit dik..."..Kalian boleh dengar suaranya di minit 0.08 dalam video di bawah :


Di dalam dunia ini seolah-olah tiada tempat untuknya lagi, dalam Facebook juga sama...yakni seolah-olah tiada tempat untuknya juga...
( PH rujuk kepada komen-komen di Facebook yang 'nakal' tentang anjing dan hukum Islam )...Masa inilah ramai orang yang tampil menjadi ustaz dan ustazah untuk 'sekolahkan' PH...Kesian bila PH fikirkan..PH bukan kesian melihat anjing ni, tetapi kesian melihat manusia yang jarang menggunakan mata hatinya...Hati sebenarnya mempunyai mata...Jika buta mata hatinya, maka butalah segala-galanya walaupun dia seorang yang celik pandangan...


Balik jer ke rumah, PH terus letakkannya di dalam sangkar yang sederhana besar, sesuai dengan keadaan tubuh badannya yang lebih kecil dari kucing-kucing PH...Usahlah kalian semua risau tentang bagaimana PH uruskan kebersihan...Inilah masanya untuk PH praktikkan semula apa yang PH belajar di sekolah dulu ( PAFA )...Ilmu yang disimpan akan bersawang kalau tak digunakan sebaik-baiknya..Ia juga melatih kita untuk meningkatkan keyakinan diri...Kini, PH lebih memahami apa ertikata sebenar slogan 
'Islam Itu Mudah'....


Dari kiri Si Nemo, Si Oren dan Si Naina..Masing-masing pelik tengok 'kucing' yang baru sampai ni...Tergelak PH tengok keletah depa ni....


Si Gojes meminum air yang disediakan semahu-mahunya...Kalau nak tengok video bagaimana dia minum, sila KLIK SINI...


Beberapa hari selepas dikuarantin, PH membawa Si Gojes ni untuk mendapatkan rawatan lanjut dari Dr Cham...Beliau sememangnya arif di dalam perihal anjing...


Muka Si Gojes ni tak boleh 'blah' langsung ketika ini...Tergelak PH dibuatnya...Ekornya tak habis-habis bergoyang...


Si Gojes telah diberi ubat nyahcacing...PH tengok Dr Cham ni macam senang jer nak bagi anjing makan ubat...Dulu masa kes Si Jojo Kepsi pun sama...


Masa bab enjek ni yang buat PH tergelak....Lepas diberi 'jep' hama, habis riuh satu klinik tu dengan jeritannya...Tapi kejap jer pun...Dalam seminit lebih jer...Si Gojes telah divaksinkan sekali...


Nota PH :

Beginilah nasib seekor anjing yang dilihat seolah-olah tiada tempat untuk mereka di atas muka bumi ini....Di dunia orang tak terima, di internet pun dicaci hina...PH juga terkena tempiasnya...Semenjak cerita Si Jojo dan Si Gojes tersiar, PH menerima banyak mesej di Facebook dan emel yang sering bertanyakan soal agama yang PH peluk dan berpegang teguh sekarang...Hmmm...Begitulah manusia...Allah pernah berfirman di dalam sepotong ayat Al-Quran tapi PH tak ingat dalam surah apa..Tetapi maksud yang disampaikan adalah tiada paksaan di dalam kita melakukan sesuatu urusan ( sama ada baik atau buruk ) dan Allah menyeru sekalian hambaNya agar melihat sesuatu itu bukan dengan yang tersurat sahaja, tetapi lihatlah sesuatu itu dengan tersirat sekali....Dalam kes anjing sebegini, ramai orang hanya melihat apa yang mereka lihat dengan mata kasar sahaja....Akan tetapi perlu diingat bahawa anjing-anjing yang diciptakanNya adalah bernyawa....Sebelum manusia wujud di Bumi, mereka terlebih dahulu tinggal di bumi...PH bukanlah seorang yang arif di dalam bab perihal agama, tetapi PH lakukannya di atas dasar belas ehsan sesama makhluk...


Kita semua tinggal di bawah langit dan bulan yang sama...Sebagai seorang khalifah, kita tidak boleh lari dari menunaikan tanggungjawab...Mungkin pilihan yang mudah ialah meninggalkan haiwan jalanan yang teraniaya tersebut dan berpura-pura tidak nampak....Tetapi, fikirlah bagaimana perasaan kita sekiranya kita berada di tempat mereka...Barangkali, itulah di antara maksud tersirat yang Allah SWT sering ingatkan kepada kita...

PH minta sesiapa yang boleh bantu PH untuk mencarikan pemelihara yang sesuai untuk Si Gojes ni, sila hubungi PH yer...

Buatlah sesuatu kebaikan yang kita tak pernah buat, Insyaallah kita akan mendapat restu dan rezeki yang kita tak pernah dapat...Yang penting, lakukanlah kerana Allah SWT...

SEKIAN

Comments

  1. PH n MH, mmg hati kamu berdua mulia. Tahniah atas keberanian kamu berdua. Balasan y setimpal cuma Allah y blh beri. Terus usaha mulia kamu ya.

    ReplyDelete
  2. Tiada kekangan untuk membantu sesama makhluk yg dalam kesusahan..PH & Mh abaikan jer ckp2 org2 yang perasan diri lebih "MULIA" dari anjing yang PH bantu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular