Antara Dua Darjat

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Alhamdulillah...Walaupun pelbagai dugaan yang telah kita tempuh di sepanjang hidup ini, kita masih lagi 'steady' dan mantap...Yalah, segalanya bermula dengan apa yang kita alami terlebih dahulu ( yakni pengalaman ) barulah kita akan mengetahui betapa tingginya langit tujuh petala...Sejauh mana ukuran petala itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...

Apa sahaja yang kita inginkan di dalam hidup, semuanya bermula dengan impian...Tanpa impian, kita semua tidak akan dapat mengecapi kemanisan di dalam hidup....Tanpa impian, dunia akan menjadi sunyi...namun segala impian perlulah berlunaskan perkara yang direstui oleh Ilahi dan insani...Sekiranya kita mengimpikan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri tetapi tidak bermanfaat bagi orang lain ianya hanyalah ibarat daki yang melekap di badan kerana sudah semestinya ia tidak akan kekal lama...

Mengejar impian dengan cara menindas orang lain juga sangatlah tidak baik...Orang kaya menindas golongan kebanyakan dan orang golongan kebanyakan dikatakan menindas orang kaya ( ada ker..???)...Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita sekarang...Kita berhak mengejar sesuatu impian, tetapi biarlah dengan cara yang diredhai...Di zaman Rasulullah SAW dahulu, sesiapa yang menyebarkan berita dan khabar fitnah, maka akan keluar satu bau yang tidak enak dari mulut si pembawa mulut...Baginda juga pernah berkata bahawa di akhir zaman nanti bau tersebut akan hilang...Apabila para sahabat bertanya mengapakah terjadi sedemikian rupa..??? Maka Baginda menjawab di akhir zaman nanti bau busuk dari mulut si pembawa fitnah telah menjadi sebati dengan hidung masyarakat pada masa itu ( fitnah bermaharajalela )...Begitulah seingat PH ayat yang diceritakan oleh seorang ustaz...Hmmm....


Ehsan, itulah sifat istimewa yang ada pada diri setiap manusia...Tetapi kadangkala ianya terlitup dengan sifat kesombongan diri, dengki, ego, takbur dan riak apabila telah mendapat nikmat dari Allah SWT yang melebihi dari orang lain...Selain dari sebagai seorang khalifah, kehidupan sebagai seorang pencinta haiwan perlu menjauhi sifat-sifat negatif sebegini...Semuanya mesti 'LEVERAGE' yakni tiada batas-batas kaum, politik, agama dan juga taraf hidup...Di dalam usaha memartabatkan haiwan yang selalu dipandang seperti alas kaki oleh mereka yang buta hatinya, kita perlu sama-sama berganding bahu walau apa pun caranya...Tiada siapa yang berada di atas dan tiada siapa yang berada di bawah...Sikap saling hormat-menghormati sepertimana yang telah diajar oleh kedua ibubapa kita ( samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia ) perlu diamalkan selagi ada hayat....Zaman memperlekehkan usaha orang lain sudah berakhir, kini telah tiba masanya untuk kita bersama-sama bangkit dan berjihad melawan hawa nafsu nafsi....Cari ilmu sebanyak yang mungkin dan mengamalkannya disamping memperbaiki amalan-amalan soleh...Disebut oleh Imam Bukhari, di antara amalan-amalan soleh ialah membantu menjaga kebajikan haiwan 
( termasuk haiwan yang teraniaya )...


Setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk membantu haiwan jalanan...Bagi PH sendiri, sebagai seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kapasiti dan kuasa PH berjuang melalui penulisan...Segala publisiti yang PH terima adalah rezeki ghaib yang datang secara mengejut...Ini semua adalah kerja dari Allah SWT yang telah memakbulkan doa-doa PH agar segala usaha dipermudahkan...PH bukan dilahirkan dari keluarga yang kaya...PH juga berkerat rotan berpatah arang untuk mencari rezeki dan sesuap nasi demi anak-anak kesayangan, dan PH yakin ada dikalangan pembaca juga sama kehidupannya dengan PH....PH lakukan kesemuanya mengikut kemampuan yang ada...

Cara orang-orang kebanyakan seperti PH tidak sama dengan cara sesetengah orang yang kaya....PH sudah lali dengan mengotorkan tangan dan bergelumang dengan najis serta lumpur untuk menyelamatkan haiwan yang cedera parah dengan cara yang tersendiri....Apa yang PH lihat pada masa sekarang, terdapat berlaku isu-isu diskriminasi di mana golongan orang kebanyakan telah ditindas oleh sesetengah golongan orang yang kaya....Apabila ada usaha menyelamat haiwan dari orang kebanyakan ( golongan rakyat biasa ), ada yang telah menganggap mereka ini adalah golongan orang yang mengambil kesempatan di atas penderitaan haiwan manakala golongan orang yang kaya yang kononnya dipandang mulia oleh sesetengah pihak dianggap sebagai wira sejati pencinta haiwan....Samada itu adalah bodek atau sebagainya, hanya mereka sahaja yang tahu...


Golongan orang kebanyakan biasanya tidak mampu untuk menyediakan sejumlah kos rawatan kucing atau anjing yang telah mereka selamatkan...Ramai yang meminta bantuan derma kilat dan sebagainya samada melalui akaun Facebook peribadi dan di  laman-laman pencinta haiwan di internet....

Ketika inilah muncul beberapa orang individu yang kaya dan berkemampuan telah tampil untuk menghulurkan sumbangan derma...Bagi PH, itu adalah satu perkembangan yang sangat bagus kerana ianya boleh memudahkan usaha-usaha menyelamat...Tetapi, apa yang dikhuatiri ialah di sebalik bantuan IKHLAS yang dihulurkan, ada di antaranya terselit drama-drama swasta dan sandiwara semata-mata....


Berdasarkan beberapa siri pengalaman yang PH telah alami, beberapa bantuan yang telah dihulurkan oleh sesetengah golongan yang kaya bertindak untuk mengawal perjalanan hidup PH....Bermacam-macam kisah keburukan si polan yang miskin telah diceritakan kepada PH...PH disuruh untuk membenci orang itu dan orang ini...Kucing si polan ini pula jangan dibantu dan jangan berkawan dengan orang ini...Segala bantuan yang diberi disertai dengan sentimen peribadi dan provokasi...Rasanya, biarlah PH simpan sahaja pengalaman 'manis' ini....

PH dan beberapa rakan seperjuangan yang KHUSYUK sedang berhempas pulas berusaha memartabatkan pencinta haiwan di Malaysia ini tidak kira walau apa jua halangan yang melintang...Kami tidak punyai wang yang banyak melainkan hanyalah berbekalkan semangat semata-mata...Sebagai rakyat yang tidak mempunyai apa-apa autoriti, kami mempunyai kemampuan yang sangat terhad...Ya...!!! Kami agak longgar dari segi undang-undang tetapi itulah yang kami sedang pelajari sekarang...Orang-orang kebanyakan yang selalu menyelamatkan kucing dilabel sebagai perompak wang rakyat dan meraih publisiti murahan..

Ada juga golongan orang kebanyakan yang 'miskin' kasih sayang berasa lebih selamat apabila berada di bawah ketiak orang yang kaya dan mula memulaukan orang-orang yang setaraf dengan mereka...Mereka menjadi tentera perang saraf untuk meracuni fikiran orang lain...Mereka lebih rela membiarkan hidung dicucuk seperti lembu...Tetapi mereka terlupa di mana arah sebenar tujuan dan matlamat hidup mereka....Sampai bila harus bergantung hidup pada orang lain...??? Sampai bila untuk menjadi seorang penghasut dan tali barut setelah diberi kepercayaan yang sangat sukar diberi kepada orang lain..???

Sketsa pencinta haiwan semakin hari semakin menjadi 'meriah' apabila ada pihak yang cuba mencetuskan provokasi dan persepsi yang negatif terhadap usaha-usaha pencinta haiwan dari golongan orang kebanyakan ini...Ada yang mengaku bahawa mereka adalah pejuang anti rasuah yang tulen dan pelbagai, walhal mereka sendiri yang menyuburkan budaya memberi suapan wang hanya semata-mata untuk menjatuhkan golongan pencinta haiwan yang terdiri dari golongan orang kebanyakan ini....Budaya memberikan budi berbentuk wang telah dipergunakan sebaiknya kepada pencinta-pencinta haiwan 'miskin' yang terdesak untuk meneruskan hidup...Apabila pencinta haiwan 'miskin' ini termakan budi, maka orang itulah yang akan dijadikan senjata mereka untuk memusnahkan kelompok aktivis haiwan dari golongan orang biasa yang semakin hari semakin menjadi tumpuan masyarakat dan media dengan menjadikan mereka sebagai tali barut untuk menjual maklumat....Mereka sebenarnya terlupa bahawa kuasa wang itu sebenarnya tidak ke mana pun....


Apabila pencinta-pencinta haiwan dari golongan kebanyakan itu telah berjaya menghasilkan satu fenomena baharu di dalam arena aktivis haiwan, maka merekalah yang dilabel sebagai seorang yang sangat jahat ( memperdagangkan penderitaan haiwan )...Mereka cuba mengalih perhatian untuk meraih sokongan dari mereka yang sangat lemah jatidirinya dan kemudian direkrut untuk menjadi tentera perang saraf....Ada yang 'bergaji' dan ada yang tidak bergaji...Berdasarkan dari pengalaman PH sendiri, PH juga tidak terlepas dari dipalit dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah, namun sehingga kini ianya masih lagi tidak dapat dibuktikan akan kebenarannya...Segala usaha PH telah dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengaku merekalah pencinta haiwan yang sejati...PH sendiri telah dua kali diugut bunuh oleh golongan orang yang kaya ini hanya kerana tidak dapat menerima hakikat yang mereka telah dibuang oleh golongan-golongan orang kebanyakan...Mereka sedang berusaha untuk mengambil alih kerja-kerja Allah SWT iaitu berhasrat untuk mengambil nyawa seorang bapa kepada dua orang anak kembar dengan tangan kotor mereka....Inilah akibatnya sekiranya arena pencinta haiwan ini dipolitikkan...


Samada kaya atau miskin, itu bukanlah penyebab untuk kita mewujudkan jurang-jurang perpisahan....Ada juga orang kaya yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan secara sembunyi...Inilah di antara sikap yang Rasulullah SAW suka...Semakin bersedekah, rezeki mereka semakin diperluaskan...Inilah di antara rahsia kejayaan orang kaya yang patut kita teladani...Mereka menggunakan harta yang Allah beri ke jalan yang diredhai dengan menyembunyikan perkataan IKHLAS dari bibir...Tiada istilah tangan kanan menghulurkan salam tetapi tangan kiri melipat senjata...Usah kita pertikaikan keikhlasan orang lain kerana sesungguhnya ikhlas itu adalah ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam keadaan malam yang gelap...

Di zaman sekarang ini, jangan terlalu mudah mendengar sebarang berita...Setiap orang boleh berkata apa sahaja, tetapi untuk membuktikannya tidak seorang pun yang berani...Tidak salah sekiranya mengkritik, tetapi biarlah dilakukan secara profesional....Usah menyerang peribadi seseorang sekiranya kita tidak menyukai mereka...Misalnya, walaupun si polan ini seorang pengedar dadah, tetapi sekiranya ada percakapannya yang mendatangkan ilmu berguna untuk kita, maka si polan itulah yang telah menjadi pengantara di antara kita dengan Allah SWT untuk menyampaikan ilmu...Wajib kita mengambil ilmu tersebut....Kalau di negara Barat, Sir Elton John terkenal dengan kehidupan homoseksualnya, tetapi perjuangannya di dalam bidang muzik serta karya-karyanya sangat berkualiti dan ianya telah dijadikan sebagai rujukan di kebanyakan gedung-gedung ilmu muzikal...Kadangkala, ada lagu-lagunya yang kita nyanyikan setiap hari ( kalau boleh janganlah sampai melekakan ya )....

Baru-baru ini, PH ada membeli sebuah buku yang bertajuk "Wasiat 4 Imam"...Di antara wasiat dari Imam Syafie :

"Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat di dalam diri kamu sendiri"

Ada pula orang yang IKHLAS telah berkunjung ke rumah PH dan kemudian menceritakan kepada orang lain tentang keburukan di dalam rumah PH...Tetapi tidak mengapalah...mulut buaya boleh ditutup, tetapi mulut orang macamana kita nak katupkan..??..PH pun hairan bagaimana si polan yang tidak pernah datang ke rumah PH boleh tahu rumah PH ada kekurangan itu dan ini....hmmmm....Belajarlah untuk menjadi seorang yang tidak penyibuk...


Nota PH :

Sudah-sudahlah tu....Tiada maknanya kita bersangka buruk terhadap orang lain sedangkan diri sendiri pun terabai...Kaya atau miskin, itu semua kerja Allah SWT yang memberi nikmat...Kalau orang miskin dapat rezeki lebih jangan pula didengki kalau kita tidak memperolehinya...Fikirlah dengan mata hati yang paling dalam........

"Kenapa aku buat tapi tak dapat apa yang aku nak sedangkan dia buat dan dia dapat apa yang dia nak..."

Kalau kita nak didik orang jadi baik, gunakan ayat yang baik walaupun kita ni kadang-kadang tak berapa nak baik...Jangan didik orang untuk menjadi jahat kerana amal kejahatan mereka adalah termasuk di dalam timbangan amal kita di Padang Mahsyar nanti...Apabila hidup di dunia, jangan sekali-kali berkata kita berani menanggung dosanya kerana seksaan Allah SWT itu tersangatlah azab dan pedih...Ucapan tersebut juga adalah berunsur riak dan takbur kerana telah membayangkan diri itu begitu berani menghadapi azab yang maha pedih...Dikhuatiri tidak semena-mena ibubapa kita juga turut menanggung dosa-dosa tersebut...

Berhati-hati apabila mendengar sesuatu khabar berita....Kalau berita itu berunsur negatif, lebih baik tak perlu ambil tahu....Cuba belajar menjadi seorang yang bukan kaki penyibuk....Buang masa dan beras...Kesian kat mak dan ayah yang berbuih mulut mengajar kesedaran sivik kat kita ni...Belajarlah untuk menerima kekurangan orang lain kalau kita mahu kekurangan kita juga diterima...Tiada seorang pun yang sempurna di dalam dunia ini, sebab itulah kita diciptakan secara berpasang-pasangan...

Sebagai selingan entri kali ini, walaupun telah berada di puncak kejayaan dan menjadi legenda, Bon Jovi masih lagi mahu menyanyikan lagu orang lain....Orang yang berfikiran negatif pasti akan berkata :

"Alaaa...!!! Ni semua publisiti murahan jer...."

Lihat diri sendiri dulu sebelum mengata orang....Kalau boleh, zip mulut tu...Jangan mengata langsung....Ada faham kaaa adik mannisssss...????



Comments

  1. Terbaik! Sy doakan org yg slalu mengata awk akan terbuka hati dan mindanya. AMIN

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular