Lagi 19 Ekor Kucing Yang Hampir Dilupuskan Berjaya Diselamatkan Oleh Team HERO

Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Pda 31 Januari 2013 yang lalu, Alhamdulillah Team HERO sekali lagi telah berjaya mengeluarkan sebanyak 19 ekor kucing...11 adalah kucing dewasa manaala 8 lagi adalah anak kucing....Misi kali ini telah dijayakan oleh Dr. Azlan ( doktor veterinar Kitty's Cottage Seksyen 20 Shah Alam ) dan Saudara Razeef...PH tidak dapat turut serta pada misi kali ini memandangkan ada shooting rakaman untuk slot Nasi Lemak Kopi O TV9 yang telah pun disiarkan pada 3 Februari yang lepas ( KLIK SINI )....

Berkat persefahaman dan permuafakatan, Team HERO berjaya melaksanakan gerak kerja dengan penuh istiqamah dengan matlamat nyawa si comel yang selalu menjadi mangsa keadaan dapat diselamatkan....


Kesemua kucing telah dibawa pulang ke klinik Dr. Azlan di Seksyen 20 Shah Alam untuk menerima rawatan susulan...Commel-comel kesemuanya....Sekiranya mereka tidak dikeluarkan dari pusat kurungan haiwan pihak berkuasa, mereka akan dilupuskan di bawah Akta Kacau Ganggu....Inilah bahananya sikap sambil lewa memelihara kucing...Bila dah banyak, dibuang pula di merata-rata tempat lalu ditangkap akibat diadu oleh orang awam....


Sikap suka melepaskan masalah ke atas bahu orang lain adalah sikap yang sangat keji dan tidak bertanggungjawab...Kita dididik oleh syarak agar sentiasa berlaku baik terhadap haiwan...Di antara salah satu kunci kepada pintu rezeki ialah menjaga kebajikan haiwan...Tetapi malangnya, masih ramai di kalangan masyarakat masih memandang enteng perkara sebegini...Tahu nak untung jer....Disayang-sayang dan ditimang-timang pada waktu permulaan sahaja tetapi dibuang apabila dah rasa menyampah...Beginikah sikap yang patut kita tunjukkan kepada anak-anak...??? hmmm...Bagi PH, tiada guna kalau kita pelihara solat dan rukun-rukun Islam yang lain tetapi berlaku kejam terhadap haiwan kesayangan Rasululah SAW ini....Ingat tak kisah seorang pelacur yang diangkat ke syurga kerana memberi seekor anjing jalanan minum...??? Mungkin ada yang pernah mendengar tetapi PH tidak menolak kemungkinan bahawa ada orang yang setakat dengar sahaja tetapi hatinya tertutup rapat untuk menerima iktibar....Sesungguhnya segala amal ibadat kita hanya Allah SWT sahaja yang menilainya....


Nota PH :

Jangan menilai seseorang itu dengan pakaian atau luarannya...Kalau seseorang itu ada sifat ehsan yang tinggi, ini juga tidak mustahil bahawa darjat dan martabat seseorang itu akan dipandang tinggi oleh Allah SWT....Kalau kita berlaku kejam terhadap haiwan walau berserban sekalipun, Allah SWT pasti akan murka...

PH dan Team HERO sangat berharap agar ada pihak yang sudi mengambil kucing-kucing malang ini sebagai anak angkat...Sesiapa yang ingin membantu Team HERO, sila hubungi Dr. Azlan ( KLIK SINI ) dan Saudara Razeef ( KLIK SINI ) 

Team HERO mendoakan agar pihak yang sudi membantu bakal menerima rahmat dan rezeki yang melimpah ruah...Sesungguhnya rezeki Allah SWT maha luas ( infiniti ) dan kita hanya perlu lakukan sahaja, yakni berusaha untuk mendapatkannya walaupun sedikit...Ketahuilah bahawa sedikit rezeki dari Allah itu adalah permulaan dari rezeki yang lebih besar...

Jom LIKE page NGO Team HERO di Facebook ( KLIK SINI )

Comments

Entri Popular