Kalau Kita Mahu Dikasihi, Kita Kenalah Menyayangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Dirahmati Allah...

Kalau tidak silap, pada tarikh 4 Oktober 2013 yang lepas PH ada bawa seekor anak anjing yang berkurap ke Cat Village...Sebelum ni dah lama PH nampak anak anjing ni berkeliaran di sekitar Semenyih Sentral...Tapi bila PH nak tangkap dia lari pulak...Ada satu malam tu hati PH berderau bila melihat anak anjing ni nyaris dilanggar sebuah lori pikap yang dipandu laju...Dalam hati PH sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan semula dengannya atau setidak-tidaknya dia diselamatkan oleh seseorang...

Pada pagi Jumaat 4 Oktober itu, PH bersarapan di Restoran Ikan Bakar Pak Ngah bersebelahan dengan Terminal Bas Semenyih Sentral...Tiba-tiba PH terjumpa anak anjing yang PH nampak hari tu...Dia bermundar-mandir di kaki lima Retoran Pak Ngah...PH tahu dia lapar...

Dengan berbekalkan seketul ayam goreng, PH umpan anak anjing ini untuk menangkapnya...Masa nak umpan tu, ekornya bergoyang-goyang...PH bagi signal nak 'make friend' dengan anak anjing ni supaya dia boleh datang dekat...Mana-mana haiwan sekalipun selalunya akan dapat rasa aura dari seseorang...Alhamdulillah, anak anjing ini dapat PH suapkan ayam ke mulutnya...PH biarkan dia makan sampai habis dan menunggu sehingga dia minta ayam lagi dari PH...Masa kali kedua dia minta ayam, PH dah kidnap dia masuk ke dalam 'carrier' besar yang memang dah ada dalam kereta...Kalau setakat anak anjing macam ni memang boleh muat...PH minta dua helai plastik dari pekerja restoran untuk dijadikan sarung tangan untuk memegang anak anjing itu...Masa tu, PH yakin anak anjing ini berada di dalam keadaan kering sekurang-kurangnya 90%...Kerja PH menjadi lebih mudah...


Alhamdulillah, selamat sampai sudah ke Cat Village...MH namakan dia Deandra sebab dia betina...Sekilas PH melihat susuk tubuhnya, dia memang mempunyai kurap yang sangat teruk...PH mandikan dia dengan sabun berubat sebelum dibawa ke klinik haiwan bagi mendapatkan suntikan kurap...Deandra terpaksa dimandikan segera kerana bau hapak akibat tidak terurus...Entah di mana tuannya agaknya...Cuai betul...

Selepas 2-3 hari, bulu Deandra sudah mulai tumbuh...Kurapnya yang luka berdarah sudah kering...Ada PH sapukan minyak gamat sedikit...Si Jojo jeling jer masa PH sapukan minyak gamat kat Deandra...

Owh yer...Masa PH mandikan Si Deandra ni, PH pakai sarung tangan getah yang memang PH simpan kat Cat Village ni...Seluar dan baju pulak PH pakai 'uniform kebun'...Masa nak sapu minyak gamat pun sama...Tapi lepas tu PH sertu juga dengan tanah...Kat sini takde masalah nak sertu...Curah ajer air kat tanah sampai bertakung lepas tu PH basuh tangan macam nak ambil wudhu...Nanti PH upload videonya yer...

Sekarang ni Si Deandra sudah tahu Cat Village ini adalah rumah barunya...PH tak perlu nak tambat dia lagi sebab PH dah bawak dia pergi berjalan-jalan di sekitar Cat Village ini...Dia sudah tahu perimeternya sampai tahap mana...Masa gambar ini diambil, Si Deandra sedang tidur sambil kakinya bergerak-gerak...Dia sedang dibuai mimpi...

PH dah bagitahu dia yang kebun Cat Village ini perlu dijaga sebaiknya semasa ketiadaan PH di sana...Maka amanah ini PH telah beri kepadanya dan Abam Jojo...


Sementara tengah update entri ini, PH terjumpa pula gambar lama Si SB kat laptop ni...Cerita penuhnya di sini ( link )...Kemungkinan besar Si SB ini dibuang oleh pemiliknya...Mana mungkin tiba-tiba ada kucing kat stesen komuter...


Ok lah..Untuk perenggan ini PH ingin menulis dari sudut yang lain pula....Tu lah...Serba salah dibuatnya kalau PH nak bercerita tentang soal mengambil tanggungjawab ni...Ye lah kan, rambut sama hitam tapi hati lain-lain...Kalau kita bercerita, nanti dikata itu dan ini bajet gut-gut bagai...Tapi kalau kita diam, kita pula yang kena marah membuta tuli...


Alkisahnya...ada seorang rakan Kakimotong menghantar mesej kepada PH melalui Facebook dan menyatakan kekesalannya terhadap sikap segelintir manusia yang selalu sahaja mencari salah walhal niatnya baik...Ini secara tidak langsung merencatkan usaha dan semangatnya untuk menyelamatkan kucing jalanan...Apabila dipos gambar kucing yang memerlukan bantuan, hatinya hancur apabila menerima sindiran tertentu dari Keyboard Warrior...PH rasa mungkin ada di antara kalian juga pernah mengalaminya walaupun bukan isu mengenai kucing, kan...???

PH pulak macamana...??? Hmmm...Dah malas nak cakap dah lebih-lebih lagi pasal kucing DBKL yang berkurap atau sudah memang sedia sakit...Kalau dilayan memang tak siap kerja nanti...


PH melihat ramai orang prihatin terhadap haiwan-haiwan jalanan ni ( syukur Alhamdulillah )....Tetapi ada segelintir manusia yang prihatinnya terlalu ekstrim dan menunjukkan keprihatinan tidak kena dengan caranya...Kalau ada rakan-rakan kita upload gambar kucing kesayangan di Facebook untuk dikongsikan bersama, lain pula yang dikomennya...Ada saja salah yang dicari...Contohnya :

"Eh...!!! Kenapa kucing ni macam ni...?? Awak tak mandikan ke...???"
"Kenapa telinga dia banyak taik telinga...?? Tak cuci ke...??"
"Kenapa awak tak tanam kucing awak tu dalam2...?? Kalau saya, saya tanam dalam2..."


"Eh...!! Kenapa tarik leher dia...??? Sakit dia nanti..."
"Kenapa telinga dia berkurap..??"

Hmmmm....Dah baru jumpa tepi jalan, mestila berkurap...Adehhh...Janganlah kita membuat sebarang andaian sekiranya kita tidak berada di tempat mereka...Kesian kat orang yang menyelamatkan kucing tu....huhuhu


Macam ni jer lah....Walaupun di alam maya, sensitiviti terhadap orang lain perlu kita jaga juga yer...Berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu komentar agak tiada pihak yang terluka hatinya...Bagi PH, apa sahaja gambar yang dikongsi di laman Facebook haruslah kita bersangka baik-baik sahaja...Contoh-contoh komen di atas dah selalu sangat PH baca di Facebook...Terus terang PH nak bagitau, nak tunjukkan yang diri kita ini prihatin bukan begini caranya...Fakta yang ditanya tu mungkin ada betulnya, tetapi bukankah lebih baik kita 'approached' atau tanya secara sembunyi, kan..?? Kalau kita main terjah 'rumah orang', PH rasa macam tak 'proper'lah...Tapi kalau nak kritik juga, biarlah berlapik ataupun guna ayat yang sedap dibaca...Kalau boleh jangan sentuh peribadi orang lain...

Tetapi, kalau kita bersangka baik kepada orang yang komen seperti di atas, ia sebenarnya adalah kritikan membina...Cuma, mungkin faktor persekitaran yang menyebabkan si polan ni komen sebegitu tanpa sempat berfikir secara rasional sebagai langkah untuk menjaga hati kita...Benda yang baik perlu kita terima seadanya agar kesilapan yang kita lakukan tidak berlaku lagi kepada kucing kesayangan kita, mahupun kepada diri kita sendiri...

Apabila kita mampu 'absorb' atau serap segala kritikan atau komen-komen seperti di atas, ia secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadikan kita seorang yang positif dari masa ke semasa...Ego tu buang jauh-jauh sebab kalau kita rasa diri kita ni hebat, ramai lagi rakan-rakan Facebook kita yang hebat-hebat belaka...

Siapa yang friend dengan PH mesti tahu kenapa PH letak gambar PH tengah mesin rumput ni...huhuhuhu....


Dan kalau boleh, jangan selalu membanding-bandingkan empunya kita dengan empunya si dia ataupun usaha kita dengan usaha orang lain...Masing-masing Allah bagi sama rata jer, cuma kita mampu atau tidak untuk melakukannya...Allah ciptakan kucing semuanya comel belaka...Kucing kita comel, kucing pakcik ni pun comel...Mana boleh kita kata kucing kita jer comel, kan...?? Tu namanya masuk bakul angkat sendiri...hehehehe

Moral of the story, buatlah sesuatu mengikut kemampuan...Hargai juga apa yang orang lain ada...Semua tu adalah pemberian dari Allah SWT kepada sahabat-sahabat kita...Bukankah lebih baik kalau kita mendoakan sahabat-sahabat kita agar diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menjaga kucingnya itu dengan sempurna kan...??


Kita semua diberi masa yang sama, iaitu 24 jam sehari...Manfaatkanlah masa tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang baik, baik pada haiwan mahupun sesama manusia...Hidup ini terlalu singkat untuk kita...Dunia adalah jambatan akhirat....


Sampai satu masa, jantung kita pasti akan berhenti degupnya...Cuma persoalannya ialah bagaimana keadaan semasa kita mati nanti...Di manakah pengakhiran kita...?

Kalau boleh, jangan kita sakiti hati sesiapa walaupun kadangkala kita melakukannya secara tidak sengaja...Muhasabah diri adalah jalan terbaik...Kadangkala, pendapat atau ayat dari si polan ni memang menyentap hati tetapi ada fakta yang dia beri tu betul...Sekiranya ini berlaku di dalam hidup kita, takpelah...Maafkanlah si polan tersebut yer...In Shaa Allah jiwa kita pun akan tenteram...Ambil yang baik-baik ajer...Sebenarnya tak rugi kalau kita bersangka baik....Senyum jer kay...??? Jangan kita memutuskan silaturrahim sesama kita...kalau tak, haiwan jalanan juga yang akan susah nanti...


Tubuh badan dan minda kita memerlukan rehat yang secukupnya...Dari natijah ini, segala apa yang kita lakukan semuanya pasti akan berada di dalam lingkaran kasih sayang kerana minda dan jiwa kita sihat...Perbanyakkan zikir munajat dan solat, In Shaa Allah kita semua akan berada di bawah limpah kurniaNya...
  

Nota PH :

Sama-sama kita eratkan silaturrahim tak kira Melayu, Cina, India dan kaum etnik yang lain...Bukan pasal kucing jer, pasal tanggungjawab sosial yang lain pun sama juga...Kalau kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang...Kalau kita nak dikasihi, kita kena saling menyayangi...Kalau ternampak kawan kita tu bersemangat untuk bantu kucing cedera parah, berikan sokongan moral yer...Jangan asyik mencari salah orang lain...Belajar-belajarlah bersangka baik...Jangan pandai-pandai buat andaian sekiranya kita tidak berada di tempat mereka...Nanti boleh jadi fitnah pula...

Steady Semua.....!!!

Comments

  1. Ada pepatah Inggeris kata dont judge the book by its cover.. sebab tu kita jangan menilai orang sebelum kita tahu sebab musabab.. memang betul2 kadang2 hanya gambar bercerita jadi orang tak paham jalan cerita itu boleh di maafkan tapi kalau ada cerita yang di ceritakan di sebalik gambar ambil la masa untuk mengetahui cerita tu sebelum membuat sebarang komen atau spekulasi. Apapun.. biasa la bagi yang tak suka haiwan dia akan nampak salah jer.. Cuma satu je nak pesan kalau kita tak mampu membantu dari segi kewangan mungkin kita boleh hulurkan tenaga, kalau tak mampu dari segi tenaga mungkin kita mampu memberi sokongan kalau kita tak mampu menyokong sekalipun mungkin kita patut diam dari mempertikaikan usaha orang lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular