Kisah Si Bobop - Anjing Ketot Yang Terperangkap Di Dalam Longkang Selama Dua Hari

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman

Alhamdulillah dapat juga PH meluangkan masa untuk update blog ni..Seingat PH, masa mula-mula menulis blog dulu PH update entri paling sikit pun 3 entri dalam satu hari...Paling banyak PH update sembilan entri dalam satu hari...Tapi sekarang ni agak susah sikit...Semakin meningkat usia, semakin banyak komitmen yang perlu digalas...Masa pula terasa semakin pantas berlalu...

Oklah, kali ni PH nak cerita tentang seekor anjing ketot yang PH selamatkan dari sebatang longkang yang dalam...Pada hari itu, PH singgah sebentar di Pasaraya Mini Speedmart 99 berdekatan dengan tempat tinggal PH di Semenyih...Masa tu MH yang masuk ke dalam kedai untuk membeli barang sementara PH pula menunggu di dalam kereta...Kemudian MH datang semula ke kereta dan memberitahu :

"Bang...Budak Speedmart tu bagitau ada anjing terperangkap dalam longkang..Dah dua hari dah..."

Mendengar sahaja khabar itu, PH terus mematikan enjin kereta dan meluru ke arah longkang yang dikatakan...

Memang benar seperti yang diberitahu...Kelihatan ada seekor anjing mundar mandir di dalam longkang tersebut...Ketot jer kaki dia..Comel betul...Dia melolong-lolong meminta bantuan...PH anggarkan kedalaman longkang itu ialah 2 meter, iaitu hampir dua kali ganda ketinggian PH sendiri...


Lantas PH berpatah semula ke kereta untuk mengambil sarung tangan plastik yang sememangnya sudah sedia ada PH simpan di dalam kereta...Terus PH masuk ke dalam longkang tersebut...Masa ni PH tak sedar gambar PH telah dirakam oleh MH...huhuhuhu



Anjing ini ketakutan...PH terpaksa mengambil masa dalam 5 minit untuk memujuknya...Tapi bila dia dah 'percaya' kat PH, boleh pulak dia ajak PH main kejar-kejar kat dalam longkang tu...Adehhh...Lawak pun ada...Habis baju bau longkang...Tapi takde hal punya...Kalau time tu pakai Tuxedo sekalipun PH redah ajer...


Ini video bagaimana PH berjaya mengeluarkan anjing ini...Bila PH tengok balik video ni, nak tergelak pun ada...adehhh...PH upload video ni ke Facebook Kakimotong Fan Club ( link )




Sebaik sahaja dia keluar dari longkang tu, terus dia ikut MH nak masuk ke kedai Speedmart tu...Masa tu MH nak belikan dia wetfood...Lapar betul si ketot ni...PH berikan namanya Si Bobop sebab bila tepuk muntut dia ada bunyik bop bop...hehehehe...


Si Bobop ni nampak gayanya kebulur sangat kot...Apa tidaknya, tak sampai 10 saat habis wetfood satu tin 'disedutnya'...Dah macam vakum karpet pulak...Ni video masa dia tengah 'vakum' wetfood...Kalau tak boleh tengok kat sini, sila klik sini ( link )



Lepas tu PH dibantu oleh salah seorang pekerja Speedmart untuk menyiapkan kotak untuk masukkan Si Bobop ni....PH cadang nak bagi dia kerja kat Cat Village tolong Abam Jojo Kepsi...Lagipun menurut pekerja Speedmart ni, dah banyak kali mereka melihat Si Bobop ni bergelandangan ke sana sini...Daripada terbiar macam tu, PH ambil keputusan untuk membawanya untuk pergi interview dengan Abam Jojo...Sekurang-kurangnya, ini akan mengurangkan risiko nyawanya apabila hidup di tepian jalan...


Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...Akhirnya sampai juga Si Bobop ke Cat Village...Tiada sebarang masalah...Si Bobop cepat menyesuaikan dirinya dengan kucing-kucing DBKL...Gaduh pun tidak, cuma budak-budak DBKL takut tengok dia sebab rupanya yang ketot...hehehehe


Buat permulaan, PH bagi dia makan kibbles dulu...Mak aiihh...Macam vakum dia makan...Sekali sedut jer habis kering kibble tu..Lepas tu dia minum dengan gelojoh...Nampak sangat yang Si Bobop ni lapar dan dahaga...Siap baring dalam tray makanan budak-budak DBKL lagi...Ada aku kesah katanya...


Pada waktu malamnya, seperti selalu PH akan menggalas tugas untuk membuat apa yang perlu di Cat Village...Tiba-tiba, ada satu momen manis yang sempat PH rakam antara Si Bobop dengan kucing DBKL...Sweet gambar ni, kan...??


Setiap hari, PH berikan ayam golek pada 'Guard Dogs' di Cat Village ni...Ini termasuklah untuk Abam Jojo Kepsi, Si Boboi dan Si Bobop...


Keletah budak-budak ni memang tak kering gusi kita dibuatnya..Ada jer perangai dan tingkahlaku lucu yang mereka buat...Tengoklah macamana Si Bobop ni 'protect' ayam dia dari dirampas oleh kucing-kucing DBKL...Tapi kucing DBKL peduli ape, dia pun makan sekali jugak...Si Bobop belum pandai 'protect' harta bendanya secara total, tak macam Abam Jojo...Dia sangat tegas dan sesiapa yang kacau harta benda dia ( termasuk ayam golek ) dia akan mendengus garang...Itulah sifat istimewa anjing...Dia akan 'protect' harta bendanya bermati-matian walaupun demi seekor ayam...


Si Bobop ni budak lagi...Dia masih perlukan ibunya, tapi apakan daya ibunya pun entah ke mana...PH pun kenalah bagi sedikit kasih sayang padanya...Kalau nak jaga mereka, kena ikut caranya...Apabila kita menyentuh anjing kebun yang kering terutamanya di tempat-tempat kegemarannya, mereka akan berasa diri dihargai dan ketika itulah mereka akan berkhidmat untuk kita seadanya...Mereka juga memerlukan penghargaan, sama seperti kita...PH berurusan dengan mereka pun apabila perlu sahaja...


Bila PH belek-belek tubuh badannya, baru PH perasan kaki depan sebelah kanannya ada bengkak sikit...Jalan pun terhencot-hencot...Mungkin terseliuh akibat terjatuh di dalam longkang...Tapi sekarang ni dah OK dah...Siap boleh main kejar-kejar lagi dengan Abam Jojo...


Sebelum PH pulang ke rumah, PH sempat melihat Si Bobop ni...Nampak gayanya dia dah kenyang dan menunggu masa untuk tidur di bawah sepohon pokok yang rendang...Gembira apabila melihat dia dapat menyesuaikan keadaan di kebun...


PH belikan mereka loceng sebagai hadiah di atas tanggungjawab yang telah mereka laksanakan untuk PH...Bobop, Boboi dan Jojo masing-masing dapat 2 loceng...Dari sudut yang tersurat, mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka menjaga kebun, tetapi di satu sudut yang tersirat PH tidak tahu apa doa-doa mereka kepada Sang Pencipta...Yang PH tahu, rezeki PH tidak pernah putus walaupun banyak kekangan berat telah PH alami...
Semakin hari Abam Jojo Kepsi semakin meningkat usianya...Masa inilah PH akan menggunakan waktu yang ada dengan sebaik-baiknya...Salah satu dari kami pasti akan 'pergi' dulu...PH mengambil iktibar dari kisah pemergian Mama Rossy dan kehilangan Kiki Lala...Mereka ini adalah di antara 'bala tentera' Allah SWT yang dikirimkan kepada PH untuk menilai tindak tanduk PH terhadap mereka...Dengan hanya berbekalkan rasa ehsan dan tanggungjawab, PH dan MH cuba untuk memberikan yang terbaik untuk mereka...


Ok, dah alang-alang PH bercerita pasal kebun Cat Village ni, biarlah PH ceritakan sedikit perihal apa yang berlaku di sana yer...Dah lama juga PH tak cerita pasal penghuni-penghuni kat sini...

Di satu sudut yang lain, ramai yang menyangka kucing-kucing DBKL yang PH dan Uncle Angah selamatkan adalah sama seperti kucing jalanan yang lain...Sebenarnya TIDAK SAMA SEKALI...Mereka ini amat istimewa...Agak sukar untuk PH luahkan dengan kata-kata mahupun penulisan...Penjagaan mereka sangat memerlukan pengorbanan dari segi harta, tenaga dan wang ringgit...Kalau dari segi mata kasar, menjaga mereka ni tidak membawa apa-apa untung pun...


Dari segi zahir, mereka tampak sama sahaja seperti kucing jalanan yang lain...Pada hakikatnya, biarlah PH sahaja yang tahu sebab susah nak terangkan takut-takut nanti ada yang tersalah tafsir...Yang penting, bersangka baik terhadap mereka...Apabila kita bersangka buruk terhadap kucing-kucing kita sendiri, itu menunjukkan yang kita ni tak redha selama kucing kita tinggal di rumah kita...Ada yang mengambil keputusan untuk mencampakkan mereka di pasar dan di tepian jalanan...


Banyak benda perlu kita buat bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara...Dari segi tersurat, kita takkan dapat apa-apa kalau bagi mereka makan...Lainlah kalau haiwan ternakan seperti kambing atau lembu, boleh juga dijual dan dapat untung, kan...??


Tapi segala yang kita lakukan untuk kucing jalanan ni lebih kepada amal kebajikan...Bak kata orang tua-tua, pahala untuk saham akhirat...Gaya hidup PH mungkin tidak sama seperti orang lain...Kalau ada orang yang mengikut setiap pergerakan PH, pasti mereka akan menggelengkan kepala...

Banyak benda yang PH telah pelajari dari kucing-kucing DBKL terutamanya dari segi bab jatidiri...Kerana mereka, PH sudah lali berjumpa dengan makhluk halus yang selalu menjengah...Ada yang lalu di depan ada yang lalu di belakang...Ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna hitam...Ada yang nampak 'rambut' dan ada yang nampak 'mata' sahaja...Ada ketikanya ia hanya mengeluarkan suaranya berdehem sayup-sayup beberapa kali...Ada juga yang memberi salam dan PH menjawab Waalaikumsalam dan kemudian memberi amaran agar jangan mengganggu PH...PH sudah tidak takut meredah belukar dalam kegelapan malam lagi...PH sedar ada satu semangat yang baru datang ke dalam diri...Kini 'mereka' sudah jarang 'menjenguk' PH lagi, mungkin berkat tawakal kepada Allah SWT...

Baru-baru ini PH dapat menangkap gambar bayang-bayang putih yang selalu ikut PH di kebun...Kalau nak tahu cerita penuhnya boleh dibaca di sini ( link )...PH bukan nak suruh percaya gambar ni betul atau tidak, tapi inilah imej yang PH dapat rakam pada malam tu ( tanpa edit melainkan watermark sahaja )...Gambar dahan pokok di belakang boleh dilihat menembusi bayang putih ini...Tiada dinding batu di belakangnya, hanya pokok semata-mata...Bayang putih ini bercahaya macam lampu...Berdasarkan komen-komen di Facebook, ramai yang berpendapat bayang ini menyerupai seekor kucing...Wallahualam...


Kemudian, kucing yang sakit PH akan bawa balik ke rumah untuk dirawat...Kebanyakan kucing-kucing sakit setelah mereka ditempatkan di dalam kandang pusat kurungan haiwan...Bermacam-macam penyakit yang pelik-pelik yang mereka hidapi...Tapi tak mengapa, selagi ada daya dan sedikit ilmu pengetahuan, PH lakukan sahaja...Setiap hari paling awal PH tidur ialah jam 3 pagi... 

Cerita penuh kucing ini KLIK SINI

Pada keesokan harinya, PH menjalankan tugas di tempat kerja seperti biasa...PH perlu mencari nafkah untuk menanggung anak-anak sekolah...Adakalanya rasa macam dah tak larat, tapi apabila PH ingat kembali bab tanggungjawab, PH kembali fokus...PH sedar hidup ini terlalu singkat dan PH tidak mahu membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah lebih-lebih lagi soal mencari salah orang lain...Ada masa PH akan pergi ke gymnasium untuk bersenam...Di dalam perihal kerja-kerja di kebun, tiada orang lain yang membantu selain dari PH dan MH sahaja yang melakukannya...Kadangkala ada juga PH meminta bantuan dari Adi Kambing dari kebun sebelah...

Apa yang PH cuba tonjolkan di sini tidak lain tidak bukan ialah soal kemahuan dan alasan...Apa lagi alasan yang boleh kita berikan sekiranya kita benar-benar mahu membantu haiwan yang 'bisu' ini...??? Petuanya mudah sahaja..Percayalah kepada Rukun Iman yang keenam, iaitu percaya kepada Qada dan Qadar...Bantulah mereka-mereka ini tanpa mengharapkan sebarang balasan...Inilah masanya untuk kita menguji samada diri kita ini cekal atau tidak...Kita patut risau penilaian dari Allah SWT berbanding dengan penilaian manusia itu sendiri...Apa jua perkara yang kita lakukan, pastikan matlamatnya kembali kepada agama...In Shaa Allah kita akan dibantu olehNya...


Nota PH : 

Kalau kita nak bantu haiwan, lakukanlah dengan penuh keikhlasan...Bagi PH secara peribadi, bantu haiwan dengan bantu manusia lain yang ada pelihara haiwan berlainan maksud dan impaknya...

Impak apabila kita membantu haiwan ialah kita tidak akan menerima sebarang ucapan TERIMA KASIH atau penghargaan secara lisan dari haiwan yang kita bantu, tetapi apabila kita membantu manusia miskin yang mempunyai banyak haiwan peliharaan, kita akan menerima 1000 PUJIAN dari manusia tersebut dan juga dari manusia yang lain juga...

Di sinilah Allah akan menduga sejauh mana keikhlasan kita tatkala MEMBANTU HAIWAN yang memerlukan bantuan di depan mata kita dan apakah momentum keikhlasan kita akan kekal setelah menerima pujian dari ramai manusia...?? Dalam bab ini, usahlah kita terlalu menaruh syak wasangka terhadap keikhlasan orang lain kerana keikhlasan itu semuanya adalah milik Allah SWT...Yang penting, kita lakukan sahaja asalkan ianya mendatangkan manfaat dan kebaikan...

Usah gentar dengan manusia-manusia yang tidak sudah-sudah mencari salah orang lain...PH amat kasihan melihat mereka yang mudah terpengaruh dengan berita-berita yang belum tahu kebenaran hujung pangkalnya...Mereka ini seolah-olah tiada maruah diri kerana prinsip hidupnya sangat lemah dan mudah berubah arah dengan hanya memetik jari sahaja...Apabila perbuatan kita ( setelah menyelamatkan kucing atau anjing ) dikritik dengan unsur-unsur sentimen peribadi, kadangkala, kita perlu 'back up' diri kita sekiranya menjatuhkan maruah... Di dalam situasi ini, cara yang PH selalu gunakan ialah berdiam diri ( usah membalas ) tetapi membalasnya dengan perbuatan baik yang kita lakukan secara istiqamah...

Kebenaran tidak akan datang hari ini, esok atau lusa...Sungguhpun begitu, lambat laun ianya tetap akan datang juga...

Cabaran yang paling berat oleh seorang aktivis haiwan ialah berpunca dari manusia itu sendiri...Lain orang, lain caranya asalkan ianya tidak melanggar batas kemanusiaan dan syariat...

Dan satu lagi, PH terkilan kerana tatkala PH sedang giat berusaha untuk sama-sama menyemai sikap mengambil tanggungjawab, semakin ramai pula individu yang nak buang kucing...hmmm



Sorilah entri kali ini panjang sangat...Harap kalian semua hepi selalu bersama dengan si comel tersayang...Biar kita yang control kucing, jangan kucing yang control kita...Kalau kucing yang control kita, itu petanda ada sesuatu yang tak kena dengan jatidiri kita...

Terima kasih kerana sudi membaca...

Comments

  1. PH or MH,sy slalu dgr org ckp,klau kte terlalu mmjakn kucing n mlayan kucing mcm ank sndiri,kte xkan dpt zuriat sbb kucingtu akn doakn mcmtu coz dia xnk kte abaikn dia...n org ckp jgk,klau bela kucing,sush dpt ank...mungkin kebetulan,kbnykkn saudra n kwan2 sy yg bela kucing,smuanye xde zuriat smpai mereka tua n meninggl dunia...

    ReplyDelete
  2. sampai bila nak dengar cakap orang tu?

    ReplyDelete
  3. Xjgk ank nie rezeki dr Allah..sy ada bela kucing & dh 4 taun b kahwin bru d kurniakn zuriat..nie sume dugaan dr Allah utk mguji ketabahan hambanya..kita sbg mnusia xbole myalahkn ssiapa pn..anggap lh nie dugaan & kita redha kpadanya..

    ReplyDelete
  4. Sifat penyayang kepada binatang adalah sifat yang mulia. tahniah bro..

    ReplyDelete
  5. Berapa ramai org mcm PH mcm Puspa Rani tak ramai bole kira dgn jari sbb tu masih ada kucing dan anjing terbiar dimana-mana pun kita akan jumpa terutama dikawasan saya ni Bila kita buat kebaikkan ada sahaja yg negatif

    ReplyDelete
  6. Org mcm ni ibarat malaikt yg dijelmakn oleh Allah utk menolng makhluknye....

    ReplyDelete
  7. Saya tak.dapat bayang kan. Kalau PH xada .
    mcm mana haiwan2 tu nanti...
    sy nk nanges arrrrrrrr........
    besar pengorbanan anda abg PH...
    Allah s.w.t pastI memberikan ganjaran sebesar2 nyer kepada abg PH. Aminn ya rabbal alamin. Insya'Allah

    ReplyDelete
  8. Yang bayang putih itu mgkin HERO yg sedang memerhati pembelanya dan papanya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular