Anak Kucing 'Dianiaya Pemilik' Meraung Minta Dibebaskan ( 70 Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan Oleh Team HERO )

Assalamualaikum Dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman..

Allahurabbi...Masa berlalu pantas betul sekarang ni...Sedar tak sedar dah sebulan lebih rasanya PH tak update blog...Bukannya apa, sekarang ni komitmen PH dah bertambah-tambah, baik pada keluarga dan juga anak-anak bulus di Cat Village...

Oklah, untuk dijadikan kisah pada artikel kali ini, PH ingin bercerita tentang aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh susah payah pada tanggal 4 Mei 2014 yang lepas...Pada hari itu ( Ahad ), PH dan Uncle Angah telah tiba di Pusat Kurungan Haiwan DBKL pada waktu seperti yang dijanjikan bagi melaksanakan rutin mingguan seperti biasa...Sebaik sahaja kami berdua masuk ke dalam kandang, kami berdua terus tertunduk dan menggeleng-gelengkan kepala...Apa tidaknya, menurut staf yang berada di situ jumlah keseluruhan kucing yang perlu diambil ketika itu ialah sebanyak 70 ekor...Tidak kurang juga hampir 20 ekor adalah kucing serahan ( seekor ibu bersama enam bayinya dan seekor kucing jantan dewasa )...


PH : Ngah, caner nak ambik ni Ngah...Banyak ni...Sangkar tak cukup...Kereta pun tak muat...

Uncle Angah : Tu la bang...Banyak gila ni...

Kami berdua masing-masing termenung sebentar memikirkan jalan penyelesaian...Dengan bau najis yang menyumpit-nyumpit hidung, kami buat-buat macam biasa...Kami dah imun dengan bau-bauan tersebut...Hati kami lebih tercarik apabila melihat kandang kucing yang penuh dengan najis serta bekas makanan yang dipenuhi dengan air kencing kucing..Tetapi, PH tidak salahkan pihak pengurusan...Di akhir artikel ini PH akan maklumkan kenapa PH tidak salahkan mereka 100%...



Inilah wajah kucing malang yang sudah tidak dipedulikan pemiliknya...Mereka ini sangat berisiko untuk dijangkiti 'deadly virus'...Kucing yang di dalam sangkar tu adalah seekor ibu bersama-sama dengan 6 ekor bayinya yang baru lahir sementara kucing yang di dalam 'carrier' tu adalah seekor kucing jantan yang sangat besar...PH fikir, ni mesti kes kucing pancut sana sini la ni...Bila disarankan untuk dikembirikan, banyak pemilik kucing memberikan alasan yang tidak munasabah...Tidak kurang juga ada yang sibuk bercerita tentang halal haram untuk mengembirikan kucing...Tetapi, bab membuang kucing itu tidak pula mereka klasifikasikan apa hukumnya...Halalkah membiarkan kucing yang dipelihara itu di tepian jalan, pasar ataupun tempat pelupusan haiwan..?? Sebagai seorang yang beragama Islam, PH yakin ramai yang tahu apa hukumnya berbuat sedemikian...Kalau tak tahu samada halal atau haram, PH hampir pasti akan ramai orang yang akan kata ianya BERDOSA...


Di dalam sangkar sahaja ada hampir 30 ekor kucing yang bercampur aduk kucing dewasa dan kucing kecil...Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sangkar...Nasib baik la Ph dan Uncle Angah rajin workout...Setiap sangkar yang kami bawa berat setiap satu lebih dari 50kg...


Apabila menyedari kehadiran kami berdua, terus mereka berebut-rebut nak keluar dari kandang ini...PH paling kesian kucing yang kecik dan sakit...


Lihatlah puas-puas momen yang tidak diingini ini...Ini juga adalah kucing serahan dari pemilik kucing yang sudah tidak berhubung sel-sel otaknya...Mungkin pada kalian ini adalah perkara asing, tetapi bagi kami berdua momen sebegini sudah penat untuk disaksikan lagi...Kadangkala, PH tak boleh nak senyum langsung apabila melihat gambar-gambar mereka yang ber'selfie' dengan kucing-kucing berbaka cantik di dalam Facebook...PH cuba juga untuk senyum tapi hanya senyum tawar jer kekadang tu...Syabas buat mereka yang mempunyai kucing berbaka cantik tetapi pada masa yang sama mereka turut membantu di dalam perihal kebajikan kucing-kucing terbiar... 

Si comel kecil meraung minta dibebaskan
Si comel ini tidak mengerti apa-apa...Adik beradiknya yang lain semuanya havoc meraung-raung minta dikeluarkan tetapi dia hanya mengiau sayu sahaja...Elok jer dia duduk di dalam bekas yang ditakungi air kencing kucing lain...


Hari itu adalah misi yang paling lama yang pernah dilaksanakan...Hampir satu jam lebih kami bergelumang dengan najis kucing...Tetapi, matlamat utama tetap kami junjung; iaitu memberikan semula hak kebebasan kepada mereka...


Di bawah ni ada video bagaimana Uncle Angah mengeluarkan kucing-kucing yang ditangkap..Kalau tak boleh PLAY, sila klik sini ( LINK )





Inilah kucing-kucing yang telah berjaya kami berdua keluarkan pada hari itu...Penat dan peningnya tidak terkata...Tetapi, Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan oleh Allah SWT...Staf DBKL telah memberikan kerjasama penuh dengan meminjamkan beberapa buah sangkar lagi...


Lihatlah wajah mereka betapa leganya apabila dapat keluar dari kandang yang sempit itu...Kalau kita berada dalam keadaan mereka macamana agaknya yer...??


Beginilah rupa kereta PH masa nak pulang...Kereta Uncle Angah pun begini juga keadaannya...Kami mengambil masa hampir satu jam untuk 'adjust' sangkar-sangkar ni...

Kereta PH
Kereta Uncle Angah
Alhamdulillah, misi yang sukar pada kali ini berjaya juga dilaksanakan akhirnya...Masing-masing berselfie dengan muka yang penat dan sembab...Semua kucing-kucing ini telahpun selamat dilepaskan di Cat Village...Jutaan terima kasih kepada pihak DBKL kerana sudi bekerjasama dengan sepenuh hati...Menurut sumber yang sahih, aktiviti pelupusan haiwan memang 'dihalalkan' di bawah Akta Kacauganggu...Pihak mereka pun sebenarnya tidak mahu melakukan aktiviti sebegini kerana ianya turut membabitkan kos dan tempat simpanan haiwan...Tetapi dek kerana jumlah tangkapan dan aduan yang tinggi setiap hari membuatkan pusat kurungan haiwan menjadi penuh sesak...


Salah seorang petugas DBKL telah menunjukkan kepada PH jadual pembersihan dan pemeriksaan selepas pembersihan..PH mendapati kerja-kerja pembersihan telah dilakukan dengan baik hampir setiap dua jam bermula dari seawal 7.30 pagi sehinggalah ke petang...Keadaan kandang selepas dibersihkan adalah SANGAT BERSIH....Namun, ianya tidak lama...Nanti PH akan ceritakan apa sebabnya...Teruskan membaca...


PH tidak menyalahkan pihak mereka di atas pemandangan seperti di atas ini kerana PH sendiri pernah dan sedang mengalami situasi yang sama...Kucing yang ditangkap / diserahkan oleh pemilik kebanyakannya trauma berpunca dari pelbagai sebab...Keadaan ini bertambah teruk apabila mereka ditempatkan bersama-sama dengan kucing lain di dalam satu sangkar ( di rumah PH ) dan kandang ( di pusat kurungan haiwan )...Tahap 'bladder' mereka tidak sama...Contohnya, apabila kucing A membuang najis besar, ianya akan disusuli dengan kucing B yang juga turut membuang air besar...Kalau PH bersihkan dan tunggu dalam 10 minit, kucing C pula akan membuang najis dan ini diikuti dengan kucing D...PH hampir pasti mana-mana pusat kurungan haiwan atau individu yang memelihara kucing jalanan pasti akan mengalami masalah ini...Kebanyakan mereka cirit-birit akibat dari jangkitan bakteria yang datang dari habitat asal, kucing-kucing liar yang lain ataupun di kandang kurungan...

Berdasarkan pengalaman PH menjaga kucing DBKL mahupun kucing jalanan, ada dua kemungkinan utama mengapa mereka membuang najis di dalam mangkuk makanan... Pertama, mereka berasa tidak selamat walaupun ketika membuang air besar atau kecil kerana takut dengan kucing-kucing lain atauupun suasana baru...Kedua, mereka mungkin menyangka mangkuk makanan itu adalah 'tray' pasir...Biasanya, kucing yang membuang najis di dalam mangkuk makanan adalah kucing yang BERTUAN...Mereka telah dibuang diserahkan kepada pihak berkuasa oleh pemilik yang sudah tidak mahu mereka lagi...

Nota PH :

Begitulah alkisahnya nasib kucing jalanan yang ditangkap...PH amat mendambakan agar ada komuniti setempat yang dapat bekerjasama dengan pihak majlis di setiap negeri atau daerah...

Ada satu lagi peristiwa pilu yang amat menyentap jiwa tentang nasib kucing-kucing yang diserahkan kepada pihak berkuasa dengan alasan dah tak larat nak jaga...Nanti PH akan update dalam entri yang akan datang yer...

Kepada mereka yang tak sudah-sudah asyik mengeluh pasal kucing dan tak berhenti asyik fikir kat mana nak buang mereka, sudah-sudahlah tu...Kalau kalian jadi kucing, kalian juga akan PH keluarkan dari sangkar tu pastu letak kat Cat Village...Kucing yang tak berakal kat Cat Village tu pun boleh dididik menjadi disiplin...Yang ada otak tapi akal letak kat longkang memang sampai bila-bila pun takkan ada disiplin sebab sel-sel otak dah tak berhubung lagi...


Comments

  1. teruskan usaha tue bro, sy harap ramai lagi org yg berhati murni mcm bro

    ReplyDelete
  2. Saya janji bila saya dah dapat kerja dan rumah, saya nak bela seberapa banyak kucing yang boleh. Tolong doakan saya PH. Saya tak boleh tengok dorang macam ni. Allahu sebak rasanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular