Insan berhati emas memberi kucing jalanan makan setiap jam 3 petang


Allahurabbi...!!! Tersentuh hati PH apabila terbaca status yang disiarkan di page Facebook Kelab Fotografi Haiwan Jalanan yang dikendalikan oleh saudara FB Cuhax Hafiz...Status di laman Fan Page tersebut mengisahkan tentang sikap ehsan seorang hamba Allah yang selalu memberi kucing jalanan makan di perhentian bas Mersing, Johor setiap jam 3 petang...Gambar ini dikirim oleh saudari Atiqah Naba ke laman Fan Page tersebut...


Kemudian PH share status ini ke laman Fan Page Kakimotong Fan Club dan ada seorang rakan Kakimotong yang bernama Masha Sufian telah menyokong status ini menerusi komen beliau :


Saudari Masha Sufian juga selalu menjenguk kucing-kucing di sini dan memberi mereka makan...


Inilah wajah hamba Allah yang dimaksudkan...


Syabas PH ucapkan kepada kalian yang prihatin terhadap kebajikan kucing-kucing bergelandangan di sini...

Nota PH :

Tetapi pada hemah PH, lebih molek sekiranya kucing-jalanan di tempat ini dicarikan keluarga angkat untuk mereka agar kehidupan dan keselamatan mereka lebih terjamin..Apa yang PH khuatir ialah :

1 ) Pihak pengurusan perhentian bas atau pihak berkuasa tempatan menerima aduan dari orang awam dan kucing-kucing akan ditangkap. Di waktu sekarang mungkin pihak pengurusan tidak kisah tetapi sekiranya pihak atasan menerima aduan yang bertali arus maka tidak mustahil tindakan drastik akan dilakukan oleh mereka...

2 ) Dikhuatiri mereka akan dilupuskan setelah ditangkap...

3 ) Mendatangkan rasa kacauganggu oleh orang awam ( najis merata dan sebagainya )

4) Ada individu yang tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh...Menggalakkan lagi orang membuang kucing di sana lebih-lebih lagi kucing bunting dan anak kucing yang masih kecil...Dan masalah tidak akan selesai....

5 ) Kucing berisiko mati dilanggar kenderaan...

Kalau tidak mampu buat seorang diri, wujudkanlah satu komuniti kecil di kawasan tersebut dan kemudian wujudkan satu laman sosial bagi mengembangkan lagi komuniti yang sedia ada...

Yang penting, MULAKAN LANGKAH PERTAMA...In shaa Allah banyak komuniti haiwan di negeri masing-masing akan membantu demi si comel yang bergelandangan....

Sebagai mengakhiri entri kali ini, marilah kita sama-sama lihat apa yang telah terjadi apabila kucing jalanan ditangkap oleh pihak berkuasa...Dengan menonton video ini, PH harap kalian faham apa yang PH khuatiri selama ini...Ini adalah kisah benar dan PH sendiri telah melihat bermacam-macam kisah pilu kucing jalanan yang ditangkap...Video ini disiarkan di laman Instagram PH @haireypapahero...

A video posted by Papa Hero (@haireypapahero) on



Comments

Entri Popular