Kakimotong Kini Ada Produk Susu Jenama Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Alhamdulillah, Kakimotong kini telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan izin Allah SWT...Berkat usaha dan ikhtiar yang berterusan, akhirnya ianya membuahkan hasil...Dengan kerjasama dari Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor dan Jabatan Veterinar Negeri Selangor, akhirnya PH berjaya menjadi salah sebuah pengedar susu lembu segar keluaran mereka ( dibawah naungan DVS Selangor )...Siri mesyuarat telah diadakan bersama-sama dengan beberapa orang ahli lembaga persatuan di dalam membincangkan perkara ini...Setelah sekian lama PH merahsiakannya, kini telah tiba masanya untuk PH war-warkan kepada pengetahuan umum...


Ada cerita di sebalik bagaimana PH boleh mendapat rezeki ini...Pada suatu hari, PH telah menemui keluarga angkat untuk kucing-kucing DBKL di sekitar Semenyih...Individu tersebut telah mengambil 5 ekor kucing DBKL...Ketika berbual dengannya, PH bertanya mengenai profesionnya...Individu tersebut berkata dia menjual susu....

Sambil mengambil sebotol susu segar, beliau memberikan dua botol kepada PH secara percuma...PH memberitahu beliau bahawa PH tidak minum susu kerana PH akan muntah...Individu tersebut memberitahu dia menjamin bahawa PH tidak akan muntah kerana adalah susu segar yang dimasak selepas diperah dan terus dibotolkan dan ianya tidak mengandungi laktosa....Lalu PH pun mencuba minum susu tersebut...Pelik...PH tidak muntah walau sedikitpun., bahkan rasanya sangat sedap dan lemak...Terus PH minum sebotol lagi...Setelah berpuluh tahun hidup ( selepas bercerai susu ibu ), inilah kali pertama PH minum susu putih...Masa PH bawa susu tersebut pulang ke rumah, berebut-rebut kucing PH nak minum susu tu terutamanya Si Hector Badak...Di antara rahsia gendut dan sihat Si Hector Badak dan kucing-kucing PH yang lain ialah kerana mereka selalu meminum susu tersebut...

PH telah membuat kertas kerja termasuk sasaran pemasaran dan promosi untuk dibawa berjumpa dengan seorang ahli lembaga tertinggi persatuan ruminan...Berhari-hari PH bersengkang mata untuk menyiapkannya dan Alhamdulillah ianya berhasil - berkat usaha secara berterusan....

Nota PH : 

Rezeki datang tanpa disangka-sangka...Oleh kerana membantu mencarikan adopter untuk kucing DBKL, PH telah menerima ganjaran secara terus dari Allah SWT...

PH jenamakan susu ini sebagai Susu Lembu Segar HECTOR...Ianya adalah untuk diminum oleh manusia tetapi haiwan peliharaan juga boleh minum sebab PH dah cuba bagi kat kesemua kucing-kucing PH termasuk Abam Iyo...Mereka semua sihat selepas meminumnya ( dengan izin Allah )...Sekarang PH sedang di dalam proses untuk perlabelan dan ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum PH memasarkan susu ini...


Di antara tujuan utama PH memasarkan susu ini adalah untuk menampung kos-kos pembinaan perkampungan kucing Kakimotong Cat Village...Ini bermakna, sekiranya kalian membeli susu ini ianya secara tidak langsung membantu kepada peningkatan dana...

Nanti PH akan update lagi bila susu ini akan dipasarkan yer...Ayuh...!!! Jom membeli sambil beramal....

Comments

Entri Popular