Selamat Pengantin Baru Kepada Adik PH dan Kisah Kucing Bendang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman....

Alhamdulillah dapat juga PH update blog untuk entri kali ini...Dah lama PH tinggalkan arena penulisan blog ini kerana terlalu sibuk dengan jadual yang padat...Tak macam dulu, satu hari PH update sekurang-kurangnya 4 entri...Dulu ranking blog Kakimotong ni di dalam global ialah yang ke 300,000 ( sumber Alexa.com ), tapi sekarang ni dah menurun menjadi 1 juta lebih dah...Tapi tak mengapalah, bukan ranking yang PH kejar pun...Yang penting mesej jalan penceritaan sampai kepada kalian semua...

Untuk dijadikan entri pada kali ini, PH ingin berkongsi tentang majlis perkahwinan adik PH iaitu Mohd Hazrey bin Yahya a.ka Amar yang berlangsung pada 8 Jun 2013...Majlis pernikahan dan persandingan berlangsung di Kampung Tanjung Piring, Nami, Kuala Nerang, Kedah...PH bertolak dari Semenyih pada 7 Jun 2013 jam 12 tengahari...Maklumlah, nak setelkan anak-anak bulus di rumah dan DBKL di Cat Village sebelum berangkat...Tapi kucing-kucing DBKL di Cat Village turut dijaga oleh jiran di kebun sebelah...Perjalanan dari Semenyih ke Kuala Nerang mengambl masa hampir 9 jam...Perghh...!!! Dalam juga tempatnya...Tak pernah PH memandu sejauh ini, tapi Alhamdulillah Allah telah izinkan kami sekeluarga sampai ke sana....


PH sampai ke Kuala Nerang lebih kurang jam 8.45 malam...4 kali kami berhenti di R&R...Si kembar pun gembira dan tak banyak meragam di sepanjang perjalanan...PH sekeluarga terus ke rumah pengantin perempuan iaitu Norhayati bt Salleh di Kampung Tanjung Piring untuk makan malam...Kelihatan sanak saudara dan sahabat handai pihak sebelah perempuan sedang sibuk bergotong royong untuk persiapan kenduri...Para penanggah pun sibuk ke hulu ke hilir untuk membantu keluarga pihak pengantin perempuan...Majlisnya sederhana tetapi sangat meriah kerana orang-orang kampung di sana sangat peramah dan riuh rendah...


Pada malam itu, PH turut menyampaikan sebuah lagu khas untuk kedua bakal mempelai...PH nyanyikan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan May yang bertajuk "Cintamu Mekar Di Hati"...Inilah dia ayah PH iaitu Yahya bin Mahmod...






Inilah ayahanda kepada pengantin perempuan iaitu Pak Salleh ataupun lebih dikenali sebagai Pak Su....Steady sangat-sangat Pak Su ni...Malam tu kami bersembang panjang bersama-sama dengan keluarga mereka...Mereka semua sangat peramah dan kelakar...


 Maka pada keesokan harinya majlis persandingan pun berlangsung dengan meriah sekali...Ada dua pasang mempelai bersanding sekali...


PH dan Hazrey ni memang sangat rapat sejak kecil...Tak sangka sekarang dia sudah berumahtangga...Sekali nampak umurnya macam 21 tahun tapi sebenarnya umurnya dah mencecah 29 tahun pada 6 Julai ini...Beliau juga seorang yang hebat dan cekap bermain gitar...Dulu dia adalah pemain gitar utama Kumpulan Scoin...PH...??? PH dulu Kumpulan AXL's...hehehehe...


Di atas permintaan adik PH sendiri, maka PH pun berpencak silat di hadapan kedua-dua pasang mempelai...


Ayah PH bergambar kenangan dengan cucu kembarnya...Sekarang dia bermastautin di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor...Ibu PH tidak dapat menghadirkan diri kerana baru lepas menjalani pembedahan di perut...


Setelah selesai majlis, lebih kurang jam 5 petang kami semua pergi ke sawah Kampung Belantek di Kuala Nerang untuk mengadakan sesi fotografi...


Si kembar la yang paling gembira sekali...Seronok tengok mereka berlari riang ria di bendang...


Nampak macam dua bidadari kecil sedang bermain di bendang...Senyuman tidak lekang dari bibir sepanjang mereka berada di sini...Hilang stress dengan pemandangan yang indah dan suasana yang aman damai....


Inilah di antara hasil fotografi PH pada petang itu...


 Di sana PH berkenalan dengan seorang pakcik yang memperkenalkan dirinya sebagai Saifudin...Beliau sangat arif tentang teknik penanaman padi dan selalu mengajar pelajar-pelajar universiti di Jepun dan China...Melihatkan susuk tubuhnya yang sasa sudah cukup 'menggerunkan'...Bila PH pegang otot-ototnya terasa keras seperti batu dan bila PH cuba untuk menolaknya dia langsung tidak tumbang...Hebat betul Pak Saifudin ni...



Masa tengah buat sesi fotografi pengantin, PH terjumpa seekor kucing hitam sedang asyik mengunyah daun padi...Kucing ini dijumpai oleh Pak Saifudin ketika dia sedang membersihkan kawasan hutan belantara ini menjadikan ia sebagai sebuah sawah padi...Pak Saifudin menjumpai kucing ini di bawah sebuah pokok dan ketika itu dia sedang berseorangan...Masa tu umurnya lebih kurang 2 bulan...Masih bayi lagi...Pak Saifudin kata mungkin ibunya adalah baka seekor kucing hutan kerana mustahil ada kucing biasa di dalam hutan belantara yang tebal...



Memang sangat comel Si Citam ni...Berat betul badan dia bila PH dukung...Manakan tidaknya, hari-hari kunyah daun padi...Mestilah dia sihat...



PH sekeluarga bergambar kenangan di bendang...


PH juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada warga Kedah, khususnya warga Kampung Tanjung Piring, Nami, Kuala Nerang, Kedah di atas layanan mesra di sepanjang kami berada di sana...Sedap betul gulai daging batang pisang tu...Jika tiada aral melintang, In Shaa Allah nanti kita akan bersua lagi yer...Orang-orang Kedah sangat peramah dan pandai buat kelakar...


Kepada adik PH iaitu Mohd Hazrey bin Yahya dan isterinya Norhayati bt Salleh, PH ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru...Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kamu berdua dan semoga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat....


Lagi banyak gambar boleh dilihat di sini ( LINK ) dan di sini ( LINK )

Comments

Post a Comment

Entri Popular