Alkisah Mama Rossy Jatuh Sakit
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah bersua kita sekali lagi di dalam wadah yang tak seberapa ini yang tak lain tak bukan hanya menceritakan realiti kehidupan haiwan jalanan yang sering menjadi mangsa keculasan manusia itu sendiri...Yalah, kalau kita tak bantu, siapa lagi yang nak bantu, kan..?? Justeru itu, terpulanglah kepada empunya badan...Hulurkanlah bantuan setakat yang termampu...Bagi PH, asalkan perbuatan kita itu menjurus ke arah kebaikan dan tidak melanggar batas-batas agama ianya adalah dikira sebagai ibadah...Soal dosa atau pahala biarlah Allah SWT sahaja yang menentukan...Sebagai manusia yang tidak keruan lagi ke mana hala tuju kita di akhirat kelak, tidak wajarlah kita menjatuhkan hukum kepada orang lain dan mendoakan sesuatu yang tidak baik kepada mereka...Itu namanya rekrut Allah...Kita pun tidak tahu di mana Allah SWT letakkan darjat kita...
Oklah...Untuk entri kali ni ada sedikit berita tidak baik...PH nasihatkan kepada kalian semua agar berhenti makan dulu sebelum membaca entri ni...
Sejak 3-4 hari yang lepas Mama Rossy sudah nampak lain..Dia tidak menyalak seperti selalu apabila ternampak orang yang tidak dikenali lalu lalang di kebun PH a.k.a Kakimotong Cat Village...Masa tu PH tengah sibuk menyiapkan rumah Rossy dan Jojo Kepsi...Sehingga ke petang, Mama Rossy diam sahaja...Dia hanya duduk bertongkatkan dagunya ke tanah..Sekali sekala dia menyangkung seperti hendak membuang air besar tetapi tiada pula najis yang keluar...Pendek kata, tingkah lakunya berubah...
Apabila melihatkan keadaannya sebegitu, PH membuka ikatan rantainya lalu dibawanya pergi berjalan-jalan di sekitar kawasan kebun...Apa yang PH lihat sangat menyedihkan...Mama Rossy berjalan terhencot-hencot...Sebelum ini PH memang telah sedia maklum kaki belakangnya memang ada masalah...Tapi masa dia cari Kiki Lala kakinya dah pulih...Jalan pun dah tak tempang lagi...Laju juga dia berlari sampai kejang juga ketiak PH nak tarik badan dia yang berat tu...
Tapi kali ni PH rasa kakinya ada masalah lain...Lepas PH periksa, rupa-rupanya ada bengkak yang sangat besar di kakinya...Nampak macam ada bisul..Bila PH sentuh ianya lembik...Tiba-tiba Mama Rossy rebah di depan PH...Dalam keadaan kelam kabut PH terus membawanya ke klinik haiwan yang berhampiran...Beginilah keadaannya ketika sampai di klinik haiwan...Doktor yang merawat Mama Rossy telah pun mengenalinya sebelum ini....Masa gambar ini dirakam, doktor tengah kelam kabut mencari ubat...Dia langsung rebah tak bergerak melainkan nafasnya yang laju turun naik...PH hanya mampu termenung sahaja melihat nasibnya sedemikian rupa...
Dr. Cham kembali mendapatkan Mama Rossy dan memeriksa kakinya...Steady sangat doktor ni..Dia tak kisah pun buat kerja kat atas lantai...Dr. Cham memang selalu membantu mereka yang membawa haiwan jalanan untuk mendapatkan rawatan... Selang beberapa minit kemudian, doktor memulakan tugasnya...
Mama Rossy amat memerlukan sokongan mental ketika ini...PH kuatkan semangat dan mengusap-usap dada dan kepalanya...Tanpa disangka-sangka, Mama Rossy bangun...Alhamdulillah...PH kata padanya :
"Rossy sabar yer...Kejap jer...Doktor tengah amik ubat tu...Nanti dah bagi ubat baiklah sakit tu...Sabar yer..."
Rossy tidak berpaling tetapi biji matanya menjeling ke arah PH sehingga nampak selaput mata putih...Kesian sungguh PH melihatkan keadaannya...Haiwan ni apalah yang dia tahu...Nak cakap tak reti...Maka kita ni lah yang kena ambil tanggungjawab untuk memantau keadaan mereka...Maksud PH, mereka tu adalah haiwan-haiwan yang lain juga...
Dr. Cham memicit-micit di beberapa bahagian sendi kakinya..Tiada tulang yang patah tetapi ada kesan Traumatic Injury...
Memang nampak macam ada nanah di bahagian dalam kaki belakangnya...Untuk mengujinya, doktor membelah sedikit tempat yang bengkak tu...
Mama Rossy kelihatan seperti ingin menyalak tetapi tiada suara...Dia tahan jer sakit masa kaki dia kena belah...Tabah betul anjing baka German Shepherd ni...Tahan lasak...Anjing baka ini adalah di antara baka yang terbaik di dunia berdasarkan beberapa kebolehan yang sangat luar biasa...Sesungguhnya Allah itu Maha Pencipta...
Memang sah ada nanah...Dr. Cham memicit sampai habis...Banyak betul nanah yang keluar...
Lepas tu Dr. Cham menyuntik ubat antibiotik dan tahan sakit ( kalau tak silap PH )...Doktor kata mungkin Mama Rossy terkena bisul ataupun sengatan serangga berbisa...
Sebelum PH membawa Mama Rossy berjumpa doktor semalam, pada minggu lepas PH dapat kesan ada sesuatu yang berlaku pada bahagian punggung Mama Rossy...PH perasan ada banyak pulak lalat yang hinggap...Lepas PH periksa, rupa-rupanya bahagian tepi punggungnya dimakan ulat berengga ( maggots )...Sebelum ni PH dah periksa ( masa mula-mula ambil Mama Rossy dulu ) memang ada sedikit kesan kelihatan seperti luka tetapi ianya sangat kecil...Jadi lepas PH semburkan Maggot Spray selama 3 hari berturut-turut, luka tu dah sembuh...
Tapi kali ni PH amat terkejut...Bahagian daging tepi punggungnya habis dimakan ulat...Baunya usah dicakap...Tapi, demi Rossy PH redah jer...Ini kali pertama PH buat sendiri yakni mengeluarkan kesemua ulat-ulat berengga yang dah terperosok jauh ke dalam...PH mengikut saranan yang diberikan oleh Dr. Cham menerusi talian telefon...Bulu Mama Rossy yang berwarna biru tu adalah akibat semburan Maggot Spray...
Beginilah rupa ratusan ulat berengga yang sedang enak memakan daging Mama Rossy...Bahagian anusnya belum lagi kena makan ulat, cuma bahagian kiri dan kanan punggungnya yang dimakan ulat...Nasib baik saluran usus bahagian anus dia masih ok...
Tanpa memikirkan bau dan rasa geli, PH redah jer...PH cungkil kesemua ulat yang ada...Kalau PH tak buat, siapa lagi nak buat...Lagipun ini boleh dikatakan pengalaman dan pelajaran baru juga bagi PH...PH pakai pencungkil jerawat jenis kayu dan penyepit janggut...PH pergi runner beli kat kedai My One Shop kat Semenyih Sentral ni...Siapa yang tinggal kat Semenyih tahulah kedai yang glamer tu...
Inilah ulat-ulat berengga yang dah jatuh menggeletek kat atas tanah...Debab-debab dan comel kesemuanya...PH teruskan usaha mengeluarkan ulat-ulat berengga yang menyerang Mama Rossy...Jumlahnya adalah ratusan ekor...PH mengambil masa satu jam setengah untuk mengeluarkan ulat sahaja...Lepas tu PH cuci bersih-bersih dan kemudian sembur dengan Maggot Spray semula...Selepas 2 hari, PH cuci lagi tempat yang berulat tu dengan air bersih sehingga ternampak semula dagingnya yang berwarna Pink...Tak macam masa mula-mula dulu, kelihatan berwarna merah kehitam-hitaman...Bila PH korek semula, Mama Rossy mulai berasa sakit, tak macam masa ada ulat dulu...Dia tak rasa apa pun..Kebas agaknya...Dr. Cham kata itu adalah petanda yang positif...PH ulangi dari minggu lepas sehinggalah saat entri ini ditaip..Alhamdulillah ianya menunjukkan perubahan yang baik...Luka Mama Rossy sudah hampir sembuh...Dia sudah mula ada selera nak makan...
Balik sahaja dari klinik, PH terus menyambung semula kerja-kerja pembinaan rumah Mama Rossy..Lepas dah siap, PH akan membuat rumah untuk Jojo Kepsi dan Kiki Lala pula...Macam-macam hal bermain di benak fikiran PH ni..Lepas satu hal, satu hal yang lain datang menjengah...Lepas Kiki Lala hilang, Mama Rossy pulak sakit...Namun PH akur dengan kehendakNya..Itulah namanya LIFE....Nanti bila semuanya dah OK, barulah PH plaster dinding rumah Mama Rossy ni...Barang-barang Petshop Kakimotong PH juga perlu diuruskan...
Doakanlah semoga Mama Rossy cepat sembuh...Dah teruk kehidupan dia satu masa dulu...Dia telah berjaya diselamatkan dari dilupuskan...PH dan Mr Yap syak Mama Rossy telah menjadi mangsa pembiak baka haram...Badannya sangat kurus tetapi putingnya masih mengeluarkan susu lagi...Tak salah kalau kita sama-sama lakukan yang terbaik buat mereka, asalkan kita meletakkan syariat di tempat yang tertinggi...In Shaa Allah apa yang kita lakukan akan mendapat keredhaan dari Allah SWT...Di antara petanda usaha kita mendapat keredhaan Allah ialah masyarakat menyambut baik segala usaha kita...
Yang baik semuanya dariNya, manakala yang buruknya semua datang dari kita sendiri...Alhamdulillah lepas makan ubat pil Mama Rossy telah menunjukkan perubahan yang positif...
Nota PH :
Sebenarnya dah lama Mama Rossy dan Jojo Kepsi PH letakkan kat rumah ni walaupun belum siap sepenuhnya...Buat sementara, PH gunakan kanvas sebagai atap rumah anjing ni...PH malas nak letak gambar Mama Rossy dan Jojo Kepsi berteduh dalam rumah ni kat Facebook sebab ramai orang lebih suka mencari salah dari mengetahui perihal yang sebenarnya...Sedap betul jari mereka menaip tanpa memikirkan perasaan orang lain...
Tentang soal anjing, PH melihat ramai orang lebih cenderung komen di laman sosial berdasarkan emosi dan sentimen, bukannya fakta...orang-orang sebeginilah yang memburukkan lagi keadaan...PH dah malas nak berdebat soal ini lagi sebab PH menganggap kalian semua dah STEADY...Dah banyak hadis-hadis sahih dan fatwa dikeluarkan berkenaan anjing, jadi apa salahnya kalau kita sama-sama belajar dan mengamalkannya, yer dop...?? Kalau kita tak mampu lakukan, doakan yang terbaik kepada orang lain yang berani melakukannya...
Apa yang PH buat terhadap haiwan selama ini, hukum hakam syariat tetap berada di tempat yang tertinggi...Sebagai seorang yang berimamkan As Syafie dan pengikut Al Sunnah Wal Jamaah, kita seharusnya bijak mengasingkan emosi, pendapat dan fakta...Syariat perlu diutamakan dan pendapat ulama tidak boleh diperlekehkan...Kita sama-sama mencari persamaan, bukannya perbezaan...
PH hampir pasti seorang rakan PH yang berstatus IMAM MUDA kat Semenyih ni mesti tersenyum bila baca entri ni...Dia pun pernah jumpa Jojo Kepsi dan mengusap-usap kepalanya...Steady bro ustaz...!!!
Ph,,stiap sy slsai sholat,sy sllu brdoa bwt kucing&anjing yg trbiar d luar sna agar d prtemukan dgn org2 yg mnyayangi & dpt mnjaga mreka dgn pnuh kasih sprti ph,,smoga mreka yg msih trbiar d luar sna sllu d lindungi ALLAH SWT dr kekejaman mnusia2 zalim
ReplyDeleteYa Allah PH... saya doakan PH sekeluarga diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezki olehNya, aminnnn... moga2 usaha kita membantu haiwan jalanan terus diikuti oleh rakyat Malaysia... moga2 rakyat Malaysia juga tidak ambil kesempatan menghantar kucing ke cat village secara tidak langsung (dgn menghantar ke DBKL)
ReplyDeleteSalam PH..kalau laa lain kali PH jumpa haiwan yg lukanya penuh dgn ulat berengga,PH boleh guna ubat gegat..tumbuk bg hancur n tabur kt luka tu..komfem ulat2 tu keluar n mati..ayah sy penah buat kt kucing yg luka sbb bgaduh..penuh ulat atas kpala kucing tu..bkn ape..kesian tgk dorg ni..mesti rasa sakit n tak selesa..
ReplyDeleteSaya akan terus menyokong usaha PH dan berbangga dgn smangat PH..xdpt la sy mbantu tlalu bnyak,tp sy juga brusaha mgasihani kucing2 jlnan dtmpat saya..smoga kita bersama2 mbela nsib kucing2 dan anjing2 ini.
ReplyDelete