Kucing DBKL, Belasungkawa Kiki Lala dan Dedikasi Buat Mama Rossy
Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Ramadhan Al-Mubarak kali ini benar-benar menguji keimanan dan kekuatan PH...Terlalu banyak perkara sedih berlaku di sepanjang bulan puasa kali ini...Mahu atau tidak, PH terpaksa menempuhnya seorang diri...Blog inilah yang menjadi tempat PH untuk mencatat rentetan hidup tentang apa yang berlaku...Ianya ibarat sebuah diari kehidupan yang realiti dan hakiki...Cuma beza 'diari' ini ialah ianya boleh dibaca oleh semua orang di atas muka bumi ini...Setiap bait perkataan yang PH titipkan tiada selindung, bahkan semuanya datang dari lubuk mata hati yang paling dalam demi mempersembahkan sebuah perjuangan yang sangat berat, tetapi sering dipandang enteng oleh mereka yang telah buta mata hatinya...
Pada 7 Ogos 2013 ( 29 Ramadhan 1434H) , PH ( selaku wakil dari Team HERO untuk misi kali ini ) telah berjaya mengeluarkan sebanyak 25 ekor kucing ( untuk minggu yang ke-38 ) yang dibuang dan kemudian ditangkap oleh pihak berkuasa...15 ekor darinya adalah kucing serahan, yakni kucing yang diserahkan sendiri kepada pihak berkuasa oleh pemilik yang TIDAK LAGI MEMERLUKAN MEREKA...Orang-orang sebegini ibarat hidup segan tapi mati tak mahu...Mereka meletakkan masalah mereka kepada orang lain sedangkan masalah itu mereka sendiri yang menciptanya...Sayang kucing katanya, tapi dibuang juga...Bagi PH, mereka juga adalah dikira sebagai 'pembunuh senyap' kerana pada hakikatnya kucing-kucing serahan ini akan dilupuskan atau disuntik mati jika tidak dituntut oleh sesiapa dalam masa 7 hari...Paling tidak pun, kucing-kucing sihat yang mereka serahkan akan mati secara perlahan-lahan dan terseksa akibat jangkitan wabak virus berbahaya dari kucing lain kerana mereka disendatkan di dalam kandang yang sama...
Alhamdulillah, di sepanjang perjalanan pulang budak-budak comel ini tidak banyak ragam...Pada misi yang terdahulu, PH dan Uncle Angah terpaksa berhenti di tepi jalan beberapa kali kerana ada kucing yang membuang najis di dalam kereta...Itu belum masuk bab kucing-kucing bergaduh kat dalam kereta...Bukan apa, mereka stress sebab terlalu lama dikurung...Yang terlepas lima ekor kat dalam kereta pun ada...Tapi takper, itulah namanya cabaran dan 'life' sebagai seorang aktivis haiwan...Kami pun dah imun dengan perkara sebegini...
Agak melucukan apabila melihat keletah budak DBKL yang baru nak beraya kat Cat Village ni...PH bukak jer sangkar terus dia berlari memanjat pokok...Dua ekor pulak tu...Terubat juga rasa penat bila tersenyum melihat ragam budak-budak yang baru ni...Inilah namanya hak kebebasan seekor haiwan...
Budak-budak ni memang betul-betul lapar...Tapi untuk permulaan mereka tak berapa nak makan sangat sebab stress yang melampau...Mana tidaknya, dekat seminggu kena kurung...Mana tak 'gila' jadinya...
Buat julung kalinya PH menyiarkan gambar ini...Semenjak Kakimotong Cat Village ini dibuka, PH datang melawat kucing-kucing di sana dan memberi mereka makan pada setiap malam...Kucing-kucing yang sakit akan diberikan ubat manakala yang sakit diasingkan dan dipantau keadaan mereka...Masa inilah PH berkira-kira berapa banyak ubat yang diperlukan...Kucing-kucing DBKL ini amat istimewa...Mereka tidak sama seperti kucing jalanan biasa...Kalau berbual dengan mereka terasa seperti berbual dan bergurau senda dengan orang gila yang sudah pulih dari penyakit gilanya...Mereka dengan sendirinya akan 'menceritakan' bagaimana rasanya apabila menjadi gila...
Kebajikan mereka perlu PH jaga sebaik-baiknya selagi ada kudrat kurniaan Ilahi...Pada waktu malam sebeginilah PH selalu 'berbual-bual' dengan Mama Rossy...PH amat merindui saat-saat itu...
Masa gambar di bawah ini diambil, takbir raya telah pun berkumandang di surau seberang sungai Cat Village ini...
Berbalik pada kisah dugaan PH di sepanjang Ramadhan kali ini...Di antara dugaan hebat yang PH alami ialah kehilangan Kiki Lala, seekor anak anjing yang sangat comel...Ramai yang dah tahu dan mengikuti kisahnya dari mula sehinggalah saat dia hilang...Untuk mengetahui kisahnya, PH ada tuliskan beberapa hari yang lalu...Klik sini ( LINK )...Sehingga entri ini ditaip, Kiki Lala masih belum ditemui...
Selang beberapa hari kemudian, Mama Rossy pula jatuh sakit...Teruk betul sakitnya...Dia rebah secara tiba-tiba di hadapan PH...Mama Rossy telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam rumah anjing yang PH buatkan khas untuknya, Kiki Lala dan Jojo Kepsi...PH menangis melihat bagaimana Mama Rossy menahan kesakitan sakaratul maut...Pertama kali PH melihat seekor anjing menghabiskan nyawanya di depan mata kepala sendiri...Cerita masa dia sakit ada PH muatkan di sini ( Link )
PH menguruskan pengebumian Mama Rossy berseorang diri...Entah dah berapa banyak air mata yang dah keluar...Hati ini semakin pedih setiap kali kepala cangkul menerjah tanah...Kalau ikutkan hati, PH dah tak larat...Tapi PH sedar ini adalah asam garam kehidupan...PH amat yakin ada hikmah di sebalik episod hitam yang pernah ditempuh oleh Mama Rossy...PH juga yakin ramai yang dah terbuka hijabnya dan PH amat berharap agar pemergiannya tidak sia-sia...Sekurang-kurangnya ramai di kalangan umat berbangsa Melayu dan beragama Islam dapat mengikis sedikit banyak tentang persepsi negatif terhadap anjing...Cuma kadangkala sakit hati juga apabila melihat 'Keyboard Warrior' yang suka memburukkan keadaan dengan mempamerkan komen-komen yang tidak membina...Ini secara tidak langsung menunjukkan kebodohan mereka sendiri...
Jojo Kepsi juga menemani Mama Rossy sehingga ke akhir hayatnya...Mereka baru nak saling mengenali dan bermesra, tetapi hayat Mama Rossy tidak panjang...
Sebagai penutup tirai kenangan PH selama sebulan dengan Mama Rossy, PH telah dedikasikan sebuah video khas untuknya...Segala luahan kesedihan PH terkandung di dalamnya...Yang mana pakai henpon atau tablet, sila KLIK SINI ( Link )...Kalau ada babak yang memaparkan wajah Mama Rossy, kali ni PH hanya mampu 'mengusap' kepalanya dengan menyentuh jari pada skrin laptop jer...
Nota PH :
In Shaa Allah PH tidak akan patah semangat...Perjuangan di dalam mengejar matlamat hidup dan juga kebajikan haiwan perlu diteruskan...Jutaan terima kasih di atas sokongan dan doa-doa dari kalian semua...Apa yang PH paparkan di dalam blog ini atau di Facebook Kakimotong Fan Club adalah realiti kehidupan haiwan jalanan dengan bertujuan agar kita sama-sama dapat melahirkan modal insan yang lebih bertamadun dan prihatin...Kitalah yang mencorakkan generasi modal insan yang akan datang...
Sempena Aidil Fitri yang mulia ini, PH ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terdapat salah dan silap di sepanjang perkenalan kita samada di alam nyata mahupun di alam maya...Kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini...
Haiwan tu haiwan juga, tetapi silaturahim sesama kita usah diabaikan...Hentikan bersikap negatif dan syak wasangka...Yang sudah tu sudahlah...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...Sekali lagi PH mohon maaf zahir dan batin...Kirimkan salam PH kepada kedua orang tua yang jauh di rantauan...
ermm sedih tul tengok video nie, bagus kongsi video dan gambar gambar nie sedikit sebanyak boleh memberikan kesedaran kepada umat umat yang lain ...
ReplyDelete