Keseimbangan Itu Perlu Di Dalam Sesuatu Perjuangan
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah PH masih diberi kudrat dan masa untuk 'update' blog ni...Ada banyak cerita yang PH nak story kat sini tetapi dek kerana masa yang dirasakan terlalu singkat PH terpaksa menangguhkannya beberapa kali...Namun begitu, PH ada 'update' di page Kakimotong Fan Club dan page Pertubuhan Aktivis haiwan ( HERO )...
Dah lama PH tak cerita tentang aktiviti PH sekeluarga dalam blog ini...Ye lah, asyik cerita pasal haiwan jer kan...?? hehehehe...Tapi sebelum tu PH nak cerita sedikit tentang perkembangan Abam Iyo ni...
Baru-baru ini Abam Iyo tak sihat...Tapi sungguhpun begitu selera makannya masih macam gajah..Alhamdulillah...Berat badannya susut sedikit...Abam Iyo memang jarang sakit sebab PH dan MH selalu memantau gerak gerinya...Sebelum menguruskan kucing-kucing di Cat Village, Abam Iyo tetap didahulukan...Dia sudah berumur...Dah lapan tahun dia tinggal dengan PH...Mei 2014 genaplah sembilan tahun dia tinggal dengan kami...Abam Iyo sudah berumur...Nisbah skala umur Abam Iyo kalau ditukar kepada skala umur manusia dia sudah mencecah 40an...Makan minumnya perlu dipastikan mencukupi agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini...Bukan senang nak jaga kucing kelainan upaya ni...Banyak aspek perlu dilihat dan tanggungjawab sepenuhnya perlu diambil...Sementara Abam Iyo masih hidup, PH dan MH berazam untuk menjaganya sebaik yang mungkin...
Dr. Zul yang selalu merawat Abam Iyo...Bukannya apa, Abam Iyo serasi dengannya sebab Dr. Zul sudah tahu perangai Abam Iyo ni macamana...Bukan semua doktor dia nak...PH juga sempat melawat cawangan klinik Dr. Zul yang baru sahaja dibuka di I-City Shah Alam...Kebetulan masa PH datang tu Abang Roy pun ada ( berbaju biru )...Dia hantar Si Prado untuk pemeriksaan kesihatan...PH datang ke sana pada 9 November yang lepas...
Okaylah...Kita lupakan sebentar pasal Abam Iyo yer...Perenggan yang seterusnya PH nak cerita tentang family pula...In Shaa Allah nanti PH akan update cerita Abam Iyo banyak-banyak kat page Kakimotong Fan Club yer...
Pada keesokan harinya ( 10 November 2013 ) adalah hari yang penuh bersejarah bagi PH dan MH...Direncanakan pada hari itu si kembar iaitu Along dan Angah akan naik ke pentas untuk mengambil piala konvokesyen Tabika KEMAS yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih...Kami ada di sana seawal jam 8.15 pagi...Ramai ibubapa yang hadir bagi melihat anak masing-masing naik ke pentas...
Lebih kurang jam 11 pagi, nama Along dan Angah disebut dan mereka berdua naik ke pentas...Berbunga-bunga hati PH dan MH apabila melihat mereka tersipu-sipu malu sebelum naik ke pentas...Di sebelah Along tu ( kiri sekali ) ialah Cikgu Norhayati selaku guru yang bertugas untuk Tabika KEMAS Kg Sentosa, Semenyih...
Along yang naik ke pentas dulu, kemudian baru Angah...
Ketika ini, PH dapat merasakan ada perjuangan lebih besar yang bakal PH tempuh nanti...Si kembar semakin membesar dan keperluan mereka juga perlu disediakan sebaiknya...Terasa berat bahu ini untuk memikul tanggungjawab ini, tetapi PH redha jer...Selagi kami ada di atas dunia ini, In Shaa Allah segala permintaan mereka akan cuba kami adakan...Mereka memerlukan kasih sayang dan pendidikan yang secukupnya sebagai bekalan apabila mereka dewasa nanti...
Lagi gambar suasana konvo di Kembar Fan Club ( link ) |
PH dan MH terasa sangat gembira pada hari konvokesyen tersebut...Ini adalah sesuatu yang baru buat kami berdua...Ketika ini, PH baru faham dan tak dapat nak bayangkan betapa bangganya seorang ibu dan bapa apabila dapat menghantar mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi...Segala jerih perih yang terlontar pasti tidak akan dilupakan tatkala membesarkan mereka...Dan PH juga turut sedar dan tidak dapat membayangkan betapa hancurnya hati seseorang ibu dan bapa apabila melihat masa depan anak yang mereka besarkan telah musnah dek kerana terpengaruh dengan anasir-anasir yang jahat...Lantaran itu, PH juga sedar bahawa sebagai ketua keluarga PH perlu memperbaiki diri setiap masa..PH perlu membaiki diri baik dari segi aspek duniawi dan akhirat...Jika tidak, mana mungkin PH mampu untuk memacu bahtera bagi mengharungi badai-badai hidup laksana taufan yang mengganas di lautan yang luas...PH dan MH perlu cekal di dalam menghadapi apa jua kemungkinan di dalam hidup...
Balik sahaja dari konvo, PH ternampak ada seekor kucing sedang enak bersantai bersama seorang pengawal keselamatan...PH menyapa pengawal keselamatan terbabit sambil bertanyakan tentang kucing tersebut...PH diberitakan oleh beliau memang kucing itu dijaganya dan diberi makan setiap hari...Nampaknya beliau tidak lupa tanggungjawab sosialnya terhadap haiwan juga...PH doakan semoga abang 'Guard' ini dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan datang dengan tidak disangka-sangka...
Bercerita tentang tanggungjawab sosial terhadap haiwan ini, ianya bukan sahaja perlu dilakukan di alam maya tetapi perlu juga dilakukan di alam nyata dengan syarat ianya tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata kerana Allah SWT...Dari sinilah membuktikan siapa kita dan di mana tahap kemampuan kita sebenarnya...Ambillah tanggungjawab sebaiknya, bukannya meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahu orang lain...Semua orang diberikan masa dan peluang yang sama iaitu 24 jam sehari, cuma apa yang membezakan kita semua ialah bagaimana cara kita menguruskan masa dan menggunakan peluang yang ada untuk menanam saham akhirat....
Kemudian PH pergi ke Cat Village untuk menjalankan tanggungjawab kepada kucing-kucing yang ditempatkan di sana pula...Semuanya diberi makan secukupnya ( Alhamdulillah )...Si Deandra pula sudah semakin cantik bulunya...PH selalu mandikan dia dengan sabun berubat...Kulitnya teruk diserang fungus dan kurap...Satu masa dulu 80% tubuh badannya tiada bulu langsung...Sekarang ni Alhamdulillah...Selain Abam Jojo, Si Deandra juga memainkan peranan untuk menjaga adik-adik DBKL yang bermastatutin di sana...
Masa PH dan MH sibuk menguruskan budak-budak comel di sana, si kembar mendekati PH untuk bertanya sambil memegang piala konvo yang baru diterimanya :
"Ayah...Along ngan Angah nak pergi jalan-jalan boleh...??"
PH memandang MH sambil tersenyum...MH menganggukkan kepala...
"Okay..Jap lagi kita gi jalan yer..."
Hari itu adalah hari besar buat si kembar...Tak sampai hati PH nak tolak permintaan mereka...Terpaksa PH batalkan satu temujanji dengan seorang kawan PH untuk satu urusan rasmi...Lagipun dah lama sangat PH tak bawa mereka pergi bersiar-siar makan angin...Apa tidaknya, asyik sibuk dengan menguruskan kucing-kucing di Cat Village...PH sempat berpesan pada Adi untuk menjenguk-jenguk kucing-kucing di sini...Adi bekerja sambilan di sebuah kilang memproses ayam...Oleh itu, selalu juga dia membawa ayam rebus untuk diberi pada kucing di Cat Village ni...Dia pun suka pada kucing...
Pada mulanya PH bercadang untuk membawa si kembar makan angin di sekitar Kajang sahaja sebab dekat...Tetapi masa memandu, PH terdengar iklan di Sinar FM yang menguar-uarkan ada karnival Astro Gempak di Stadium Nasional Bukit Jalil...Apalagi, PH pun menderu la ke sana...
Meriah betul suasana...dah lama sangat PH tak bersiar-siar macam ni...Terasa bahagia apabila melihat senyuman Along dan Angah semakin melebar...Berlari-lari mereka ke sana dan ke mari...PH rasa seronok dapat memenuhi permintaan mereka dengan izin dari Allah SWT...
Buat pertama kali Along naik lembu laga ataupun biasa dipanggil Rodeo apentah namanya PH dah lupa....Si Along ni nampak macam takut-takut sikit..
Lepas tu Si Angah pulak naik lembu ni...Si Angah ni sifatnya lasak sikit...Dia memang suka kalau main permainan lambung-lambung macam ni...
Lepas puas main lembu laga, PH bawak si kembar ni main kat 'kids play park' pula...Terlonjak-lonjak budak-budak kat sini...Kesian kat Along...Nak turun gelungsur belon tu pun dia teragak-agak sebab curam...Yang Si Angah ni pulak main bedal jerk...Siap main nyorok-nyorok lagi...Dalam hati PH pula berkata :
"Kenape laa zaman aku dulu takde benda2 macam ni..."
Banyak aktiviti-aktiviti riadah belia dilangsungkan di sana...Salah satunya ialah permainan papan luncur ataupun 'skateboard'...
Aktiviti-aktiviti sihat sebegini sangat molek kalau diselalukan...Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan belia dari membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah...Dahsyat budak-budak skate ni...Kalau tak praktis sampai tua pun tak boleh buat...
PH pun tidak melepaskan peluang untuk menyahut cabaran menimbang bola takraw...Masa tu rank timbang bola takraw tertinggi ialah 35 kali tapi PH dapat timbang 10 kali jerk...Dah puas lipat seluar jean bagai tapi susah nak control bola...Mungkin sebab pakai kasut but agaknya...hehehehe alasan jer tu...PH pun dah lama tak main sepak takraw...Dulu posisi PH ialah 'feeder'...PH diberi gelang getah sebagai saguhati...Last-last si kembar jugak yang pakai...
Masa tu hujan sudah mula rintik-rintik...Kami beredar awal dan destinasi kami seterusnya ialah pergi KLCC sebab dah alang-alang ke Kuala Lumpur...Fuhhh...!!! Lama betul PH tak berkunjung ke sini...Pada hari ini PH nak bawa si kembar makan angin puas-puas...
Cuba lihat senyuman mereka ni...Walaupun mereka ni masih kanak-kanak, tetapi mereka juga punya perasaan...Sama macam kita dulu-dulu...Minda si cilik akan berkembang dengan pesat kalau kita selalu membawa mereka makan angin...
Tatkala si kembar ni sedang leka bermain di taman KLCC, PH dan MH mula bercerita kembali tentang kisah-kisah masa kami berdua bercinta dahulu...Banyak cerita kenangan-kenangan manis telah kami sandarkan ketika itu hingga terasa seperti kami baru jer bercinta...Di sini jugalah tempat kami selalu ber'dating' dan berangan...Bak kata orang, setiap apa yang diucapkan oleh lidah kita adalah satu doa...Kali ini PH dan MH datang ke sini semula setelah sekian lama dengan membawa dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup antara kami berdua...Tidak dapat terungkap bagaimana rasa bahagianya apabila diri ini disatukan dengan kekasih yang dicintai...Terasa begitu cepat masa berlalu...Kadangkala terasa macam satu keajaiban pula...Sesungguhnya PH sedar bahawa Allah SWT itu adalah Maha Perancang...
Sebagai seorang khalifah kita perlu tahu perkara yang patut didahulukan dan perkara yang dikemudiankan...Keseimbangan perlu ada di dalam hidup...Untuk mengecap kehidupan yang bahagia dan cemerlang, kita perlu menyemai sikap berkasih sayang ke atas sesama makhluk...Mungkin ada di antara kita yang terlupa bahawa inilah salah satu kunci kejayaan di dunia dan di akhirat...Di dalam menegakkan sesuatu perjuangan dan kehidupan, tidak perlu kita saling bermusuhan sesama sendiri dan menyemai sikap provokatif di kalangan masyarakat...PH juga selalu berpesan kepada diri sendiri agar tidak berlebih-lebihan di dalam melakukan sesuatu perkara kerana pada hakikatnya ada perkara yang lebih penting yang perlu kita laksanakan sebenarnya...
Kalau ada orang yang buat fitnah tak elok kat kita, biarkanlah...Manusia yang tidak peka dan tiada sensitiviti biasanya akan berkata apa sahaja yang mereka suka tanpa sempadan...Jangan kita berperangai macam mereka sudahlah yer...Cool jer...Tenang jer...Itulah formula tenang hati...
Tiada seorang pun yang tahu bagaimana masa depan mereka...Tiada seorang pun yang tahu di mana mereka di akhirat nanti...Justeru itu, wajarlah kita sama-sama bermuhasabah dan audit diri dari masa ke semasa...Gunakanlah setiap saat yang berharga ini bagi menjana sesuatu yang bermanfaat buat diri, keluarga dan masyarakat secara amnya...
Setiap manusia berhak mengecapi kebahagiaan dan kejayaan di dalam hidup...Tiada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang memilih jalan derita...Sekiranya ada di antara kita yang sedang menderita di dalam menjalani kehidupan seharian, itu maknanya Allah sayangkan kita...Besar darjatnya di sisi Allah SWT kalau kita selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...Sependeritaan kita, sebenarnya ada berjuta lagi manusia yang hidupnya lebih daif dan melarat...
Di kala sedang ligat menaip entri ini, tiba-tiba terlintas di fikiran PH tentang soal akta kehaiwanan di negara ini...Di satu sudut yang lain pula, entah bila agaknya negara Malaysia akan gah dengan nama sebuah negara yang berkebajikan terhadap haiwan sedangkan berjuta rakyatnya adalah komuniti pencinta haiwan...Undang-undang dan akta ada tetapi masih tiada penguatkuasaan yang mampan kerana masih banyak kes-kes kekejaman terhadap haiwan berlaku di masa kini...
Tetapi, kalau difikirkan sedalam-dalamnya, bagaimana pula pihak berwajib di bahagian penguatkuasaan ingin bertindak sekiranya tiada individu yang sanggup ke hadapan dan bertanggungjawab ke atas laporan yang dibuat...?? Laporan sebaliknya pula yang selalu diterima pula iaitu aduan untuk menangkap kucing dan anjing jalanan...
Sehubungan dengan ini, sedarlah bahawa KITAlah yang perlu menggalas tanggungjawab ini bersama-sama demi membela nasib haiwan yang terbiar...Belajarlah untuk menjadi berani dan berdepan dengan kekejaman yang kita nampak di hadapan mata...Sama-sama kita tunjukkan kepada si polan si polan ini bahawa pencinta haiwan di Malaysia ini adalah satu komuniti yang berdisiplin, tegas, pembersih dan berwibawa...
Bercakap tentang soal kebajikan haiwan di kalangan individu pula, kadangkala PH ada juga terasa kesal dengan sikap segelintir umat manusia...Rasanya tak perlu PH ceritakan di sini kerana mungkin ianya akan disalahtafsirkan oleh Keyboard Warrior yang menanti peluang untuk mencari salah...Cukuplah PH nyatakan di sini bahawa cabaran yang paling sukar di dalam membentuk sahsiah manusia di dalam menyemai sikap menyayangi haiwan adalah datang dari manusia itu sendiri, bukannya haiwan yang diselamatkan...Inilah akibatnya kalau tiada sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tiada keseimbangan mengejar matlamat hidup...
Nota PH :
Kita ni semakin tua setiap hari...Sungguhpun begitu, minda kita tidak perlu tua dan masih ditakuk lama, sebaliknya ia perlu semakin cerdas di dalam merencanakan sesuatu...Untuk mencerdaskan minda, kita perlu berfikiran positif yakni selalu membaca pengisian dan melihat benda-benda yang positif, bukan benda yang negatif...
Kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita baca setiap hari...Wujudkan suasana kekeluargaan sesama kita, barulah steady...Kucing tu kucing juga, tetapi tanggungjawab yang lain jangan sekali-kali dilupai...Pesanan ini juga adalah untuk diri sendiri....
Dan akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca entri ini...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSeronoknyer sikembar...terpancar kebahagiaan ph sekeluarga...disamping itu semoga mendapat keberkatan didalam kehidupan seharian...
Seronok plak baca entry ni..
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteSeronoknya Tengok Gambar Ph Satu Family Ni.Mh Cantik Oranganya.Kembar Pun Cantik Sangat.
ReplyDeleteI Like To Read This Entry
ReplyDeletefirst time baca.dri dlu memg nk cri blog ni tpi cibuk.walaupn ku alah dngn haiwan tpi10kcing kubela.tpi terpksa letk disngkr mklum ler bkn semua org suka kucng tk pssl nanti mti kcing den depa kerjakn.i love cat
ReplyDeleteSemoga diberkati Allah sekeluarga ni. In Syaa Allah :)
ReplyDeletetakziah diats kemtian hero.
ReplyDeleteSalam.. Saya tahu cerita encik from my gf. Tp dia lupa nama encik. Syukur alhamdulilah ade youtube. Ambil masa 2 hari untuk jumpe cerita hero dan encik. Dari mercy for animal us ke islamic mercy for animal dan seterusnya n bpanjangan smpai ke video hero. Seriously sy tharu atas kisah hero. Walau x pnah jumpa, tapi sy rasa sedih bile tgk video tu. Teruskan usaha encik. Inshaallah.. Saya doakan encik dan keluarga encik yang baik2 hendakNya.
ReplyDeleteTaniah ph atas kejayaaan dan apa yg ph lakukan sekarang
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt tuan rumah. Terima kasih di atas perkongsian yang menarik ni. Teruskan update!!!
ReplyDelete