Sepuluh Ekor Kucing Disyaki Dibuang Di Bawah Jambatan Lebuhraya ( Seekor mati digilis kenderaan )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...

PH sangat terkilan dengan apa yang berlaku baru-baru ini...Tak tahu PH nak luahkan macamana perasaan marah yang meluap-luap ni...Kisahnya adalah mengenai sikap manusia yang kejam dan suka mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah yang diciptanya sendiri..Lebih memeritkan apabila ianya melibatkan soal nyawa dan bebanan ke atas bahu orang lain...

Sungguhpun ianya hanya melibatkan seekor nyawa seekor kucing, namun ia tetap NYAWA...Nyawa atau roh sudah pasti ada pemiliknya...Dan perlu diingat bahawa roh dan nyawa ini juga mempunyai Penciptanya...Di rumah kita sahaja ada terdapat beribu-ribu nyawa termasuklah sang semut...Ada di antara 'pemilik nyawa' tersebut mungkin mendatangkan mudarat kepada kita ( seperti lipas, anai-anai, tikus dan sebagainya )...Justeru itu, Islam telah menetapkan garis panduan dan adab bagaimana caranya untuk membunuhnya sekiranya perlu...Kalau haiwan berbisa seperti ular itu lain cerita pula...Sebagai insan yang beragama dan berakal, sudah pastinya kita tahu bagaimana caranya untuk mengawal populasi yang tidak diingini di rumah kita...

PH rasa, sebilangan besar penganut agama Islam tahu bahawa kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah SAW...Allah sangat sayangkan para hambaNya yang prihatin terhadap haiwan...Namun apa yang PH nak ceritakan di sini ialah bagaimana kekejaman secara halus terhadap nyawa 10 ekor kucing yang PH syaki telah dibuang di bawah jambatan di Jalan Bangi Lama, Semenyih...

Begini kisahnya....


Petang 14 November itu cuaca sedikit mendung tetapi bahang panasnya terasa juga...Sedang PH memandu berseorangan di sebatang jalan raya di Jalan Bangi Lama, Semenyih, PH ternampak ada sebuah motorsikal roda tiga memakir di bawah jambatan tetapi pemiliknya tiada...Nampak macam ada orang berniaga cendol di sini...Sebelum ini PH belum pernah nampak pula...Berhampiran motorsikal tersebut ada dua ekor anak kucing berlari-lari dalam keadaan yang terpinga-pinga...Dah memang selalu sangat PH melalui jalan tersebut tetapi tidak pernah ternampak pula kelibat mana-mana kucing dewasa atau pun kecil...Timbul pula rasa hairan di hati ni...


PH mengambil keputusan untuk berhenti di bahu jalan untuk melihat apa yang berlaku...Dari dalam kereta terasa lain betul auranya kali ini...Macamana pula ada kucing di bawah jambatan ni agaknya...?? Selama ni takde pun nampak kucing-kucing ni...Anak-anak kucing ini kelihatan sangat keliru dan terpinga-pinga...


Apabila PH memandang ke seberang jalan raya, PH ternampak ada seorang pakcik sedang memanggil-manggil beberapa ekor kucing...PH menjadi semakin hairan...Kenapa pakcik tu ada kat sana sedangkan motorsikalnya di sini...??


Pakcik ni tidak menghiraukan motorsikal cendolnya di seberang jalan...PH nampak dia asyik memanggil-manggil kucing-kucing tersebut...Dia juga tidak sedar gelagatnya menjaga anak-anak kucing itu telah PH rakam...


PH dapat merasakan ada sesuatu yang tidak elok telah berlaku di sini...Terasa lain betul auranya...Dari seberang jalan PH menjerit memberi salam kepada pakcik tu...Kenderaan yang lalu lalang laju-laju belaka...Berdengung bunyinya bila lalu di bawah jambatan...

PH : Assalamualaikum pakcik...

Pakcik : Waalaikumsalam...

PH : Kenapa tu cik...?? Ada orang buang kucing ke...?? 

Pakcik : Ye lah agaknya...

PH menoleh ke kanan dan ke kiri untuk melintas jalan...Kenderaan ringan dan berat yang lalu lalang laju-laju belaka...Takut pulak nanti tak pasal-pasal kena langgar...Setelah berjaya menghampiri pakcik tu, PH menyambung perbualan...

PH : Astaghfirullah...Berapa ekor semuanya ni pakcik...??

Pakcik : Ade la dalam 10 ekor kot...Yang sekor tu dah mati tadi kena langgar depan pakcik...Derang takut duduk kat bawah jambatan ni...Tu kat sebarang jalan sebelah kereta awak tu ada lagi anak kucing kat dalam kotak...Mak dia ada tapi dah lari...Ape la pergi buang kucing kat bawah jambatan pulak..

Pakcik tu mula mengeluh...PH menoleh ke arah jalan raya...Memang ada seekor anak kucing telah lumat digilis kenderaan....

PH : Laaarrrr...!!! Kesiannya...Sape la yang tergamak buat kerja terkutuk ni...

Pakcik : Entah laaa...Tu haa sekor dah mati kena langgar...Orang yang buang kucing ni tanggung la dosa nanti....

PH : Okay...Pakcik handle kucing kat sini kejap, saya pergi ke sana kejap yer...Nak tengok kotak tu...

Pakcik : Haaa elokla tu...Pergi cepat...Kang tak pasal-pasal kena langgar lagi kang...


Selepas menyeberangi jalan semula, memang benar seperti yang dikatakan...Ada sebuah kotak di bawah tiang jambatan tersebut...Masa PH baru sampai, PH tak perasan langsung ada kotak berisi anak kucing kat situ...


Astaghfirullahalazim...Ada lima ekor kucing yang masih bayi lagi ( ibunya dah lari ) berada di dalam kotak tersebut...Pedih rasa hati PH apabila mendengar bunyi ngiauan mereka...Sebak dan marah tiba-tiba terbit dari hati...Sambil menggelengkan kepala PH mengangkat kotak tersebut dan memasukkannya di dalam kereta...Semasa mengangkat kotak tersebut, bunyi ngiauan mereka semakin kuat mungkin kerana menyangka ibu mereka datang untuk menyusui mereka...Kasihan betul...


Kemudian PH mengutip saki baki kucing yang gagal menyeberangi jalan...PH masukkan mereka ke dalam kereta...



PH menjerit ke arah pakcik cendol tu dari jauh...

PH : Pakcik..!!! Tunggu jap yer...!!! Saya alih kereta ke seberang kejap...

Pakcik : Haaa okay okay...

Kemudian PH menghidupkan enjin kereta dan memarkir di seberang jalan...Keluar sahaja dari kereta PH memanggil kesemua mereka...Alahai mereka datang ke arah PH sambil mengiau sayu...PH mengusap kepala mereka seekor demi seekor...PH dapati kesemua mereka menggigil ketakutan...Bulu mereka bersih...Berdasarkan pengalaman PH, fizikal tubuh kucing yang bersih ini biasanya pernah bertuan...Seekor darinya saiznya agak besar sedikit...Besar kemungkinan kesemua mereka ini telah dibuang...Namun PH tidak pasti samada ianya dibuang oleh pemilik kucing itu sendiri ataupun jiran mereka yang sakit hati barangkali...


Tetapi apa yang PH paling musykil ialah jika benar sekalipun jirannya yang membuang kucing-kucing ini, siapa pula yang meletakkan bayi kucing yang di dalam kotak tersebut...??? Takkan jirannya masuk ke dalam rumah pemilik kucing tu...?? ( kalau kucing tu beranak kat dalam rumah lah )...Tapi kalau kucing tu beranak kat luar rumah sekalipun, macamana jiran dia boleh tahu ibu kucing tu yang mana satu...?? Arrgghh...Malas PH nak pikir masalah orang...


Sebelum beredar PH sempat menoleh ke arah anak kucing yang telah lumat digilis...

"Sayangnya...Aku sampai lambat...."

PH mula terasa diri ini bersalah...


Mereka semua telah selamat PH bawa masuk ke dalam kereta...Setelah PH kira semua sekali ada sembilan ekor kucing yang tinggal...Anak kucing berwarna hitam ini mengiau tidak berhenti-henti kerana ketakutan...


Sebelum meneruskan perjalanan, PH lihat wajah mereka seekor demi seekor...

"Siape laa yang buang korang kat bawah jambatan ni...Kat mana letak otak 'ayah' pun tak paham lah..." PH membebel sorang-sorang kat dalam kereta...Oppsss...!!! Nampak tak kusyen kereta PH tu ada 'peta'...?? Usah ditanya macamana boleh ada yer...huhuhuhu


Yang seekor ni matanya penuh dengan tahi mata...Dia kurang sihat demam barangkali...Semasa membelek-belek mereka, baru PH perasan kucing-kucing yang disyaki dibuang ini ada tiga peringkat usia...Yang pertama usia bayi ( 5 ekor ), yang kedua berusia lingkungan 2-3 bulan ( 3 ekor ) dan yang ketiga berusia dalam lingkungan 5 bulan ( 1 ekor )...


Tengoklah mata si comel yang tak bersalah ni...Mata PH 'berkaca' sekejap sebab terlalu marah dengan kejadian yang berlaku...Terasa berombak dada nih...Yang kucing dalam kotak tu mengiau tak henti-henti...Kelaparan agaknya...


Sebelum beredar, PH sempat mengucapkan terima kasih kepada pakcik cendol yang tidak sempat PH bertanyakan namanya...PH sangat terharu melihat pakcik ini sanggup meninggalkan cendolnya hanya semata-mata untuk menjaga anak-anak kucing yang disyaki telah dibuang ini dari kena langgar...Bagi PH, beliau adalah wira ( di atas keprihatinannya ) walaupun terhadap nyawa kucing...Beliau telah mengambil tanggungjawab dengan cukup sempurna sekali dengan berjaya menjaga dan menenangkan jiwa-jiwa yang tidak bersalah ini walaupun ketika itu berada di tepian jalan...PH doakan semoga tindakan spontan dari pakcik cendol ini bakal memperoleh natijah yang baik dari Allah SWT...Kalau tidak kerana beliau, mungkin kesemua kucing-kucing ini akan mati dilanggar kenderaan...

Alhamdulillah kesemua mereka telah selamat dibawa ke dalam Cat Village...Mata pun dah baik, dah takde sakit mata lagi sebab MH dah letak ubat mata...Mata anak kucing yang hitam tu pun dah baik tapi masa nak ambil gambar ni kuat betul dia meronta...huhuhu...Gambar ini diambil petang semalam...


Yang besar sikit ni dah kenyang makan wetfood...Owh yer...!!! Bagaimana pula nasib lima ekor bayi kucing tu...??


Buat masa ini PH dan MH membawa mereka ke mana sahaja kami pergi...Biarlah kami berdua menjadi ibu dan bapa mereka...Buat masa ini juga tiada 'stok' ibu kucing di Cat Village...Jika ada, boleh juga PH tumpangkan budak-budak ni...Tapi kalau ada sekalipun, ianya tidak semudah yang disangkakan...Hanya mereka yang selalu menyelamatkan kucing sahaja yang faham apa yang PH maksudkan ni...Kami menjaga mereka secara bergilir-gilir...Hikmahnya...??? Hubungan kami sebagai suami isteri menjadi semakin erat kerana masing-masing saling bantu membantu...


Di satu kisah yang lain pula, selepas selesai menguruskan kucing-kucing bawah jambatan, PH dan MH bergegas pergi ke Pusat Kurungan Haiwan DBKL pula untuk mengeluarkan kucing-kucing yang ditangkap...Satu lagi perkara yang membuatkan PH sedikit emosi pada petang itu...Kami telah berjaya mengeluarkan sebanyak 22 ekor kucing buat kali ke 47 berturut-turut...Namun 14 ekor darinya telah dihantar sendiri oleh pemiliknya kepada pihak berkuasa dengan alasan yang sangat tidak munasabah bagi PH...Apabila mendengar berita ini, PH berasa sangat kecewa dan marah...PH langsung tak boleh nak senyum...


Kucing comel yang tidak bersalah ini ditempatkan di dalam kandang bercampur-campur dengan kucing yang lain...Nama individu yang menghantar kesemua 14 ekor kucing ini ialah Rohani bt Adnan...PH ada semua butirannya termasuklah beberapa orang individu yang telah menghantar kucing ke pusat kurungan pihak berkuasa sebelum ini ( mentang-mentanglah masa nak hantar tu tak dikenakan bayaran langsung )...Namun biarlah ini menjadi rahsia antara PH dengan mereka....Bukan salah DBKL bukan salah sesiapa, salahnya ialah pemilik kucing itu sendiri...Mungkin akak yang hantar kucing ni sayangkan kucing tu, tetapi mungkin disebabkan ada kekangan dari orang lain ( suami, anak dan sebagainya ) yang memaksa beliau berbuat demikian...Tetapi bagi PH, menghantar mereka ke pusat kurungan haiwan pihak berkuasa untuk dilupuskan bukanlah jalan yang bijak...

Inilah akibatnya apabila kucing tidak dikasi...Bila dah beranak pinak dibuang pula di bawah jambatan bagai...Kucing yang ditangkap pula akan dilupuskan ( dibunuh ) sekiranya tiada orang yang menuntut mereka...Kenapa pula mereka ni dibunuh...??? Habis siapa pula yang nak jaga kucing banyak-banyak apabila setiap hari ada aduan suruh pihak berkuasa tangkap kucing yang dibuang...??? Kalau nak harapkan sebidang tanah dari kerajaan, entah bila la nak direalisasikan agaknya...Daripada membazir duit bagi peruntukan untuk melupuskan kucing, bada baiknya bagi peruntukan untuk buat taman kucing...PH yakin kalau ada taman kucing terbiar, ada kebarangkalian ianya boleh dikomersilkan sekiranya dibuat cantik-cantik dan dijadikan tempat tumpuan pelancong...Peniaga tempatan pun boleh carik makan...Tapi entahlah, banyak sangat kerenah birokrasinya...


Sewaktu PH mengeluarkan mereka di Cat Village, mereka menggigil yang amat sangat...Nampak sangat kucing-kucing ini tidak pernah keluar dari rumah...


Nah...!!! Sekarang lihatlah sendiri...Anak kucing malang ini juga telah dihantar sendiri oleh tuannya kepada pihak berkuasa dengan alasan tak larat nak jaga...PH mengeluarkan anak kucing ini dari kandang dalam keadaan tertindih-tindih dengan kucing lain ini...Sebak betul PH tengok keadaan dia...Dia sudah pun nazak semasa PH sampai di sana...Dan akhirnya kucing ini telah selamat PH semadikan di dalam Cat Village...Itu lebih baik dari membiarkan dari mati dalam kandang yang sempit...Untuk makluman, jumlah aduan yang diterima oleh pihak DBKL untuk menangkap kucing semakin banyak sekarang...


PH kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka melepaskan bebanan kepada orang lain...Segala usaha Team HERO untuk mendidik masyarakat agar menjadi insan yang bertanggungjawab dirasakan seperti mencurah air ke daun keladi...Sampai kiamat pun tak basah...

Nota PH :

Doakanlah semoga PH dan anggota Team HERO diberikan kesihatan dan ketabahan untuk mengharungi semua dugaan ini...PH juga sentiasa berdoa agar kalian yang terbaca entri ini menjumpai titik kesedaran agar trend buang kucing ini dapat dicegah...Sama-samalah kita sasarkan SIFAR TANGKAPAN kucing di mana-mana daerah di Malaysia ini...Sasaran ini akan tercapai sekiranya semua orang mengambil tanggungjawab...Ada orang kata usaha Team HERO ( link ) ini adalah kerja tidak berfaedah dan bermacam tohmahan lagi, namun kami bersyukur kerana diciptakan sebagai manusia...

Si Ai juga adalah kucing buangan...Kini dialah penghibur hati ibu mertua PH...Dia dikutip semasa baru lahir...Ibunya entah ke mana...


PH dan Team HERO berikrar akan menggempur habis-habisan aktiviti pembuangan kucing ini walau apa cara sekalipun...tetapi, kami tidak mungkin berjaya jika ianya dilakukan secara sendirian...Justeru itu, jom kita sama-sama bertindak menggempur mereka-mereka yang kejam ini....

Sayangilah nyawa si comel...Mereka juga bernyawa seperti kita...

Terima kasih kerana sudi membaca...

Comments

  1. Gomen patut amek contoh kat italy ada satu tempat, khas untuk stray cats. Kucing2 tu hidup bebas, malahan jd tempat tarikan pelancong. And, peniaga2 kat ctu pun sgt baik dengan kucing2 ni. N jgn main2 stray cats kt ctu cantik2 n sihat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat.sy sentiasa doakan ada pihakn berkemampuan gomen@swasta merialisasakan perkara tersebut sehingga sy berimiginasi dan melukis ttgnya di blog sy bawah lebal dongengland. Sy doakan ph dan mh sihat dan diberi kemudahan ...serta kejayaan...juga buat pakcik cendol semoga perniagaannya akan berjaya kerana kemulian hati beliau...!

      Delete
    2. orang yg sayangkan haiwan seperti kucing tak ramai tapi yang membuang kucing memang ramai.di kawasan saya setiap hari pasti ada kucing yg kena langgar sebab itu kucing yang berkeliaran drumah saya, saya biarkan malah saya beri mereka makan. Tak sampai hati nak membuang mereka

      Delete
  2. Sdih mbca entri ini, ye sudah smpai masanya nasib binatang2 peliharaan d bela oleh pihk brkuasa..

    ReplyDelete
  3. Taman burung dah ada, tmn buaya ada, taman rama-rama ada, bila lg taman kucing n anjing nak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'a laa gud idea,,knp takde org nak buat tmn kucing.. Btw, tq PH. Semoga usaha PH akan dibalas oleh Allah.

      Delete
  4. Membaca sambil menangis...sedey sgt2. ..btl2 xde hatu perut buang kcg kt tmpt mcm tu...semoga team PH sentiasa diberi kekuatan dn kesihatan yg baik utk berjuang demi ank2 bulus nie...Allah will always wit uolss. ..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah... sedih baca kisah2 ank kucing ni.. apakah perasaan mereka ye membuang kucing sebarangan.? Sedangkan sy kucing mati pun saya boleh merana sbulan dua.. semoga team PH dijadikan contoh dan budaya kita agar insan bulus ini tidak teraniaya.. doa dari saya agar team PH senantiasa dberkati, dilindungi sert dberi kesihatan yg bagus utk mneruskan perjuangan demi ank2 bulus ini.. amin ya rabbalamin...

    ReplyDelete
  6. Semoga team ph diberkati ALLAH dan dipermudahkan dlm setiap urusan ...sy sgt mnyokong tindakan team ph dlm menyelamatkn nasib2 haiwan yg terbiar dan terbuang.... sedih bila lihat haiwan2 ni di buang dan dibunuh... mereka pun inginkan kehidupan... good luck team ph!!!

    ReplyDelete
  7. ...banyak kali saya terjumpa bangkai kucing yg mati kena langgar di lebuh raya...saya percaya ianya semasa hidup dibuang...tapi mengapa di lebuhraya????

    ReplyDelete
  8. Kakak rohani yang menghantar kucing2 ke dbkl...siler lah menjawab di akhirat kelak.sebak saya membaca...

    ReplyDelete
  9. Semoga segala usaha team HERO dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  10. Cat village ni di mana??

    ReplyDelete
  11. Semoga PH selalu di berikan kesehatan, di panjangkan umurnya dan di curahkan rizky yg melimpah.. Amin.. Apalagi kalo aq ke inget cerita n video si HERO air mata q menetes deras...

    ReplyDelete
  12. salam PH...
    tula..saya pun heran dgn org skrg ni...kan ke bagus klu ada taman khas mcm yg Ph ckp tu...kat luar umah saya pun bnyk kucing.mmg saya bagi depa mkn,minum pastu bg masuk dlm rumah sbb sian depa xda umah...jd bgla depa rasa mmana dok dlm umah..pastu kuarkan balik..sy tggl di kuarters tgkt 1..jiran2 mmg pandang lain je kat sy sbb bg kucing mkn.heran btul ngn sikap manusia ni..kucing pun nyawa jugak tau...biarpun depa kucing xbertuan,tp depa sangat knal saya,bunyi enjin keta saya tiap kali balik umah...depa sangat bijak..sangat kenal dengan saya...saya lebih tersentuh hati dengan kucing dari manusia...kdg klu tgok kucing/anjing main kat jalan pun saya dah risau.xsenang duduk...tp klu anak org...lantak pi la..hahahaha...

    ReplyDelete
  13. Kalau boleh nanti saya pun nk join team HERO jugak.

    ReplyDelete
  14. Saya sntiasa support team HERO. Menitis air mata bila baca tntang kisah ni sbb sya pencinta kucing

    ReplyDelete
  15. sy bekerja d sbuah pasar raya. ada seekor ank kucing yg bru dibuang pg td. smpat juga sy bg die mkn 2kli.. tp kt sne xleh bele kucing. rmah pn, kluarga xske kucing. jd xleh wak blk. sy letak kt tepi surau xsiap di blkang bgunn. bg mkn kt c2.entah mcm mane,kcng tu blh prgi dpn dn kne lggar. ase brsalah dan kesian betul. ank kucing tu kecil lg. msyrakt kt c2 hanya mmpu trsnyum shja bila dpt tahu kematian kucing tu..kejam betul. sy ckp kagum dan menyokong kerja2 team hero.

    ReplyDelete
  16. sy bekerja d sbuah pasar raya. ada seekor ank kucing yg bru dibuang pg td. smpat juga sy bg die mkn 2kli.. tp kt sne xleh bele kucing. rmah pn, kluarga xske kucing. jd xleh wak blk. sy letak kt tepi surau xsiap di blkang bgunn. bg mkn kt c2.entah mcm mane,kcng tu blh prgi dpn dn kne lggar. ase brsalah dan kesian betul. ank kucing tu kecil lg. msyrakt kt c2 hanya mmpu trsnyum shja bila dpt tahu kematian kucing tu..kejam betul. sy ckp kagum dan menyokong kerja2 team hero.

    ReplyDelete
  17. sabtu 14/12/13 husbnd ada ckp yg ada org dbkl dtg kuarters tempat sy tinggal tgkp kucing...saya risau takut dbkl tu tgkp skali kucing yg dtg umah sy mkn hari2..dan pg ni sy rs kerisauan sy terjawab sbb smpai harini 16/12/13 kucing2 tu xdtg lg tggu dpn pintu umah saya nak makan..sangat sedih..apala nasib kucing2 tu kat pusat kurungan haiwan tu..siapalah yg sggup panggil dbkl dtg kutip haiwan tu..NASIB HAIWAN..SALAH SIKIT TERUS DIHUKUM BUNUH..TP KLU MANUSIA YANG BERSALAH..MASIH AMBIL MASA TURUN NAIK MAHKAMAH SBLM AMBIL KPTUSAN HUKUMAN..APAKAH NYAWA KUCING DAN HAIWAN INI TIDAK BERHARGA?APAKAH HANYA MEREKA INI HAIWAN LAYAK KITA PERLAKUKAN DEMIKIAN...SUNGGUH AKU POHON TUHAN TURUNKANLAH AZAB UNTUK GOLONGAN INI YG SANGGUP AMBIL NYAWA HAIWAN INI SEOLAH MEREKA MALAIKAT!!!

    ReplyDelete
  18. Sedih hati setiap kali tahu ada kucing teraniya. Bila baca entry PH mengalir airmata sis dibuatnya..
    Moga Allah balas jasa kalian yang membantu anak2 kucing ini..

    ReplyDelete
  19. Sakitnye hati pd org yg x berakal membuang makhluk Allah d situ. Sedih n sakit hati berbaur2 d hati. Saya sendiri pernah mengalami kemurungan kerana mendapat amaran drpd kementerian kesihatan n dbkl akan d halau keluar dr rumah dbkl cheras kerana memelihara kucing sebnyk 13 ekor wktu tu. Padahal kucing saya d jaga dgn baik d dlm rumah. Membuang najis ke dlm tandas rumah tp oleh kerana ada org yg memelihara kucing secara cincai jd kucing2 d rumah saya d babitkn sekali. Waktu tu saya merasakn semua org jht. Saya tau siapa yg membuat report tp saya minta hnya Allah yg akan membalasnye kpd manusia seperti ini. Hanye kerana manusia ini nk berniaga nasi lemak d dpan kaw blok saya dia membuat report pasal kucing padahal berniaga pn d larang di blok dbkl ni. Entahlah selagi hati manusia berhati busuk begitulh jdnye.

    ReplyDelete
  20. Sedih bila baca cerita nie... Semoga gejala ni takkan terus berleluasa dan matlamat awak akan tercapai PH. I will keep supporting u and do whatever I can ,although it is just small deeds :)

    ReplyDelete
  21. Rakyat malaysia ni mmg kurang sivik....klai sampah pun x bole buang kat tmpat sepatutnya apatah lagi kucing...dia nak senang dia je x fikir pun baik buruk perbuatan dia...haish...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular