Kisah Pilu Si Tobby, Anjing Jalanan Malang Yang Pergi Tanpa Pesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Kalau PH nak bercerita tentang seekor anjing, ianya pasti mengundang pelbagai persepsi dan pendapat khususnya bagi umat Islam di negara ini..Ada yang memberikan fakta yang tepat, ada yang sipi-sipi dan ada yang langsung bercanggah dengan syariat...Ya lah, anjing ni kan seekor makhluk ciptaan Allah yang dikategorikan dalam najis berat, jadi ia mungkin sedikit sebanyak mendatangkan kekeliruan bagi mereka yang mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai ustaz ( kes ustaz segera la ni )...

Walau apa jua sentimen yang dikaitkan, kita ketepikan dulu soal tu...Kalau asyik nak berdebat jer sampai bila-bila pun tak selesai...OKlah...Apa yang PH ingin paparkan di sini ialah mengenai kisah seekor anjing 'mongrel' malang yang mati di tengah-tengah jalanraya...

Begini alkisahnya...Pada 1 Februari yang lepas lebih kurang jam 1.30 tengahari, PH memandu melalui Lebuhraya LEKAS menuju ke Semenyih...Sebaik sahaja palang tol dinaikkan, PH pun memandu dalam kelajuan yang sederhana...Sayup dari jauh PH dah berkerut dahi apabila terlihat ada sekujur jasad anjing terbaring di tengah-tengah jalanraya...PH pun mula memberikan lampu isyarat untuk berhenti di bahu jalan...PH berpendapat kemungkinan bersar anjing malang ini telah dilanggar kenderaan...Hairan juga apabila difikirkan bagaimana anjing ini telah dilanggar walaupun pada jalan yang lebar dan sangat lurus...Jarak lokasi anjing itu dilanggar hingga ke palang tol hanyalah lebih kurang 200 meter...Pelik juga apabila melihat anjing dilanggar walaupun pada sebatang jalanraya yang sangat lurus...Ketika itu, PH melihat banyak kenderaan mengelak-elak dari melanggar anjing yang sudah tidak bernyawa ini...Senario ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengundang kecelakaan jalanraya terutamanya motorsikal yang barangkali tidak perasan jasad anjing ini kerana pemandangan dilindungi oleh kereta atau lori di hadapan mereka...


Kebetulan pula ketika itu PH mempunyai kelapangan masa...Jadi, PH membuat keputusan untuk mengalihkan anjing malang ini dan bercadang mengebumikannya memandangkan keadaan jasadnya yang masih baik...PH membuka but kereta untuk mengeluarkan beg plastik sampah yang memang PH 'standby' kat dalam kereta...Satu plastik biru dan satu lagi plastik sampah hitam yang bersaiz besar...Muat-muat untuk memasukkan jasad kaku anjing ini ke dalamnya...

Dengan memegang beberapa helai kertas surat khabar lama dan menggenggam plastik sampah, PH berdiri di tepi bahu jalan dan menunggu peluang untuk melintas...Tiba-tiba, satu perkara di luar jangkaan PH telah berlaku...Sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam entah datang dari mana telah dipandu dengan sangat laju lalu menggilis kepala anjing malang ini...Meletup kuat bunyinya...Jasad anjing yang sudah tidak bernyawa itu pula kemudian melambung dan mukanya menghadap ke arah PH...Nauzubillah...MH yang rakamkan gambar ini...Ketika itu PH sedang berada bertentangan dengan anjing ini...Lebih kurang 3 meter jaraknya...Cuba perhatikan kedudukan anjing ini dengan gambar kedudukannya yang pertama di atas... 


Sedih PH melihatkan cara pemanduan rakus pemandu kereta Myvi itu tadi...Punyalah banyak ruang di sebelah lorong kanan tetapi anjing itu juga yang dilanggar...Tak mungkin pemandu kereta itu buta tuli...Tak mungkin pemandu kereta itu tak nampak kelibat PH di tepian bahu jalan sambil melambai-lambaikan tangan minta diperlahankan kenderaan masing-masing...Tak mungkin pemandu kereta itu tidak nampak anjing itu sedangkan kereta yang lain semuanya mengelak...Hmmm...

Akhirnya, ada sebuah kereta telah memperlahankan pemanduan dan memberikan signal nyalaan lampu sebagai isyarat 'line clear'...Dengan sepantas kilat PH terus meluru ke tengah jalanraya dan menyeret jasad anjing yang sudah tidak bernyawa itu ke bahu jalan...


PH membelek-belek dulu keadaan anjing malang ini...Badannya masih lembut dan kakinya masih boleh dilipat...Tengkuk dan lehernya masih boleh ditolehkan...Nampak gayanya, anjing ini baru dilanggar....Tubuhnya kering dan tidak banyak darah yang keluar...Tetapi, PH dapati anjing ini patah kedua kaki hadapannya dan kemungkinan besar mengalami kecederaan dalaman yang serius...Biji matanya hampir terkeluar...Pipinya terbelah teruk...


Lantas PH memasukkan anjing ini ke dalam plastik sampah besar...Nasib baik muat...PH memasukkan anjing ini ke dalam plastik dengan satu teknik tanpa perlu menyentuhnya...Susah pula PH nak terangkan kat sini...Tapi sesiapa yang dah biasa, pasti tahu caranya kan..?? PH letakkannya ke dalam but kereta yang dilapik dengan kertas surat khabar...


Alhamdulillah, anjing ini sudah selamat PH tanam...Walaupun ini adalah anjing betina, PH berikannya nama Si Tobby...PH suka nama itu diberikan kepadanya...PH telah memperoleh satu perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata sebaik sahaja selesai mengebumikan Si Tobby ni...Subhanallah...


Nota PH :

Terpulanglah kepada persepsi kalian semua sebaik sahaja selesai membaca kisah pilu di atas ni...Bagi PH, ianya tidak lebih dari sekadar testimoni dan iktibar buat masyarakat secara amnya...Senario sebegini amat berbahaya pada sekalian pengguna jalanraya...Mungkin ada cerita di sebalik perlanggaran pertama yang menimpa Si Tobby ni yang PH tak tahu hujung pangkal dan benda dah pun berlaku...Tetapi, apa yang PH nak tonjolkan di sini ialah perlanggaran yang kedua ( Perodua Myvi itu tadi )...Perlanggaran yang kedua itu tidak sepatutnya berlaku...Tindakan itu juga boleh membahayakan nyawanya sendiri...

PH telah menerima beberapa komen yang berbentuk kecaman dan perli hanya kerana menyiarkan kisah Si Tobby di dalam Facebook Kakimotong Fan Club...Ada yang kata PH nak tunjuk baik, ada yang kata PH ni tak tahu dosa pahala ( pegang anjing HARAM dan BERDOSA katanya )...Ada pula yang kata PH perlu belajar talkin dulu sebelum pegang cangkul...Untuk makluman, PH sendiri dah pun tanam arwah ibu PH dengan cangkul dan penyodok...Nak belajar talkin...?? Imam yang talkinkan arwah ibu PH sendiri pun merujuk ayat-ayat talkin pada buku ( sebab beliau tidak hafal barangkali )...Itulah yang PH lihat...Pendek cerita, orang-orang sebegini tidak mempunyai mata hati...Kisah hidupnya setiap hari hanyalah mencari salah orang lain...PH sangat kasihan orang-orang sebegini...

Untuk makluman juga, kisah-kisah sebegini bukan sekali disiarkan di dalam blog ini, malah ada banyak lagi kisah pilu yang PH pernah tulis dulu...Tragedi seperti ini juga dah banyak PH buat tanpa memberitahu orang lain, cuma kali ini PH terpanggil untuk menyiarkannya ke alam siber bagi tujuan meningkatkan kesedaran etika ketika berada di jalanraya...

Soal isu keihklasan PH juga banyak dibangkitkan dalam kisah Si Tobby ini...Bagi PH, PH tidak perlu mengharapkan penilaian dari manusia, tetapi sebaliknya PH lebih peka akan penilaian dari Allah SWT...Tanda-tanda keredhaan Allah SWT di atas segala perbuatan kita ialah ianya mendapat keredhaan dari manusia itu sendiri...Sebagai seorang khalifah yang berkemampuan, apakah tanggungjawab yang telah kita ambil selama ini...?? Apabila kita rajin muhasabah diri, kita akan mendapati bahawa tiada seorang manusia pun yang sempurna di atas muka bumi ini termasuklah kita sendiri...

Keikhlasan bukan milik kita, tetapi ianya adalah rahsia Allah SWT...Itulah yang diajar dan PH belajar...Dan PH juga yakin bahawa kita semua telah belajar perkara yang sama...Walau macamana kita menjaga keikhlasan bagai nak rak sekalipun, penghujungnya bukan kita juga yang boleh menilainya walaupun keikhlasan itu untuk diri sendiri...

So, berhati-hatilah di jalanraya yer...Kalau ada kelapangan, tak kira kucing atau anjing ke, cubalah buat yang terbaik untuk mereka...Bukannya apa, untuk saham akhirat kita juga...yer dop...?? Barangkali ramai yang sudah tahu bahawa haiwan yang telah mati mempunyai tempatnya yang tersendiri di alam barzakh, sedangkan kita yang hidup ni belum tahu hujung pangkal nasib kita di sana kelak...Itulah yang perlu kita fokuskan...

Untuk mengubah persepsi umat Melayu Islam terhadap haiwan yang bernama anjing, ianya bukanlah perkara yang mudah...Selalu menjadi bahan tohmahan dan cacian...Hmmm...Kadangkala untuk mengurangkan seorang pembenci anjing, kadangkala ia memerlukan korban satu nyawa anjing ( KLIK SINI )

PH tertarik dengan posting dari Kak Rozita Eita Bohari di Page Facebook Kakimotong Fan Club...Sekiranya batas-batas syariat diutamakan, ianya tidak akan menjadi masalah...Dan berbahagialah kepada mereka yang berani mengambil tanggungjawab...


Terima kasih kerana sudi membaca...Nanti PH update lagi yer...Ada banyak lagi cerita yang tertinggal ni...

Comments

  1. Jgn diperdulikan persepsi org kerana tak semua org boleh melakukan apa yg ph buat. Baik mereka senyap je. Kerja yg murni dan apa Pun sekali tobby juga makhluk Allah SO DIa berhak ditanam malah Kita senantiasa di ajar dlm islam untuk menanam baik binatang atau manusia bila mati. Mashaalah semuga usaha murni ph mendapat keredhaan Allah. Inshaallah.

    ReplyDelete
  2. niat itu penting. selain dari rasa peri kemanusiaan, PH juga telah mengalihkan halangan/kesukaran terhadap kenderaan lain yang mana ianya adalah perbuatan yg dituntut dalam Islam.
    sekali pun najis berat, bukankah Islam itu telah memberikan tunjuk ajar cara membersihkannya.

    selebihnya biarlah Allah yang menilai niat kita...

    والله اعلم

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.... mulianya hati kamu dik.. :) Berbakti utk makhluk Allah swt yg lemah dan daif. May you and your family be blessed with sweet life in this world, in the grave n in hereafter. Ameen. Ameen. Ameen. Tak semua org boleh buat apa yg adik satu family buat. Teruskan usaha murni adik ya. Insha Allah ada barakahnya. Setiap makhluk Allah swt itu ada manfaat di sebalik penciptaannya. Cuma kita manusia yg lemah selalu meremeh2kan kewujudan makhluk2 yg kita tidak suka memandangnya. Walhal kita perlu menghargai setiap makhluk ciptaanNya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. 153- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا. (رواه مسلم)

    153- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."(1)

    (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

    pegang najis xberdosa...cuma xboleh untuk bersolat slagi xbersuci..sape la komen PH kate berdosa plak

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular