20 Ekor Kucing Malang Diracun Di Segamat, Johor
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Hari ni PH sangat sibuk dengan tugas...Ada Pre CPC Inspection untuk rumah contoh yang baru siap ni...Tapitangan PH tiba-tiba jadi tak sabar nak menaip entri ni lepas mendapat satu khabar berita yang tak sepatutnya PH dengar hari ni...
Khabar tersebut memberitahu bahawa ada seorang cikgu di Johor dikatakan telah meracuni sebanyak 20 ekor kucing berhampiran dengan kediamannya...Kejadian berlaku di Taman Sri Waja, Segamat, Johor dan cikgu yang dikatakan membunuh kucing-kucing tersebut bertugas Di Sekolah Dato' Bentara Dalam...
Khabar ini cukup membuatkan fikiran PH sangat terganggu hari ini...
Oleh kerana hilangnya kewarasan berfikir secara berhemah, cikgu ini gagal membuat keputusan yang baik...Dia memilih untuk meracuni kucing-kucing yang datang 'menziarah' kediamannya...Dikatakan juga ada saksi telah melihat cikgu ini menggaul ikan bersama dengan racun dan meletakkannya di kediaman agar dimakan oleh kucing-kucing tersebut...Akibatnya, ada satu keluarga mengakui kesemua kucing-kucing yang mati itu adalah milik mereka...
PH dimaklumkan juga bahawa cikgu yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut tidak takut dikenakan sebarang tindakan undang-undang....Bagi PH, samada benar atau tidak beliau yang melakukannya, jangan takbur dan riak...Hukuman besar bakal menanti di akhirat kelak...
Nota PH :
Dengar khabar pemilik kucing-kucing ini telah pun membuat laporan polis...Sekiranya benar bagai yang dikhabar, tak gunalah menjadi seorang pendidik jika diri sendiri gagal mendidik akal dengan baik...Bak kata pepatah Melayu, kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit...Tak pasal-pasal nama cikgu juga yang menjadi buruk...
Tapi, perkara dah pun berlaku...Bagi kalian yang memelihara kucing yang banyak, kalau boleh jangan dibiarkan mereka merayau di sana sini lebih-lebih lagi di kawasan kejiranan...Bukannya apa, mencegah lebih baik dari merawat...Ambil iktibar bagi setiap tragedi yang berlaku kepada orang lain agar ia tidak berlaku kepada kita....PH sendiri ada memelihara lebih dari 20 ekor kucing dan PH tidak sekali-kali membiarkan mereka keluar dari kawasan rumah...Awasi mereka dengan sebaik yang mungkin...
Sekiranya kalian terlihat sebarang kekejaman terhadap haiwan, apakah yang perlu anda buat...?? Ini PH ada share sikit maklumat tapi ianya takkan berguna kalau tak disimpan angka-angka ini ke dalam telefon bimbit...
1 ) Dapatkan evidence seperti gambar atau video...
2 ) Catit tarikh, masa dan lokasi kejadian dengan tepat...
3 ) Laporkan kepada Jabatan Veterinar menerusi
pro@dvs.gov.my ataupun buat laporan polis di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan
( Mendatangkan Khianat Terhadap Haiwan )
4 ) Kalau tak sempat sangat, hantarkan SMS :
DVS HQAduan ( Aduan Anda ) ke 15888
Sehubungan dengan perkara ini, kepada yang lain-lain tu PH juga sarankan agar sama-samalah kita belajar untuk mengambil tanggungjawab...Kalian juga boleh membuat laporan ( Counter Report ) berdasarkan maklumat yang diperolehi ( jenis kekejaman, tarikh, lokasi, masa dan gambar )...Ini lebih baik dari asyik mengarah orang buat itu dan buat ini...
"PH....!!! Tolong setelkan hal ni cepat...Dah melampau...!!!"
"Apa kata PH pergi ke Segamat ni jumpa cikgu tu...Kasi gaduh sama dia..."
"PH tolong setelkan hal ni cepat....!!!!"
PH mendapat ratusan mesej seperti ini di dalam Personal Message di dalam Facebook...Terfikir pula di benak fikiran PH sampai bila kita nak jadi orang yang berani mengambil tanggungjawab kalau asyik mengarah orang jer...yer dop...?? Kalau nak tunjukkan keprihatinan kita sekalipun, bukan begini caranya...Fikirlah sensitiviti perasaan orang lain yer...
Tapi dalam banyak-banyak mesej, PH tertarik dengan mesej dari seseorang ni...
"PH, PH tahu tak pasal kucing yang kena racun kat Johor tu...? Saya tinggal di Kluang tapi boleh ke saya nak buat laporan polis juga...???
Tapi sayangnya, mesej sebegini hanya SATU sahaja yang PH dapat...PH dah reply semula mesej ni...
Di saat PH update entri ini, Si Iris montel ni ada kat atas meja opis PH...PH bawa dia ke site sebab balik nanti nak bawa dia jumpa Dr. Zul untuk pemeriksaan kesihatan selepas proses kuarantin selama dua minggu selesai...
Ramai betul Keyboard Warrior memaki hamun orang yang meracun kucing-kucing tu...Dah SAVE alamat emel dan SMS Jabatan Veterinar ke belum...???
astaghfirullahalazim.. apa salah kucing2 tu? kalaulah benar bagai dikata, mmg zalim betul..buat malu jer jadi cikgu.. hmm..kucing2 sy pun sy bela di rumah.. ada bilik khas utk mereka..mmg risau org aniaya di belakang kite.. thanks PH.. sy dah save alamat emel tu...
ReplyDeletePembetulan.. katanya cikgu tu bkn dr sekolah dato bentara dalam tetapi sekolah seg wa ..
ReplyDeleteKpd semua pencinta haiwan terutama kucing, tlg buat aduan beramai2 kpd Balai Polis dibawah seksyen 429 kanun keseksaan (mendtgkankhianat terhadap haiwan) atau Jab Veterinar pro@dvs.gov.my atau sms kpd DVS HQADUAN ke 15888
ReplyDeleteDgn aduan kita beramai2 berserta bukti gambar, terutama penduduk Segamat dan yg berdekatan akan membela nasib haiwan2 yg teraniaya ini. Kerjasama pencinta haiwan diseluruh M'sia akan menunjukan keperihatinan dan tanggung jawab kita diberi PERHATIAN. Allahuakbar!!!
Kpd semua pencinta haiwan, hendaklah berkerjasama utk membendung permasalah ini dgn lebih tegas dan telus. Dengan itu, saya memohon kpd sesiapa yg membela kucing atau apa jenis haiwan supaya menjaga dan mengawasi haiwan peliharaan kita dgn baik supaya tidak menimbulkan trajedi yg kejam ini. Terima kasih.
ReplyDeletePatut d ambil tindakan.... Dia bkn pendidik... Tp pembunuh
ReplyDeletebagi saya siapapun salah atau siapapun betul.. tiada alasan untuk cikgu tu meracun semua kucing2 yang datang kerumah dia. Takde alasan membolehkan manusia bersikap kejam terhadap haiwan lebih2 lagi yang tak merbahaya macam kucing. Susah untuk kita nak faham hati manusia macam tu sebab kita terdidik sayangkan haiwan sejak kecil. Saya tertanya2 tenangkan ke dia rasa lepas racun mati semua kucing2 tu? Mustahil dia akan tenang bila benda ni dah tersebar secara meluas kat laman sosial. Dan itulah balasan yang dia patut terima. menerima kecaman & kritikkan dari ramai orang dari perbuatan kejam dia
ReplyDeleteAssalamualaikum bro buku kan cerita tentang hero
ReplyDeleteastagfirullahalazimm... cikgu tu dri skola lama aku pulak tu. tp tak sure siapa cikgu yg kejam tu.. tak layak betul dpaggil cikgu..
ReplyDeleteAssalamualaikum...nak tanya spe2 nak x jaga kucing yang kaki dia kudung.. sy tjumpa kucing bwrna putih dan kaki dia masih lagi berbalut.rsanya org buang bawah flat saya.sy xboleh nak jage kucing sbb ada yg alah dgn kucing smpai smua kcng sy tpkse bg kat org.siapa yg bhati mulia nk tlg jaga boleh lah bg thu.insyallah kalau ada lagi kucing tu bila sy balik nnti sy boleh lah ambil dia smntra ada org yg nk jge dia dtg ambil dia.kesian dia meow3 je td mcm tkut.aakit mcm nk ckp sstu je.huhhh tlewt nak ke krja :'( hope dia slmt lah amin.
ReplyDeleteSaya nak jaga kucing yg kudung tu. to long whatsap atau kol saya di no 0176516702..tq
ReplyDeletexpe. die ada anak nsnti aku racun anak die lak..
ReplyDelete