Lagi Anak Kucing Berjaya Diselamatkan Dari Dalam Longkang
Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...
Alhamdulillah, di hari minggu ni baru senang sikit masa PH...Siang tadi PH ada menelefon staf DBKL yang menjaga pusat kurungan haiwan...Cadangnya hari ni PH nak ambil kucing dengan Uncle Angah, tapi PH terpaksa membatalkannya...Tau tak sebab apa...?? Ni dialog perbualan PH dengan staf tersebut...
PH : Assalamualaikum...Bang...Hari ni ada berapa ekor kucing...Saya nak datang ambik ni...
Staf DBKL : Waalaikumsalam..Owh..Hari ni tak payah datang...
PH : Eh..!! Apsal pulak...??? Ada masalah ke..??
( Risau juga PH ni... )
Staf : Takde lah...Mana ada hal pun...Hari ni tak payah datang sebab minggu ni takde kucing...Kandang semua kosong...
Apa yang PH fikir ialah mungkin tiada operasi penangkapan kucing sebab tiada aduan kot...Tapi, PH biarkan ajer perkara tu berlalu...
PH : Owh..!!! Baguslah kalau macam tu...So, nanti kalau ada maklumkan pada saya yer...
Staf : Mestilah..Dun wuri...Apa-apa hal nanti kita kasi tahu...
Wah...!! Hati PH berasa begitu lapang sekali...Bukan sebab tak perlu bersusah payah untuk ke sana, tapi kerana sebab tiada kucing yang ditangkap dan kandang yang menempatkan kucing yang ditangkap masih kosong...Diharapkan minggu seterusnya pun tiada kucing yang akan ditangkap...Jom la singgah ke FB Team HERO iaitu Pertubuhan Aktivis Haiwan ( LINK )
Maklumlah, mereka yang ditempatkan ke dalam kandang rata-ratanya mengalami trauma yang teruk sehingga menyebabkan ada di antara mereka yang sakit...Apakah mungkin sudah ada kesedaran dari masyarakat..?? Harap-harap begitulah hendaknya...
Baiklah...Untuk dijadikan cerita pada entri kali ini, PH nak bercerita tentang kisah seekor anak kucing yang PH jumpa di dalam 'drain sump' ataupun senang cerita kita panggil LONGKANG ajer...
Alkisahnya bermula begini...Pada tanggal 9 Mac 2014 yang lepas, PH memandu kereta di hadapan Pasaraya The Store Semenyih...Alih-alih, PH ternampak seekor kucing bertompok jenis Calico ( gabungan warna hitam, putih dan kuning ) sedang duduk betul-betul di tengah-tengah jalanraya...Melihatkan keadaan yang menggusarkan itu, PH segera berpatah balik dan meminta MH tolong alihkan kucing tersebut dikhuatiri dilanggar kereta pula...PH sempat berpesan pada MH kalau dapat ambil kucing tu bawak balik ajer...
Masa MH nak ambil kucing tu, dia lari pula ke dalam perimeter TNB Substation ( di sebelah The Store )...Perimeter tu pula dipenuhi dengan dawai kawad berduri yang besar-besar serta pagar dawai yang tinggi...PH tengok ajer gelagat MH dari dalam kereta..Tiba-tiba mata MH berkerut seperti terdengar sesuatu...Dengan tergesa-gesa, MH meluru ke arah kereta...Masa tu kat dalam kereta si kembar pula sedang asyik menyayi lagu 'Let It Go' ( filem animasi Frozen )...
MH : Bang...Ada dengar suara anak kucing mengiaulah...Jom carik...
Tanpa membuang masa, PH pun mematikan enjin kereta dan memulakan SAR ( Search And Rescue )...Enjin kereta perlu dimatikan demi keselamatan si kembar yang berada di dalam kereta..Kang lain pula yang jadi...Tak pasal-pasal jer...Yer dop...??
Memang jelas ada kedengaran suara anak kucing yang mengiau dengan sebegitu kuat...Oleh kerana waktu malam tu agak sunyi ( lebih kurang jam 10 malam ), maka usaha pencarian agak mudah...Akhirnya PH menemui seekor anak kucing telah terperangkap di dalam sebuah 'drain sump'...
Keadaan agak gelap dan suram lalu PH berpatah semula ke kereta untuk mengambil lampu suluh...Longkang dalamnya lebih kurang 2 meter..Kalau PH angkat tangan ke atas, itulah permukaan longkang tu...
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT...Penutup besi longkang tu besar dan berat tapi dapat juga PH angkat...Saksikan videonya di bawah ni...Kalau smart phone tak boleh play, sila klik sini ( link )
Puas PH cari takut-takut ada lagi adik-beradiknya kat dalam longkang tu tapi tak juga ketemu...Ibunya pun tak ada...Tapi PH malaslah nak pikir panjang-panjang...PH angkut ajer...Nasib baik cuaca tak hujan dan longkang tu kering...Tapi ada sedikit kotoran di tubuh badannya yang gendut tu...Comel budak ni kan...??
MH yang bersihkan badannya dengan menggunakan 'wet tissue'...Nasib baik kat rumah ada stok lagi...Beginilah mukanya bila dah kena lap...Wangi dan harum macam bunga taik ayam...Eh silapppp...!!! Bau bunga ros...hehehehe
Gambar budak ni cukup mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya...PH pun hairan juga...Pandai betul budak ni bergambar...MH pulak rajin melayan keletahnya...Berikut adalah gambar-gambar 'posing maut' yang MH rakamkan...
Nota PH :
Kucing sememangnya adalah sahabat manusia...Kehadiran mereka di dalam hidup seseorang itu bakal menjanjikan sebuah kebahagiaan...Akan tetapi, kebahagiaan tersebut hanya akan dapat dikecapi sekiranya seseorang itu menerima kekurangan kucing itu seadanya...Bab kebajikan mereka perlu dijaga, jangan dibiarkan mereka bebas ke sana ke sini kalau hidup berjiran...Kucing kita adalah tanggungjawab kita, bukannya orang lain...
In Shaa Allah nanti PH atau MH akan siarkan banyak lagi gambar-gambar si tecit ni kat wall FB Kakimotong Fan Club...
Owh yer PH hampir terlupa...Anak kucing ini jantinanya jantan dan MH memberikannya nama Si Iris...Si Iris ni pun ada 'Tagline'...'Tagline'nya ialah....
"Kerana diriku begitu berharga..."
Amacam...??? Ok Tak...??
Samada Si Iris ni terperangkap sendiri ataupun disebabkan oleh tangan-tangan yang tidak prihatin PH tak pasti dan malas nak fikir...Yang PH tahu kucing ni perlu diselamatkan...
Terima kasih kerana sudi membaca...
Steady Semua...!!!
Samada Si Iris ni terperangkap sendiri ataupun disebabkan oleh tangan-tangan yang tidak prihatin PH tak pasti dan malas nak fikir...Yang PH tahu kucing ni perlu diselamatkan...
Terima kasih kerana sudi membaca...
Steady Semua...!!!
Budak tecik yg da femes skng ni..
ReplyDeleteIris??? Kan nama pompuan tu... apalah PH ni.... huhuhu... shomellll si tecit ni!
ReplyDeleteEntah2 yg PH kejar tu mak dia nk minta tlg selamatkan ank dia yg terjatuh dlm longkang
ReplyDeleteSaya same mcm ph.. x kire kurap atau
ReplyDeleteApe her..saya http kutip dn bwk blek dn ubatkn dorg smpai ok.. apa sje jnis binatang tp yg x bebahaye LA...adalah terapi yg baik kpd manusia...