Salam Terakhir Dari Si Boboy Buat Semua

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan buat semua...

Terlebih dahulu PH ingin memohon ampun dan maaf kerana lambat menyiarkan update terkini susulan kes Si Boboy yang PH jumpa di depan Bank Islam Pelangi Semenyih ( belakang Tesco Semenyih ) yang hangat diperkatakan di Fanpage Kakimotong Fan Club minggu lepas...Bukannya apa, kisah Boboy ni dapat liputan yang sangat meluas...Jadi rasanya eloklah PH update kisahnya dalam bentuk yang lebih terperinci...Jadi, PH memilih untuk menyiarkannya melalui penulisan di blog...Kalau update di Fanpage semata-mata akan menyebabkan kisahnya akan dilupakan dengan begitu sahaja...Biarlah kisah pilu Boboy diabadikan di dalam blog ini, dengan harapan agar ianya akan dikenang sampai bila-bila...Generasi yang akan datang juga boleh membaca kisahnya dari mula hingga akhir akan keperitan hidupnya kerana setiap kisah yang dicoretkan di dalam blog ini akan tersenarai di dalam carian SEO Google...Kalau carian Facebook memang susah nak jumpa...


Sebagai imbasan kembali, kisahnya bermula pada 13 March 2015 di mana pada pagi itu PH pergi ke Bank Islam Pelangi Semenyih kerana ada sedikit urusan...Setelah urusan dengan bank selesai, PH ternampak seekor kucing jantan yang besar saiznya jalan terhencot-hencot dan jelas kelihatan ia lemah...Mungkin akibat tidak cukup makan atau sebagainya selain dari menahan kesakitan...Dia meluru berlari ke arah PH walaupun dalam keadaan terhencot-hencot dengan suara yang sangat manja...Rasanya dari gambar pun boleh bayangkan bagaimana suaranya jika dapat kalian dengar...


Dengan penuh berhati-hati PH angkat badannya perlahan-lahan...Takut pulak nanti tersalah pegang di bahagian tulang yang patah...PH letakkannya di dalam kereta di seat belakang...Si kembar terpaksa beralih tempat ke penjuru sikit...



Sekejap sahaja bau daging busuk menyelinap ke seluruh pelusuk dalaman kereta PH...Tapi takperlah...PH ok jer...Nanti boleh cuci...Worst to worst pun tukar seat terus bila ada rezeki...huhuhu...

Muka Si Boboy nampak pucat...Dia jelas tidak gembira dengan apa yang berlaku terhadap dirinya...Dia sedang menahan kesakitan...PH terus memandu ke klinik haiwan yang berdekatan di rumah PH...Segala urusan kerja terpaksa PH tangguhkan dahulu...PH bagitau orang-orang di site PH datang lewat sikit kerana ada urusan kecemasan...



Beginilah keadaan kakinya yang tercedera...Mujur tiada ulat berengga, tetapi dagingnya sudah membusuk...Juga jelas kelihatan tulang kakinya....



Berikut adalah video bagaimana keadaan Si Boboy setelah diletakkan ke dalam kereta..








Susulan kes Si Boboy...Begini kisahnya sebelum bawa dia ke vet...Terpaksa tangguhkan beberapa perkara penting kerana bagi PH nyawa lagi penting walaupun nyawa kucing....Dia dalam darurat...Nota PH : Masih mengamalkan prinsip yang sama ketika menyelamatkan Hero dulu...Alhamdulillah...Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT...Jemput singgah Instagram PH @haireypapaheroBlog : http://kakimotong.blogspot.com
Posted by ‎Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB‎ on Thursday, March 12, 2015

Lebih kurang 10 minit PH pun sampai ke klinik haiwan...



Perkara pertama yang dilakukan oleh doktor ialah menyuapkannya makanan lembut ( AD Diet )...AD Diet ni memang makanan untuk kucing sakit...Boboy juga demam dengan suhu setinggi 40 darjah celcius...Kesian...



Tapi Si Boboy tidak boleh mengunyah makanan...Mulutnya tidak boleh dikatup...Kemungkinan besar rahangnya ada masalah allignment...Terdapat objek telah tersangkut di tekaknya...Objek tersebut ialah segumpal hairball...Berikut adalah video yang dirakam ketika Si Boboy dibawa ke klinik haiwan...


Susulan kes Si Boboy...1st sekali doktor suapkan makan dulu...Kesian dia tak boleh mengunyah kerana rahangnya ada masalah...Ada sesuatu tersangkut di tekaknya...Jom tengok video ni...Jemput singgah Instagram PH @haireypapaheroBlog : http://kakimotong.blogspot.com
Posted by ‎Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB‎ on Friday, March 13, 2015

Kemudian Si Boboy dimasukkan ke wad untuk dimasukkan air ( drip )...Pada keesokan harinya ( 14 March 2015 ) PH ambil Boboy...Seperti yang dijangka, kakinya tidak dapat diselamatkan lagi...Terpaksa diamputasi ( amputate )...Dia kelihatan sangat lemah dan sugul....Badannya sejuk...



Boboy seperti nampak keliru dengan apa yang berlaku terhadap dirinya...Kecederaan yang dialaminya mungkin disebabkan Traumatic Injury ( dilanggar kenderaan dan sebagainya )...


Beginilah keadaan Boboy setelah diamputasi

Setibanya di rumah, Si Boboy kelihatan pasif...Tidak banyak pergerakan yang dilakukannya...Dia banyak tidur sehinggakan ketika minum pun dia boleh tertidur...Dia boleh minum sendiri, jadi PH tidak lakukan force drink...PH pun tak berapa suka buat force drink kerana jika tersilap langkah kucing boleh tersedak dan dikhuatiri air boleh masuk ke paru-paru mereka...Nanti lain pulak jadinya...

Ini adalah rakaman video masa Si Boboy baru sampai rumah PH...Masa ni dia tidur dalam kereta...


Budak MoodyDari vet sampai ke rumah dibantainya tido, dah sampai umah PH kejut pun tak bgn2, ingat pengsan tapi bila tarik napas dengar macam bunyi kerbau .. :)Nota PH : doakan dia baik2 saja
Posted by ‎Ùƒ KAKIMOTONG Ùƒ FAN CLUB‎ on Saturday, March 14, 2015


PH minta tolong si kembar kemaskan khemah tempat mereka bermain untuk meletakkan Si Boboy di dalamnya...Tak sampai hati nak letak kat dalam sangkar...Hmmm...Dalam khemah tu siap ada Olaf dengan Pony lagi...Boboy kelihatan tidak selesa ( bukan kerana khemah )...Ia mungkin disebabkan perubahan drastik yang telah berlaku ke atas dirinya...Dia beralih tempat tidur setiap 5 minit...






PH dan MH ( sedang hamil ) cuba memantau tahap kesihatannya sebaik yang mungkin...Pada waktu malamnya, PH terus memeriksa keadaan Si Boboy sekembalinya dari CV...PH dapati badannya sejuk...Ini menunjukkan suhu badannya telah turun...Maka PH terpaksa menghantar Si Boboy ke klinik semula pada keesokan hari...Lebih baik PH serahkan saja pada yang pakar...



Namun doktor haiwan mengesahkan bahawa Si Boboy tidak bernyawa lagi pada keesokan harinya...Kematiannya mungkin ada berkait rapat dengan deadly virus yang sedia ada di dalam tubuh badannya....Apa nak dikata lagi...?? Sedih tu memang sedih tapi nak buat macamana...kan..?? PH ambil jasad Si Boboy dari klinik dan kebumikan di CV pada malam harinya...


Beberapa hari selepas kematian Boboy, ada seekor lagi kucing jalanan yang PH jumpa...Memang teruk keadaannya...Kucing ini kemungkinan besar menghidap FIP...Tidak banyak yang PH boleh lakukan selain dari membersihkan tubuh badannya dan menyuapkan sedikit makanan basah ( wet food ) sebelum ajalnya tiba...Wajahnya pun turut PH bersihkan...PH lakukan semua ini kerana itu adalah 'haknya'...PH tidak akan sekali-kali PTS kucing ( Put To Sleep ) kerana mengambil nyawa hatta nyawa haiwan sekalipun bukanlah hak PH...Itu adalah hak mutlak Allah SWT...Tiada mati yang tidak sakit, jadi janganlah kita pandai-pandai nak kata kucing tak sakit masa diPTS...Nak kata kucing tak sakit masa kena PTS tu boleh, tapi biarlah yang berkata tu pernah merasai mati dulu lepas tu baru cerita kat orang...Saintis yang kata tak sakit kena PTS tu bukannya Tuhan...Mereka juga sama seperti kita melainkan ilmu sahaja...



Nota PH :

Itulah kisah Si Boboy yang tergendala untuk disiarkan hampir dua minggu lamanya...Perkara berlaku di dalam keadaan PH tidak bersedia...Itulah namanya KEHIDUPAN...Banyak ketidaktentuan berlaku di dalam kehidupan seharian kita...Peganglah prinsip 'berani ambil tanggungjawab' dan sematkan 3S di dada iaitu SANGGUP, SABAR DAN SACRIFICE ( berkorban apa sahaja )...

PH berharap tragisnya kisah Si Boboy ini akan membuatkan PH menjadi seorang manusia yang lebih baik dari semalam...

Terima kasih kerana sudi membaca....

Comments

  1. Kesian kucing ni.apapun episod sedih kucing dah berakhir.semoga dia bahagia di samping papa Hero

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular