Seekor anjing terbiar berjaya memperoleh keluarga angkat

Petang Khamis yang lepas tatkala PH sedang sibuk buat site inspection henpon PH tak berhenti dari bunyi deringan aplikasi Messenger...Tapi memang selalu pun berbunyi sebab ramai orang pm PH berkenaan adopsi dan bantuan derma kilat untuk kucing jalanan yang diselamatkan...Kadang-kadang time site meeting pun henpon ni berbunyi tak berhenti...Terpaksa la PH open silent mode...Biasanya PH akan selesaikan dulu tugas hakiki sebelum membuka atau menjawab pm2 yang muncul...




Selesai sahaja buat site inspection, PH berteduh sebentar di bawah pokok dengan mata yang menyerongen ( bahasa orang Perak ) sebab cuaca masih panas walaupun dah pukul lima petang...Kemudian PH membaca pm2 yang 'tertunggak'...Nama Facebook yang pertama PH buka ialah datang dari saudari Zulaika Zulkifli...Berikut adalah mesejnya kepada PH dengan disertai beberapa foto anjing yang dimaksudkan :



"Salam PH...nk bgtau..ade seekor anjing ni, umonye lbih kurg puppy kot, mcm betina ade kt kwsn tmpt kmi kje ni...die sgt manja..slalu ikut kitorg p kje, blik kje..kdg2 takut sbb x leh dkat..rsenye bertuan sbb ade collar..x tau npe die ade kt sni...sama ada dibuang @ terlepas...die mnunggu je dpn pintu farmasi ni...customer pun takut nk msuk...die sgt manja dgn org...td trlps msuk farmasi..mujur die ikut kmi kluar...kmi tgu ownernya...tp x de sape2 pun yg cri...kmi syak die dibuang kt sni...sbb tu die setia mnunggu kt sni..mngkin fkir tuannye akn dtg ambik...dh post kt fb dn kwn2..tp x dpt tlg sbb dh ade anjing...dh inform kt majlis perbandaran...diorg ckp dlm mse sminggu akn dtg...tp kmi ksian kt die...takut diorg akn wt bkn2 kt die...die lapar..kmi cume mampu bg mkn dn mnum skit...org sekeliling sni pun hlau die sbb die msuk kdai org...die sgt2 manja...x gigit org pun...tp smlm die kne gigit dgn anjing liar..anjing liar kcau die...pgil die BOBO...nk mtk tlg PH iklankn@cri sape2 yg blh ambil dn jge die sblm org perbandaran dtg...kmi kt Q HEALTH SHOPPE, NO 1, JALAN MELATI SQUARE 1, MELATI SQUARE, PUTRA NILAI, 71800, NILAI, N.SEMBILAN..kt sni ade sertakn beberapa pic yg kmi snap...mtk tlg ye PH...terima kasih..."




Kemudian pada petang yang sama PH pun menyiarkan iklan mengenai anjing comel yang bernama Si Bobo ini di Fanpage Kakimotong Fan Club...


Selepas iklan disiarkan, PH menyambung semula menelaah pm2 yang lain pula...Ada dua tiga mesej untuk pengiklanan adopsi sudah PH 'shortlisted' kan untuk disiarkan...Kemudian jam 6.30 petang PH pun beransur pulang dari Shah Alam ke Semenyih..Sampai sahaja di rumah waktu bersama keluarga pula...Kemudian bergegas pula ke CV untuk menjenguk budak-budak bulus di sana sehinggalah ke lewat malam... Begitulah rutin PH setiap hari...

Sekali sekala ada juga PH membaca komen-komen berkenaan dengan Si Bobo ni manalah tahu kot2 ada ostad google dan ostazah yahoo masuk nak cari publisiti...Maklumlah, isu anjing ni kan sensitif bagi sesetengah orang dan 'makhluk'....Setakat tengahari semalam ( Jumaat ) semuanya berjalan lancar ( Alhamdulillah ) tetapi masih belum ada orang yang nak adopt Si Bobo ni...

Akhirnya pada jam 5.11 petang Jumaat itu, saudari Zulaika Zulkifli telah memuatnaik komentar di dalam iklan yang PH siarkan yang mana beliau mengisytiharkan bahawa Si Bobo sudah ada keluarga angkat yang sudi mengambilnya...Biarlah gambar yang berbicara yer...Tapi sayang sekali PH tiada maklumat mengenai latar belakang insan mulia yang sudi mengadopsikan Si Bobo ni...






PH tumpang hepi untuk Si Bobo dan syabas buat saudari Zulaika dan insan mulia yang mengadopsi Si Bobo...

Nota PH :

Di sudut yang lain pula, PH perlu meneruskan kehidupan seperti biasa...Kerja hakiki tidak boleh ditinggalkan...Lepas selesai tugas, tengok pm lepas tu iklankan bagi membantu kawan-kawan pencinta haiwan yang prihatin terhadap haiwan jalanan...


Sampai sahaja di rumah, urusan rumahtangga pula perlu diselesaikan...Sekarang ni masa PH 'tight' sikit sebab MH tengah 'bawak budak'... Jadi segala urusan rumahtangga perlu dijaga sebaik mungkin termasuklah menguruskan poo pee Abam Nemo dan Abam Hector and the gang...PH sedar bahawa PH tidak boleh lari dari mengambil tanggungjawab ini demi adik si kembar yang bakal dilahirkan nanti ( dengan izin Allah SWT )....


Semaian kasih sayang dan pengisian rohani kepada si kembar juga perlu diambilkira...Ia tidak boleh sekali-kali diabaikan...


Dan akhir sekali, tanggungjawab terhadap apa yang diperjuangkan juga perlu dilaksanakan...Tiada masa rehat untuk PH sejak beberapa tahun ini...Hanya rakan yang terdekat sahaja yang mengetahuinya...Alhamdulillah PH jarang sakit dan masih mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang dugaan yang mendatang...Bertembung dengan babi hutan, ular dan makhluk halus adalah di antara ujian berat yang terpaksa PH tempuh demi mereka...Makhluk halus ini menjelma pelbagai rupa dan cara...


Esok lepas bangun tidur seperti biasa belek pm2 yang tertunggak lagi...huhuhu...

Moral of the story dari Nota PH di atas :

Kalau boleh janganlah ugut2 PH kalau PH tak reply pm yer...Janganlah dijadikan alasan untuk membuang kucing ke pasar atau nak PTS kucing ( suntik mati ) hanya kerana PH tidak dapat reply pm...PH ni cuma manusia biasa jer, dan PH mempunyai banyak komitmen yang perlu dilaksanakan setiap hari...Jadi rasanya macam tidak adil apabila hati PH cuba disakiti dengan cara kebudak-budakkan sebegini...

Janganlah PTS kucing...Mereka bertarung nyawa untuk cuba survive tapi kita pula yang ambil nyawa mereka...Doktor haiwan cuma berikan option, tetapi kitalah yang membuat keputusan hidup dan mati mereka...Bergantung haraplah kepada Yang Maha Esa...Tiada mati yang tidak sakit...Kita jer yang pandai2 ingat mereka mati dengan tenang apabila diPTS ( pernah rasa mati ke..?? ) sedangkan mereka nampak 'tenang' mungkin kerana sudah tidak tertahan akan kesakitan yang dialami akibat disuntik ( jantung berhenti tiba-tiba, salur darah tertutup dan otak jammed ) jauh berbeza dengan keadaan masa ketika mereka sedang sakit dulu...Beri mereka sedikit ruang untuk meneruskan survival, at least harapan mereka untuk terus hidup tidak musnah secara tiba-tiba...Mereka ingat niat kita bawa mereka ke klinik untuk rawatan, tetapi sebaliknya untuk diambil nyawa...Kalaulah si kucing itu  tahu niat tuannya nak membunuhnya ( mercy killing ), PH rasa mereka lebih rela mati dilanggar kereta daripada merasa sedih yang teramat sangat akibat tuan yang disayangi selama ini tidak menghargai kepayahan mereka untuk meneruskan survival...Kalau kita jaga mereka, at least mereka masih boleh juga makan sedap walaupun sakit...Yang tak nak makan tu boleh jer setel kalau kita lakukan 'force feed'...Kalau tak boleh setel jugak ( nazak ) biarlah mereka pergi dengan sendiri sebagaimana Mama Rossy, Si Shania dan Abam Iyo pergi...

Namun, tepuk dada tanya iman..Nak jaga seribu daya, kalau tak nak jaga...?? Esok jawablah sendiri di akhirat kelak...Kita yang pandai pungut mereka, kitalah yang perlu jaga mereka sampai akhir hayat kerana itu adalah HAK mereka dan kehadiran mereka telah DIAMANAHKAN oleh Allah SWT kepada kita....

Apabila kesakitan tatkala racun mengalir di dalam badan, nak menjerit pun tak larat dah...Begitu juga dengan manusia...Kita yang hidup ni pula menyangka mereka 'mati dengan tenang'....Ini adalah ayat yang PH kongsikan dari satu ceramah agama mengenai soal sakaratul maut...Tiada mati yang tidak sakit...

Bagi PH, pencinta kucing sejati akan menjaga kebajikan kucing mereka sampai kucing mereka mati sendiri...Ini adalah pada hemah PH...Terpulanglah kepada persepsi masing-masing...

Contohilah saudari Zulaika Zulkifli..Berkat doa, usaha dan ikhtiar akhirnya selesai satu masalah...Anjing ini terselamat dari ditangkap oleh PBT...

Terima kasih kerana sudi membaca...Moga bermanfaat...

Comments

Entri Popular