'Kekejaman haiwan' undang malapetaka di Nepal?

Apa sahaja perkara yang kita lakukan seharian perlulah bersederhana...Jangan lebih-lebih...Begitu juga bab beribadat...Baginda Nabi pun suka umatnya bersederhana di dalam apa jua urusan...Sebab itulah di dalam agama Islam terdapat beberapa 'rukhsah' ataupun kelonggaran di dalam sesetengah keadaan agar para muslimin dan muslimat mampu meraih natijah yang baik di kala kesempitan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT...PH yakin agama-agama yang selain dari Islam juga menganjurkan penganutnya supaya bersederhana di dalam apa jua urusan...

Namun, bencana gempa bumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini telah mengejutkan warga dunia...PH sendiri pun terkejut apabila mendapat berita negara ini menerima musibah yang dahsyat...PH bertambah terkejut apabila mendapat tahu bahawa sebelum bencana ini berlaku telah dilangsungkan satu upacara pembunuhan lembu, kerbau, burung dan kambing untuk upacara keagamaan di negara tersebut...




Ada seorang rakan Facebook PH telah 'Share' status dari Facebook Vasanth Krishna ( yang PH rasa beragama Hindu ) yang mana status beliau seolah-olah memberi peringatan 'secara sinis' mengenai upacara keagamaan yang telah dilangsungkan...Menurutnya, lebih kurang 250,000 ekor haiwan telah 'dikorbankan' untuk upacara keagamaan tersebut yang diadakan lima tahun sekali di kuil Gadhimai, Bardiyarpur...Upacara pembunuhan haiwan itu juga turut disaksikan oleh jutaan penganut agama Hindu...Aktiviti ini juga telah mendapat perhatian dari PETA yang kini giat menjalankan kempen agar aktiviti sebegini dihentikan...



PH pernah tulis di dalam entri yang lepas yang mana PH menyatakan bahawa haiwan juga seperti manusia...Mereka tahu perasaan marah jika dianiaya...Mereka juga boleh 'menyumpah' manusia serta tidak mustahil mereka akan 'mendoakan' kecelakaan akan menimpa terhadap si pelaku kekejaman...




Susah jadinya jika hal keagamaan dikaitkan dengan perlakuan yang kejam kerana tiada akta di mana-mana dunia sekalipun yang boleh mendakwa si pelakunya...




PH sangat berharap agar festival sebegini tidak berlaku di Malaysia...Kalau sembelih sikit-sikit tu boleh lah kot...Boleh juga dikongsikan daging haiwan korban dengan fakir miskin...Tapi kalau disembelih tak tentu hala tuju dah jadi membazir pula...kan..??

Walaupun aktiviti pembunuhan haiwan beramai-ramai ini tidak dapat dibuktikan secara fakta penyebab berlakunya gempa bumi, tetapi sekilas ikan di air kita tahu jantan atau betinanya...Mungkin ianya suratan ataupun kebetulan sahaja...Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Apa yang telah berlaku haruslah menjadi kesedaran kepada kita semua...




Tapi kat negara Malaysia ni lain pulak ceritanya...Kucing dan anjing dibuang oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab, langsung ditangkap dan dilupuskan ( dibunuh MANDATORI )...Sebab itulah negara kita ni caca merba...Semua makhluk adalah milik Allah SWT...







Alhamdulillah, baru-baru ini PH dan Uncle Angah ( mewakili NGO Pertubuhan Aktivis Haiwan ) telah dipanggil untuk bermesyuarat dengan pihak DBKL mengenai isu penangkapan kucing yang semakin tinggi angkanya yang berpunca dari sikap pemilik yang tidak bertanggungjawab...In Shaa Allah nanti PH update kemudian...Pihak DBKL bakal adakan program untuk kucing-kucing terbiar bersama kami dan 'KAMI' juga turut mengundang kalian semua nanti...PH bersyukur sekurang-kurangnya masih ada pihak berkuasa yang sudi mendengar keluhan rakyat khususnya mengenai isu kucing dan anjing terbiar...


Nota PH : 

PH harap para pembaca yang beragama Hindu janganlah tersinggung ya...PH minta maaf banyak-banyak sekiranya ada penulisan di atas ni mungkin menyinggung perasaan...PH dah cuba sedaya upaya untuk memilih ayat-ayat yang adil dan saksama...Namun kenyataan yang disiarkan oleh Vasanth Krishna juga berbaur tidak setuju dengan apa yang berlaku...

PH tertarik dengan ayatnya :

"Everybody is Her child"

Comments

  1. Bagi saya takde agama yang mengajar manusia kejam sesama makhluk tapi bila sesuatu agama di upgrade dengan ritual2 pelik2 tu yang jadi kekejaman. agama asal apapun rasanya menentang kekejaman

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. Kesiannya binatang tu dibunuh sedemikian rupa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular