Rumah dipecah masuk - Kucing dan arnab turut mati diracun ( 6 gambar )
Terkejut juga bila PH menerima pm dari Saudari Nadia Haida...Tiba-tiba menyirap darah dibuatnya...PH menerima khabar duka ini pada 10 April yang lepas...Sebenarnya dah lama PH nak siarkan dalam blog tetapi terkekang atas kesibukan masa bekerja dan menjaga budak-budak bulus di rumah dan CV...Maklumlah MH sekarang tengah hamil jadi PH kena bekerja keras sikit membantu mengambil alih tugas yang patut dibuat...
Okay berbalik kepada kisah tadi...Berikut adalah mesej dari pm yang PH terima dari Saudari Nadia Haida...
"salam ph,
sekadar ingin meluahkan perasaan sedih dan marah sgt bg pihak sahabat saya..
kucing2 dan arnab kawan saya mati xtahu angkara apa..binatang ataupun manusia..
kwan saya sampai je rumah tgok beranda rumah lintang pukang,sangkar kucing dibuka..xtahu ni kerja sapa..
mohon ph bg pndapat mcm mana nak tangani.."
Nota PH :
Masha Allah...Apa punya perangai la macam ni...PH tidak pasti samada pemilik rumah ini ada kehilangan harta benda atau tidak, namun ianya jelas melanggari undang-undang...PH dah sarankan kepada Saudari Nadia Haida agar memohon rakannya ( mangsa ) membuat laporan polis...Ini dah sampai berani masuk rumah orang lepas tu habis diracunnya semua haiwan peliharaan kesayangan...Ini dah kira kes berat...
Semoga kawan kepada Saudari Nadia bertabah dan bersabar dengan ujian ini...PH rasa ini bukan hal main-main...Silap-silap satu hari nanti tuam rumah pula yang kena racun...Ya Allah...!! Mintak simpang....
Salam PH,
ReplyDeleteMelihat dari keadaan haiwan yg malang tu dan keadaan selerak, nampak macam kerja babi hutan sebab babi hutan suka makan hati/perut haiwan. Itupun kalau nadia duduk di kawasan belukar atau hutan. Kalau betul angkara babi hutan, elokla selepas ni nadia letakkan sangkar kucing/arnab di dalam rumah bagi mengelakkan perkara serupa terjadi. Kesian haiwan2 malang tu :-(
- Hayati -